Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for Mac 2009

Rombongan Majlis Agama Islam Pahang Lawat Pondok Pasir Tumboh

Posted by epondok di Mac 27, 2009

27 MAC Kota Bharu– Rombongan yang terdiri daripada pegawai Majlis Agama Islam Pahang dan beberapa agensi kerajaan yang lain telah mengadakan suatu lawatan rasmi bagi meninjau dan mendapat maklumat yang terperinci berkaitan system pengajian Pondok Pasir Tumboh.. Pihak pentadbir pondok berkenaan terutama daripada jawatankuasa Lajnah Penerangan dan Lajnah Pendidikan telah diberi mandat dalam menyambut kedatangan rombongan ini disamping menyampaikan maklumat yang berkenaan. Tujuan utama lawatan rasmi ini bagi melihat secara dekat system pengajian yang diamalkan di pondok ini dengan matlamat untuk mewujudkan system pengajian pondok moden di Pahang. Sebelum ini rombongan yang sama telah mengadakan tinjauan di Pondok Jenderam Hilir, Selangor bagi tujuan yang sama. Semoga lawatan ini dapat mendatangkan hasil yang baik dalam mengembang dan memperbanyakkan lagi pusat pengajian Islam yang begitu diperlukan oleh segenap lapisan masyarakat

 

Pada hari Jumaat yang baru lalu, satu rombongan guru dan pelajar sebuah pusat penjagaan anak yatim dari Selangor turut mengadakan lawatan ke pondok ini bagi mendapat maklumat tentang system pengajian dan peluang pelajar dari pusat berkenaan untuk memasuki pondok ini. Begitu juga dengan hasil perbincangan pihak pentadbiran pondok ini dengan satu lagi rombongan juga dari Selangor yang ingin mengetahui program yang disediakan oleh oleh pihak pondok bagi pelajar sekolah pada musim cuti dan juga program khusus bagi pelajar yang bermasalah untuk ditarbiah dalam tempoh tertentu di pondok. Pihak pondok terus bekerjasama dengan kerajaan dan NGO bagi menangani masalah sosial yang semakin parah terutama di kalangan remaja Islam

Posted in Pondok Pasir Tumboh | Leave a Comment »

10 Tanda Hati Mati

Posted by epondok di Mac 26, 2009

SEPULUH TANDA HATI KITA MATI MENURUT SYEIKH IBRAHIM ADHAM
 

1. Mengaku kenal Allah s.w.t tetapi tetapi tidak menunaikan hak- haknya.

2. Mengaku cinta pada Rasulullah s.a.w tetapi tidak menunaikan Sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukum- hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat- nikmat Allah s.w.t  tetapi tidak mensyukuri atas pemberiannya.

5. Mengaku syaitan itu musuh tetapi tidak berjuang menentangnya

6. Mengaku adanya nikmat syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka  tetapi tidak berusaha untuk menjahinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri  membuka keaiban orang lain tetepi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantarkan dan menguburkan jenazah/ mayat saudara seIslam tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya

Posted in Klinik Agama | Leave a Comment »

Hizb al-Bahri

Posted by epondok di Mac 25, 2009

حزب البحر

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

 

يَا عَلِيُّ يَا عَظِيْمُ يَا حَلِيْمُ يَا عَلِيْمُ أَنْتَ رَبِّي وَعِلْمُكَ فَنِعْمَ الرَّبُّ رَبِّي وَنِعْمَ الْحَسْبُ حَسْبِي تَنْصُرُ مَنْ تَشَاءُ وَأَنْتَ الْعَزِيْزُ الرَّحِيْمُ. نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِي الْحَرَکَاتِ وَالسَّکَنَاتِ وَالْکَلِمَاتِ وَالإِرَادَاتِ وَالْخَطَرَاتِ ، مِنَ الشُّکُوكِ وَالظُّنُونِ وَالأَوْهَامِ السَّاتِرَةِ لِلْقُلُوبِ عَنْ مُطَالَعَةِ الْغُيُوبِ ،

 

)فَقَدِ ابْتُلِيَ الْمُؤْمِنُونَ وَزُلْزِلُوا زِلْزَالاً شَدِيدًا وَإِذْ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ إِلاَّ غُرُورًا([1] فَثَبِّتْنَا وَانْصُرْنَا وَسَخِّرْلَنَا (هَذَا الْبَحْرَ) …… كَمَا سَخَّرْتَ الْبَحْرَ لِمُوسَى وَسَخَّرْتَ النَّارَ ِلإِبْرَاهِيمَ , وَسَخَّرْتَ الْجِبَالَ وَالْحَدِيدَ لِدَاوُدَ , وَسَخَّرْتَ الْجِنَّ وَالشَّيَاطِيْنَ لِسُلَيْمَانَ وَسَخِّرْلَنَا (كُلَّ بَحْرٍ) هُوَ لَكَ فِي الأَرْضِ وَالسَّمَاءِ وَالْمُلْكِ وَالْمَلَكُوتِ وَبَحْرَ الدُّنْيَا وَبَحْرَ الآخِرَة ,

 

وَسَخِّر لَنَا (كُلَّ شَيْءٍ) يَا مَنْ بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ  )كهيعص([2] (3 كالي)

 

اُنْصُرْنَا فَإِنَّك خَيْرُ النَّاصِرِينَ , وَافْتَحْ لَنَا فَإِنَّكَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ , وَاغْفِرْ لَنَا فَإِنَّكَ خَيْرُ الغَافِرِينَ , وَارْحَمْنَا فَإِنَّكَ خَيْرُ الرَّاحِمِيْنَ , وَارْزُقْنَا فَإِنَّكَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ , وَاهْدِنَا وَنَجِّنَا مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ , وَهَبْ لَنَا رِيْحًا طَيِّبةً كَمَا هِيَ فِي عِلْمِكَ , وَانْشُرْهَا عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ , وَاحْمِلْنَا بِهَا حَمْلَ الْكَرَامَةِ مَعَ السَّلاَمَةِ وَالْعَافِيَةِ فِي الدِّينِ وَالدُّنْيَا وَالآخِرَةِ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.

 

اللَّهُمَّ يَسِّرْ لَنَا أُمُورَنَا مَعَ الرَّاحَةِ لِقُلُوبِنَا وَأَبْدَانِنَا وَالسَلاَمَةِ وَالْعَافِيَةِ فِي دِينِنَا وَدُنْيَانَا , وَكُنْ لَنَا فِي سَفَرِنَا , وَخَلِيفَةً فِي أَهْلِنَا , وَاطْمِسْ عَلَى وُجُوهِ أَعْدَائِنَا , وَامْسَخْهُم عَلَى مَكَانَتِهِمْ فَلاَ يَسْتَطِيعُوْنَ الْمُضِيَّ وَلاَ الْمَجِيءَ إِلَيْنَا .

 

)وَلَوْ نَشَاءُ لَطَمَسْنَا عَلَى أَعْيُنِهِمْ فَاسْتَبَقُوا الصِّرَاطَ فَأَنَّى يُبْصِرُونَ وَلَوْ نَشَاءُ لَمَسَخْنَاهُمْ عَلَى مَكَانَتِهِمْ فَمَا اسْتَطَاعُوا مُضِيًّا وَلاَ يَرْجِعُونَ([3]

 

)يس , وَالْقُرْءَانِ الْحَكِيمِ , إِنَّكَ لَمِنَ الْمُرْسَلِينَ , عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ , تَنْزِيلَ الْعَزِيزِ الرَّحِيمِ , لِتُنْذِرَ قَوْمًا مَا أُنْذِرَ ءَابَاؤُهُمْ فَهُمْ غَافِلُونَ , لَقَدْ حَقَّ الْقَوْلُ عَلَى أَكْثَرِهِمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ , إِنَّا جَعَلْنَا فِي أَعْنَاقِهِمْ أَغْلاَلاً فَهِيَ إِلَى الأَذْقَانِ فَهُمْ مُقْمَحُونَ , وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لاَ يُبْصِرُون ([4]

 

شَاهَتِ الْوُجُوهُ (3 كالي)

 

)وَعَنَتِ الْوُجُوْهُ لِلْحَيِّ الْقَيُّومِ وَقَدْ خَابَ مَنْ حَمَلَ ظُلْمًا([5] , ) طس([6]  ,  )حم عسق([7] ،

 

)مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لاَ يَبْغِيَانِ([8]

 

)حم([9] (7 كالي) حُمَّ الأَمْرُ وَجَاءَ النَّصْرُ فَعَلَيْنَا لاَ يُنْصَرُونَ .

 

)حم , تَنْزِيلُ الْكِتَابِ مِنَ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ , غَافِرِ الذَّنْبِ وَقَابِلِ التَّوْبِ شَدِيدِ الْعِقَابِ ذِي الطَّوْلِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ إِلَيْهِ الْمَصِيرُ([10]

 

بِسْمِ اللهِ بَابُنَا , تَبَارَكَ حِيطَانُنَا , يس سَقْفُنَا , كهيعص كِفَايَتُنَا , حم عسق حِمَايَتُنَا, )فَسَيَكْفِيْكَهُمُ اللهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ([11] (3 كالي)

 

سِتْرُ الْعَرْشِ مَسْبُولٌ عَلَيْنَا وَعَيْنُ اللهِ نَاظِرَةٌ إِلَيْنَا بِحَوْلِ اللهِ لاَ يُقْدَرُ عَلَيْنَا

 

)وَاللَّهُ مِنْ وَرَائِهِمْ مُحِيطٌ , بَلْ هُوَ قُرْءَانٌ مَجِيدٌ , فِي لَوْحٍ مَحْفُوظٍ([12]

 

)فَاللهُ خَيْرٌ حَافِظًا وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ([13] (3 كالي)

 

)إِنَّ وَلِيِّيَ اللهُ الَّذِي نَزَّلَ الْكِتَابَ وَهُوَ يَتَوَلىَّ الصَّالِحِيْنَ([14] (3 كالي)

 

)حَسْبِيَ اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ([15] (3 كالي)

 

وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ (3 كالي)

 

بِسْمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْم (3 كالي)

 

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّمَا خَلَقَ (3 كالي)

 

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم


[1] سورة الأحزاب الأية 11,12

[2] سورة مريم الأية 1

[3] سورة يس الأية 66,67

[4] سورة يس الأية 1-9

[5] سورة طه الأية 111

[6] سورة النمل الأية 1

[7] سورة الشورى الأية 1

[8] سورة الرحمن الأية 19

[9] سورة غافر الأية 1

[10] سورة غافر الأية 1-3

[11] سورة البقرة الأية 137

[12] سورة البروج الأية 20-22

[13] سورة يوسف الأية 64

[14] سورة الأعراف الأية 196

[15] سورة التوبة الأية 129

Posted in Amalan Pilihan | 1 Comment »

Majlis Silaturrahim Pondok SeMalaysia Kali Ke-3

Posted by epondok di Mac 24, 2009

Tarikh 28 -29 Rabiul Awwal 1430H bersamaan  25 – 26 Mac 2009M ( Rabu & Khamis )

 

Tempat : Madrasah Darul Muhajirin, Bukit Jong, Kuala Terengganu

 

Penganjur : ITMAM dan Madrasah Darul Muhajirin

 

Pengisian Program :

 

HARI PERTAMA : Rabu 28 Rabiul Awwal 1430H / 25 Mac 2009M

 

 

Pengajian 1 & 2 : Kitab Bekalan Akhirat Oleh Tuan Guru Hj Fahmi Zam Zam

                       

                        Masa : 9.00 – 11.00 pagi

 

Majlis Perasmian : Masa 2.00 petang

 

Pengajian 3 : Kitab Ayyuhal Walad Ya Bunaiya Oleh Tuan Guru Hj Fahmi Zam Zam

                       

                        Masa : 5.15 petang

 

Pengajian 4 : Kitab Syamail Muhammadiah Oleh al-Habib Syed Ahmad al-Hadi

                       

                        Masa : 7.40 malam (lepas solat Maghrib)

 

 

HARI KEDUA : Khamis 29 Rabiul Awwal 1430H / 26 Mac 2009M

 

 

Kuliah Subuh :  6.45 pagi

 

 

Pengajian 5 : Kitab Syamail Muhammadiah Oleh al-Habib Syed Ahmad al-Hadi

                       

                        Masa : 9.00 pagi

 

Pengajian 6 : Keperibadian Rasulullah s.a.w Penjana  Jati Diri Umat

Oleh Ustaz Hj Sahul bin Hamid

                       

                        Masa : 11.00 pagi

 

 

Pengajian 7 : Sirah Nabawiyyah Pedoman Pembinaan Generasi Ulama’ Rabbani

Oleh Ustaz Hj Fadzil

                       

                        Masa : 2.30 petang

 

Pengajian 8 : Merungkai Kekeliruan Fahaman Wahabi

 Oleh Ustaz Tengku Muhd Fauzi bin Tengku Mahis

                       

                        Masa : 5.15 petang

 

 

Majlis Penutup

                       

                        Ceramah : Katakan Kecintaanku Hanya Pada Rasulullah s.a.w

 Oleh Ustaz Tengku Muhd Fauzi bin Tengku Mahis

                       

                        Masa : 9.00 malam

 

 

Urusetia Program

 

Sebarang pertanyaan berkaitn majlis ini minta hubungi :

 

Ustaz Badrul     019-991 7771

Ustaz Rasid      019-915 1568

Ustaz Razlan     013-957 1682

Cikgu Zulkifli    013-909 4267

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Posted in Program Terbaru | 3 Comments »

Ustaz Wan Mohd Shaghir Pengkaji Ulama’ Nusantara

Posted by epondok di Mac 22, 2009

Hari ini merupakan pemergian pertama Ustaz Wan Mohd Shaghir ke rahmatullah yang pergi pada 12 April tahun lalu. Ustaz Wan Mohd Shaghir merupakan seorang pengkaji dan penulis biografi Ulama Nusantara yang hebat. Beliau gigih dan tidak jemu dalam mengkaji sesuatu biografi ulama itu.

Usahanya yang gigih dalam meneliti, mencari dan mengumpul biografi ulama nusantara dan karya-karya ulama dalam bentuk manuskrip itu telah dimulakannya sejak semasa zaman remaja lagi.Dalam temu bual bersama Utusan Malaysia pada 12 Februari 2007, beliau memberitahu, “seawal usia 12 tahun saya telah mula mengembara ke Kepulauan Riau dan Sumatera untuk membuat penyelidikan di samping mengikuti pengajian di beberapa pondok di sana.”1. Nama:

Setiap Isnin, saya dan pembaca setia Ulama Nusantara lain akan tertunggu-tunggu dan menanti apakah nukilan terbaru beliau dalam ruangan Agama, Mega, akhbar Utusan Malaysia. Kalau tidak membaca tulisan beliau pada hari itu walaupun sekali, saya rasa bagaikan tidak lengkap hari itu tanpa membaca tulisan baru beliau.

Komitmen beliau terhadap pengkajian ulama Nusantara memang amat mengagumkan sekali.

Apa tidaknya, sejak tahun 1958 lagi Allahyarham mengembara dan mengumpulkan pelbagai bahan berkaitan biografi, pemikiran, ketokohan dan perjuangan, analisis teks, transliterasi kitab-kitab lama serta karya ulama silam.

Dalam uzur, beliau menggagahkan diri membentang kertas kerja pada seminar-seminar baik yang diadakan di universiti mahupun oleh pihak lain di dalam dan luar negara.

Menurut Hamidiah, cinta suaminya terhadap bidang penulisan tidak pernah padam walaupun semasa terlantar sakit di rumah.

“Walaupun menaip dalam keadaan mata tertutup kerana sakit namun Allahyarham tetap terus berkarya menyiapkan bahan untuk Agama, Mega,” katanya.

Jodoh Allahyarham bersama Utusan Malaysia bermula sejak 12 Februari 2004. Ketika itu Ustaz Wan Shaghir berada di peringkat awal mengumpul, menyebar dan mengembangkan karya tokoh ulama Nusantara ke alam Melayu.

Karya sulung beliau yang disiarkan Utusan Malaysia ialah Syeikh Abdul Lathif Tambi Ulama gigih dan Dermawan.

Beliau juga adalah pengasas Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara Malaysia (Pengkaji) yang didaftarkan pada tahun 1996.

Persatuan ini juga berfungsi sebagai Pusat Penyelidikan dan Penyebaran Khazanah Islam Klasik dan Moden Dunia Melayu.

Bercakap soal penulis yang prolifik, tidak syak lagi beliau adalah salah seorang contohnya. Apa tidaknya, sepanjang lebih tiga tahun bersama Utusan, lebih 100 karya kajiannya telah diterbitkan.

Ini tidak termasuk hasil kerja berbentuk transliterasi teks, kertas kerja, koleksi rencana yang disiarkan dalam buku dan majalah.

Karya-karya itu pula menjadi bahan rujukan bukan sahaja oleh para penuntut institusi pengajian tinggi tetapi juga di kalangan para pengkaji ilmu Islam antarabangsa.

 

Sebenarnya, minat berkarya cucu kepada tokoh ulama yang tidak asing lagi, Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani ini dipupuk oleh ibunya Hajah Wan Zainab melalui cerita-cerita karamah tokoh ulama terulung silam.

Kelebihan beliau ialah dari segi semangat mencari dan mengumpul bahan-bahan terutama khazanah yang tidak diperoleh daripada pihak lain kecuali dirinya.

Untuk itu, beliau menjelajah beberapa negara asal ulama tertentu seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan beberapa wilayah di Patani dan Kalimantan Barat dalam usaha meneroka dan pencarian bahan-bahan ulama Nusantara. Malah, sanggup membelinya walaupun dengan harga yang mahal.

Di antara karya beliau ialah Sufi dan Wali Allah, Pusaka Penulisan al-Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani dan banyak lagi. Semuanya boleh didapati di Pengkaji.

Kini, semua usaha beliau hanya tinggal sejarah. Namun, alhamdulillah matlamat Beliau menyebar dan mengembangkan tokoh ulama silam ke alam Melayu telah berjaya.

Pemergian beliau memang satu kehilangan kepada dunia ilmu Islam khususnya ulama Nusantara. Sebabnya, beliau semasa hayatnya bukan sahaja aktif berkarya tetapi terlibat menerbit, mencetak dan membentang kertas kerja.

Bagaimanapun, kita berharap Pengkaji yang diasaskan oleh beliau akan meneruskan perjuangan yang murni ini.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Di bawah ini saya akan perturunkan secara eksklusif sedikit biografi Ustaz Wan Mohd Shaghir dari pejabat Pengkaji. Semoga ada manfaatnya.

Biografi Ustaz Wan Mohd Shaghir Abdullah

 

Jalur (sebelah ayah)

Haji Wan Mohd. Shaghir bin Haji Wan Abdullah bin Haji Wan Abdur Rahman bin Haji Wan Abu Bakar bin Wan Maaris bin Cik Wan Taksim al-Qumari al-Juhuri al-Fathani bin Datuk Bendahara Lingkai al-Juhuri al-Fathani.

Jalur (sebelah ibu)

Haji Wan Mohd. Shaghir, ibu bernama Hajah Wan Zainab binti Al-Alim Al-Allamah Syeikh Wan Ahmad bin Syeikh Haji Wan Muhammad ZainalAbidin bin Syeikh Haji Wan Mushthafa bin Wan Muhammad Faqih bin Muhammad Zainal Abidin @ Faqih Wan Musa bin Wan Muhammad Shalih bin Ali al-Masyhur al-Laqihi.

Syeikh Ahmad al-Fathani adalah seorang ulama tersohor pada akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20, lahir pada tahun 1856 dan wafat 1908. Dalam era setelah kebangkitan Syeikh Ahmad di Makkah, muncul murid-murid atau kader beliau dan ulama-ulama Makkah di Malaysia seperti Tuan Husein Kedah, Syeikh ‘Utsman Sarawak, Mufti Pulau Pinang Haji ‘Abdullah Fahim, Tok Kenali, Syeikh Muhammad Sa’id Linggi, Qadhi Haji Abu Bakar bin Haji Hasan Muar, Johor, Syeikh al-Islam Selangor Tengku Mahmud Zuhdi bin ‘Abdur Rahman al-Fathani dan masih ramai lagi di seluruh dunia Melayu.

2. Tarikh lahir :

Jumaat, 9 Ramadhan 1364 H/17 Ogos 1945 M, berumur 61 tahun

3. Status Perkawinan:

Berkahwin dengan Hamidiyah binti Haji Abdul Majid bin Ismail, memperoleh anak 6 orang.

4. Pekerjaan:

Penulis, khas penyelidikan sejarah ulama dunia Melayu dari semua zaman tentang biografi, karya, pemikiran, perjuangan dll. menyentuh seluruh aspek mengenai ulama-ulama Asia Tenggara/alam Melayu yang tersebut. Menerima wasiat dari ibunya untuk meneruskan kerja-kerja datuknya 100 tahun yanmg lampau iaitu Syeikh Ahmad al-Fathani. Penulisan beliau merujuk kepada bahan asli hasil pengembaraan selama 48 tahun melalui manuskrip, cetakan lama, litografi hasil karya yang ditulis oleh ulama Melayu. Tidak mengambil rujukan dari Inggeris, hanya sebagai perbandingan dan bukan menjadi rujukan utama.

5. Alamat sekarang:

36 Jalan Batu Geliga Satu, Taman Melewar, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

6. Organisasi:

a). Mengasaskan Khazanah Fathaniyah yang berfungsi sebagai penerbit hasil penulisan sendiri dan menerbitkan kembali karya-karya ulama terdahulu.

<!–[if !supportLists]–>

b). Mengasaskan Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara Malaysia dengan singkatan PENGKAJI dengan tujuan memberi pendedahan tentang betapa besarnya peranan dan sumbangan ulama terdahulu dalam penyebaran ilmu di dunia Melayu melalui pameran, seminar dan sebagainya.

7. Menjalin Kerjasama antara Penerbit Khazanah Fathaniyah dengan PENGKAJI

– Pembentanagan kertas kerja dalam memenuhi undangan Jabatan Kerajaan, Pusat Pengajian Tinggi, Organisasi dan Pertubuhan di dalam seminar, forum, muzakarah dan lain-lain di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

– Mengadakan Siri Pameran Koleksi Karya-karya Ulama Dunia Melayu diadakan dalam bentuk warkah maklumat terdiri dari manuskrip kitab, gambar-gambar, surat, lakaran absrtak, catatan dan lain-lain ditonjolkan untuk diperkenalkan kepada masyarakat umum.

– Menjalin kerjasama dengan organisasi yang berminat untuk menganjurkan seminar, forum, muzakarah, taskirah, pameran, dokumentari, penerbitan dan sebagainya.

– Menerbitkan siri buku-buku dan dokumen mengenai sejarah ulama-ulama alam Melayu seperti:

· Buku Bersiri-Penyebaran Islam & Silsilah Ulama Sejagat Dunia Melayu. ( Jilid 1- Jilid 15 )

· Wawasan Pemikiran Islam Ulama Asia Tenggara. ( Jilid 1- Jilid 7 )

· Jadwal Tarikh, Bulan Dan Tahun Hijri-Masihi. ( Jilid 15-Jilid 16 )

· Warkah Maklumat ( 98 Judul )

q Memberi khidmat pakar rujukan dan maklumat kepada para pengkaji dan penyelidik dari berbagai peringkat bagi tujuan penulisan dan tesis mereka. Sejak tahun 1990 sehingga kini, telah menerima lebih dari 1000 pengunjung yang terdiri dari kalangan mahasiswa universiti pelbagai peringkat untuk mendapat B.A hingga Ph.D sama ada dari dalam mahu pun luar negeri.

q Hasil daripada penyelidikan Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara Malaysia dengan kerjasama Penerbit Khazanah Fathaniyah telah menghasilkan lebih dari 800 judul dalam pelbagai koleksi yang di katogerikan seperti berikut:

· Koleksi Transliterasi Kitab-40

· Koleksi Penyebaran Islam & Silsilah Ulama Sejagat Dunia Melayu-15

· Koleksi Kertas Kerja(Pembentangan Dalam Pelbagai Seminar)-70

· Koleksi Syair dan Puisi-5

· Koleksi Wawasan Pemikiran Islam Ulama Asia Tenggara-7

· Koleksi Kitab Arab dan Kitab Melayu/Jawi-130

· Koleksi Kitab Wakaf-4

· Koleksi Warkah Maklumat ( Artifak ) Berupa Manuskrip dan lain-lain-98

· Koleksi Gambar Ulama Dan Tokoh-Tokoh Nusantara-135

· Koleksi Surat Dan Pelbagai Dokumen-10

· Koleksi Siri Amalan-Amalan Islam-6

· Koleksi Kad Hari Raya(Khat, Gambar Ulama dan Tokoh Dunia Melayu)-40

· Koleksi Stiker(Kata-Kata Hikmah Ulama Dunia Melayu)-5

· Koleksi Poster(Kata-Kata Hikmah dan Gambar Ulama Dunia Melayu)-5

· Koleksi Penulisan Ulama Nusantara DI Akhbar Utusan Malaysia-110

· Koleksi Penulisan Ensiklopedia Nusantara Di Akhbar Berita Harian-40

· Koleksi Karya Ilmiah berupa artikel dalam Majalah Dian, Pengasuh, Dewan Budaya, Dakwah, Al-Islam, Kiblat, Al-Ehsan, Jurnal Dewan Bahasa, Jurnal Filologi Melayu, Koleksi Biografi Ulama Asia Tenggara-150

– Sedia menerima undangan dari pelbagai pihak, media masa iaitu media cetak dan media elektronik untuk memberi pandangan, ceramah dan membuat dokumentari berkaitan Islam, Melayu dan ulama dunia Melayu.

– Mengadakan kelas pengajian kitab-kitab Melayu/Jawi klasik karya ulama dunia Melayu dan sekaligus membantu menghidupkan tulisan jawi seperti yang disarankan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Y.B. Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Telah mulai di Masjid Al-Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur.

8. Pengalaman Kerja:

Sejak tahun 1958, dalam usia 12 tahun telah melakukan pengembaraan dan pengumpulan pelbagai bahan untuk dokumentasi ulama-ulama Asia Tenggara baik berupa tulisan tangan (manuskrip) maupun berbagai-bagai edisi cetakan, walau keadaan darurat pun pekerjaan itu tetap diteruskan hingga sekarang ini. Penyelidikan telah berjalan selama 48 tahun dengan penuh gigih dan tanpa jemu. Pengembaraan dan penyelidikan dilakukan di Champa, Fathani, Malaysia, Sumatera, Sulawesi, Jawa, Kepulauan Borneo, Kalimantan Barat dan Selatan, Sabah, Sarawak, Negara Brunei Darussalam, Singapura dan banyak lagi.

a). 1977 dilantik oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia untuk menyelesaikan buku mengenai ulama Asia Tenggara. Telah berhasil dibukukan dengan judul Aktiviti Ulama Asia Tenggara dua jilid tebal 2000 halaman taip folio.

b). Menyumbangkan tenaga dan fikiran di beberapa tempat, iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka, Pusat Islam Malaysia dan Perpustakaan Negara Malaysia:

i). DBP, tarikh September 1988, pelantikan sebagai penulis makalah Proyek Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu.

ii). DBP, tarikh 24 November 1988/14 Rabiulakhir 1409. pelantikan Ahli Jawatan Kuasa Istilah Agama Islam (Bidang Usuluddin dan Falsafah Islam).

c). 1989 Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri telah memberikan tugas-tugas yang bersangkutpaut dengan manuskrip Melayu/Jawi, iaitu:

i). Mengesan dan memberi penilaian sesuatu karya yang nadir, baik judul, pengarang, penyalin atau pun apa saja yang ada hubungkaitnya dengan permanuskripan termasuk memberikan data ringkas seseorang tokoh.

ii). Menyusun katalog manuskrip yang telah menjadi jadi milik/koleksi BAHEIS sebanyak 739 manuskrip. Pekerjaan ini telah selesai.

d). Dalam waktu yang sama (akhir 1989, awal 1990) telah menerima tugas dari Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia untuk:

i). Membuat katalog Manuskrip-manuskrip yang berbahasa Arab yang terdapat di Pusat Manuskrip Melayu itu.

ii). Mengesan beberapa manuskrip yang tidak diketahui nama pengarang dan judulnya.

iii). Membuat biografi ringkas beberapa tokoh yang manuskrip karyanya dipamerkan dalam Persidangan Antarabangsa Tamadun Melayu ke II.

e). Mulai 1 November 1994 hingga 31 Oktober 1996 menjadi Karyawan Tamu Pengajian Arab & Tamadun Islam, Fakulti Islam Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menyelesaikan buku berjudul Tabaqat Ulama Asia Tenggara, dan sebagai tambahan buku berjudul Data Karya-karya Para Ulama Asia Tenggara.

f). 2005 M atas permintaan Perpustakaan Negara Malaysia, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, dalam rangka memasyarakatkan kembali tulisan Jawi, beliau telah dilibatkan dijemput hadir secara berterusan berkali-kali dalam “Mesyuarat Seminar dan Pameran Tulisan Jawi

9. Tulisan Dalam Surat Khabar:

Beliau adalah penulis di akhbar Utusan Malaysia pada setiap hari Isnin mengenai ulama dan tokoh Nusantara dan Berita Harian pada setiap hari Selasa mengenai kitab-kitab karya ulama dunia Melayu.

a. Utusan Malaysia, Bahagian Agama, Ruangan Ulama Nusantara, Setiap

Hari Isnin, dari 19 Februari 2004 hingga 15 Januari 2007 – 150 siri

b. Berita Harian, Bahagian Agama, Ruangan Ensiklopedia Nusantara Setiap

Hari Selasa, dari 21 Jun 2005 hingga 16 Januari 2007 – 85 siri

10. Teks ceramah di Radio: 5 Kali

11. Bicara di televisyen: 4 Kali

12. Karya-karya telah dirujuk oleh pelbagai golongan,

dalam dan luar negara: Lebih dari 100 perujuk

13. Biodata Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah yang pernah ditulis oleh pelbagai tokoh dan judul dalam media:16 Judul

14. Tarikh Meninggal Dunia : 12 April 2007

 

Posted in Tokoh Ulama' | 3 Comments »

CARA PULIH AKHLAK

Posted by epondok di Mac 18, 2009

CARA MEMPERBAIKI BUDI PEKERTI MANUSIA

      Imam Ghazali telah memberi beberapa pedoman dalam memperbaiki budi pekerti manusia iaitu sebagaimana berikut :

Pertama     : Dia mesti sentiasa berdekatan dengan seorang guru yang mengetahui sunguh-sungguh tentang kekurangan, kecelakaan dan keburukan yang ada pada dirinya dan yang dapat melihat kecacatan yang tersembunyi dalam jiwanya. Guru ini dengan kebijaksanaannya akan menerangkan kekurangan itu kepadamya di mana selepas itu guru tersebut akan memberi petunjuk yang mesti diikuti secarabersungguh. Begitu juga dengan latihan yang berkaitan dengan pembaikian itu dikerjakan benar-benar maka barulah hasilnya akan berkesan.

Kedua   : Dia mesti mencari seorang teman yang setia, jujur, mengetahui keadaan dirinya dan beragama untuk dijadikan pengawas yang sentiasa mengamti segala gerak- gerinya. Pengawas ini akan menegur apabila adanya sesuatu yang kurang baik berlaku. Apabila setiap teguran dipatuhi maka usahanya ke arah memperbaiki budi pekerti akan bertambah maju.

Ketiga        :  Seseorang dapat mempelajari kekurangan, kecelaan dan keburukan dirinya daripada musuhnya iaitu dengan mendengar kekurangan yang keluar daripada musuhnya yang membencinya kerana mata orang yang benci cepat melihat kecelaan yang ada. Manusia dapat banyak faedah daripada lidah musuhnya yang sedang marah dan sedang menghamburkan keburukan dirinya. Ia lebih baik daripada pujian seorang teman yang penipu dan suka menyembunyikan keburukan yang sebenarnya.

Keempat   : Melalui pergaulan juga mampu memperbaiki budi pekerti seseorang. Bergaul dengan ramai orang banyak faedahnya di mana seseorang dapat melihat apa yang baik dan kurang baik melaluinya. Dia mengambil sifat yang baik untuk diguna dan yang tidak baik untuk dijauhkan atau menggantikannya dengan yang baik. Sebaiknya seseorang yang mahu memperbaiki budi pekertinya mestilah menghitung dirinya sendiri dengan membersihkannya daripada segala kecacatan .

  MATLAMAT AHKLAK MULIA

     Imam Ghazali dalam ajarannya menjadikan Al-Quran sebagai ukuran dalam mengenali tanda budi pekerti yang baik dan ukuran yang digunakan untuk mengetahuinya. Al-Quran cukup lusa membentangkan dua jenis mausia yang baik dan jahat. Hampir keseluruhan firman Allah secara terus terang atau menyindir menyebutkan sifat orang mukmin yang soleh dan sifat orag kafir serta munafik yang merosakkan. Menurut Imam Ghazali kebahagiaan akhirat merupakan matlamat utama akhlak mulia.

     Melalui kitabnya Al-Mizan beliau menerangkan tujuan tersebut : ” Kebahagiaan yang sebenar ialah kebahagiaan akhirat. Kebahagiaan yag lain daripada itu adalah kebahagiann majazi yang terdiri daripada majizi yang keliru iaiatu kebahagiaan dunia yang tidak dapat membantu untuk sampai kebahagiaannya ke akhirat. Majizi yang sebenar ialah yang dapat membantu tujuan akhirat. Sekalipun ada sesuatu yang dapat menyampaikan manusia kepada kebajikan dan kebahagiaan tetapi kebahagiaan akhiratlah yang benar daripada segala tujuan itu”.

    Secara rambang Imam Ghazali seperti tidak mahu mengakui tujuan sosial dan tidak mahu menamakan tujuan itu suatu kebahagiaan. Sebenarnya beliau ingin lebih jauh daripada tujuan itu dalam meletakkan dasar-dasar utama untuk sesuatu amal kebajikan itu bukan hanya sehingga tercapainya masyarakat sosial tetapi beliau ingin mengembalikan segala tujuan itu kepada Allah dan kebahagiaan akhirat. Dengan ini maka segala kebajikan yang dilakukan bukan kerana ingin nama, pangkat dan sebagainya tetapi ditimbulkan atas rasa keikhlasan dan tanggungjawab terhadap Allah. Kepuasan hati yang disebutkan kebahagiaan daripada orang yang berbuat baik akan lebih dirasai daripada kepuasan yang dapat daripada pujian sesama manusia.

    Imam Ghazali turut menyatakan dalam kitabnya Al-Mizan bahawa orang yang menjauhi segala kejahatan dan maksiat kerana hanya memelihara kemuliaan diri tidak dinamakan afif iaitu sopan santun atau suci batinnya disebabkan dia tidak bermaksud berbuat demikian kerana Allah.

    Inilah ia fahaman Imam Ghazali tentang akhlak di mana kitab-kitabnya terus menjadi bahan rujukan utama sehingga hari ini untuk dijadikan pedoman dalam menghayatinya dan menangani permasalahan akhlak yang timbul . 
 

Rujukan

  1.  Abu Hamid Al-Ghazali ,Al-Munqiz min Al-Dholal, semakan Abdul Mun’im al-‘Ani, Al-Hikmah, 1994
  2.  Imam Al-Ghazali, Ihya’ Ulumuddin, Dar  al-Khari,cetakan kedua 1993

  3 .  Prof. Dr. Hj. Aboebakar Atjeh, Akhlak Dalam Islam, Pusataka Aman Press, cetakan kedua 1982

 

Posted in Klinik Agama | Leave a Comment »

Buruknya Sifat Bakhil

Posted by epondok di Mac 17, 2009

1. Orang bakhil menyembah harta benda lebih banyak daripada menyembah Allah, Cintakan pada harta lebih banyak daripada cinta pada diri sendiri dan benci kepada kebaikan lebih banyak daripada benci kepada sakit dan dukacita. Oleh itu lihatlah apakah harga manusia jenis ini?

2. Harta merupakan jalan kepada kebaikan dan untuk hidup di kalangan manusia dengan diberi penghormatan dan kemuliaan apabila bijak menggunakannya sedangkan orang bakhil melihat kepada harta sebagai matlamat hidup sehingga tidak menghiraukan penghinaan dan kebencian manusia lain di atas sikap bakhilnya. Orang bakhil seperti manusia yang mati sebelum kematian sebenar dan menanam diri sendiri sebelum ditanam oleh manusia lain

3. Orang bakhil terlalu mengingati diri sendiri dan lupa kepada Allah serta terlalu bimbang terhadap kefakiran berbanding kematian. Orang bakhil terlalu takut kepada kefakiran berbanding siksaan dan pembalasan Allah

4. Seburuk-buruk jenis kebakhilan ialah sikap bakhil yang ada pada pemimpin atau ketua rakyat melainkan dia bakhil dalam menguruskan harta negara kerana yang demikian itu bertujuan menjaga amanah yang sememangnya disuruh oleh Allah dan rasulNya.


Rujukan :

1. Dr Mustafa Sibai’e, Hakaza ‘allamtani al-Hayaat, Darul waraq, cetakan pertama 1999

Posted in Klinik Agama | Leave a Comment »

Senarai Pusat Pengajian Pondok di Thailand

Posted by epondok di Mac 15, 2009

1. Madrasah Masahatuddin, Bangkok

Bilangan Pelajar 130

Tarikh Penubuhan 1952 ( Pondok Sahaja )

 

2. Madrasah Latifuddin ( Pondok Ta’it ) Bangkok. ( Pondok / Sekolah) Bilangan Pelajar : 150-200 Orang.

3. Madrasah Nur Islam ( Pondok Di Bangkok )

Bilangan Pelajar 325

Tarikh Penubuhan 1973 ( Pondok Sahaja )

 Bilangan Guru 26 Orang.

Tiada Habuan Bulanan Kepada Guru

Mempunyai Siaran Radio Sendiri.

 

 4. Pondok Dala Fatani

Tarikh Penubuhan Tahun 30 -An

Bilangan Guru 10 Orang

Bilangan Pelajar 800

Pelajar Malaysia 50 Orang

Empat Buah Madrasah ( Tempat Belajar )

 

5. Madrasah Darul Ulum At-Tarbiah Asy-Syarifah, Kedi ( Pondok Sahaja ) Tarikh Penubuhan 1993

Pengasas Hj. Ahmad Bin Abdullah B

ilangan Guru 4 Orang

Bilangan Pejajar 100 Orang

 

6. Madrasah Mi’yarul Ulum ( Pondok / Sekolah )

Bilangan Guru 15 Orang

Bilangan Pejajar Lelaki 600 Orang

Bilangan Pelajar Perempuan 200 Orang.

 

7. Maahad Islahiah Ad-Diniah ( Pondok Tok Jong )

Bilangan Pejajar : 300 Orang

Tarikh Penubuhan : 1930

 

8. Pondok Kerasak ( Pondok Sahaja )

 Bilangan Pelajar : 500-600 Orang.

 

# Hasil lawatan pegawai Pusat Pembangunan Pondok Berhad sekitar tahun 2002

Posted in Pondok Thailand | 15 Comments »

Pengasas 2 Pondok Pasir Tumboh

Posted by epondok di Mac 10, 2009

BIODATA TUAN GURU HJ ABDUL AZIZ BIN HJ ABU BAKAR

 

Tarikh dan tempat lahir  : Awal Ogos 1923M di Kampung Terusan Limbat, Kota Bharu

 

Nama Ayahanda : Hj Abu Bakar bin Hj Abdul Latif  bin Abdul Ghani (meninggal sekitar 1966) di mana beliau pernah berguru dengan Tok Seridik, Kuala Nipah sewaktu berada di Mekah

 

Nama Bonda : Hajah Mariam bt Hj Daud iaitu anak kepada Tuan Guru Hj Daud b Hj Hasan (meninggal lebih kurang tahun 1957) yang merupakan seorang ulama’ di Kampung Machang Limbat yang sempat berguru dengan Hj Said Kg Lama, Besut, Hj Ismail b Hj Mahmud, Kg Atas Banggol, Kota Bharu, Hj Omar Mentuan dan Hj Nik Man Tua, Jalan Che Su, Kota Bharu.

 

Pendidikan

 

a.     Belajar asas agama dengan ayahandanya sendiri

b.     1930 bersekolah di Sekolah Melayu Kubang Keranji hingga darjah IV

c.     Pondok Tok Kenali selama 3 tahun tetapi tidak sempat belajar dengan Tok Kenali sendiri disebabkan beliau telah meninggal dunia ketika itu

d.     1940 berpindah ke Pondok Tuan Guru Hj Ali Salahuddin b Awang, Pulau Pisang selama 3 tahun setengah

e.     1943 berpindah ke Pondok Tuan Guru Hj Abdullah Tahir, Bunut Payong

f.        Beliau turut belajar dengan berulang-alik ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu dengan mengayuh basikal untuk berguru dengan Mufti Hj Muhammad Nor b Hj Ibrahim disamping belajar dengan Dato’ Hj Ahmad Maher dirumahnya di Medan Tuan Padang dan juga Kampung Puteh

g.     1950 menyambung pengajian di Mekah selama 3 tahun 8 bulan

 

 

Antara Usaha dan Kata-kata Perangsang Daripada Ayahanda

 

1. Semasa kecil ayahandanya Hj Abu Bakar telah membawa beliau dan abangnya Tuan Guru Hj Mustafa untuk bertemu dengan Tok Kenali. Ayahandanya meminta agar Tok Kenali meludah ke dalam mulut kedua anaknya itu tetapi Tok Kenali tidak berbuat demikian sebaliknya bertindak meludah ke dalam bekas air lalu diberikan kepada abangnya dahulu tetapi dia enggan. Air itu diberikan kepadanya lalu diminumnya kemudian diikuti oleh abangnya

 

2. Ayahandanya sentiasa mengintip anaknya ini pada waktu malam sepanjang belajar di pondok di mana anaknya dapat mengetahui tentang kedatangan ayahandanya  selepas melihat adanya bekalan seperti beras, kayu api dan makanan lain yang diletakkan di atas tangga pondoknya

 

3. Semasa berada di Mekah maka ayahandanya sentiasa mengutus surat dan diantara kata perangsangnya ialah sebagaimana berikut :

a.     “ Wahai anakku! Ayahanda tidak akan mengaku bahawa engkau alim sehingga engkau dapat mengajar dalam Masjidil Haram”.

         Sebelum pulang ke Malaysia pada tahun 1953, beliau sempat mengajar di Masjidil Haram sebagaimana yang dikehendaki oleh ayahnya

 

b.     “ Ayahanda mahukan anakanda belajar sekejap tetapi dapat menandingi ilmu orang-orang lama walau pun terpaksa menghabiskan wang”

– Beliau menunai permintaan ini dengan belajar lebih masa serta sanggup memberi saguhati kepada 4 orang guru sebanyak RM 25.00 setiap orang sebulan

 

 

Membuka pondok

 

  • Setelah pulang ke tanahair pada pertengahan tahun 1953 maka beliau bersama abangnya mulai mengajar di atas balaisah kepunyaan ayahandanya.
  • 1954 dengan usaha mereka bersama bapa sepupunya Hj Yazid b Hj Yaakub b Hj Ghani , Penggawa dan orang-orang kampung maka sebuah madrasah untuk tempat berjemaah dan belajar berjaya dibina. Ia dinamakan al-Madrasah ad-Diniah al-Bakriah sempena nama ayahanda tercinta

 

Lantikan dan Kurniaan

 

  • 1950-an beliau dilantik menganggotai Jemaah Ulama’ Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan sehinggalah beliau meninggal dunia
  • 1978 KDYMM Sultan Yahya Petra telah mengurniakan Pingat Bakti (P.B) kepadanya

 

Sakit dan Meninggal Dunia

 

  • Abangnya Tuan Guru Hj Mustafa telah meninggal dunia pada 19 April 1984
  • Beliau sendiri terpaksa berhenti daripada mengajar mulai tahun 1985 kerana sakit angin ahmar
  • Beliau menghembus nafas yang terakhir pada petang Rabu jam 7.10 malam Khamis 17 Jun 1987M bersamaan 20 Syawal 1407H

Posted in Pondok Pasir Tumboh, Tokoh Ulama' | 3 Comments »

Mudir Pondok Lubuk Tapah Hingga Mac 2008

Posted by epondok di Mac 9, 2009

BIODATA TUAN GURU HAJI  ABDULLAH

 

Nama              :        Haji Abdullah Bin Haji Abdul Rahman

 

 

Tarikh Lahir   :        11 Februari 1933

 

 

Tempat Lahir :        Kampung Lubuk Tapah , Pasir Mas , Kelantan

 

 

Pendidikan      :

 

 

Menerima pendidikan awal  daripada ayahandanya sendiri iaitu Haji Abdul Rahman Bin Che Wan semenjak dari kecil hingga berumur 20 tahun. Kemudian beliau melanjutkan pengajiannya ke Mekah selama 14 tahun iaitu semenjak tahun 1953 hingga tahun 1966.

 

Guru- Guru     :

 

Selain daripada berguru dengan ayahanda beliau  di Malaysia , antara guru-gurunya di Mekah pula ialah :

 

      Ulama-ulama nusantara terdiri daripada :

  1. Al- Syeikh Ismail Bin Abdul Qadir Al- Fatani(dikenali sebagai  Pa Da Ail)
  2. Al- Syeikh Abdul Qadir Bin Abdul Muttalib Al-Mandili.
  3. Al- Syeikh Muhammad Daud Bin Sulaiman Al- Kalantani.
  4. Al- Syeikh Mokhtar Afnan.
  5. Al-Syeikh Soleh Idris Al-Kalantani
  6. Al-Syeikh Haji Abdul Rahman Daud Al-Fatani
  7. Al-syeikh Engku Abdul Jalil Al-Indonisi
  8. Al Syeikh Muhammad Yaasin Al-Padani
  9. Al-Syeikh Soleh Saika
  10. Al-Syeikh Sulaiman Ambon Al-Indonisi
  11. Al-Syeikh Zakaria Al-Indonisi

 

     Ulama-ulama Arab terdiri daripada :

 

1.      Al-Syeikh Hasan Muhammad Al-Massyat

2.      Al-Syeikh Sayyid A’lawi Sayyid Abbas

3.      Al-Syeikh A’rabi Al-Idris Al-Maghribi

4.      Al-Syeikh Muhammad Noor Al-bahraini

5.      Al-Syeikh Abdullah Al-Lahhaji

6.      Al-Syeikh Muhammad Amin

7.      Al-Syeikh Sayyid Al-Yamani

 

Kesungguhan Tuan Guru Haji Abdullah semasa menuntut ilmu di Mekah dapat diketahui melalui dari cerita-cerita beliau sendiri tentang pengalamannya semasa menuntut ilmu disana.Diantaranya ialah :

i –   Selama 14 tahun menuntut ilmu disana,beliau dapat menghadiri kesemua kelas-        

kelas  pengajian yang beliau ikuti kecuali hanya untuk 3  hari sahaja kerana demam.

ii – Sepanjang ingatan beliau boleh dikatakan beliau tidak pernah tidur siang  selama menuntut ilmu di Mekah kerana sibuk dengan penumpuannya  kepada menuntut ilmu.

iii – Beliau sering mengambil saf dihadapan berhadap kepada guru-gurunya  di dalam kelas-kelas pengajian yang beliau ikuti.

 

Dengan kesungguhan yang beliau tunjukkan semasa menuntut ilmu membuatkan guru-gurunya kasih kepadanya hingga ada di antara guru beliau yang melewatkan sedikit kuliahnya semata-mata kerana menunggu kedatangan Tuan Guru Haji Abdullah yang terlewat sedikit kerana baru selesai mengikuti kuliah halakah guru yang lain.Beliau juga dapat menadah kitab seorang sama seorang kepada gurunya Syeik Pa Da Ail Al-Fatani  yang merupakan tokoh ulama jawi yang masyhur di Mekah pada masa itu selama 5 tahun ( satu hingga satu setengah jam sehari ) hinggalah pada masa sakit yang membawa kepada kematiannya. Beliau sendiri diberikan kepercayaan untuk memandikan jenazah gurunya itu dan menguruskan urusan kenduri kematian gurunya itu.

Setelah 5 tahun menuntut ilmu di Mekah beliau diizinkan oleh guru-gurunya untuk mengajar didalam halakahnya sendiri didalam Masjidil Haram selama 9 tahun. Diantara murid-muridnya yang pernah mengikuti pengajian didalam halakah beliau ialah :

1- Dato Haji Hasbullah Mohd Hassan – Mufti Kelantan sekarang.

2- Ustaz Hussin Ibrahim – Sepupu beliau sendiri dan bekas wakil rakyat

    Dun Bukit Tuku.

3- Ustaz Nik Mustofa Nik Abdul Rahman

4- Ustaz Wan Hasan Mentuan

5- Baba (Tuan Guru) Syaa’ri Tong Al-Fatani

6- Baba Abdul Rahman Penarik Al-Fatani

 

 

 

 

Jawatan :

1.  Mudir Pondok Lubuk Tapah

2. Anggota Jemaah Ulamak Majlis Agama Islam Negeri Kelantan semenjak tahun     

    1969 hingga sekarang.( Sempat dibawah empat orang  mufti )

3. Timbalan Pengerusi (1) Pusat Pembangunan Pondok Berhad ( Sebuah badan yang

    dianggotai oleh pondok-pondok seluruh Negeri Kelantan )

 

Keluarga :

 

-Isteri :

 Hajjah Yas@Kamariah Bt. Haji Abdul Ghani ( pengasas pondok Kubang Bemban,Pasir Mas )

 

-Anak-anak :  

1. Hajjah Nafisah

    ( Guru di Maahad Muhammadi (P) kota Bharu,Kelantan )

2. Haji Luqman

    ( Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Universiti Malaya )

3. Hajjah Nasimah

    ( Pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor )

 4. Hajjah Nabilah

    ( M.A Universiti Malaya dan sedang menyiapkan tesis Phd )

5. Haji Hamdan

    ( Peringkat akhir pengajian M.A dalam bidang Syariah Universiti   

      Islam Antarabangsa Malaysia )

 

Aktiviti :

Selain daripada dipenuhi dengan aktiviti mengajar,aktiviti harian beliau juga dipenuhi dengan melayan tetamu-tetamu yang datang ke rumah beliau samada dari dalam atau luar negeri Kelantan kerana berhajatkan pertolongannya seperti menjampi air penawar untuk penerang hati, mengubati penyakit dan lainnya.Beliau juga sering dijemput oleh penduduk sekitar jajahan Pasir Mas untuk mengimami sembahyang jenzah,hajat dan menghadiri majlis-majlis kenduri.

Dalam aktiviti kemasyarakatan pula Tuan Guru Haji Abdullah juga turut memainkan peranan didalam kemajuan kampung dan penyediaan kemudahan sosial masyarakat setempat.Antara sumbangan beliau ialah :

 

1. Mengetuai dan menyumbang kepada pembinaan empat buah jambatan konkrit disekitar kampung yang memudahkan penduduk untuk menyusur keluar ke jalan utama.Dua daripada jambatan itu menghubungkan Kampung Kekabu dengan Kampung Lubuk Tapah satu jambatan menghubungkan Kampung Kekabu dengan Kampung Johol manakala satu jambatan lagi ialah jambatan baru Kampung Lubuk Tapah menggantikan jambatan lama yang dibina oleh ayah beliau pada tahun 1940 yang semakin uzur.

2. Membina sebuah Tadika Islam untuk anak-anak penduduk Kampung Lubuk Tapah.

3. Berusaha kepada mendapatkan kemudahan asas untuk penduduk kampung seperti bekalan air dan elektrik dan jalan raya.

Tuan Guru Haji Abdullah juga menjadi tempat rujukan bagi masyarakat tempatan dan luar didalam mencari jalan penyelesaian terhadap masalah–masalah yang berkaitan dengan agama dan urusan kehidupan seharian.Beliau juga sering menerima kunjungan daripada tokoh-tokoh ulama,,ahli politik,akademik dan lainnya dari dalam dan luar negara.Diantara tokoh- tokoh yang tersebut ialah :

 

1. AlMarhum Profesor Dr. Sayyid Muhammad Bin Sayyid ‘Alawi

    Al-Makki – Ulama besar dari Arab Saudi.

2. Al-Syeikh Habib Omar – Ulama dari Hadralmaut,Yaman.

3. Al-Syeikh Nuruddin Al – Banjari Al-Makki – Ulama dari Indonesia

4. Dato Seri Anwar Ibrahim – Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

5. Profeser Dato Dr Osman Bakar – Bekas  Timbalan Naib Canselor

    Universiti Malaya.

6. Rombongan lebih kurang 30 orang ulama dari Indonesia,Fatani dan  

    Malaysia pada 28 Mac 2005.  

   

Beliau juga mempunyai hubungan baik dengan kepimpinan peringkat negeri apabila Baginda Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Faris Petra pernah membuat kunjungan ke Pondok Lubuk Tapah pada tahun 1992 dan 1995.Sementara keakraban beliau dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dapat dilihat apabila beliau dijadikan tempat rujukan dan sering dijemput untuk mengimamkan beberapa program sembahyang hajat secara besar-besaran yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV Kota Bharu.

 

 

 

 

Tokoh Maal Hijrah :

Diatas pelbagai jasa dan sumbangan yang diberikan oleh tuan guru keatas masyarakat negeri Kelantan khususnya bagi penduduk jajahan Pasir Mas  melalui pelbagai aktiviti yang dilakukan terutama sekali didalam bidang keilmuan dan dakwah islamiah maka Baginda Sultan Kelantan,Sultan Ismail Petra berkenan untuk menganugerahi beliau sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Kelantan 1426H         sempena dengan Majlis Sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan 1426 H / 2005 M pada 9 Februari 2005 di Dewan Besar Balai Islam Lundang, Kota Bharu.

 

Karangan :

1-     Persediaan Bagi Sekalian Mukallaf – kitab kecil membicarakan tentang ilmu tauhid,ulasan hakikat mustahil dan himpunan beberapa amalan doa-doa.Di karangnya sekembali beliau daripada Mekah pada tahun 1967.

 

2-     Risalah doa-doa – Termuat didalamnya beberapa amalan doa-doa.Ditulis semasa beliau di Mekah pada tahun 1965. 

 Meninggal Dunia pada 19 Mac 2008

Posted in Pondok Lubuk Tapah, Tokoh Ulama' | 2 Comments »