Profil Rasulullah dalam Syamail Muhammad SAW
Posted by epondok di Februari 20, 2009
Oleh ZUARIDA MOHYIN
BUKU Syamail Muhammad SAW (Keperibadian Rasulullah SAW) merupakan senaskhah nukilan yang sangat berharga kerana memaparkan secara terperinci semua hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi berkaitan susuk peribadi Rasulullah SAW serta perilaku dan sahsiah baginda secara zahir dan batin.
Ia adalah hasil himpunan hadis oleh Imam al-Tirmizi tentang Rasulullah dalam lima aspek kehidupan Baginda iaitu;
–Fizikal
Tanda kenabian, rambut, uban, celak, berbekam, pakaian, aksesori, kasut, sandal, cincin, pedang, baju besi, pelindung kepala, serban, sarung dan tempat tidur.
–Perilaku
Cara berjalan, duduk, bersandar, bertopang, tidur, makan, jenis roti, lauk, gelas minum dan buah-buahan.
–Ibadah
Wuduk, doa, wangi-wangian, solat Dhuha, solat sunat di rumah, puasa dan membaca al-Quran.
–Perhubungan dan akhlak
Berbicara, ketawa, bergurau, bersyair, berbual, bersifat tawaduk, terasa malu dan tangisan.
–Penghidupan
Nama-nama rasulullah, penghidupan, usia, kewafatan, warisan dan mimpi melihat Rasulullah
Ahmad Fuad said
Alhamdulillah. Assalamualaikum. Dimana buka ini boleh didapati di Kuala Lumpur. Berapa senaskah.
Jazakallah Khair
Muhammad Syafiq Al-Rusyd said
Assalamualaikum…Dimana boleh sy beli buku ini..di PKNS ada x ?