Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 3 Julai 2017

Sejarah Pondok Pak Teh Keroh, Perak – video

Posted by epondok di Julai 3, 2017

Posted in Pondok Perak | Leave a Comment »

18 buah pondok pelajar di Pondok Pak Teh, Keroh hangus terbakar

Posted by epondok di Julai 3, 2017

Pusat pengajian agama Pondok Pak Teh musnah terbakar

Menurut seorang jurucakap bomba Pengkalan Hulu, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden berkenaan sekitar pukul 11.27 malam dan bergegas ke lokasi di Kg Kuak Luar. – Sumber foto Astro AWANI

PENGKALAN HULU: Sebanyak 18 buah penginapan pusat pengajian agama yang dikenali sebagai Pondok Pak Teh hangus dijilat api dalam sebuah kebakaran pada lewat malam Ahad.

Dalam kejadian sekitar 11 malam itu, Pondok Al-Latifiah atau Pondok Pak Teh yang dibina sejak tahun 1967 itu musnah terbakar akibat api yang begitu marak dalam insiden berkenaan.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Hulu berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden berkenaan sekitar pukul 11.27 malam dan bergegas ke lokasi di Kg Kuak Luar.

“Maklumat awal mendapati terdapat 18 buah pondok penginapan pelajar jenis kelas C berkeluasan 15 x 10 musnah terbakar dalam kejadian itu.

“Selain itu, kebakaran tersebut turut menyebabkan kerosakan pada sebuah madrasah yang terkena bahang api,”katanya kepada pemberita.

Katanya, operasi pemadaman kebakaran mengambil masa lebih dari dua jam dan mendapat bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Baling.

Terdahulu, operasi pemadaman yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan I Shahar Murshid Harun tersebut juga dipercayai dibantu oleh orang awam yang cuba memadamkan api dengan menggunakan baldi.

Pondok Pak Teh, merupakan sebuah pusat yang telah melahirkan ribuan ilmuan dalam bidang agama dan begitu unik apabila masih mengekalkan ciri-ciri tradisional dan dibina daripada papan.

Diasaskan oleh Datuk Abdul Latif Abdul Rahman, “kilang” itu juga telah menempatkan seramai 4,500 pelajar sejak 45 tahun pusat pengajian itu ditubuhkan.

Malah, pondok tersebut juga banyak meninggalkan nostalgia dalam usaha mengembangkan dakwah Islam di daerah ini sekali gus menjadi pilihan bagi mereka yang ingin mendalami ilmu agama.

 

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank 158079284482 atas nama Jawatankuasa Pondok Al Latifiah.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat yang sahih dari Khusyairi Abd Latif yang boleh dihubungi di talian 013-5151334.

Posted in Pondok Perak | Leave a Comment »