Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 7 Februari 2009

Gerhana bulan Esok Isnin 9 Februari

Posted by epondok di Februari 7, 2009

KUALA LUMPUR 6 Feb. – Orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan penumbra pada Isnin ini bermula 8.39 malam hingga 12.38 tengah malam.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam satu kenyataan berkata, gerhana penumbra ini merupakan gerhana yang paling mudah dilihat dengan mata kasar kerana 89.9 peratus daripada

cakera Bulan berada di bayang penumbra bumi semasa fasa maksimum.

“Gerhana ini akan bermula dengan fasa penumbra (P1) pada pukul 8.39 malam manakala gerhana maksimum pula berlaku pada 10.38 malam.

“Bulan akan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra bumi (P4) pada pukul 12.38 tengah malam,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Angkasa akan menganjurkan program Pencerapan Gerhana Bulan Separa sempena gerhana bulan ini bermula 8.30 malam hingga 12 tengah malam di Planetarium Negara.

Orang ramai dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan.

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »