Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for the ‘Pondok Geting’ Category

Madrasah An-Najmiah, Pondok Geting
Tel. 019-9095839

Mudir Pondok Geting

Posted by epondok di Ogos 12, 2008

Nama : Tuan Guru Hj. Abdullah bin Sa`amah.
Beliau dilahirkan di Pondok Maheliah ,Geting , Tumpat. pada tahun 1945M

Pendidikan :

Tempat

Nama Tuan Guru

Pondok Berangan

(7 thn)

– Tuan Guru Hj. Yaakob

Pondok Pohon Durian Jahar (Pattani) (2 thn)

– Tuan Guru Hj. Abdulah Jabi

Pondok Bermin (5 thn)

– Tuan Guru Hj. Mohd Terengganu-
– Tuan Guru Hj. Abd Rahman Bangkok

Pondok Hj. Ismail Tok Som

(1 thn)

– Tuan Guru Hj. Ismail

Pondok Pujuk Dusun Belaga

 

Mekah

(12 thn)

-Tuan Guru Bali Cahaya

– Tuan Guru Karim Banjar

– Tuan Guru Abdullah Sedawat

– Tuan Guru Rashid Jalal

Buka Pondok

Mula membukan pondok di Kg Geting yang dinamakan Madrasah Najmiah bersebelahan dengan pondok lama Mahiliah

Tempat rujukan masyarakat

Beliau sentiasa dikunjungi oleh orang ramai samada untuk meminta nasihat, belajar ilmu dan perubatan Islam

Beliau seorang yang tegas dan banyak menyumbangkan ilmu agama kepada masyarakat luar melalui pengajaran di masjid dan surau selain di pondok beliau sendiri

Posted in Pondok Geting | 1 Comment »

Maklumat Pondok Geting

Posted by epondok di Ogos 1, 2008

Sejarah Penubuhan

 Menyedari bahawa pendidikan dan tarbiah adalah gabungan antara ilmu, amal, iman dan penghayatan yang ikhlas, suatu daya usaha yang berterusan digerak dan digarapkan dengan dokongan mereka yang prihatin, bertanggungjawab dan menghayati roh jihad serta komited yang jitu dari segenap lapisan masyarakat maka Pondok Kampung Geting telah ditubuhkan pada tahun 1983 oleh Tuan Guru Hj Abdullah bin Sa’amah dengan didokong oleh beberapa orang pembantu yang mencurahkan seluruh daya, usaha, keringat idea dan pengorbanan yang mana bukan sedikit mehnah dan tribulasi yang terpaksa dilalui bukan sekali dua cabaran yang terpaksa diatasi dan bukan mudah denai beranjau yang terpaksa direntas

Dengan tertubuhnya Pondok Kampung Geting maka suatu medan yang subur sebagai pusat penyebaran ilmu dan penghayatan amal yang ikhlas dapat dilihat tersergam gagah menambahkan lagi kerancakan kepada pertumbuhan dan perkembangan pusat pengajian agama seumpama ini di daerah ini

  

Objektif Penubuhan

 

  1. Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan syakhsiyyah
  2. Melahirkan pelajar yang mampu menjadi pemimpin
  3. Melahirkan pelajar yang mampu menguasai kitab turath
  4. Melahirkan pelajar muslim yang berwibawa dari segi akhlak, syakhsiyyah, keterampilan
  5. Melahirkan masyarakat yang prihatin dalam memahami Islam sebagai ad-Din yang syumul
  6. Melahirkan intelektual yang mempunyai ilmu yang boleh menangani permasalahan semasa masyarakat dalam segenap bidang kehidupan
  7. Membentuk dan melahirkan golongan mukmin yang patuh kepada system hidup Islam dan peraturan masyarakat yang tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah
  8. Melahirkan muslim yang celik al-Quran dan dapat menghayatinya dalam segenap bidang kehidupan

 

Lokasi

 

Pondok Kampung Geting terletak di Kampung Geting, Tumpat, Kelantan kira-kira 3 km dari Pekan Pengkalan Kubur, Tumpat 

 

 

 

 

 

Posted in Pondok Geting | Leave a Comment »

Kemudahan Asas

Posted by epondok di Mei 12, 2008

Kemudahan asas

 

  1. Madrasah atau surau untuk berjemaah dan pengajian
  2. Pondok penginapan pelajar muslimin
  3. Rumah guru
  4. Bangunan pejabat
  5. Dewan serbaguna

 

Tenaga Pengajar

 

Terdapat 2 orang tenaga pengajar yang mengendalikan kuliah di pondok ini disamping kepala mutala’ah atau pembantu guru

 

Penghuni dan Pelajar Pondok

 

Jumlah penghuni pondok kini seramai 35 orang muslimin yang bujang 

 

 

 

Posted in Pondok Geting | 4 Comments »