Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 24 Disember 2013

Berita gembira daripada Allah

Posted by epondok di Disember 24, 2013

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: (Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredaan serta syurga; mereka beroleh di dalam syurga itu nikmat kesenangan yang kekal. Mereka kekal selama-lamanya. Sesungguhnya Allah, menyediakan di sisi-Nya pahala yang besar. (Taubah: 20-22)

Ibnu Jarir berkata: Orang yang beriman membenarkan dengan tauhidnya. Berhijrah dan berjihad menentang orang Musyrikin pada agama Allah dengan harta benda dan jiwa mereka. Itulah sebesar-besar darjat dan setinggi-tinggi kedudukan berbanding dengan hanya pemberi minum bakal haji, pemakmur Masjidil Haram daripada kalangan Musyrikin.

Sayyid Quthub berkata: “Selepas pengumuman pemutusan hubungan dengan kaum Musyrikin, maka tidak ada apa-apa keuzuran dan alasan lagi bagi mereka yang tidak mahu berperang dengan kaum Musyrikin. Begitu juga di sana tidak ada sebab yang membuat mereka teragak-agak untuk menafikan kaum Musyrikin daripada mengunjungi Baitullah dan mengimarahkannya walaupun kerja-kerja ini telah dilakukan oleh kaum Musyrikin pada zaman Jahiliah.

Di sini rangkaian ayat-ayat ini menolak kaum Musyrikin sebagai golongan manusia yang berhak mengimarahkan rumah-rumah Allah, kerana hak ini adalah khusus untuk mereka yang beriman kepada Allah dan melaksanakan segala tugas-tugas yang diwajibkan ke atas mereka. Pengendalian kaum Musyrikin mengimarahkan Baitullah di zaman Jahiliah dan menguruskan bekalan air kepada jamaah haji tidak dapat mengubahkan dasar ini.

Ayat ini menghadapi perasaan-perasaan yang tidak sihat yang berkecamuk di dalam hati sesetengah Muslimin yang belum mempunyai pandangan yang terang terhadap dasar agama.”

Penulis merasa terpanggil untuk membincangkan sedikit berkaitan pembahagian hijrah. Dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah membahagikan hijrah kepada beberapa jenis. Ini yang dinyatakan oleh Ibnu Daqiq al-‘Id iaitu nama perkataan hijrah diberi kepada beberapa bahagian atau perkara:

Hijrah pertama ke Habsyah ketika golongan kufar menyakiti para sahabat.

Hijrah kedua dari Mekah ke Madinah.

Hijrah ketiga iaitu hijrah pelbagai kabilah dan kaum kepada Nabi SAW untuk mempelajari hukum syarak. Kemudian mereka pulang ke halaman masing-masing dan mengajar kaum mereka sendiri.

Hijrah keempat iaitu hijrah siapa yang memeluk Islam di kalangan penduduk Mekah datang mengunjungi Nabi SAW kemudian pulang semula ke Mekah.

Hijrah kelima iaitu sesiapa yang berhijrah daripada segala larangan Allah. (Lihat Ihkam al-Ahkam 1/11)

Sementara itu, Ibnu al-Qayyim menyebut Hijrah terbahagi kepada dua:

Hijrah dengan tubuh badan dari sebuah negeri ke sebuah negeri yang lain.

Hijrah dengan hati kepada Allah dan Rasul-Nya, iaitu hijrah yang mengandungi (daripada) dan (kepada). Iaitu hijrah dengan hatinya daripada cinta selain Allah kepada cinta kepada-Nya. Daripada ubudiyyah selain-Nya kepada ubudiyyah Allah. (Lihat al-Risalah al-Tabukiah hal. 24-25)

Posted in Artikel Pilihan | 1 Comment »

Maklumat Pondok Seligi

Posted by epondok di Disember 24, 2013

Pintu Masuk

1.MUKADIMAH. 

 

      Pendidikan adalah perkara yang paling penting dan sebagai penentu untuk pembentukan syaksiyah individu atau satu-satu masyarakat. Maju mundur sesuatu kaum bergantung kepada pendidikan. Pendidikan pada hari ini boleh menentukan kedudukan masyarakat pada masa depan. Oleh itu usaha pendidikan patut diutamakan dan diberi penghormatan yang tinggi, lebih-lebih lagi pendidikan agama.

     Pondok merupakan institusi pendidikan sejak dahulu lagi yang terus unggul sehingga sekarang dengan mengharungi pelbagai cabaran dan pengorbanan dalam mempertahankan kelangsungan agama buat selama-lamanya.

     Pondok Sripermai salah satu pondok yang sudah terbentuk sejak dari 20 tahun yang lalu, kini masih dapat dipertahankan walaupun perhatian daripada badan-badan luar agak berkurangan.

 

      Oleh sebab itu institusi pondok patut diberi perhatian kembali semoga agama islam dan cita-cita umat islam tetap unggul buat selama-lamanya.

2.LATAR BELAKANG PONDOK SRIPERMAI.

 
 

2.1 Pondok Sripermai telah di tubuhkan pada tahun 1989 dan di asaskan oleh Tuan Guru Abdul Hamid Bin Daud. Ianya dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nikmat,Menteri Besar Kelantan pada tahun 1990. Penubuhannya adalah hasil dari hasrat dan tuntutan masyarakat kampung bagi mendalami dan menghayati agama.

 

2.2 Pondok ini berdaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri Kelantan dan merupakan pondok ahli kepada Pusat Pembangunan Pondok Berhad.

 

2.3 Pusat pengajian pondok ini di tubuhkan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah dalam menyampaikan ilmu dan dakwah bagi melahirkan pelajar mukmin yang soleh, dapat mendalami dan memahami ilmu agama yang sebenarnya.

 

2.4 Sehingga kini pondok ini telah memain peranan dalam bidang pendidikan ilmu agama dan penyebaran dakwah kepada seluruh masyarakat melalui pelajar-pelajar lepasan pondok yang bertaburan di seluruh negara dengan memberi khidmat sebagai tuan guru, imam-imam, pegawai agama, tenaga pengajar, ustaz dan pendakwah di tempat masing-masing

3. PERLEMBAGAAN PONDOK

 
 

3.1 Sebgai landasan berorganisasi, satu dokumen  perlembagan telah di bukukan sebagai panduan bagi organisasi pondok dan majlis syura pelajar

 

3.2 Diantara isi gandungan penting perlembagaan ini ialah :

 

      .i. Dasar,matlamat,dan tujuan pondok.

       ii..Hukum ,kekuasaan,dan peranan majlis syura.

       iii. Keahlian dan kewajiban ahli.

       iv..Penubuhan lembaga penasihat pondok, lembaga pendidikan dan  

           lembaga tata tertib.

        v. dll.

4.STRUKTOR ORGANISASI.

 
 

Sehubungan dengan penyediaan dan penerbitan dokumen perlembagaan Madrasah Dakwah Islamiah Pondok Sri Permai maka suatu struktur organisasi baru telah di wujudkan yang di kenali sebagai srtruktur organisassi majlis syura pondok.

 

4.1 Struktus organisasi majlis syura pondok

      Di pengerusikan oleh Tuan Guru Abdul Hamid bin Daud dan timbalan pengerusinya ialah Ustaz Harpan bin Abdul Hamid.

Jawatan selanjutnya ialah.:-

         i.Setiausaha

         ii. penolong Setiausaha

         iii. bendahari

         iv. Dua unit lembaga

         v.  Lima lujnah utama.

 

a. Lembaga penasihat pondok

    Di anggotai oleh mereka yang berjasa dalam mengasaskan penubuhan  pondok ini dan mereka yang dapat membantu menjayakan matlamat pondok .

 

b. Lembga pendidikan dan tata tertib

    Dianggotai oleh pengajar- pengajar dan pelajar-pelajar senior yang berperanan menggubal kurikulum pendidikan pondok dan melaksanakan peraturan dan tata tertib

 

.c. Lujnah Ekonomi

 

d. lujnah pembangunan

 

e. lujnah kebajikan

 

f.  lujnah kesihatan

 

g. lujnah keselamatan.

h. kebersihan.

 

 

4.2 Struktur organisasi majlis syura pelajar

      Sebagai sebuah badan bagi menguruskan aktiviti ko-kurikulum pelajar.. Ketua Majlis Syura pelajar pelajar dan timbalan ketua pelajar akan mewakili majlis syura pelajar di dalam majlis syura pondok.

5. SUMBER KEWANGAN

 

Sumber pendapatapondok ini adalah daripada beberapa punca iaitu:

 

-sumbangan dari Pusat Pembangunan Pondok

-yuran pelajar dan ahli

-sumbangan-sumbangan orang ramai

-aktiviti ekonomi pondok

Posted in Pondok Ahli PPPB, Pondok Malaysia, Pondok Seligi | Leave a Comment »