Kelas Tafaqquh Hujung Minggu
Posted by epondok di Jun 7, 2009
Muqaddimah.
Para Pendakwah dan tenaga pengajar agama amatlah perlu supaya memantapkan lagi ilmu-ilmu agama dari masa ke semasa. Memandangkan banyak permasalahan agama yang timbul pada masa kini ,maka satu usaha perlu dilakukan untuk memastikan mereka amat bersedia untuk menangani masalah-masalah tersebut.
Untuk mencapai tujuan tersebut maka Kulliyah Pondok Darulnaim ( Kolej pengajian kitab pondok dibawah seliaan Pusat Pembangunan pondok Berhad ) telah mengadakan satu Program Pengajian Kitab Pondok di Kuliyah Pondok Darulnaim ,Pasir Tumboh , Kota Bharu.
Pihak Kuliyah Pondok Darulnaim ( KPD ) mengharapkan Program tersebut akan dilaksanakan di tempat-tempat lain dalam berbagai bentuk di mana KPD akan menyediakan modul pengajian dan juga tenaga pengajarnya.
Progarm ini diharapkan dapat melahirkan pengganti ulama’ yang semakin pupus.
Matlamat Program
1 – Menyediakan tempat pengajian kitab pondok kepada pendakwah, tenaga pengajar agama dll.
2 – Memantapkan lagi ilmu agama kepada mereka tersebut.
3 – Mencedok ilmu agama melalui sistem pondok daripada tuan-tuan guru yang masih ada.
4 – Berbincang dan menyelesaikan masalah ummah yang timbul pada masa kini berpandukan kitab.
5 – Menghidupkan kembali kegemilangan bentuk pengajian ulama’-ulama’ muktabar terdahulu.
6 – Menghidupkan suasana ilmiah di seluruh Negeri Kelantan melalui program tersebut.
PROGRAM PENGAJIAN MINGGUAN
Bentuk Program pengajian / Sasaran
Nama Program : Program Pengajian Tafaqquh.
Hari / Masa pengajian : Setiap Hari Sabtu.
Mulai Jam 8.30 pagi hingga 1.00 tgh
Jumlah masa pengajian : 4 jam seminggu.
Tempat : Kulliyah Pondok Darulnaim, Terusan Limbat,
Pasir Tumboh, Kota Bharu
Sasaran Peserta
1 – Ustaz Yayasan Islam Kelantan .
2 – Ustaz Kementerian Pelajaran Negeri Kelantan.
3 – Pegawai Halaqat JAHEAIK
4 – pendakwah bebas
5. Masyarakat umum dll.
Kitab Pengajian
: 1 – Kitab tafsir Ibnu Kathir
Kitab membicarakan tentang ilmu tafsir AlQur’an. Merupakan kitab tafsir yang muktabar
2 – Kitab Sabilal Muhtadin
Kitab jawi Membicarakan tentang ilmu feqah.
3 – Kitab Asbah wa Nazha’ir
Kitab Arab membicarakan tentang Qa’edah ilmu Pekah
4 – Kitab Syarah Hikam Ibnu Ata’illah
Kitab Arab membicarakan tentang Ilmu Akhlak ( Tasawwuf )
Tenaga Pengajar
1 – Ustaz Hj Wan Ismail Wan Ibrahim
Mudir Kuliah Pondok Darulnaim.
Bekas AJK Majlis Syura , Majlis Agama Islam Sabah
Belajar di Pondok Bunut Payong selama 20 tahun.
Belajar ilmu tasauf dengan Tuan Guru Hj Daud Bukit Abal
2 – Ustaz Hj Wazir
Bekas Mudir Pondok Moden Kandis , Bachok.
Tenaga pengajar di Pondok Moden YIK, Kandis , Bachok.
Belajar di Makkah Al-Mukarramah selama 30 tahun.
3 – Ustaz Hj Wan Mohammad b Wan Osman
Timbalan Mudir Pondok Pasir tumboh.
Belajar diPondok Tok Selehong selama 20 Tahun.
4 – Ustaz Hj Salleh b Ismail
Tenaga Pengajar Pondok Pasir Tumbo
Belajar Di Pondok Lubok Tapah ( Tuan Guru Hj Ab. Rahman ) Selama 20 tahun.
Program dimulakan pada 29 Julai 2006.
Penutup
Program Pengajian Kitab ini akan diharapkan akan menjadi pemangkin kepada melahirkan suasana pengajian ilmu dan penambahan ilmu dikalangan para pendakwah ,ustaz dan dll.
Program ini juga diharapkan dapat menfaatkan sebaik mungkin tuan guru pondok yang masih ada.
Dan program ini diharapkan akan menjadi satu aktiviti Pengajian Ilmu Negeri Kelantan.
This entry was posted on Jun 7, 2009 pada 1:25 am and is filed under Kulliyah Pondok Darulnaim, Program Terbaru. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, atau trackback from your own site.
fiqri zaman said
assalamualaikum.
program ini masih berjalan ke untuk tahun 2012?
masyarakat setempat boleh turut serta ?
terima kasih