Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Maklumat Pondok Pasir Tumboh

Posted by epondok di Disember 18, 2013


Sejarah Ringkas

Pondok ini dinamakan Madrasah Diniah Bakriah yang juga dikenali dengan nama Pondok Terusan Limbat, Pasir Tumboh.

Ia terletak kira-kira 11 km dari Bandar Kota Bharu dan jaraknya dari jalan utama Kota Bharu-Pasir Puteh pula ialah sebanyak 1 km. Pondok ini juga berdekatan dengan perumahan Desa Darulnaim dan juga mini MRSM Pasir Tumboh.

 Ia ditubuhkan pada 1954M oleh 2 orang adik beradik iaitu Tuan Guru Hj Mustafa b. Abu Bakar dan adiknya Tuan Guru Hj Abdul Aziz. Penubuhannya merupakan rentetan pengajaran yang telah dilakukan oleh ayahandanya tuan Haji Abu Bakar.

Pengajaran di balaisah (surau ) ini disambung oleh Tuan Guru Haji Abdul Aziz dan abangnya Tuang Guru Haji Mustafa sehinggalah tertegaknya sebuah madrasah yang serba sederhana dengan bantuan tenaga setempat pada tarikh itu.

 Pada peringkat awal penubuhannya, bilangan pelajar(lelaki) hanya 50 orang sahaja. Pengajian dijalankan disebuah madrasah kayu yang berukuran 40×30 kaki sahaja.

Sebelum tertegaknya madrasah ini, terdapat enam orang pelajar sulung yang datang meminta kepada tuan Guru Haji Abdul Aziz supaya membacakan kepada mereka kitab turath.Sehingga mereka berjaya menguasai bidang ilmu dan seterusnya menjadi tenaga pengajar di sini. Antara mereka ialah al-fadhil ustaz Abdullah bin Ali.

Generasi demi generasi yang silih berganti, hinggalah ke hari ini, madrasah ini terus meniti di bibiran pencinta ilmu agama.

 

Perkembangan seterusnya

       Setelah tertegaknya madrasah yang menjadi gedung pengentahuan, selangkah maju kehadapan untuk meniti arus pembangunan yang menjadi kemudahan dan asas kehidupan seharian pelajar pondok.

      Ini dilihat pada infrastrukturnya yang telah dibangunkan bagi tujuan tersebut. Yang mana ia sememangnya merupakan keperluan asasi ke arah terbentuknya madrasah yang sempurna.

Pada tahun 1959, Sebuah masjid didirikan dengan menelan belanja RM45 ribu. Ianya mendapat kelulusan Majlis Ugama Kelantan sebagai masjid mendirikan sembahyang Jumaat. Di samping itu, masjid ini juga dijadikan tempat belajar. Pelajar semakin bertambah kepada 700 orang yang terdiri daripada pelajar dalam dan luar negeri seperti Thailand dan Singapura. Masjid ini telah diperbesarkan dengan pembinaan bangunan 4 tingkat yang siap pada awal 1990 yang dirasmikan oleh KDYM Sultan Kelantan. Kemudian mula membina bangunan tambahan 3 tingkat pada 2005

Madrasah al-Bakriah maju selangkah lagi. Pada tahun 1969, Sebuah lagi madrasah baru 2 tingkat berukuran 40×60 kaki dibina dengan belanja RM35 ribu. Ia dinamakan Madrasah Tuan Guru Hj Mustafa. Ianya dijadikan tempat pengajian dan sebagai menampung tempat pengajian yang sedia ada.

      Permintaan terhadap pembangunan terjadi lagi. Pada tahun 1984, Sebuah bangunan 2 tingkat dibina berhadapan dengan masjid yang mana dijadikan pejabat Pusat Pembangunan Pondok Berhad (PPPB) di sebelah bawah mula 1997 hingga 2003 sebelum dijadikan pejabat rasmi pondok disamping perpustakaan serta bilik pameran di sebelah atasnya.Pada awal pembinaannya ia merupakan tempat belajar dan juga tempat latihan syarahan kepada pelajar.

      Bangunan pembelajaran dibina lagi kali ini. Pada tahun 1988, Sebuah bangunan 2 tingkat dibina lagi berukuran 40×60 kaki sebagai tempat belajar dan juga berlatih syarahan bagi pelajar. Ia dinamakan Madrasah Tuan Guru Hj Abdul Aziz.

     2001 – Mula membina sebuah bangunan 5 tingkat yang dinamakan Rumah Wakaf Guru & Pelajar. Bahagian bawah dijadikan dewan serbaguna termasuk untuk pengajian dan latihan syarahan bagi pelajar manakala sebelah atas dijadikan tempat penginapan pelajar di mana telah guna mulai tahun 2004 walau pun belum siap sepenuhnya lagi

 

 

PERKEMBANGAN SEMASA

Perkembangan utama yang dapat dilihat ialah dari segi pertambahan pelajar iaitu sehingga sekarang ia mempunyai hampir 1000 orang pelajar disamping penduduk asal dan wargatua. Pada asalnya ia hanya menerima pelajar lelaki sahaja tetapi disebabkan desakan orang ramai maka dibuka kepada pelajar perempuan untuk turut belajar sama. Bilangan guru dewasa ini 35 orang tidak termasuk kepala mutalaah.

      Institusi pondok semenjak dahulu merupakan milik persendirian di mana ia hanya bergantung kepada sumbangan dan derma orang ramai, yuran pendaftaran/bulanan dan juga amalan jimat cermat pihak pentadbir disamping tenaga pengajarnya mengajar ilmu secara sukarela tanpa menerima gaji walau sedikit pun.

Cuma buat masa sekarang bagi membantu dari sudut pembangunan dan juga ke arah membantu tenaga pengajar pondok maka satu badan khas telah ditubuhkan dengan namanya Pusat Pembangunan Pondok Berhad (PPPB). Ia disertai oleh kebanyakan pondok yang masih berfungsi di Kelantan ini dan ditunjangi oleh 3 pondok besar iaitu Pondok Pasir Tumboh, Pondok Lubuk Tapah dan Pondok Sungai Durian.

 

MATLAMAT PENGAJIAN PONDOK

1. Menjadikan pondok sebagai pusat pengajian Islam secara teori dan praktikal

2. Mencari keredhaan Allah serta menghapuskan kerosakan akhlak

3. Melahirkan generasi berilmu beramal, berani dan bertaqwa

4. Melahirkan pelajar mahir serta memahami  secara mendalam ilmu agama dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup

LOKASI

 

 

 

Ia terletak kira-kira 11 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu dan 1 kilometer dari jalan utama Kota Bharu – Pasir Puteh disamping ia terletak berhampiran dengan kawasan perumahan Desa Darul Naim, Pasir Tumboh serta beberapa pusat pengajian yang lain seperti SMU Taqaddum al-Maarif dan mini MRSM Pasir Tumboh.

 

 

KELUASAN DAN PENEMPATAN

 

 

 

Ia  merangkumi kawasan seluas 40 ekar dengan tanah wakaf milik madrasah seluas ¾  ekar manakala selebihnya milik persendirian. Ia menampung lebih kurang 800 unit rumah dan pondok di mana ia terbahagi kepada beberapa kawasan yang merangkumi :

  • Rumah Tuan Guru, tenaga pengajar dan keluarga
  • Pondok orang-orang tua
  • Pondok pelajar lelaki
  • Pondok pelajar perempuan
  • Pondok keluarga
  • Pejabat pentadbiran 
  • Masjid dan surau-surau untuk pengajian
  • Tanah perkuburan Islam

 

 

 

KOMUNITI PENDUDUK

 

 

 

Madrasah ini mempunyai jumlah bilangan penduduknya seramai 1300 orang sebagaimana maklumat di bawah :

  • 700 orang penduduk termasuk guru dan keluarga serta orang tua dan kelamin
  • 500 orang pelajar lelaki
  • 100 orang pelajar perempuan

 

 

 

AHLI JAWATANKUASA MADRASAH

 

 

 

JEMAAH PENGUASA

Penguasa 1                 :           Tuan Guru Hj Hashim b Hj Abu Bakar

Penguasa 2                 :           Ustaz Hj Wan Muhammad b Wan Othman

Penguasa 3                 :           Ustaz Hj Salleh b Ismail

Setiausaha Agong     :           Ustaz Hj Ahmad Shairazi b Hj Atiqullah

Timb Setiausaha       :           Ustaz Hj Syuib b Omar

Bendahari Agong       :           Ustaz Hj Abdul Rahim b Hj Hamzah

 

JEMAAH TADBIR

Pengerusi                    :           Ustaz Hj Abdul Halim b Abdul Ghani

Timb Pengerusi          :           Ustaz Hj Muhamed b Talib

Setiausaha                 :           Ustaz Hj Syuib b Omar

Timb Setiausaha       :           Ustaz Hj Mohd Zaini b Mustafa

Bendahari                   :           Ustaz Hj Abu Bakar b Osman

 

Lajnah Pelajaran                               :           Ustaz Hj Abu Bakar b Osman

Lajnah Keamanan & Keselamatan   :           Ustaz Hj Abdul Halim b Abdul Ghani

Lajnah Akhlak & Ibadat                  :           Ustaz Hj Ahmad Naim Muhammad

Lajnah Penerangan & Perhubungan            :           Ustaz Hj Nurussobah b Hj Mustafa

Lajnah Perancangan & Pembangunan:        Ustaz Hj Nik Zulkifli b Nik Yaacob

Lajnah Kebersihan & Keceriaan      :           Ustaz Hj Suhaimi b Ismail

Lajnah Kewangan & Ekonomi                       :           Ustaz Hj Abdul Rahim b Hj Hamzah

 

 

 

  • Setiap jawatankuasa kecil lajnah terdiri daripada kalangan guru dan pelajar

 

AHLI JAWATANKUASA PELAJAR

 

 

 

  1. Majlis Syura Pelajar di bawah penyeliaan Lajnah Pelajaran dan Lajnah Keamanan
  2. Ahli jawatankuasa kawasan muslimin & muslimat
  3. Persatuan anak negeri yang ditubuh

 

 

PUSAT PENTADBIRAN

 

 

 

Madrasah ini mempunyai sebuah pejabat di mana ia digunakan untuk pentadbiran madrasah, pendaftaran pelajar, mesyuarat, menyambut tetamu dan beberapa tugas berkaitan. Ia dikendali oleh petugas tetap dibantu oleh Lajnah Penerangan & Penerangan, Lajnah Pelajaran dan ahli jawatankuasa Majlis Syura Pelajar

 

 

TEMPAT BELAJAR

 

 

 

Madrasah mempunyai beberapa bangunan khas untuk pengajian iaitu seperti berikut :

  • Masjid 4 tingkat
  • 5 buah madrasah
  • Dewan Hj Abu Bakar

  

 

AKTIVITI/ KO-KURIKULUM

 

 

 

  1. Majlis Muhadhorah Setiap malam Selasa di bawah penyeliaan Lajnah Penerangan & Perhubungan yang melibatkan latihan syarahan, khutbah, nasyid dan lain-lain serta diadakan pertandingan peringkat pondok setiap tahun
  2. Mengadakan program mukhayyam, rehlah, seminar, kursus, lawatan sambil belajar dan sebagainya samada di bawah penyeliaan Lajnah Penerangan & Perhubungan, Majlis Syura Pelajar atau jawatankuasa kawasan
  3. Menyertai pertandingan Syarahan & nasyid peringkat Pondok-pondok Kelantan setahun sekali
  4. Mengadakan gotong-royong bagi setiap kawasan dan juga peringkat umum di bawah penyeliaan Lajnah Kebersihan & Keceriaan

 

AKTIVITI KEMASYARAKATAN

 

 

 

  1. Menganjurkan majlis bagi hari-hari kebesaran Islam seperti sambutan Hijraturrasul, Maulidurrasul untuk masyarakat pondok dan umum
  2. Menganjurkan majlis diskusi dan ilmu dengan para ulama’ dari dalam dan luar negara
  3. Menghadiri majlis tahlil, solat hajat, solat jenazah atas jemputan masyarakat

 

 

KEBAJIKAN GURU, PELAJAR & PENDUDUK

 

 

 

  1. Telah menubuhkan jawatankuasa khas di bawah Lajnah Pelajaran bagi menguruskan Tabung Kebajikan Guru dan Pelajar di mana setakat ini telah menyalurkan bantuan kewangan dan makanan kepada pelajar yang layak
  2. Mulai tahun 2006 telah mengutip yuran kecemasan sebanyak RM 10.00 setahun bagi menjaga kebajikan guru dan pelajar
  3. Tabung Khairat Kematian di mana warga pondok digalakkan menjadi ahli tabung khairat Masjid Mukim Terusan

  

 

SUMBER KEWANGAN

 

 

 

  • Yuran pendaftaran sebanyak RM 10.00 dan bulanan RM 5.00
  • Sumbangan derma dan zakat orang ramai
  • Sumbangan daripada Pusat Pembangunan Pondok Berhad

 

 

PRASARANA YANG SEDIA ADA

 

 

 

  1. Masjid untuk ibadat dan pengajian
  2. 5 buah madrasah tempat pengajian
  3. Pejabat
  4. 2 buah perpustakaan iaitu Maktabah Bakriah dan Maktabah Masjid Mukim
  5. Bilik pameran
  6. Bilik kegiatan Majlis Syura Pelajar
  7. Rumah tetamu
  8. Kantin/ kedai makan
  9. Kedai runcit dan kitab
  10. Dewan serbaguna
  11. Tandas awam

 

 

PRASARANA YANG BELUM SIAP/PERANCANGAN

 

 

 

 

 

  1. Rumah Wakaf Guru & Pelajar setinggi 5 tingkat yang telah diguna sebahagiannya pada awal bulan Mac 2004
  2. Sedang membesarkan masjid 3 tingkat
  3. Sedang siapkan pembinaan pagar bagi keselamatan

 

9 Respons kepada “Maklumat Pondok Pasir Tumboh”

  1. SYAFRUDIN BIN UMAR (N9) said

    Salam ukhuwwah…..
    Semoga anak2 didik pondok terus berkembang menyebarkan kalimah ALLAH dimuka bumi.
    Juga didoakan tok ayah Syim panjang umur dan sihat selalu,begitu juga dgn ustaz2 yang telah banyak berjasa menebarkan ilmu kpd anak didik. amin…..

  2. mohd rashidi bin khairuddin&sulaiman said

    assalamualaikum,kepada saudara kami di sana….ahlan wasahlan wa marhaban bikum jami”AN..terutama kepada penghuni asrama selangor serta borhan bin abu dan afdal n the gang…insyaallah ada masa kami akan pulang ke pondok kembali…bagaimana dgn kesihatan tuan guru syim skang….kami berdoa agar tok ayah dpanjangkhan umur…..kpd sahabat2 yg masih d tmpat y mulia itu agar menuntut ilmu sebyk y blh….semoge kalian brada dlm lingkungan kredaan n kberkatan ALLAH….

  3. kerani said

    02 September, 2008
    SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI dalam kenangan
    UCAPAN TA’ZIYAH DARI USTAZ ABU-SYAFIQ AL-ASY’ARY BUAT PENCINTA ULAMA ISLAM
    —————————————

    ULAMA ISLAM, PEJUANG MUJAHID MENOLAK SEGALA BID’AH SESAT KHASNYA BID’AH AQIDAH,
    PENJAGA AQIDAH, MUJAHID KEATAS AHLI BID’AH SEPERTI WAHHABI DAN SELAINNYA,
    BERANI MEMPERTAHANKAN AQIDAH YANG BENAR, WALI, SOLEH, AHLI ZUHUD, SUFI HAKIKI,
    PENCINTA PARA NABI, MEMPERTAHANKAN ULAMA ISLAM SEBENAR,
    PENEGAK AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH ZAMAN KINI, PENCARI REDHO TUHANNYA MEMALING REDHO MANUSIA YANG DIBENCI TUHANNYA, PEJUANG YANG HANYA UNTUK DAN DEMI TUHANNYA, SEORANG YANG AMANAH DALAM ILMU DAN NUKILANNYA,
    TELITI DALAM SEGALA PENULISANNYA,PENYINAR ILMU AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH AL-ASYAIRAH, ‘HURRAS AQIDAH’ IAITU PENJAGA AQIDAH ISLAM GELARANNYA, ASY-SYAFIE’ MAZHABNYA, AL-QODIRIY DAN AR-RIFAI’Y TORIQOTNYA, HUJJAHTUL ISLAM DAN MUJADDI FI ZAMANIHI, SESIAPA YANG MENGENALI BELIAU BENAR-BENAR MAKA DIA PASTI MENGENALNYA DENGAN PENUH KEHORMATAN, SESIAPA YANG TIDAK MENGENALI BELIAU MAKA SAYA KATAKAN BELIAU
    MERUPAKAN SYEIKHUL ISLAM SEBENAR AL-MUHADDITH SYEIKHI ABDULLAH AL-HARARI AL-‘ABDARYRAHIMAHULLAH…..

    Beliau telah kembali ke rahmatillah hari ini Selasa 2hb Ramadhan 1429H : 2hb 9 2008.
    selepas waktu subuh tadi waktu Beirut, Lubnan. Jenazahnya yang mulia disembahyangkan oleh ratusan ribu umat Islam di Masjid Burj Aby Haidar Beirut Lubnan petang tadi waktu asar time Beirut Lubnan dan jutaan umat Islam diseluruh pelusuk dunia turut menunaikan solat jenazah ghoib buat Syeikh Al-Mujahid Abdullah Al-Harari kemudian jasadnya disemadikan berhampiran Masjid Burj Aby Haidar. Rahimakallah ya Syeikhy….

    Pemergianmu satu kehilangan yang besar buat umat Islam pencinta sunnah sebenar.
    Al-Fatihah….

    TAKDIR ALLAH MENENTUKAN
    KAU PERGI JUA
    DUHAI ATQIYAA’ AKHFIYAA’
    MAULANA AS-SYEIKH ABDULLAH AL-HARARY AL-HABASHY

    KEBERADAANMU TIADA RAMAI YANG MENYEDARI
    SEDANG ILMUMU TELAH SAMPAI KE DADA-DADA MEREKA

    KAU DIFITNAH,DITOHMAH DIHINA
    HANYA SAHAJA KERANA
    MEMPERTAHANKAN AQIDAH SUCI
    DARI DINODAI TANGAN-TANGAN KEJI
    MUSUH-MUSUH ISLAM

    JASA DAN BUDIMU PADA UMMAH
    TIADA TERJUMLAH
    TANPA MENGHARAPKAN KEMASYHURAN
    JAUH SEKALI BALASAN DUNIAWI

    DEEN AL-HANIEF KAU PERTAHANKAN
    AQIDAH KAU PERJUANGKAN
    TUTUR-BICARAMU BERHIKMAH
    CORETANMU BERTINTAKAN ILMU
    HUJJAHMU DURI-DURI TAJAM
    DI HATI AL-WAHHABY

    HARI INI KAU PERGI JUA
    MENINGGALKAN JAUH PENJARA DUNIA
    YANG PENUH NODA DAN DOSA
    MENUJU JANJI-JANJI ALLAH
    BUAT HAMBANYA YANG IKHLAS

    PERGIMU YA SYEIKHI TIADA BERGANTI
    MOGA RUHMU DITEMPATKAN ALLAH
    DI KALANGAN PENGHUNI FIRDAUSI

  4. nurul said

    AsSalammualaikum??sya ingin bertanya mengenai yuran y di kenakan utk belaja d pondok pasir tumboh..n bgaimna pula dgn mkn..adakah mkn d tanggung/sendiri.

  5. mastura said

    bagaimana cara untuk mendaftar belajar di pandok pasir tumbuh.

  6. sharifah said

    asalamualaikum,

    Saya amat berminat mempelajari ilmu agama dan telah cuba mencari di semua negeri.Ilmu agama di pondok tidak sama dengan di sekolah sekular, sekolah rakyat dan seumpamanya. Walaubagaimanapun minat untuk belajar ilmu ini hendaklah timbul dari minat yang mendalam dan peluang yang ada.

    1. Adakah menerima pelajar yang bukan dari negeri Kelantan?.
    2. Bagaimana dengan umur ?
    3. Berapa lama pengajian mengambil masa(tahun?.

    Salam.

  7. amir fahmi said

    rindu sungguh hendak ke pondok pasir tumbuh, ketenangan masih terbayang di minda.. semoga ALLAH sentiasa memberi keberkatan kepada pemberi ilmu dan sang pencari ilmu2 ALLAH…

  8. zulkifli said

    Assalamualaikum…sy juga bekas pelajar pasir tumbuh dari tahun 1998-2003. terima kasih kepada Tuan guru & ustaz2 yg mendidik sy mengenal Allah & RasulNya……TeRiMa kaSiH PaSir tuMboH……

  9. haleeda said

    Sy bercita2 mnjadi pelajar di sana suatu hari nanti.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: