Archive for the ‘Kulliyah Pondok Darulnaim’ Category
Kulliyah Pondok Darulnaim, Pasir Tumboh
Tel. 09-7641206
Kulliyah Pondok Darulnaim Pengajian Lanjutan
Posted by epondok di Oktober 1, 2008
Posted in Kulliyah Pondok Darulnaim | Leave a Comment »
Pengenalan Kulliyah Pondok Darulnaim
Posted by epondok di Ogos 7, 2008
DEFINASI KULLIYAH
KULLIYAH PONDOK DARULNAIM adalah sebuah institusi pengajian swasta yang telah diasaskan oleh Pusat Pumbangunan Pondok Berhad ( PPPB ). PPPB ini adalah sebuah badan yang telah diluluskan oleh kerajaan yang mana ianya telah didaftarkan di bawah akta syarikat pada 22 April 1995.
Perkataan Pondok dalam bahasa melayu memberi pengertian “ Sistem pengajin khas yang berpegang kepada cara berhadapan dalam bulatan-bulatan yang tersusun “. Ia adalah satu sistem lama dalam pembelajaran ilmu dan pengajaran. Sistem ini mempunyai kesan yang ketara dalam mengeluarkan para alim ulama` dan mereka-mereka yang faham tentang ilmu Islam. Memandangkan kepada pentingnya sistem ini dan perlunya ia terus kekal, maka satu Ijtima` besar telah diadakan pada 1994 yang telah dihadiri oleh pelajar –pelajar Pondok seluruh Malaysia. Dalam Ijtima` tersebut, satu kata sepakat telah diperolehi dimana para perserta telah bersetuju untuk mewujudkan satu pusat pengajian bertaraf Kolej khusus untuk pelajar-pelajar Pondok bagi menjamin sistem ini terus kekal bersama peredaran masa agar ia dapat memberi hasilnya kepada umat ini secara berterusan. Maka dengan kurniaan Allah Subhanahuwata`ala, tertubuhlah Kulliyah Pondok Darulnaim.
Patut disebut disini bahawa Kulliyah bukan hanya berpegang kepada sistem pengajian pondok malah ia juga menggunakan sistem pengajian moden yang berbentuk syarahan dan perbincangan sebagaimana yang dilaksanakan di Kolej-kolej dan Universiti di seluruh dunia. Ini tidak syak lagi merupakan satu keistimewaan besar kepada Kulliyah kerana telah menggabungkan antara ca ra pengajian lama dan moden dalam pengajarannya.
OBJEKTIF
Kewujudan Kulliyah adalah untuk memenuhi beberapa objektif berikut :
1. Mewujudkan pusat pengajian tinggi bagi pelajar-pelajar Pondok yang berteraskan sistem pembelajaran lama di Kelantan dan luar Kelantan.
2. Melahirkan pelajar-pelajar supaya mereka menjadi ulama` rabbani yang mampu menyebarkan agama ini dan mengajar orang lain.
3. Menjaga warisan Islam dan menyebarkannya kepada umat Islam.
4. Menjalin hubungan pelajaran dengan pusat-pusat pengajian lain di dalam dan luara Malaysia
Posted in Kulliyah Pondok Darulnaim, Pondok Ahli PPPB, Pondok Malaysia | 1 Comment »
Peranan Kulliyah Pondok Darulnaim
Posted by epondok di Ogos 6, 2008
Posted in Kulliyah Pondok Darulnaim | Leave a Comment »
MB Kelantan Rasmi Kulliyah Pondok Darulnaim
Posted by epondok di Ogos 2, 2008
Keratan akhbar berkaitan perasmian Kulliyah Pondok Darulnaim sebagai pusat pengajian lanjutan bagi pengajian pondok di bawah seliaan Pusat Pembangunan Pondok Berhad
Posted in Kulliyah Pondok Darulnaim | Leave a Comment »
Maklumat Kulliyah Pondok
Posted by epondok di Mei 28, 2008
Di bawah Kelolaan :
PUSAT PEMBANGUNAN PONDOK BERHAD
Alamat :
Kulliyah Pondok Darulnaim, Terusan Limbat,
16150 Kota Bharu, Kelantan Darulnaim.
Tel : 09 – 7641206 Faks : 09 – 77659099
MUQADDIMAH
Pondok sebagai sebuah institusi pendidikan telah banyak menaburkan bakti di dalam era kebangkitan Islam serta pembangunan Ummah. Kejayaan ini merupakan satu realiti yang telah terpahat di dalam sejarah umat Islam di rantau ini.
Arus pemodenan sedikit sebanyak telah meminggirkan Pondok sebagai sebuah institusi pendidikan yang ulung serta memiliki keistimewaan yang tersendiri. Fenomena ini telah membawa kepada kemalapan serta penutupan sebahagian besar daripada Pondok-pondok yang telah diasaskan akibat daripada sambutan masyarakat yang dingin terhadap institusi tersebut.
Keadaan ini menyebabkan para pelajar yang sedang mengikuti pengajian di beberapa buah Pondok yang masih bertahan ketandusan pusat lanjutan
Di atas kesedaran inilah, Kuliah Pondok Darulnaim ( KPD ) ditubuhkan sebagai usaha untuk memenuhi keperluan pendidikan semasa. Kursus-kursus yang ditawarkan di kuliah ini merupakan satu pendekatan bersepadu yang berorientasikan sistem pengajian pondok dan sistem pengajian semasa yang lain.
TUJUAN
Kuliah Pondok Darulnaim ditubuhkan bagi memenuhi beberapa tujuan dan matlamat yang menjadi hasrat umat Islam :
· Memelihara syi’ar dan kedaulatan Islam, kemurnian ‘Aqidah, akhlak dan peradaban daripada kesan arus permodenan
· Menyedarkan umat Islam daripada kelalaian menunaikan kewajipan mereka yang telah diperjuangkan oleh para ulama Pondok silam
· Memelihara serta mengembangkan sistem pendidikan dan pengajian pondok bagi menghadapi cabaran semasa
· Membuktikan keunggulan Pondok sebagai sebuah institusi pendidikan alternatif kepada masyarakat yang sedang dilanda krisis keruntuhan moral
OBJEKTIF
· Melahirkan generasi ulama yang ikhlas, zahid, wara’’, beramal serta berkemampuan menyelesaikan permasalahan semasa dengan uslub Syar’iyyah
· Membentuk kader-kader untuk mempertahankan Islam tanpa sebarang kepentingan melainkan keredaan Allah SWT
· Menanamkan pelajar-pelajar pondok dengan ciri-ciri kepimpinan Islam serta semangat juang agar dapat memainkan peranan yang lebih berkesan di dalam menyebarkan risalah Islamiah serta mengembalikan zaman keemasan Islam
MISI
Melahirkan para ulama yang berwibawa, berketrampilan serta mampu menongkah arus perubahan zaman yang serba canggih
VISI
Melatih para pelajar pondok agar mahir dalam pelbagai bidang sesuai dengan tuntutan serta perkembangan semasa
BIDANG KURSUS YANG DITAWARKAN
Kursus yang sedang ditawarkan adalah kursus Syariah Islamiyyah. Kursus Usuluddin dicadangkan pada tahun-tahun berikut.
TEMPOH PENGAJIAN
Tempoh pengajian bagi setiap kursus ialah 5 tahun, iaitu ;
· Pengajian Peringkat Taujihi (setahun)
· Pengajian Peringkat ‘Ali (4 tahun )
NIZHAM ( SISTEM ) PEMBELAJARAN
Pembelajaran dijalankan secara kombinasi di antara Nizham Talaqqi yang diamalkan di pondok dan Nizham Jami’i yang diamalkan di pusat-pusat pengajian tinggi moden.
KURIKULUM
Maddah-maddah yang diajar bagi setiap kursus merangkumi :
· Al ‘Ulum al Diniyyah
· Al ‘Ulum al Lughawiyyah ( Arab, Inggeris & Melayu )
· Al ‘Ulum al Hadithah ( Akademik )
TEKS KAJIAN
Teks kajian bagi setiap maddah terdiri daripada kitab-kitab mu’tabar dan kitab-kitab lain yang ditentukan oleh Jawatankuasa Kurikulum KPD.
Para pelajar hendaklah memiliki teks-teks yang telah ditetapkan sepanjang mengikuti pengajian.
KO-KURIKULUM
Kegiatan ko-kurikulum yang dirancang untuk pelajar-pelajar KPD meliputi kegiatan-kegiatan ruhaniah, jismaniah dan ‘aqliayyah :
· Latihan khitabah
· Kursus kepimpinan
TENAGA PENGAJAR
Tenaga pengajar yang menjalankan tugas di Kuliah ini terdiri daripada guru-guru yang telah berpengalaman mengikuti dua bentuk pendidikan iaitu Nizham Talaqqi dan Nizham Jami’i.
Sebahagian daripada tenaga pengajar menjalankan tugas secara sepenuh masa manakala sebahagian yang lain adalah secara sambilan.
KAKITANGAN PENTADBIRAN
Pentadbiran KPD diketuaI oleh seorang ‘Ameed serta disokong oleh beberapa orang kakitangan yang terdiri daripada :
· Pendaftar
· Pembantu Tadbir
· Pembantu A
· Jaga
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
Pelajar-pelajar yang memohon mengikuti kursus di Kuliah ini mestilah memenuhi syarat-syarat berikut :
· Lelaki yang tidak melebihi 30 tahun
· Telah mengikuti pengajian di mana-mana pondok yang diiktiraf tidak kurang daripada 7 tahun atau lulusan STA dan STU dari sekolah menengah agama
· Lulus ujian kemasukan yang dijalankan oleh pihak pentadbiran KPD
· Bersedia mengikuti pengajian secara sepenuh masa
· Bersedia mematuhi peraturan dan undang yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran KPD
Setiap permohonan mestilah disertakan :
· Pengesahan pertulis daripada daripada penguasa/tuan guru pondok terdahulu
· Surat sokongan daripada mana-mana tokoh gerakan Islam
· Sijil Husnu Siyar al Suluk
UJIAN KELAYAKAN
Ujian Kelayakan dijalankan untuk memilih calon-calon yang layak pada setiap kali pengambilan pelajar pada setiap sesi pengajian. Ujian ini dijalankan secara lisan dan bertulis.
Tajuk yang disoal melalui ujian ini meliputi :
A ) Bertulis :
· Al Qawa’id – Bab al Kalam daripada Kitab Syuzuru al Zahab
· Feqah – kitab muktabar mazhab Syafie
B ) Lisan :
· Al Quran – Bacaan dan hafalan daripada juzu’ 30
· Al Qawa’id – Bab al Kalam daripada Kitab Syuzuru al Zahab
KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR
Kemudahan infrastruktur yang telah disiapkan terdiri daripada :
· Pejabat Pentadbiran
· Bilik Kuliah
· Maktabah
· Asrama
· Dewan Makan
· Bilik Guru
Di antara kemudahan infrastruktur yang sedang berada di peringkat perancangan ialah :
· Masjid
· Dewan Kuliah ( 3 tingkat )
· Bilik Rawatan
YURAN PENGAJIAN
Yuran pengajian yang dikenakan ialah :
A ) Yuran Pendaftaran : RM 100.00
B ) Yuran Kursus : RM 200.00 / fasal
C ) Yuran Penginapan dan MakananRM50.00/ bulan
PAKAIAN RASMI
Pakaian rasmi bagi setiap pelajar KPD ketika mengikuti kuliah ialah jubah putih manakala pada waktu-waktu lain pelajar dibenarkan memakai pakaian yang sesuai
SESI PENGAJIAN
Sesi pengajian dimulakan pada bulan Muharram setiap tahun hijrah.
Permohonan kemasukan dibuka pada setiap bulan Ramadhan
Posted in Kulliyah Pondok Darulnaim | Leave a Comment »