Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 1 Disember 2013

Ribuan hadir solat jenazah al-Marhum Ustaz Hj Abdullah Seterpa

Posted by epondok di Disember 1, 2013

KOTA BHARU-1 Disember – Al-Fadhil Ustaz Hj Abdullah b Hj Ali yang lebih dikenali dengan Ustaz Lah Seterpa meninggal dunia kira-kira jam 3.25 pagi tadi. Al-Marhum merupakan anak murid tuan guru pengasas pondok pasir tumboh sejak belajar di Pondok Hj Abdullah Tahir, Bunut Payung lagi kemudian meneruskan pengajiannya di Pondok Pasir Tumboh sekembali pengasas dari Mekah. Malah beliau diberikan tanah oleh Tuan Guru pengasas bagi memudahkan beliau untuk berkhidmat sebagai tenaga pengajar. Beliau menjadi antara guru yang paling lama brkhidmat dengan Pondok Pasir Tumboh sehingga beliau uzur sejak 5 tahun yang lepas. Ramai pelajar lama merupakan pelajar yang menadah kitab dengan beliau. Semoga segala jasa beliau dikira sebagai amalan soleh dan ilmu yg bermanfaat yang terus mengalir pahalanya

Ribuan jemaah yg terdiri drp Tuan Guru2, ustaz2, pelajar2 pondok seluruh Kelantan dan ramai drp wakil pondok luar Kelantan serta alumni pondok terutama pelajar2 lama yg merupakan anak murid kpd al-Marhum Us Hj Abdullah Seterpa hadir utk sama2 solat jenazah slps solat Zohor tadi…Pihak pentadbiran pondok pasir tumboh n seluruh ahli keluarga al-Marhum mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran muslin/mat utk sama2 solat jenazah al-Marhum..ya Allah! ampunilah dosa guru kami, masukkan beliau ke dalam Syurga serta jauhi azab kubur n Neraka..Amin….

Posted in Fokus Isu | Leave a Comment »