Kewujudan Madrasah ad-Diniah di Sungai Resik, Muar, Johor tepat pada masanya ketika masyarakat sekitar mencari tempat untuk belajar ilmu agama dengan lebih mendalam.
Timbalan Pengerusi Madrasah ad-Diniah Haji Mohd Sulbidin Paimin, 64, berkata, biarpun serba kekurangan pada awalnya namun usaha murni Ustaz Mohamad Hanapiah Mohd Hambali, 40, membina pondok mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.
Katanya, bukan saja ada penderma mewakafkan tanah, malah banyak sumbangan diberikan dalam bentuk bahan binaan selain wang ringgit selain tenaga kerja dalam membantu menyiapkan infrastruktur di situ.
“Madrasah ad-Diniah yang juga dikenali sebagai Pondok Sungai Resik ini begitu dekat dengan masyarakat apabila setiap aktivitinya bukan saja dihadiri ramai orang, malah ada saja yang menghulurkan sumbangan untuk membantu.
“Lebih bermakna lagi, pondok ini turut menyediakan pengajian kitab turath kepada orang dewasa setiap Sabtu selepas Maghrib selain kelas al-Quran,” katanya.
Menurutnya, beliau berharap orang ramai dapat terus membantu pembangunan pondok itu dalam apa saja bentuk yang termampu.
Katanya, pondok itu juga istimewa kerana bersikap terbuka menerima pelajar tercicir atau bermasalah akademik dan disiplin.
“Kalau tiada orang yang ambil tanggungjawab ini, siapa lagi yang hendak diharapkan. Jadi sama-samalah kita bantu dari segi moral dan kewangan,” katanya.
Sementara itu, guru taranum Madrasah ad-Diniah, Hajah Siti Aishah Abdul Kadir, 64, berkata sejak kelas al-Quran diadakan di situ, ramai kaum wanita menyertainya untuk memperelokkan bacaan al-Quran terutama dari segi tajwid dan lagu.
“Walaupun lokasinya agak jauh daripada jalan besar namun ramai yang datang ke pondok ini untuk belajar termasuk kaum ibu dan ia bukan tempat untuk remaja belajar agama saja.
“Malah, ustaz di sini turut berpengalaman mengajar di tempat lain selain mengekalkan pengajian kitab turath secara tradisional,” katanya.
Menurutnya, masyarakat perlu menyokong pembangunan pondok untuk terus maju dan memberi ilmu kepada pelbagai lapisan masyarakat di situ tanpa mengira usia serta latar belakang.
Izzul syahmi bin mohamad rafi said
Macam mana nak daftar ya ? Proses pembelajaran berapa lama ya ? Ada nombor yang boleh saya hubungi tak untuk info .
kamaruzaman said
saya ni buat tak tahu pasal agama.. jadi saya nak belajar&ingin berubah saya berumur boleh ke kalau saya nak belajar kat sana
kamaruzaman said
boleh bagi no untuk di hubungi
sarinah jamal said
Boleh beri no tel untuk saya bertanya dengan lebih lanjut lagi…terima kasih
Hj zurin said
Blh dptkn no tel or hp..
syuhaida said
untuk pelajar perempuan sahaja ade tak
Siti nurjanah binti razak said
Bagaimanakah pembayaran
Pembelajaran
anuar bin mohd said
saya anuar nk bertanya boleh ke klo tuk mnghntr ank2 bljr agama musim cuti sekolah pada bulan 12 ni…ada x no tel yg boleh saya hubungi tuk ktrngn lnjut
farah Athirah Binti Abdul Aziz said
Asalammualaikum Saya nak mintak no. Telefon boleh? Supaya senang berhubung dan tanya mengenai info cara masuk. Dan had umur berape ye
Norarbaeiyah sulaiman said
Brp had umur masuk.sya nakhantar anak belajar agama umur 25 thn
Asiah Mohamad said
Kalau nak belajar ” one in one” untuk tajUk tertentu boleh tak
Rosdian Abdullah said
Assalamualaikum..saya nak bertanya boleh ke anak saya masuk k skolah pondok ni…anak laki2 19 tahun…perlukn bimbingan utk masa cuti sahaja…anak saya agak pendiam dan pemalu..susah nak bergaul dgn org…agak menyedihkn anak belum pandai membaca…
Apa syarat2nya utk masuk k skolah pondok ini..
Normahbte kasi said
Assalamualaikum saya nk menghantar ank saya belajar disekolah pondok ustaz apa kah syarat2 yg perlu di patuhi..
Rohana Sahdon said
Assalammualaikum w.b.t
Saya ingin menghantar adik saya yg berumur 28tahun utk mendalami ilmu agama. Adakah disediakan tempat tinggal di sana?
Siti hajar said
Boleh sy dapat nombor tuk d hubungi .saya nk hantar anak sy d sana.
Mas amira said
Bagaimana saya ingin mendaftar ye?? Bulan2 berapa harus saya bayar??
Johari bin Ismail said
Anak sy lelaki berumur 15 tahun menghadapi masalah displin. Sy berminat menghantar beliau belajar di pondok ni. Tkasih
Mohd saiful said
Assalamualaikum….sy hendak hantar ank sy ke sini boleh ke, umur 15 thun dan tidak bersekolah lg….0196485799 saiful
Mohd azhar bin abdul aziz said
Saya ingin belajar ilmu agama yang dah lama saya tinggalkan nama saya mohd azhar bin abdul aziz umur 21 dan saya ingin kembali ke pangkal jalan hidup saya penuh dengan titik hitam dan banyak dosa saya dah buad harap semua ini membantu saya menjadi insan yang soleh dan sentiasa ingat allah..
Sjti hawa bte zainal said
Saya puan hawa, nk htr anak utk belajr disini. Ada no talifon?
Mohd Norisham Abd Rashid said
Assalamualikum…boleh bagi no tel untuk di hubungi..terima kasih
Fatin said
Boleh tinggal di sana? Dan boleh sya dpt kan no telephone..
Normolin Binti Ahmad yatim said
Until pelajar perempuan umur 17 Ada x bagaimana saya nak hubungi
Asiah Hassan said
sya puan asiah. sya nk bljar ilmu. dn byk lg. boleh sya tggal distu selama 1 bulan.. sya tinggl di pekan pagoh, muar. wasap sya 0173126388..nk tahu bpe yuran masuk dalam mardarsah ni.
Noor azman bin hassan said
Assalamualaikum ustaz, saya seorang hamba Allah yg berumur 49 tahun Dan berasal dri taman perling johor. Sy berhajat utk mempelajari ilmu agama termasuk al quran. Adakah pihak ustaz menerima org spt saya dn adakah pihak ustaz menyediakan tempat tinggal. Sy ingin belajar sepenuh masa.