Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Profil PPPB

MUQADDIMAH

Pusat pembangunan pondok (PPPB) ialah satu Persatuan Kebajikan Pusat Pengajian Pondok yang didaftarkan dibawah Akta Syarikat Malaysia. PPPB didaftarkan pada 22 April 1995 dan nombor Pendaftaran ialah H-341450. Ia merupakan Syarikat yang tidak mempunyai saham (Limited by Guarantee)

Keahlian PPPB terdiri dari Tuan guru pondok, Pengajar pondok dan juga individu berminat untuk memajukan Institusi Pengajian Pondok.

Kerajaan Negeri Kelantan telah mengiktiraf PPPB sebagai mewakili kepada Pondok-pondok Kelantan.

Setakat ini hampir keseluruhan pondok Kelantan telah bernaung dibawah PPPB .

Adalah diharapkan PPPB akan dapat mencapai matlamatnya untuk menjaga dan memajukan Pusat Pengajian Pondok selari dengan perkembangan zaman.

 

PROFIL PUSAT PEMBANGUNAN PONDOK BERHAD ( PPPB )

Nama : Pusat Pembangunan Pondok berhad

No Roc : H-341450

Alamat : 929 Wisma Pondok Pasir Tumboh,

16150 Kota Bharu, Kelantan.

Telefon : 09-7659088 Fax : 09-7659099

E mail : pppb1995@gmail.com

 

Pemegang Amanah

3 orang Ajk Wajib (Pengasas PPPB )

3 orang wakil Pondok ( giliran)

3 orang wakil Pentadbiran PPPB (dipilih)

3 orang wakil Profesional (dipilih)

Keahlian PPPB

1-Tuan Guru Pondok dan Pengajar

2-Individu Berminat untuk memajukan Pondok

Pondok yang bernaung

Sehingga tahun 2018 sebanyak 30 buah pondok telah bernaung di bawah PPPB.

Syarat pondok yang bernaung

1- Tuan guru mengajar sepenuh masa

2- Kurikulum menggunakan kitab pondok

3- Minima mempunyai Pelajar 20 orang

4- Persetujuan oleh Ajk Pemegang Amanah.

 

MISI

1- Menjaga warisan Institusi Pengajian Pondok agar dapat menjadi Pusat Pengajian Islam terulung yang diterima oleh masyarakat.

2- Menjaga kebajikan Penghuni-penghuni pondok yang terdiri dari Tuan guru, pengajar, pelajar dll.

3- Membaik pulih dan membangunkan prasarana Intitusi Pengajian pondok.

4- Menonjolkan Produk Pondok untuk dakwah kepada masyarakat

5- Menjadi Badan dakwah dll

VISI

1- Memberi bantuan kewangan kepada pondok- pondok yang bernaung dengan

PPPB

2- Menubuhkan Kolej Tinggi Pondok

3- Menubuhkan Jabhah Pondok (Majlis Mesyuarat Pondok-pondok )

4- Menubuhkan Pasukan Bomba Sukarela dll.

5- Mengadakan Program dakwah- seminar- penerbitan – forum- Pakej pengajian –dll.

6- Lain-lain yang perlu mengikut keperluan

 

LEMBAGA PEMEGANG AMANAH

PUSAT PEMBANGUNAN PONDOK BERHAD (PPPB)

2018/2019

 

Pengerusi

Dr Hj Lokman bin Hj Abdullah (Mudir Pondok Lubuk Tapah)

Timbalan Pengerusi I

Tuan Guru Hj Awang b Yusuf  (Mudir Pondok Gelang Mas)

Timbalan Pengerusi II

Ustaz Hj Ahmed Shukri bin Hj Abdul Rahman

( Pondok Sungai Durian)

Setiausaha

Hj Ahmad Shairazi bin Hj Atiqullah

( Pondok Pasir Tumboh )

Bendahari

Ustaz Hj Mohd Jalaluddin Sayuti b Hj Mohamed

( Pondok Beta Hilir )

Ahli jawatankuasa

Ustaz Hj Abu Bakar bin Osman ( Pondok Pasir Tumboh )

Dr Hj Abdul Basit b Hj Abdul Rahman (Pondok Sungai Durian)

Ustaz Hj Hamdan b Hj Abdulllah (Pondok Lubok Tapah)

Ustaz Hj Abdullah Zawawi (Mudir Pondok Lubok Setol)

YB Ustaz Hj Muhamad bin Awang (Mudir Pondok Bukit Gading)

Ustaz Abdul Kadir b Yasin  (Pondok Sungai Durian)

Tuan Hj Zaidi bin Hassan

Ustas Sobarudin b Osman

27 Respons kepada “Profil PPPB”

  1. mohd azrul said

    Asalamualaikum w.h.t
    Soalan saya..
    Boleh kah senaraikan nombor-nombor telefon yang bernaung di bawah PPPB
    supaya senang saudara2/saudari2 untuk membuat sebarang pertanyaan mengenai institusi pondok.

  2. Assalamualaikum w.mt

    minta izin ambil bahan dari laman web untuk rujukan imu dan bahan pengajaran..kalau diizinkanlah.

    ada dak program pengajian pondok ketika cuti sekolah untuk tahun 2009 bagi orang dewasa.

    mohd nasir mamat
    guru dari sandakan

  3. Hadenan said

    Assalamualaikum,
    Mohon informasi tentang pondok-pondok yang ada mengajar kitab furu’ al-masail Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani.
    Wassalam.

  4. amir fahmi said

    mengharap pencipta, supaya web ini ada link dengan FACEBOOK, supaya dapat orang ramai mengenali PONDOK… sekian.

  5. E-mail Pondok Begia – pondokbegia@gmail.com
    Blogger & Web – http://www.pondokbegia.com / pondokbegia.blogspot.com

  6. Saripah Rogayah s. Abdullah said

    Assalamualaikum
    saya nak tanya bagaimana untuk memulakan proses mendirikan pondok kerana saya beminat uuntuk mendirikannya di kawasan bandar Subang Jaya.

  7. zaine tumiran said

    Assalamualaikum
    saya nak tanya kalau anak umur 15tahun nak masuk sekolah pondok macam mana? sekolah pondok hanya mengajar pengajian agama sahaja kan? Boleh ke masuk dalam serta merta, apa syaratnya.

  8. Abdullah said

    Assalamualaikum, saya ingin belajar ilmu tafsir dan fiqh. adakah sesuai saya masuk pondok?? saya pelajar IPT. 19 tahun. Abdullah.

  9. annur said

    assalamualaikum,saya ingin bertanya masihkah boleh diterima masuk pondok dalam usia 20an??kerana kebanyakannya yang saya lihat masuk pondok dalam lingkungan 18thn ke bwh..

  10. olynmazlyn said

    a,kum.., sy cik maz dr perak. Umur 35 tahun. Saya b,minat dah skian lama nk masuk belajar kt sekolah pondok tp msh tk berpeluang. Tapi jika b,peluang insyaallah…. Cuma disini saya ingin bertanya,n beberapa soalan.1. Berapakah jumlah bayaran kos pembelajaran utk belaja sekolah pondok? 2) Berapa lamakah tempoh belajar n Adakah asrama utk perempuan disediakan? Dan, bagaimanakah jadual n mata pelajaran yang diajar disekolah pondok disini. Jika dapat disedia,n maklumat terperinci diblog ini lebih mudah. Kerjasama tuan, saya dahului dgn ucapan jutaan ribuan terima kasih..

  11. noor ariza said

    ASSALAMUALAIKUM.SAYA NAK TANYA ADA TAK PROGRAM UNTUK CUTI SEKOLAH HUJUNG TAHUN UNTUK KANAK-KANAK.NAK HANTAR ANAK.

  12. Assalamualaikum. Saya Isa Bin Zinon dari Perlis ingin bertanya ada tak ruang untuk belajar pada cuti penggal sekolah pada hujung2 tahun. saya berusia 21 tahun dan teringin sangat untuk menimba ilmu di pondok…

  13. hanna said

    sy ingin memasukkan anak saya di Madrasah Islamiah, Pondok Jenderam, Lot 4029 Kg Baru, Lorong Aman, Jenderam Hilir, 43600 Dengkil, kerana ank sy berminat dlm pendidikan islam. blh tlg emailkan saya detail kemasukan utk 2012 secepat mungkin….Email sy : manja9877@gmail.com

  14. jue salleh said

    Assalamualaikum wbt
    saya amat kagum dengan usaha yang dilakukan oleh PPPB, melihat pada matlamat PPPB amat baik sekali untuk melahirkan generasi yang arif dalam ilmu Islam dan cabangnya. Usaha ini perlu diteruskan agar, generasi ulama’ tidak pupus ditelan zaman. Namun saya mengesyorkan agar, PPPB tidak menyelitkan sebarang tazkirah berbau politik agar institusi ini dapat diakses oleh semua masyarakat dari mana-mana fikrah. Teruskan fungsi PPPB untuk berdakwah menyebarkan segala kebaikan dalam ilmu Allah pada manusia.

  15. jue salleh said

    Assalamualaikum wbt,

    Saya ingin mencadangkan agar PPPB dapat menggabungkan sistem pembelajaran pondok dan professional, Ini penting bagi melahirkan generasi yang celik agama dan tahu ilmu-ilmu dunia supaya tidak ketinggalan dan tertipu dengan tipu helah bangsa lain. Alangkah sukanya kita, jika dapat melahirkan ulama’ yang berkhidmat sebagai doktor, seorang jurutera yang mempunyai latarbelakang agama yang teguh dan seorang akauntan yang bijak mentafsir ayat-ayat Allah. Insyallah kumpulan kedua ini akan mampu membawa dakwah dalam bidang mereka masing-masing. Harap pihak PPPB dapat mempertimbangkan cadangan hamba yang kurang ilmu ini. terima kasih.

  16. haidar said

    Assalamualaikum w.b.t,

    Saya berminat untuk memasukkan anak saudara saya di pondok Bt Sembilan, Kota, Negeri Sembilan. Dia kini menuntut di tingkatan 1. Bolehkah pihak tuan email (haidarzulkifli@gmail.com) kepada saya detail kemasukan untuk 2012; kos, silibus pembelajaran (samada menawarkan akademik sekolah menengah atau tidak) dan sebagainya.

    terima kasih

  17. Ayu said

    A’kum, alhamdullilah ada usaha-usaha seperti ini dijlnkan. Tambahan dgn adanye sekolah pondok utk golongan dewasa. Memang saya tercari-cari maklumat utk sekolah pondok untuk anak2 & org dewasa, tak sangka bertemu jawapnnye di sini.

  18. AHMAD said

    Salam….saya AHMAD..ingin bertanya…ada x pondok yang sesuai kepada orang Islam yang telah sedar untuk berubah dan menuntut ilmu selepas sesat daripada kancah Dadah…mohon emel kepada saya merangmolek@yahoo.com atau sms ke no 0192699753..terima kasih.

  19. salina said

    kalau anak belasan tahun masih bersekolah nak join sek pondok ni boleh tak? macam mana cara2nye dan berapa kosnya?

  20. adex kecik said

    kalau anak belasan tahun masih bersekolah nak join sek pondok ni boleh tak? macam mana cara2nye dan berapa kosnya?

  21. fikrie said

    salam..kerajaan malaysia ade bagi bantuan ape2 kat institusi pondok??

  22. Raymie said

    Assalamualaikum
    Saya ingin dapat kepastian pihak tuan telah memasukkan Tahfiz Kubang Rusa didalam Persatuan tuan ke?
    Setelah tmat pengajian adakah pihk tuan keluarkan sijil.

  23. Rahmat said

    Assalamualaikum,
    Saya bertugas di luar negara,lelaki, berumur 53 thn. Bolehkah saya hadir pondok pada bila2 masa bila saya bercuti, selama seminggu sahaja? Adakah saya wajib tinggal di asrama selama seminggu itu?

  24. sharifah izzattul said

    salam.sy ingin bertanya…ada x program utk seseorang yg berumur 25 tahun.yg ingin belajar dr peringkat asas…sekian

  25. Khairul Radhi said

    Assalamualaikum.

    Semoga Allah membalas yg lebih baik utk warga PPPB.

    Mohon share artikel ya.

  26. azrul teluk intan said

    السلام عليکم،
    Sy ingin tanya & tahu,bolehkah sy ini yg sudah brumur 23tahun nak masuk ke sekolah pondok ini.. Bagaimana untuk sy brhbung dgn lbih trperinci lg??? Sy trbuka hati untuk mencari ilmu & belajar disekolah pondok,dengan kata lain, membimbing sy yg selama ini leka & alpa dengan duniawi semata-mata..sekian terima kasih…

  27. Mohamad Azfarsyah said

    Assalamualaikum wbt, saya merupakan pelajar tahun akhir pengajian undang-undang dari UiTM ingin bertanya jika pusat pengajian ini menerima pelajar yang ingin mendapatkan pendidikan hanya selama sebulan, dan fokus diletakkan terhadap pemahaman Al-Quran. Kesuntukan masa adalah adalah disebabkan tempoh cuti semester yang terhad. Jika dibenarkan, berapakah kos pengajian yang akan dikenakan? Segalah maklum balas dari pihak tuan/puan amatlah dihargai. Terima Kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: