Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for the ‘Pondok Perak’ Category

Sejarah Pondok Pak Teh Keroh, Perak – video

Posted by epondok di Julai 3, 2017

Posted in Pondok Perak | Leave a Comment »

18 buah pondok pelajar di Pondok Pak Teh, Keroh hangus terbakar

Posted by epondok di Julai 3, 2017

Pusat pengajian agama Pondok Pak Teh musnah terbakar

Menurut seorang jurucakap bomba Pengkalan Hulu, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden berkenaan sekitar pukul 11.27 malam dan bergegas ke lokasi di Kg Kuak Luar. – Sumber foto Astro AWANI

PENGKALAN HULU: Sebanyak 18 buah penginapan pusat pengajian agama yang dikenali sebagai Pondok Pak Teh hangus dijilat api dalam sebuah kebakaran pada lewat malam Ahad.

Dalam kejadian sekitar 11 malam itu, Pondok Al-Latifiah atau Pondok Pak Teh yang dibina sejak tahun 1967 itu musnah terbakar akibat api yang begitu marak dalam insiden berkenaan.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Hulu berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden berkenaan sekitar pukul 11.27 malam dan bergegas ke lokasi di Kg Kuak Luar.

“Maklumat awal mendapati terdapat 18 buah pondok penginapan pelajar jenis kelas C berkeluasan 15 x 10 musnah terbakar dalam kejadian itu.

“Selain itu, kebakaran tersebut turut menyebabkan kerosakan pada sebuah madrasah yang terkena bahang api,”katanya kepada pemberita.

Katanya, operasi pemadaman kebakaran mengambil masa lebih dari dua jam dan mendapat bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Baling.

Terdahulu, operasi pemadaman yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan I Shahar Murshid Harun tersebut juga dipercayai dibantu oleh orang awam yang cuba memadamkan api dengan menggunakan baldi.

Pondok Pak Teh, merupakan sebuah pusat yang telah melahirkan ribuan ilmuan dalam bidang agama dan begitu unik apabila masih mengekalkan ciri-ciri tradisional dan dibina daripada papan.

Diasaskan oleh Datuk Abdul Latif Abdul Rahman, “kilang” itu juga telah menempatkan seramai 4,500 pelajar sejak 45 tahun pusat pengajian itu ditubuhkan.

Malah, pondok tersebut juga banyak meninggalkan nostalgia dalam usaha mengembangkan dakwah Islam di daerah ini sekali gus menjadi pilihan bagi mereka yang ingin mendalami ilmu agama.

 

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank 158079284482 atas nama Jawatankuasa Pondok Al Latifiah.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat yang sahih dari Khusyairi Abd Latif yang boleh dihubungi di talian 013-5151334.

Posted in Pondok Perak | Leave a Comment »

Madrasah Riyadhussolihin al-Othmaniah, Pondok Sg Bayor,Selama, Perak

Posted by epondok di Jun 14, 2015

bayorbayor2bayor3bayor4

 

Madrasah Riyadhussolihin al-Othmaniah, Pondok Sg Bayor,

Lot 4064, Sg Bayor, 34140 Rantau Panjang, Selama, Perak

 

Mudir Ustaz Yusri 013-4764 667

 

Sistem pengajian pondok menggunakan kitab Turath

Posted in Pondok Malaysia, Pondok Perak | Leave a Comment »

Ma’ahad Darul Amilin, Permatang Raja, Pantai Remis, Perak

Posted by epondok di Jun 13, 2015

amilinamilin2amilin3

 

Ma’ahad Darul Amilin, Permatang Raja, Pantai Remis, Perak

Mudir Ustaz Sodiq 019-3705131

 

Pondok ini menyediakan pengajian tahfiz dan kitab

Posted in Pondok Malaysia, Pondok Perak | Leave a Comment »

MADRASAH DARUL ULUM WAL QIROAT, KG.TEBUK YAN 2, PANTAI REMIS, PERAK

Posted by epondok di Jun 12, 2015

ulum2ulumulum3

 

Ustaz Maulana Jalaluddin Al-Hafiz Bin Haji Abdul Rahman
MADRASAH DARUL ULUM WAL QIROAT
NO.324, JLN PANTAI REMIS,
KG.TEBUK YAN 2, PANTAI REMIS,
34900 PERAK DARUL RIDZUAN.
TEL : 013-7745568
Maklumat Akaun Bank
Nama Bank : Maybank
Nama Akaun : Madrasah Darul Ulum Wal Qiroat
Nombor Akaun : 5581 8105 3065

 

 

PENGENALAN TENTANG MUDIR MADRASAH DARUL ULUM WAL QIROAT
Latar belakang mudir Ust. Maulana Jalaluddin Al-Hafiz Bin Abdul Rahman.

Pembelajaran tahap pertama : Kitab Fardhu Ain, Hafazan dan Hadith

Senarai Kitab-kitab Fardhu Ain : Kitab Munyatul Mussolli, Kitab Hidayatus Subyan, Kitab Bidayatul Mubtadi, Kitab Motlail Badrain dan Kitab-kitab Fiqah Tassawuf Tafsir Hadist Sirah dan lain-lain lagi.

    • Institut Pendidikan Al Balaghulmubin Rong Cenok,Pasir Mas, kelantan (Hafazan)
  • Madrasah Addiniah Albakriah Pondok Pasir Tumboh,Terusan Limbat, Kota Bharu, Kelantan (Fardhu Ain)
  • Madrasah Ribat Tareem, Hadrat Mout, Yaman (Syariah Kitab-Kitab Lama)
  • Darul Uloom New Castle, South Africa (Hadist)
  • Maahad Tahfiz Wal Qiroat, Damsyik, Syiria (Qiroat 10 Bacaan Al-quran – Sanad)

Pengalaman menerima panggilan menjadi penceramah dan pengajar di United Kingdom, Abu Dhabi UAE, Australia, Afrika Selatan dan lain-lain lagi. Juga berpengalaman menjadi imam selama 15 tahun lebih di Malaysia, Singapore, Brunei Darussalam, Australia, Abu Dhabi dan lain-lain lagi.

Sistem Pendidikan

Alhamdulillah, pelajar kami mula meningkat dari 10 orang dan kini hampir 40 orang yang datang dari seluruh pelusuk negara.

Pelajar-pelajar kami kebanyakannya berasal dari negeri Kelantan, Pahang, Selangor dan Johor. Terdapat juga seorang pelajar daripada Afrika Selatan. Terdapat seorang pelajar telah pun khatam menghafal Al-Qur’an pada bulan April 2014. Insya’Allah jika di izin Allah, di bulan Mei 2014 akan 3 orang pelajar akan Khatam Menghafal Al-Qur’an.

Hafalan di mulai dari surah-surah penting seperti SURAH YASSIN-SURAH DHUKHAN-SURAH SAJADAH-SURAH AL MULK dan diteruskan dengan 30 juzuk. Teknik menghafal, juga melatih keberanian berhadapan dengan masyarakat dan taranum berserta tajwid. Pengajian kitab juga disediakan.

 

 

Posted in Pondok Malaysia, Pondok Perak | 1 Comment »

Pondok al-Karim, Kg Talang Trosor, Sungai Siput, Perak

Posted by epondok di Jun 11, 2015

karimkarim3karim2

Alamat :

Pondok Al-Karim , 328 Kampung Talang Trosor , 31100 Sungai Siput (U), Perak

Blog : pondokalkarim.blogspot.com

No telefon pejabat : 05-5972328

Mudir  Us Akhram b Abd Azizis 019-5241608

Timb Mudir  Us Tajudin Noor B. Mohamed Rehan 019-5634583

 

Kenali Pondok Al-Karim

Melihatkan usaha membangunkan masyarakat adalah tuntutan agama dan menjadi mercu tanda keagungan umatnya, maka Pondok Al-Karim telah di tubuhkan pada Januari 2009. Objektif utama pondok ini adalah menjadi pusat ilmu setempat di mana dapat memberi kesedaran pentingnya ilmu akhirat.Pondok Al-Karim telah di bina di atas tanah peninggalan arwah Abd Karim kepada anak-anak beliau dan telah diwakafkan untuk tujuan ini. Tanah ini terletak di Kg Talang Trosor, Sungai Siput (U). Pondok ini telah pun mendapat kelulusan dari pihak Pejabat Pendaftaran.Pondok ini di uruskan oleh anak – anak arwah dan seorang Ustaz di lantik sebagai Pengurus Bahagian Dakwah Islamiah. Selain itu pihak pengurusan pondok juga turut mengundang penceramah – penceramah bebas untuk menyampaikan ceramah dan kelas.

Dari segi kewangan, pondok ini beroperasi dengan sumbangan bulanan atau tahunan dari ahli keluarga arwah, sahabat handai, pelajar – pelajar dan orang awam. Pondok Al Karim sentiasa terbuka menerima cadangan dan sumbangan bagi pondok ini melangkah lebih jauh dan seterusnya mencapai objektif penubuhan

Posted in Pondok Malaysia, Pondok Perak | Leave a Comment »