Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 20 Julai 2017

Hukum pakai seluar labuh lepasi buku lali

Posted by epondok di Julai 20, 2017

Soalan: Saya ada dengar bahawa golongan lelaki yang memakai seluar labuh melebihi buku lali adalah berdosa dan akan masuk ke dalam neraka. Apakah benar kenyataan ini kerana seluar pejabat saya semuanya labuh hingga ke bawah buku lali.

JawapanBuat pengetahuan semua, memang terdapat hadis menjelaskan perkara itu berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Imran, Nabi SAW bersabda: ” Sesiapa dalam kalangan kamu yang melabuhkan pakaian (melebihi buku lali) untuk berbangga diri, maka Allah tidak akan melihat kepadanya pada hari kiamat kelak. Lantas Abu Bakar bertanya kepada Nabi SAW: Ya Rasulullah, bagaimana pula dengan pakaian aku ini (yang juga agak labuh)? Jawab Nabi SAW: Sesungguhnya kamu bukan dalam kalangan mereka yang menyombong diri.” (Riwayat al-Bukhari)

Daripada hadis serta perbincangan antara Nabi dengan Abu Bakar, dapatlah diketahui bahawa larangan melabuhkan pakaian hingga ke bawah buku lali adalah untuk golongan yang mempunyai perasaan sombong dan riak terhadap golongan fakir miskin.

Ia bukan sahaja ditujukan kepada mereka yang melabuhkan pakaian tetapi turut ditujukan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai perasaan sedemikian termasuklah bagi mereka yang menaiki kenderaan mewah dengan tujuan menunjuk-nunjuk.

Pengecualian yang dikenakan kepada Abu Bakar yang ketika itu berpakaian labuh melepasi buku lali adalah hujah sangat kuat bagi menjelaskan bahawa golongan lelaki yang berpakaian labuh tanpa ada sekelumit perasaan sombong dalam hati adalah dibenarkan.

Advertisements

Posted in Klinik Agama | Leave a Comment »