Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 4 Julai 2017

Pondok Kelantan Yang Terima Pelajar Muslimat

Posted by epondok di Julai 4, 2017

1 Madrasah Diniah  Bakriah,Pondok Pasir Tumboh,16150 Kota Bharu

 

Tuang Guru Hj Wan Muhamad b Wan Osman  0129975513

(Ustazah Fadhilah)

2. Madrasah Rahmaniah,Pondok Lubuk Tapah,17200 Lemal, Pasir Mas Ustaz Hj Lukman b Hj Abdullah 0139754428
3. Madrasah Muhammadiah,Pondok Sungai Durian,18000 Kuala Krai Dr Hj Abdul Basit  Hj Abdul Rahman 09-9667071(P)

014-8363449

Ustaz Yahya

4. Madrasah Yusufiah,Pondok Banggol Naim, Gelang Mas 17010 Pasir Mas Tuan Guru Hj Awang Yusuf 0145145943 / 0199185134Tuan Guru Hj Awang Yusuf
5. Madrasah Ar-Rahmaniah, Pondok Neting, Kg Neting, Tumpat Ustaz Hakimi 014-5075528

Ustaz  Hakimi

6. Madrasah Dakwah Islamiah,Pondok Seri Permai Seligi,Kg Permatang Sungkai,16800 Pasir Puteh Ustaz Arfan Us Nasir

012-6965443

Us Ahmad

013-6393678

7. Madrasah Darul Muttaqin,Pondok Lepan Bola, Lawang, Batu Gajah, 17510 Tanah Merah Ustaz Hj Tuan Mahmud Tuan Soh 09-9570923
 8.  Madrasah al-Diniah al-Falahiah, Kg Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir Puteh  Ustaz Wan Rosli b Ibrahim  019-9481330Ustaz Wan Rosli
 9. Madrasah Diauddin

Pondok Gual Dalam,

D/A Petis Surat No 7  Lubok Setol, 17200 Rantau Panjang

http://www.pondokluboksetol.webs.com/

 Ustaz Hj Abdullah Zawawi 0199570612 / 019-9559753
10 Madrasah MuhammadiahPondok Beta Hilir, Kg Beta Hilir, 15150 Kota Bharu Ustaz Hj Mohd Jalaludin as-Sayuti Hj Muhammad 012-9845040/019-9060874
 11 Pondok Ihya’ al-Ulum

D/A Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat

Jalan Sek. Keb. Sri Kiambang, Repek, 17070 Pasir Mas, Kelantan

019-9394185

09-7905477

Madrasah Daril-Nnaim,

Kampong Kubang Bongor,

16400 Melor, Kota Bharu

 

Mudir : Ustaz Wan Alauddin b Wan Ahmad

Timbalan : Ustaz Nik Mat b Ab Kadir

 

0129009745

 

Advertisements

Posted in Pondok Ahli PPPB, Pondok Malaysia | 43 Comments »

Budaya ziarah perkukuh silaturahim

Posted by epondok di Julai 4, 2017

Ahmad Nazri Mohd Yusof

 

AKTIVITI ziarah sudah sinonim dalam budaya rakyat Malaysia menjelang Aidilfitri. Dalam Islam juga sangat menggalakkan umat-Nya ziarah-menziarahi kerana dapat mengeratkan silaturahim. Bagaimanapun kita dianjurkan supaya sentiasa menjaga adab ketika berkunjung ke rumah orang lain supaya tuan rumah tidak rasa terbeban, sekali gus menggembirakan hati orang yang dikunjungi.

Sudah menjadi budaya masyarakat Islam di negara ini menyambut hari raya selama sebulan Syawal. Walaupun ia bukanlah anjuran dalam Islam tetapi meraikan Aidilfitri selama sebulan disebabkan kebanyakan kita pulang ke kampung untuk meraikan 1 Syawal. Oleh itu, kesempatan kembali ke selepas bercuti di kampung halaman dimanfaatkan bagi menziarahi sahabat handai serta jiran tetangga pula melalui penganjuran rumah terbuka atau memenuhi undangan pihak yang menjemput.

Rumah terbuka sama ada diadakan secara besar-besaran mahupun sederhana, amat baik untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan saling memberi hadiah antara satu sama lain. Ini sejajar sabda Baginda SAW: “Saling memberi hadiahlah, nescaya kamu akan saling kasih mengasihi.” (Riwayat Bukhari)

Amalan saling bermaafan juga begitu sinonim dengan hari raya kerana kita lebih mudah untuk memaafkan serta melupakan persengketaan yang berlaku. Itulah peluang terbaik merapatkan kembali persaudaraan dan menyambung hubungan yang terputus disebabkan perbalahan atau berbeza pandangan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sebenarnya orang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-Hujurat, ayat 10)

Islam sangat menggalakkan umatnya menghubungkan silaturahim. Perpaduan umat juga boleh ditingkatkan pada hari raya tanpa memikirkan perbezaan politik, kedudukan dan pangkat. Kemeriahan hari raya disemarakkan lagi dengan budaya ziarah-menziarahi yang akan membentuk satu ikatan kasih sayang yang mengeratkan sesama insan kerana asal kejadian manusia daripada keturunan yang sama iaitu Nabi Adam.

Islam mengajak manusia saling kenal-mengenali antara satu sama lain, hormat-menghormati, bekerjasama dan faham-memahami. Bagaimanapun, dalam keghairahan dan kegembiraan meraikan lebaran, perlu diingatkan supaya menjaga tingkah laku dan adab. Antara perkara yang yang perlu diberi perhatian oleh umat Islam sebagai seorang tetamu ialah berniat baik atas kunjungannya, tidak memilih tempat seperti rumah orang berharta, berpangkat dan berkedudukan tinggi sahaja. Waktu berkunjung pula hendaklah memilih masa yang sesuai.

Janganlah berkunjung pada awal pagi, tengah hari dan larut malam kerana kebiasaan pada waktu itu tuan rumah sedang beristirahat. Sebagai tetamu juga, tidak sepatutnya bebas melakukan apa sahaja di rumah orang kerana perbuatan sedemikian akan mengganggu dan tidak disenangi tuan rumah. Jagalah mata, elakkanlah meninggikan suara dan bersegera pulang. Melalui tarbiah Ramadan, umat Islam mempunyai kelebihan untuk meneruskan amal ibadat sebagai bukti keberhasilan amalan kerana momentum dan semangat Ramadan masih ada.

Anugerah takwa yang diraih menerusi tarbiah Ramadan sewajarnya menjadi pembimbing kepada umat Islam mengekalkan semangat Ramadan bagi menempuhi kehidupan sepanjang hayat. Sama-samalah kita sebagai umat Islam mewarnai Syawal dengan menambah pahala selagi peluang masih ada untuk menjadi orang yang bertakwa. Tanamkan rasa takut kepada perintah Allah SWT, berterusan melakukan apa yang diperintahkan, bersegera menjauhi dan meninggalkan perkara dilarang serta meningkatkan amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »