Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for the ‘Pengenalan PPPB’ Category

Pusat Pembangunan Pondok Berhad
Tel 09-7659088 Fax 09-7659099

Aktiviti Pusat Pembangunan Pondok Berhad (PPPB)

Posted by epondok di November 12, 2021

 

1. BANTUAN PONDOK NAUNGAN

Bantuan yang diberikan terdiri :

1-   

Bantuan pengurusan bulanan

( Untuk Pengajar dan Pentadbiran )

2-   

Bantuan pembangunan

3-   

 Bantuan pemulihan ekonomi

 

2. JABHAH PONDOK

1- Ia adalah Majlis Mesyuarat Pondok naungan.

2- Bertujuan menyelesaikan masalah pondok

    dan semasa di samping menyatukan pemikiran dan gerak kerja

    Tuan Guru Pondok.

3. Membincang isu semasa yang berbangkit serta mengeluarkan risalah yang berkaitan untuk dakwah umum

3- Perjumpaan diadakan dua bulan sekali.

 

3. KULLIYAH PONDOK DARULNAIM

           ( Kolej Tinggi Pondok )

1- Menjadi Pusat Lanjutan Pelajar Pondok dll

2- Lulusannya dapat melanjutkan pengajian

    di Universiti Dalam dan Luar Negara.

3- Ia menjadi Pusat  R & D bagi PPPB.

 

4. DAKWAH

1- Mengadakan program ceramah, seminar, forum ( contoh Seminar Syeikh Daud Fatani dan Syeikh Ahmad al-Fatani)

2- Menjayakan Program Tahunan Hari Pondok ( terdapat ceramah, forum, pameran dll )

3-  Penyebaran dakwah melalui e-pondok , buletin dll

 

5.KEBAJIKAN

1- Memberi bantuan kepada pengajar, pelajar, penghuni pondok yang miskin dan muallaf mengikut keperluan

2- Membantu anak-anak yatim dipondok (keutamaan anak Tuan Guru yang telah meninggal)

3- Membiayai Pengajian lanjutan guru/ pelajar pondok keluar Negara.

4-  Memberi bantuan bencana alam di pondok.

 

6. PAKEJ PENGAJIAN & BINA INSAN

Program yang dikhususkan kepada masyarakat luar pondok untuk sama menghayati pengajian pondok.

Diantara pakej ialah :

1- Pengajian fardu ain  

2- Belajar Alquran / Jawi

3- Belajar kitab feqah/usuluddin /tasawwuf dll    

4- Khatam alquran

5-  Dan lain-lain Pakej dalam perancangan.

( Pakej 1 hari/ 2 hari/ 1 minggu/ 2 minggu / sebulan dll)

 

Posted in Pengenalan PPPB | Ulasan Dimatikan pada Aktiviti Pusat Pembangunan Pondok Berhad (PPPB)

Profil PPPB

Posted by epondok di Ogos 29, 2018

Baca baki entri ini »

Posted in Pengenalan PPPB | Leave a Comment »

Lembaga Pemegang Amanah PPPB sesi 2018/2019

Posted by epondok di Ogos 20, 2018

Pengerusi

Dr Hj Lokman bin Hj Abdullah (Mudir Pondok Lubuk Tapah)

Timbalan Pengerusi I

Tuan Guru Hj Awang b Yusuf  (Mudir Pondok Gelang Mas)

Timbalan Pengerusi II

Ustaz Hj Ahmed Shukri bin Hj Abdul Rahman

( Pondok Sungai Durian)

Setiausaha

Hj Ahmad Shairazi bin Hj Atiqullah

( Pondok Pasir Tumboh )

Bendahari

Ustaz Hj Mohd Jalaluddin Sayuti b Hj Mohamed

( Pondok Beta Hilir )

Ahli jawatankuasa

Ustaz Hj Abu Bakar bin Osman ( Pondok Pasir Tumboh )

Dr Hj Abdul Basit b Hj Abdul Rahman (Pondok Sungai Durian)

Ustaz Hj Hamdan b Hj Abdulllah (Pondok Lubok Tapah)

Ustaz Hj Abdullah Zawawi (Mudir Pondok Lubok Setol)

YB Ustaz Hj Muhamad bin Awang (Mudir Pondok Bukit Gading)

Ustaz Abdul Kadir b Yasin  (Pondok Sungai Durian)

Tuan Hj Zaidi bin Hassan

Ustas Sobarudin b Osman

Posted in Pengenalan PPPB | Leave a Comment »

Tabung Kebajikan (bebas cukai)

Posted by epondok di April 3, 2012

TABUNG KEWANGAN

 

Sumber Kewangan PPPB ialah

 

1- Sumbangan daripada Kerajaan Negeri Kelantan

2- Derma dari Korporat dan Individu

3- Zakat dan harta wakaf

4-  Pelaburan PPPB

 

 

 Tabung Kebajikan & Pendidikan PPPB

Sesiapa yang ingin menghulurkan sebarang bantuan maka bolehlah menggunakan akaun berikut :

 

No Akaun : BIMB 3018010058294 – cawangan Wakaf Siku, Kota Bharu

 

” Dikecualikan cukai pendapatan menurut seksyen 44(6) akta cukai pendapatan 1967″

 

 

 

Caranya samada datang sendiri ke pejabat Pusat Pembangunan Pondok di PT 929 Wisma Pondok, Pasir Tumboh, 16150 Kota Bharu, Kelantan

 

ATAU masukkan wang atau cek dalam Tabung berkenaan kemudian faks atau pos resit berkenaan melalui 097659099. Selepas itu hubungi 09-7659088 atau 0199388996 untuk dapatkan resit bebas cukai

 

Posted in Pengenalan PPPB | Ulasan Dimatikan pada Tabung Kebajikan (bebas cukai)

Sejarah Awal Pengajian Pondok

Posted by epondok di Jun 21, 2009

Dalam sejarah pendidikan Islam di Malaysia, Kelantan merupakan salah sebuah negeri yang terkenal dengan perkembangan pendidikan yang pesat yang telah melahirkan ulama’-ulama’ yang berwibawa.

 

Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, pendidikan Islam telah bermula pada akhir abad ke 18.+ Orang yang paling awal menyampaikan pendidikan Islam ialah Tuan Shyeikh Haji Abdul Halim. Beliau mengajar di istana-istana untuk anak-anak raja dan di surau-surau untuk orang ramai .+Murid-muridnya terdiri dari penduduk tempatan negeri Kelantan dan ada juga yang datang dari luar Kelantan bahkan dari luar Tanah Melayu seperti Thailand.

 

 

KEMUNCULAN SISTEM PONDOK DAN PERKEMBANGANNYA

 

Sistem pengajian pondok di Tanah Melayu pula mulai muncul pada pada permulaan abad ke 20, ada yang berpendapat bahawa ia wujud sejak abad ke 19 lagi. + Sistem ini dipercayai berasal dari Pattani, Selatan Thailand. Ada juga pendapat mengatakan ia berasal dari Acheh Indonesia.

 

Di Tanah Melayu, Kelantan dipercayai di antara negeri yang mula-mula mewujudkan sistem pondok. Pondok pertama yang didirikan di Kelantan ialah pada tahun 1820 M oleh Tuan Guru Haji Abdul Samad bin Abdullah (Tok Pulai Chondong) Selain dari pondok Pulai Chondong yang didirikan di Kelantan sebelum 1910 ialah Pondok Tok Bachok pada tahun 1900, Pondok Haji Abdul Malik Tumpat pada tahun 1907, Pondok Haji Yusuf Pulau Ubi, Geting Tumpat tahun 1908, Pondok Kubang Pasu Kota Bharu pada 1900, Pondok Sungai Budor, Pondok Kampung Banggol, Pondok Tuan Padang dan Pondok Tok Semian yang diasaskan oleh Haji Wan Abdul Samad bin Mohd Salleh atau lebih dikenali dengan gelaran Tuan Tabal.+

 

Sistem ini mula berkembang pesat pada tahun 1909 sehingga Perang Dunia Kedua.+ Antara tahun 1910 hingga 1045 M boleh dikatakan zaman keemasan dalam perkembangan pengajian pondok di Kelantan.Pondok pada masa  itu telah mencapai kemajuan yang gemilang dengan lahirnya ulama’-ulama’ terkenal yang mengharumkan nama negari kelantan. Ada sesetengah pondok pada masa itu mempunyai penuntut lebih dari seribu orang.+

 

Hal ini tidak dapat disangkal, dalam konteks masyarakat Melayu tradisi, pengajian pondok merupakan institusi pengajian agama yang amat disanjung tinggi. Ibu bapa menaruh kepercayaan penuh kepada sistem ini kerana pelajar lepasan pondok amat dihormati dan mereka adalah alim ulama’ yang akan membimbing masyarakat.

 

Pada sekitar tahun 1900, Pendidikan pondok telah mendapat persaingan dari sekolah berbentuk sekular yang ditaja oleh British. Sekolah sekular ini telah dibina di Kota Bharu pada tahun 1904. British telah menggunakan berbagai cara untuk menarik minat rakyat ketika itu kepada sekolah sekular. Antaranya dengan mengatakan sekolah berbentuk pondok itu adalah primitif kerana mata pelajarannya tidak sama dengan sekolah Inggeris. Walau bagaimanapun, usaha-usaha British tidak begitu berjaya. Masyarakat Islam ketika itu lebih berminat kepada pengajian agama yang berbentuk pondok.

 

Antara pondok yang mendapat sambutan `dan mempunyai murid yang ramai selepas tahun 1930 ialah Pondok Terusan Pasir Tumbuh yang ditubuhkan pada tahun 1954, Pondok Bunut Payung, Pondok Lubuk Tapah, Pondok Sungai Durian dan Pondok Kubang Bemban.

 

Walaupun pada tahun 1950 – 1970 an, sistem pondok masih mendapat sambutan dari orang ramai, akan tetapi pada hakikatnya selepas tahun 1945, ia merupakan zaman kemalapan dalam sistem pengajian pondok. Dengan ini dapatlah dirumuskan  bahawa selepas kedatangan Jepun, pengaruh pondok telah mengalami kemerosotan sedikit demi sedikit.

 

Keadaan ini semakin berterusan hingga setelah  negara mencapai kemerdekaan. Terdapat juga pondok-pondok yang telah ditutup dan ada juga yang telah menukar sistem pengajiannya kepada sistem sekolah. Contohnya pada tahun 1958, Pondok Bunut Payung, Kota Bharu telah diubahsuai menjadi Madrasah Islamiah dan Pondok Haji Mohd Noor Kampung But menjadi Madrasah Saadah al-Qura pada tahun 1970.

 

Antara sebab utama yang membawa kemunduran institusi pondok ialah telah timbul perubahan-perubahan di dalam perkembangan pendidikan Islam di Kelantan. Ini kerana pada masa itu telah muncul sekolah-sekolah Agama (Arab) Majlis Agama Islam (MAIK), sekarang telah  diambil alih oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar  di bawah Kerajaan Negeri yang lebih teratur dan selesa daripada pondok.

     

Penubuhan sekolah-sekolah Agama ini telah mendapat sokongan yang baik dari masyarakat. Ekoran daripada itu, pihak MAIK sentiasa mempertingkatkan usaha dalam bidamg pendidikan dan kemuncaknya telah tertubuhnya Yayasan Pngajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) pada 1 oktober 1965 M.+

 

Institusi ini telah melahirkan ramai cerdik pandai yang terkenal di rantau ini. Pada tahun 1981, Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan telah diserapkan ke dalam Universiti Malaya dan dikenali dengan Akademi Pengajian Islam.

 

Namun begitu, kemunculan sistem pendidikan moden pada hari ini, bukanlah bererti ia akan menggugat sistem pengajian pondok secara keseluruhannya. Apa yang jelas sistem pondok ini masih mendapat tempat  dalam masyarakat. Terdapat segelintir pendokongnya tetap mempertahankan sistem ini sama ada dengan mengekalkan pondok-pondok yang masih ada ataupun menubuhkan sistem pengajian ala pondok dengan menggabungkan dua sistem pendidikan, iaitu sistem persekolahan dan sistem pengajian pondok.

 

Di antara faktor kemerosotan sistem pengajian pondok ialah kerana perubahan politik negara ini, persaingan dengan sistem pendidikan moden, perubahan sosio-budaya masyarakat dan faktor dari dalam pondok itu sendiri, seperti tiada pengganti yang berwibawa selepas ketiadaan pengasasnya.

 

Walau bagaimanapun pusat pengajian pondok tetap utuh sebagai sebuah institusi pendidikan Islam sehingga sekarang. Kini terdapat beberapa buah pondok yang masih mampu mempertahankan identiti pengajian secara tradisional sehingga sekarang, antaranya seperti Pondok Pasir Tumbuh Kota Bharu, Pondok Sungai Durian Kuala Krai dan Pondok Lubuk Tapah Pasir Mas.

 

Perkembangan terakhir menunjukkan bahawa pusat pengajian pondok telah memasuki satu era ke arah kebangkitan semula untuk mengembalikan fungsinya sebagai sebauah institusi pendidikan yang berkesan. Atas inisiatif Tuan-Tuan Guru dan pofesional, pada tahun 1995 satu badan khas, iaitu Pusat Pembangunan Pondok Berhad  (PPPB) telah ditubuhkan di kelantan dengan tujuan untuk membantu membangunkan pondok-pondok yang bernaung dibawahnya dari sudut pentadbiran pondok, infrastruktur dan guru-guru.

Posted in Pengenalan PPPB, Pondok Malaysia | 6 Comments »

Galakan Belajar Di Pondok

Posted by epondok di Jun 13, 2009

Keratan akhbar ucapan MB Kelantan supaya masyarakat menggunakan peluang untuk belajar di pondok

Posted in Pengenalan PPPB | Leave a Comment »

Kitab Pengajian di Pondok

Posted by epondok di Oktober 23, 2008

Di sini disenaraikan sebahagian contoh kitab-kitab yang digunakan di pusat pengajian pondok

 

1. TAJWID AL-QURAN  

     Jawi : Hidayah al-Mustafid , Siraj al-Qari   Arab : Hidayah al-Mustafid

 

2. TAFSIR AL-QURAN

     Jawi : Nur al-Ihsan, Arab : Tafsir al-Jalalain, Tafsir al-Nasafi, Tafsir al-Baidhawi

 

3. HADIS NABAWI

Jawi : Tahzib Atraf al-Hadis, Hadith 40  Arab : Matan Arba’in ,Al-Azkar, Riyadh al-Solihin, Mukhtasor Abi Jamrah, Bulugh al-Maram, Sohih Bukhari, Sohih Muslim

 

4. TAUHID

Jawi : Ad-Dur al-Thamin, Misbah al-Munir, Faridah al-Faraid, Arab : Kifayah al-‘Awam, Fathu al-Majid, Al-Huh hud

 

5. FEQAH

Jawi : Munyatul Musolli, Matla’ al-Badrain, Sullam al-Mubtadi, Kifayah al-Mubtadi, Wishah al-Afrah Arab : Safinah al-Naja, Fathu al-Wahhab, I’anah al-Tolibin, Al-Iqna’

 

6. TASAWWUF

Jawi : Penawar Bagi Hati, Pelita Penuntut, Hidayah al-Salikin, Tanwir al-Qulub, Taj al-‘Arus Arab : Minhaj al-‘Abidin, Ta’lim al-Muta’allim, Al-Hikam

 

7. SIRAH NABAWIYYAH/SEJARAH ISLAM

Jawi : Sejarah Islam , Khulasoh Nur al-Yaqin Arab : Itmam al-Wafa’, Khulasoh Nur al-Yaqin,  Nur al-Yaqin

 

8. NAHU

Arab : Mukhtasor Jiddan, Matan al-Ajrumiyah, Al-Kawakib al-Durriyyah,  Qatru al-Nada, Ibnu ‘Aqil

 

9.SORAF

 Arab : Sullam al-Sorfi, Matan al-Maqsud, Matan al-Bina, Al-Kilani

 

10. BALAGHAH/’ARUDH/MANTIQ

      Arab : Husnu al-Siyaghah, Al-Balaghah al-Wadhihah, Al-Jauhar al-Maknun, Mukhtasor al-Syafi, Idhah al-Mubham, Isaghuji

 

11. ULUM AL-QURAN/ULUM AL-HADIS

Arab : Faidh al-Khabir, Zabdah al-Itqan, Al-Baiquniyyah, Syarah Al-Zarqani

 

 

12. FARAIDH/IMLA’

Jawi : Cahaya Mustika, Arab : Al-Rahabiyyah, Abi Luqman

Posted in Pengenalan PPPB | 5 Comments »

Pengenalan PPPB

Posted by epondok di Oktober 19, 2008

Kenali Pusat Pembangunan Pondok Berhad ( PPPB )

 

Pusat Pembangunan Pondok Berhad atau singkatan namanya PPPB merupakan suatu perbadanan yang telah ditubuhkan pada 2 April 1995 atas inisiatif  tuan-tuan guru pondok dan profesional yang berminat

Tujuan utama PPPB adalah untuk membantu pentadbiran pondok-pondok, para tenaga pengajar dan pelajar, membantu membangunkan infrastruktur pondok serta membangunkan sumber ekonomi pondok. Di samping itu juga, PPPB bertanggungjawab menubuhkan Jabhah Pondok, Kulliyyah Pondok Darul Naim dan juga mencari sumber kewangan

Setakat ini, PPPB telah pun mempunyai beberapa buah pondok yang bernaung di bawahnya dan pondok tersebut telah pun menikmati banyak faedah di atas naungan tersebut.

Diharapkan dalam masa terdekat, institusi pondok akan berjaya mengatasi cabaran-cabaran daripada institusi pendidikan yang lain seterusnya berterusan untuk melahirkan bakal-bakal ulama’ dan umara’ demi melihat Islam terus dijulang

 

Aktiviti PPPB

1. Pembangunan Pondok

Memberi bantuan pentadbiran bulanan kepada pondok naungan

Memberi bantuan infrastruktur kepada pondok naungan

Membangunkan ekonomi pondok

 

2. Jabhah Pondok Kelantan

Ahli terdiri daripada semua pentadbir pondok naungan

Mengadakan pertemuan 2 bulan sekali

Menyatukan pendapat tuan-tuan guru pondok

Menyelesaikan masalah pentadbiran dan pembangunan pondok naungan

Menjadi saluran untuk menyampaikan pandangan kepada masyarakat umum samada berbentuk dakwah dan sebagainya

 

3. Kulliyyah Pondok Darul Naim

Menjadi pusat pengajian lanjutan kepada pelajar pondok dan lain-lain

Membuka peluang kepada pelajar pondok untuk meneruskan pengajian ke peringkat ijazah samada dalam atau luar negara

Menjadi Pusat Research & Development ( R & D ) bagi PPPB

Posted in Pengenalan PPPB | Leave a Comment »

Profil Pusat Pembangunan Pondok (arab)

Posted by epondok di September 5, 2008

التعريف الموجر عن

مركز تطوير  المعاهد الإسلامية الأهلية بكلنتان, ماليزيا 

 

 

مقدمة

مركز تطوير  المعاهد الإسلامية الأهلية بكلنتان, ماليزيا  هي احدى جمعية التى اعترفتها الحكومة الكلنتانية  على حفظ المدارس التعليمية الحلقية.وهذه الجمعية مرخصة من قبل حكومة ماليزيا بحيث سجل رسميا تحت قانون الشركات في  22 أبريل 1995. وقد شارك المشايخ والمعلمين من المدارس التعليمية الحلقية بولاية الكلنتان على تنمية هذه الجمعية  حتى تصل إلى حصول  أهداف مرجوة

 

العنوان

مركز تطوير  المعاهد الإسلامية الأهلية بكلنتان, PT 929, ويسما بوندوق , باسير تومبوه  16150 كوتا بارو , ماليزيا  

رقم الهاتف  : 09-7659088

 

 

 

الأهداف

1.  حفظ المدارس التعليمية الحلقية على أن تكون مكانة مختارة فى تعليم علوم الدين  ونشر الدعوة الإسلامية  مر الزمن لتعطي ثمرها دائما أبدا لأبناء هذه الأمة

2.  حفظ التراث الإسلامي ونشره بين أبناء الأمة الإسلامية

3.  اعطاء مساعدة مالية إلى المشايخ والمعلمين والطلبة فى المدارس التعليمية الحلقية

4.  مساعدة فى بناء المباني الجديدة فى المدارس التعليمية الحلقية

5.  استعداد برنامج خاص لنشر دعوة عامة للأمة

6.  الاهتمام بعقد العلاقات العلمية والثقافية مع الجهات والمؤسسات التعليمية والدعوة الاسلامية الأخرى داخل ماليزيا وخارجها

 

البرنامج الذي قد قام ونفذ به هذه الجمعية

 

1.  جبهة العلماء لكل شهرين بحيث اشترك فيها المشايخ والمعلمين من المدارس التعليمية الحلقية على وحدة الفكر والعمل فى نشر الدين واصلاح المجتمع

2.  انشاء مركزا تعليميا عاليا لخريجي المدارس التعليمية الحلقية وهي كلية بوندوق دار النعيم مؤسسة تعليمية أهلية التي جمعت بين نظام القديم والجديد في سياستها التعليمية

3.  اعطاء مساعدة مالية من التبرعات إلى الطلبة الفقراء والمساكين فى المدارس التعليمية الحلقية

4.  مساعدة فى بناء المباني الجديدة فى المدارس التعليمية الحلقية

5.  قام البرنامج العلمي من الخطابة والمحاضرات والمناقشات  للطلبة والمجتمع العام

 

اعضاء مجلس الأمناء

رئيس                                   الشيخ حاج هاشيم بن حاج أبو بكر

نائب رئيس 2                    حاج أحمد شكري بن حاج عبدالرحمن

السكرتر                       حاج أدم بن حاج عبدالله

أمين الصندوق                     حاج أبو بكر بن حاج عثمان

اعضاء                                  الشيخ حاج عبدالله بن سأمة

                                                الشيخ حاج محمد بن حاج أوانج

                                                الشيخ حاج توان محمود بن توان سوه

                                                حاج لقمان بن حاج عبدالله

                                                حاج زيدي بن حسن

                                                حاج أحمد شيرازي بن حاج عتيق الله

المدارس التعليمية الحلقية التى تحت اشراف هذه الجمعية

 

1.  المدرسة الدينية البكرية , باسير تومبوه, كوتا بارو , كلنتان

2.  المدرسة الرحمانية , باسير مس , كلنتان

3.  المدرسة المحمدية , كوالا كراي , كلنتان

4.  المدرسة اليوسفية , باسير مس , كلنتان

5.  المدرسة الدعوة الاسلامية , باسير بوتيه, كلنتان

6.  المدرسة الدينية الفلاحية , باسير بوتيه , كلنتان

7.  المدرسة المحمدية , كوتا بارو , كلنتان

8.  المدرسة الفنونية التونجونية , كوتا بارو , كلنتان

9.  المدرسة دار المتقين , تانه ميره , كلنتان

10.                   المدرسة دار العلم , تانه ميره , كلنتان

11.                   المدرسة النجمية , تومفت , كلنتان

12.                   المدرسة اليعقوبية , تومفت , كلنتان

13.                   المدرسة الرحمانية , تومفت , كلنتان

14.                   المدرسة ضياء الدين , باسير مس , كلنتان

 

Posted in Pengenalan PPPB | Leave a Comment »

Peranan Yang Dimainkan oleh PPPB

Posted by epondok di Ogos 20, 2008

Keratan akhbar yang memberi serba sedikit berkaitan peranan Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Posted in Pengenalan PPPB | Leave a Comment »