Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for the ‘Pondok Lubok Setol’ Category

Madrasah Diauddin, Pondok Gual Dalam Lubok Setol
Tel.

Pondok Lubok Setol

Posted by epondok di Januari 12, 2022

Maklumat Pondok Gual Dalam Lubok Setol

 

 

 

Nama Rasmi

 

Madrasah Dhiauddin,

Pondok Gual Dalam Lubok Setol, 17200 Rantau Panjang,, Kelantan

 

 

SEJARAH

 

Madrasah Diauddin ialah salah sebuah pondok yang ditubuhkan atas kesedaran sebilangan ahli jemaah Masjid Lubok Setol. Pondok ini telah ditubuhkan sekitar tahun 2000 di Kampung Gual Dalam Lubok Stol, Rantau Panjang Jajahan Pasir Mas.Pengasas yang berjaya merealisasikan impian ini ialah al-Fadhil Ustaz Hj Abdullah Zawawi bin Muhammad selepas lama belajar di Pondok Pasir Tumboh.
Kisahnya bermula apabila AJK Masjid Lubok Stol bermuafakat untuk mewujudkan sebuah Pondok pada tahun 1996. Mereka kemudiannya membeli sebidang tanah seluas 3.75 ekar dengan harga RM27,500.00 sahaja. Pada tahun berikutnya, usaha mengumpulkan dana digiatkan setelah mendapat kelulusan daripada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Dua tahun kemudiannya, iaitu pada bulan Mac 1998 batu asas diletakkan dan kerja secara gotong-royong dimulakan.Sehinggalah pada 2 April 2000, pondok ini mula beroperasi dengan kehadiran pengasasnya sendiri sebagai Tuan Guru dengan 5 orang murid sahaja.
Dengan terdirinya pondok ini maka bertambahlah bilangan pondok bagi jajahan Pasir Mas sebagai pusat pengajian bagi umat islam yang bukan sahaja sekitar jajahan ini malah seluruh negara termasuk Thailand.Pondok ini adalah diantara pondok yang baru bernaung di bawah Pusat Pembangunan Pondok Berhad iaitu Persatuan Pondok Kelantan.

 

MATLAMAT

 

  1. Menjadikan Pondok sebagai pusat pengajian Islam secara teori dan praktikal
  2. Mencari keredhaan Allah serta menghapuskan kerosakan akhlak
  3. Melahirkan generasi berilmu, beramal, berani dan bertaqwa.
  4. Melahirkan pelajar mahir serta memahami secara mendalam ilmu agama dengan menjadikan islam sebagai cara hidup

KEMUDAHAN ASAS

 

1. Sebuah masjid yang dapat menampung seramai 300 jemaah. Ia juga merupakan tempat pengajian di pondok ini

 

2. Sebuah asrama pelajar lelaki iaitu bangunan asrama batu dua tingkat yang dapat menampung 100 orang pelajar.

 

3. Beberapa buah pondok bagi pelajar dan warga emas

 

SUKATAN PENGAJIAN

 

Ilmu yang diajar adalah merangkumi semua ilmu agama termasuk ilmu Usuluddin, Feqah, Ilmu Alat, Al-Qur’an, Al-Hadis dan lain-lain.

 

Semua kitab adalah kitab pondok (tradisional) samada di dalam bahasa melayu jawi dan Arab

 

Posted in Pondok Ahli PPPB, Pondok Lubok Setol, Pondok Malaysia | 2 Comments »

Pengasas dan Mudir Pondok Lubok Setol

Posted by epondok di April 17, 2010

ABDULLAH ZAWAWI BIN MOHAMAD
590731-03-5227

Dilahirkan pada 31 JULAI 1959 di Kampung Kenjing, Repek,
Pasir Mas, Kelantan  

  •  Tahun 1965-1971 –  Mendapat pendidikan  awal  Sekolah  Kebangsaan Tiang
                                  Chandi, Pasir Mas
  •  Tahun 1972-1974 –  Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan
                                  Lemal Pasir Mas
  •  Tahun 1976-1977 –  Menyambung pengajian agama di Pondok Haji Harun bin
                                  Haji Sulong
  •  Tahun 1978-1983 –  Menyambung pengajian agama di Pondok Al-Madrasatul
                                  Addiniah Bakriah Terusan,  Pasir  Tumboh,  Kota  Bharu
  •  Tahun 1984-1985 –  Menyambung   pengajian  agama  di Pondok  Tok  Jong,
                                  Pattani dengan Tuan Guru Haji Idris Al-Khayat
  •  Tahun 1985-1986 –  Menyambung pengajian  ke Pondok Buluh  Kapit, Pujuk,
                                  Pattani dengan Tuan Guru Haji Ismail
  •  Tahun 1987-1988 –  Menyambung  pengajian  ke   Pondok  Selabudi, Sekan, 
                                  Palah Pattani
  •  Tahun 1989         –  Balik ke  Kelantan  dan  sambung balik di Pondok  Pasir
                                  Tumbuh. Disamping  itu   beliau  mengajar   di Madrasah
                                  Pak Su Daud dan Masjid Lubok Sintol, Rantau Panjang

Posted in Pondok Lubok Setol | Leave a Comment »

Peraturan Pondok Lubok Setol

Posted by epondok di Ogos 7, 2008

Posted in Pondok Lubok Setol | Leave a Comment »

Pentadbiran dan Pengajian Pondok Lubok Setol

Posted by epondok di Ogos 7, 2008

1. Ahli jawatankuasa

 

            Pengerusi                  : Ustaz Hj Abdullah Zawawi bin Muhammad

            Timb. Pengerusi        : Ustaz Hj Asek bin Omar

            Setiausaha                : Hasul Baharin bin Che Hassan

            Bendahari                 : Hamdi bin Mamat Yusuf

            Ajk                              : 1. Hj Abdul Rahman bin Hj Hassan

                                                  2. Mohd Fadhli bin Hj Mohd Hashim

                                                  3. Asmawi bin Md Jusoh

 

2. Jumlah pelajar semasa

 

                        a. Pelajar lelaki                                             30 orang

                        c. Kelamin dan warga emas                     20 0rang

 

4. Jadual pengajian harian

 

MASA

 

PENGAJIAN

7.00 – 8.00 Pagi

Kelas al-Quran

8.30 – 11.30 pagi

Kitab

Lepas Zohor

Kitab

Lepas Asar

Kitab

Lepas Maghrib

Kitab

Lepas Isya’

Kelas al-Quran

10.00 – 11.00 malam

Kitab

 

Posted in Pondok Lubok Setol | 4 Comments »