Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for the ‘Pondok Bukit Gading’ Category

Madrasah Darul Ilmi, Pondok Bukit Gading
Tel. 019-9272388

Maklumat Pondok Bukit Gading

Posted by epondok di Disember 23, 2013

Sejarah Penubuhan

Menyedari bahawa pendidikan dan tarbiah adalah gabungan antara ilmu, amal, iman dan penghayatan yang ikhlas, suatu daya usaha yang berterusan digerak dan digarapkan dengan dokongan mereka yang prihatin, bertanggungjawab dan menghayati roh jihad serta komited yang jitu dari segenap lapisan masyarakat maka Pondok Darul Ilmi (PDI) telah ditubuhkan pada tahun 1985 oleh al-Marhum Tuan Guru Hj Mohammad bin Che Long ( 1924 – 31.1.1998 ) dengan didokong oleh beberapa orang pembantu yang mencurahkan seluruh daya, usaha, keringat idea dan pengorbanan yang mana bukan sedikit mehnah dan tribulasi yang terpaksa dilalui bukan sekali dua cabaran yang terpaksa diatasi dan bukan mudah denai beranjau yang terpaksa direntas

Dengan tertubuhnya Pondok Darul Ilmi (PDI) yang merupakan pondok tunggal di Daerah Tanah Merah ketika itu maka suatu medan yang subur sebagai pusat penyebaran ilmu dan penghayatan amal yang ikhlas dapat dilihat tersergam gagah setelah sekian lama daerah ini ketandusan pusat pengajian agama seumpama ini

Meski pun Allah lebih menyayangi al-Marhum Tuan Guru Hj Mohammad yang meninggal dunia pada 31 Januari 1998 namun roh jihad yang dirintis oleh beliau tidak dibiarkan pupus dan mati sebaliknya diteruskan oleh menantunya Ustaz Hj Mohamad bin Awang yang mengambil alih pentadbiran

  Objektif Penubuhan

  1. Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan syakhsiyyah
  2. Melahirkan pelajar yang mampu menjadi pemimpin
  3. Melahirkan pelajar cemerlang dalam menguasai bahasa-bahasa utama selain Melayu iaitu Arab dan Inggeris
  4. Melahirkan pelajar yang mampu menguasai kitab turath
  5. Melahirkan pelajar muslim yang berwibawa dari segi akhlak, syakhsiyyah, keterampilan diri dan emosi
  6. Melahirkan masyarakat yang prihatin dalam memahami Islam sebagai ad-Din yang syumul
  7. Melahirkan intelektual yang mempunyai ilmu yang boleh menangani permasalahan semasa masyarakat dalam segenap bidang kehidupan
  8. Membentuk dan melahirkan golongan mukmin yang patuh kepada system hidup Islam dan peraturan masyarakat yang tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah
  9. Melahirkan muslim yang celik al-Quran dan dapat menghayatinya dalam segenap bidang kehidupan

Lokasi

  Pondok Darul Ilmi (PDI) terletak di Kg Bukit Gading, 17500 Tanah Merah, Kelantan kira-kira 8 km dari Pusat Bandar Tanah Merah di atas sebidang tanah seluas 5 ekar persegi.

Advertisements

Posted in Pondok Ahli PPPB, Pondok Bukit Gading, Pondok Malaysia | Leave a Comment »

Perancangan

Posted by epondok di Mei 9, 2008

Perancangan kemajuan

 

  1. Menganjurkan program Pengajian Berkembar yang menempatkan sejumlah pelajar yang memenuhi kriteria yang ditetapkan terutama daripada SMU Padang Siam, Tanah Merah di asrama Pondok Darul Ilmi bagi mengikuti pengajian pondok dan dalam masa yang sama mengikuti pengajian biasa di sekolah mereka
  2. Menggiatkan usaha ke arah memantapkan ekonomi pondok agar dapat menguruskan segala kegiatan yang dirancang dengan lancar dan berkesan
  3. Merangka program pendidikan dan kebajikan yang berterusan dari masa ke semasa
  4. Mengadakan program umum kepada masyarakat luar terutama pelajar sekolah setiap kali musim cuti sekolah selama 2 – 3 minggu
  5. Menyusun dan mengatur serta memastikan persekitaran pondok yang kondusif ke arah menarik perhatian semua pihak sebagai menepati kehendak kerajaan negeri yang menyarankan agar pondok dapat menjadi salah suatu daripada produk pelancongan

Posted in Pondok Bukit Gading | Leave a Comment »

Kemudahan Asas

Posted by epondok di Mei 9, 2008

Kemudahan asas

 

  1. Masjid Darul Ilmi yang diperbesarkan oleh seorang dermawan yang siap dibina pada tahun 2003 dan perasmiannya disempurnakan oleh YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan pada 5 Disember 2003M bersamaan 11 Syawal 1424H.
  2. Sebuah blok asrama
  3. Sebuah bangunan sekolah untuk pengajian yang siap dibina pada 1992
  4. Dewan serbaguna sempena lawatan DYMM Sultan Kelantan pada 31 Mac 2006
  5. 127 buah pondok penginapan
  6. 4 buah rumah guru
  7. Bangunan pejabat

 

Tenaga Pengajar

 

Terdapat 6 orang tenaga pengajar yang mengendalikan kuliah di pondok ini dan seorang guru pelawat. Kesemua tenaga pengajar memberikan kuliah secara berjadual di 3 tempat iaitu majis, madrasah dan dewan serbaguna

 

Penghuni dan Pelajar Pondok

 

Jumlah penghuni pondok kini seramai 153 orang Muslimat dan 60 orang muslimin. Manakala pelajar bujang pula seramai 45 orang. Kawasan pondok terbahagi kepada 3 bahagian iaitu pondok kelamin, muslimat janda dan muslimin duda. Para pelajar bujang pula tinggal di asrama

 

Posted in Pondok Bukit Gading | Leave a Comment »

Pengasas Pondok Bukit Gading

Posted by epondok di Mei 9, 2008

Pengasas Pondok Darul Ilmi (PDI)

 

Nama : Tuan Guru Hj Mohammad bin Che Long ( 1924 – 31.1.1998 )

 

Pengajian :

 

a.     Pondok Bunut Payung, Kota Bharu selama 12 tahun mula 1938

b.     Mekah dari 1951 – 1955

 

Antara gurunya

 

1.      Tuan Guru Hj Abdullah Tahir Bunut Payung

2.      Tuan Guru Hj Budin Sumatera

3.      Tuan Guru Hj Ismail Mufti Kelantan

 

Mekah

 

1.      Tuan Guru Syeikh Daud Kelantani

2.      Tuan Guru Syeikh Abdul Kadir Mandili

3.      Tuan Guru Syeikh Yasin Padang

4.      Tuan Guru Syeikh Hassan Ahmad Marsyat

5.      Tuan Guru Tok Ahyad

6.      Tuan Guru Tok Afnam

Posted in Pondok Bukit Gading, Tokoh Ulama' | 2 Comments »