Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for the ‘Pondok Kg Neting’ Category

Madrasah Ar-Rahmaniah, Pondok Kg Neting
Tel. 019-9262256

Pondok Kg Neting

Posted by epondok di Januari 17, 2022

Maklumat Pondok Kg Neting

 

 

 

Nama Rasmi

 

Madrasah Ar-Rahmaniah

Pondok Kg Neting, Tumpat, Kelantan

 

 

SEJARAH

 

Pondok Neting telah ditubuhkan pada tahun 2004 di Kampung Neting, Jajahan Tumpat. Mudir Pondok Kg Neting iaitu al-Fadhil Ustaz Muslim bin Zakaria atas permintaan dan cadangan daripada bapa mertuanya Ustaz Hj Abdul Rahman telah bertungkus lumus dengan beberapa orang tenaga penting yang lain dalam mengimarahkan pondok ini. Dengan terdirinya pondok ini maka bertambahnya bilangan pondok bagi jajahan Tumpat untuk dijadikan pusat pengajian bagi umat Islam yang bukan sahaja sekitar jajahan ini malah seluruh negara termasuk dari Thailand. Pondok ini adalah di antara pondok yang baru  bernaung di bawah Pusat Pembangunan Pondok Berhad iaitu Persatuan Pondok Kelantan

 

KEMUDAHAN ASAS

 

1. Sebuah masjid yang dapat menampung seramai 300 jemaah. Ia juga merupakan tempat pengajian di pondok ini

 

2. Sebuah asrama pelajar lelaki iaitu bangunan asrama batu dua tingkat yang dapat menampung 50 orang pelajar.

 

3. Sebuah asrama pelajar perempuan iaitu bangunan asrama batu dua tingkat

 

4. Beberapa buah pondok bagi pelajar dan warga emas

 

SUKATAN PENGAJIAN

 

Ilmu yang diajar adalah merangkumi semua ilmu agama termasuk ilmu Usuluddin, Feqah, Ilmu Alat, Al-Qur’an, Al-Hadis dan lain-lain.

 

Semua kitab adalah kitab pondok (tradisional) samada di dalam bahasa melayu jawi dan Arab

 

Pondok ini juga menyediakan pengajian tahfiz bagi pelajar yang berkelayakan

 

MATLAMAT

 

  1. Menjadikan Pondok sebagai pusat pengajian Islam secara teori dan praktikal
  2. Mencari keredhaan Allah serta menghapuskan kerosakan akhlak
  3. Melahirkan generasi berilmu, beramal, berani dan bertaqwa.
  4. Melahirkan pelajar mahir serta memahami secara mendalam ilmu agama dengan menjadikan islam sebagai cara hidup

Posted in Pondok Ahli PPPB, Pondok Kg Neting, Pondok Malaysia | Leave a Comment »

Ustaz Hj Muslim Mudir Pondok Kg Neting kembali ke Rahmatullah malam tadi

Posted by epondok di Ogos 20, 2016

SABTU 20 Ogos – Seluruh warga pondok mengucapkan takziah kpd ahli keluarga Ustaz Muslim b Zakaria mudir pondok Kg Neting, Tumpat yg meninggal dunia jam 3.30 pagi tadi di HUSM, Kubang Kerian..

solat jenazah akan dilaksanakan di masjd pondok Neting jm 2.00 petang nanti..seluruh warga pondok dan muslimin/mat dijemput hadir utk menyembahyangkan jenazah beliau
Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan hambaNya yng soleh…
Moga pengorbanan al-Marhum akan diteruskan oleh generasi pelapis….

Posted in Fokus Isu, Pondok Kg Neting | Leave a Comment »

Pentadbiran Pondok Kg Neting

Posted by epondok di Ogos 5, 2008

1. Ahli jawatankuasa

 

            Penaung                    : Al-Fadhil Ustaz Hj Abdul Rahman

            Pengerusi/Mudir      : Ustaz Muslim bin Zakaria

            Setiausaha                : Hakimi b Mat Saad

            Bendahari                 : Encik Fauzi

            Ajk                              : 1. Hashim b Ahmad

                                                  2. Ustaz Muhammad bin Ismail

 

2. Senarai nama guru

 

1.      Ustaz Hj Abdul Rahman

2.      Ustaz Muslim bin Zakaria

3.      Hakimi b Mat Saad

5.      Ustaz Muhammad bin Ismail

 

3. Jumlah pelajar semasa

 

                        a. Pelajar lelaki                     70 orang

                        b. Pelajar perempuan                    11 orang

                        c. Orang tua                         6 0rang

 

4. Jadual pengajian harian

 

MASA

 

PENGAJIAN

7.00 – 8.30 Pagi

Kitab

9.00 – 9.30 pagi

Kelas al-Quran

10.00 – 11.00 pagi

Kitab

2.00 – 3.00 petang

Kelas Tahfiz dan al-Quran

3.00 – 3.45 petang

Kitab

Lepas Asar

Kitab

Lepas Maghrib

Kitab

Lepas Isya’

Kitab dan al-Quran

Posted in Pondok Kg Neting | 2 Comments »