Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Pengajian Pondok di Pulau Pinang

Posted by epondok di Februari 25, 2009


11 Respons to “Pengajian Pondok di Pulau Pinang”

  1. Drs.H.Abdulhalim Dinaa Al-Bar,MA. said

    mohon dikirimkan data-data sejarah ulama pondok di pulau pinang

    • al-Bar said

      WARISAN ULAMA DALAM KONSEP KEPENDIDIKAN DAN KEPEMIMPINAN :
      Tinjauan Disebalik Delima Kelangsungan Dan Punca Permasalahan Yang Berkekesanan Dalam Arah Tuju Pengembangan Tamadun Keilmuan Islam Nusantara
      Tinjauan Bersama Oleh :
      H.Abdulhalim Bin H.Ismail Ibnu Syaid Dinaa al-Bar
      Penyelaras, Pusat Pengembangan Institusi Pondok Dan Pengajian Tinggi Islam
      Kawasan Serantau Nusantara (PP2-ISRA)
      Professor Madya Dr.Muhammad Azizan Bin Sabjan
      Pengamat, Perkembangan Tamadun Islam Kawasan Serantau Nusantara
      Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan(PPIK) USM Pulau Pinang
      Professor Madya Dr.Syed Muhammad Dawilah Al-Edrus
      Pengarah, Pusat Islam, Universiti Tun Husein Onn (UTHM) Johor

      ABSTRAK
      Pada umumnya, terdapat pengurusan dalam institusi ulama pondok kepelbagai model dan corak pendidikan dan kepimpinan yang sedang berkembang di kawasan Nusantara, ditinjau sejak dari penumbuhan dan perkembangan institusi pendidikannya, sampai sekarang, tradisi kepimpinan ulama silam telah terjadi suatu berubahan mengikuti perkembangan zaman ke pelbagai model pengurusan dan corak pengendaliannya. Hal ini, ada sebagian dari para pemimpin institusi pondok kini, tetap mempertahankan konsep tradisi yang asalnya, kerana menilai, terjadinya suatu perubahan itu, tidak dapat menguntungkan bagi institusi pendidikan ini dan ada sebahagian dari mereka pula, ada yang merubah model pengurusan dan corak pengendalian institusi pendidikannya sesuai dengan tuntutan dan tawaran pihak kerajaan setempat. Maka, dalam tulisan ini, akan memperjelaskan tentang kelangsungan pengurusan dalam institusi pondok secara umum yang berada di kawasan Nusantara dan secara khusus di Pulau Pinang yang telah menjadi isu-isu dalam perbincangan dilingkungan masyarakat dan telah menjadi delima yang berkesanan dalam kepimpinannya.
      Model pendidikan dalam institusi pondok di kawasan Nusantara, telah terjadi pelbagai model pendidikannya. Maka disini, dapat dikelompokan menjadi tiga model pendidikan ialah model pengajian tradisional, yaitu melaksanakan pendidikannya hanya khusus kepada pengajian agama Islam sahaja dengan melalui corak pengajian menadah kitab-kitab lama atau lebih dikenal dengan sebutan kitab-kitab kuning, institusi pondok dalam model madrasah, terbagi pula menjadi tiga model pendidikannya, yaitu dalam corak kombinasi dua model pengajian pendidikan agama Islam. Institusi pondok melalui model ini, telah melaksanakan pengajian menadah kitab dan serentak pada masa yang sama melaksanakan bentuk sekolah diiniyah. Bentuk institusi pondok semacam ini, hanya melaksanakan pendidikan agama Islam sahaja dalam dua model pengajian ialah dengan melalui model pengajian menadah kitab-kitab muktabar bersama dengan model pendidikan agama Islam dalam model klasikal dan berkiblat kepada kolikulum Azhar. Institusi pendidikan semacam ini, di kenal dengan sebutan corak Sekolah Agama Rakyat (SAR). Yaitu sekolah pendidikan agama Islam yang tidak dapat bantuan dari pihak kerajaan pusat dan melaksanakan pendidikannya dengan melalui mata pelajaran agama Islam 70% dan mata pelajaran akademik 30%. Insitusi pendidikan seperti ini, dikenal juga dengan sebutan corak Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Yaitu sekolah pendidikan agama Islam yang telah dapat bantuan daripada pihak kerajaan pusat dan melaksanakan pendidikan agama Islam bersama dengan pendidikan akademik, dengan menurut ketentuan dalam suatu peraturan daripada pihak kerajaan pusat dengan melalui. Kementrian Pelajaran Malaysia. Bentuk institusi pondok yang ketiga ialah melaksanakan pendidiknya dalam model pendidikan corak moden atau dapat juga dikatakan bentuk “ Sekolah Agama Islam Moden ”, kerana dapat dikatakan demikian. Kerana para pendidik telah melaksanakan model pendidikannya serantak dengan melalui kedua sabjek ilmu agama dan akademik. Yaitu model pendidikan yang tidak membezakan di antara ilmu agama dan akademik.. Kerana dianggap kedua mata pelajaran ini, terdapat satu sumber keilmuan yang datang dari ilahi.
      Maka, dalam tulisan ini akan ditinjau juga dalam kelangsungan pada pelbagai model kepimpina dalam institusi pondok. Pelbagai model kepimpinan yang dapat dikelompokan menjadi tiga model kepimpinan. Yaitu model kepimpinan perseorangan. Model ini, dapat dikelompokan menjadi dua corak pengurusan. Yaitu dalam corak kepimpinan sepenuh kuasa. Yakni model kepimpinan yang berkuasa penuh atas perseorangan. Seperti, yang diurus oleh salah seorang yang terdiri daripada kaum keluarga dari ahli pewaris. Terdiri dari seorang anak tuan guru, bekas isteri tuan guru, cucu tuan guru atau menantunya dan sebagainya. Ada juga terdapat dalam corak kepimpinan kekeluargaan. Yakni, corak yang berkuasa sepenuhnya di atas kepimpinan keluarga para pewaris pengasas pondok pertama secara turun temurun dan hak milik pondok hanya dari keluarganya sahaja. Yang kedua model kepimpinan yayasan. Model ini, dapat dikelompokan menjadi dua corak pengurusan, yaitu dalam corak kepimpinan semi. Yakni model kepimpinan yang diuruskan bersama di antara para ilmuan dengan keluarga para pewaris pengasas pondok pertama atau diuruskan juga oleh masyarakat setempatnya. Ada pula dalam corak kepimpinan bersama. Yakni kepimpinan pondok diuruskan secara berorganisasi. Yang ketiga ialah model kepimpinan badan wakaf. Yaitu model kepimpinan pondok diuruskan atas dasar pengamanah, yakni kepimpinan institusi pondok yang dilaksanakan atas tujuan yang ditentukan oleh pihak yang diwakafkan atau yang diamanahkan. Ada lagi terdapat dalam model kepimpinan khusus. Yakni model kepimpinan badan wakaf yang diamanatkan secara khusus kepada para pewaris institusi pondok pertama. Model ini, kebanyakan terdapat semua pondok yang ada di kawasan Nusantara. Kerana diamanahkan kepada pengasas pertama sebelum meninggal dunia. Diamanahkan kepada pewaris atau pelapis yang meneruskan perjuangannya. Ada pula terdapat dalam model kepimpinan umum. Yakni model kepimpinan institusi diuruskan secara berorganisasi. Model kepimpinan ini, biasanya yang diurus secara bersama dibawah yayasan atau lembaga tertentu.
      Pelbagai model dan corak pendidikan dan kepimpinan ini, sehingga telah terjadi ada keselarasan dan keseimbangan dalam pengendaliannya. Hal ini, berlaku isu-isu yang menjurus kepada delima dalam pengendaliannya dan telah berkembang sampai kini.

      BUDAYA KELANGSUNGAN MODEL PENGENDALIAN PONDOK
      Institusi pondok mempunyai budaya pengurusan model kepimpinan dalam kegiatan pendidikan pada masa permulaan tidak diperlukan penggunaan stuktur kepengurusan yang teratur dan pembahagian tugas yang bersistem dalam memimpin sebuah lembaga pendidikannya. Seorang pemimpin pondok diberi kehormatan dari masyarakat sebagai seorang ulama dan sangat dipengaruhi oleh masyarakat sekeliling pondok. Ini, menjadi asas modal utama dalam konsep memimpin sebuah institusi pendidikannya. Seorang pemimpin pondok, juga memiliki ilmu yang cukup dan diberi kepujian sebagai seorang alim dalam pelbagai ilmu agama. Model Kepimpinan Perseorangan. Yaitu, seorang pemimpin pondok, mempunyai ciri-ciri kepribadian. Diantaranya, selalu serius beramal ibadah, menjauh diri dari perkara yang subhat atau perkara yang tidak jelas asal usulnya. Sehingga, memperoleh gelar dari masyarakat sebagai seorang ulama. Maka model kepimpinan dalam kegiatan pendidikan harian di pondok pada masa permulaan, dipimpin langsung oleh para pengasas pondok pertama dan berkuasa penuh terhadap pengaturan kegiatan dalam institusi pendidikannya. Maka model kepimpinan ini, telah dicontohi oleh para generasi penerus dan telah berkembang setelah pemimpin pertama meninggal dunia.
      Maka, pengurusan di institusi pondok semacam ini, dinamakan model Kepimpinan Perseorangan. Diertikan dengan model kepimpinan yang berkuasa penuh atas perseorangan dalam mengatur sebuah lembaga pendidikannya. Biasanya setelah peninggalan para pemimpin pondok pertama dikuasa mutlak oleh para pewarisnya, seperti anak pimpinan instutisi pondok pertama, cucunya, menantunya dan sebagainya. Model kepimpinan semacam ini, dapat dilihat dan dibuktikan dalam suasana pondok dalam model tradisional dalam corak pengajian menadah kitab dan model pendidikan madrasah yang masih tersisa sampai kini. Pengurusan kepimpinan pondok seperti ini, secara dalaman mereka membentuk badan wakaf khusus untuk menjaga harta kekayaan pondok yang telah disumbangkan oleh masyarakat setempat dan harta kekayaan yang telah di tinggalkan oleh peninggalan pengasas pondok pertama.
      Budaya susunan dan kawasan letak pondok, selalu mempunyai kawasan diatas sebidang tanah yang diwakafkan oleh masyarakat setempat dan orang-orang kaya yang menyumbang harta kekayaannya ke jalan Allah. Selain itu, ada sebahagian pondok mempunyai kawasan tanah pada asal usulnya dimiliki oleh pimpinan pondok pertama, kerana mereka boleh dikatakan berasal dari golongan orang yang kaya dari sumber martuanya mempunyai harta kekayaan dari kaum karabatnya. Oleh demikian, penumbuhan pondok pertama, sangat terbatas kepada orang yang berpelajaran agama tinggi, yang ingin berkhidmat dirinya di jalan Allah serta sanggup mengkurbankan harta kekayaan untuk kemajuan pendidikan Islam. Setelah peninggalan pemimpin pertama kebanyakan yang berkuasa penuh di institusi ini terdiri dari para pewaris mereka memegang jabatan pengarah yayasan pondok atau Mudir Am dan mereka dibantu oleh beberapa orang guru lainnya yang ikut serta bertanggungjawab bersama. Namun, walaupun demikian tentang kelangsungan dan masa hadapan pondok, terletak diatas kekuasaan penuh oleh para pewaris pengasas pondok pertama yang menjadikan suatu tradisi dilingkungan institusi pondok dan diamalkan secara turun temurun sehingga berkembang sampai sekarang.
      Guru Besar dan pengarah yayasan pondok, sentiasa mendapatkan sokongan dan kerjasama dari orang-orang yang ternama di sekitar masyarakat setempat. Seperti, Dato’ Penggawa, Dato’ penghulu kampung dan sebagainya. Hal ini, kerana masih ada kesan kehormatan atas jasa budi baik dari pengasas pondok pertama dan dijaga dengan baik oleh para ahli pewaris dengan pelbagai kegiatan yang dapat menimbulkan suatu perhubungan yang harmonis diantara masyarakat setempat dengan pihak para pewaris dan tenaga pembantu di institusi pondok. Maka terjadilah dasar kekuatan kepemimpinan dalam pengurusan pondok, semakin hari semakin kuat dan telah berlanjutan sehingga sekarang. Kerjasama dalam mengurus pondok, juga diperoleh dari pelajar yang sudah menuntut ilmu bertahun-tahun di pondok. Mereka ditugaskan sebagai guru pembantu untuk menolong dibahagian pendaftaran penerimaan pelajar baru. Para pelajar lama dikenal dengan gelaran Kepala Muthala’ah atau Guru Pembantu. Mereka tidak ada perbezaan diantara para pelajar yang lain, sebab di masa-masa tertentu mereka juga harus mengikuti pangajian menadah kitab bersama dengan pelajar yang ada di pondok.
      Melihat pada sisi lain, tentang pendapatan kewangan pondok yang disyaratkan pembayaran yuran pendidikan, di tuntut bagi pelajar membayar yuran sangat cukup sederhana dan dikecualikan bagi para pelajar yang fakir miskin. Sumbangan, juga dari para pelajar dan orang tuanya membawa buah tangan untuk guru besar dan pengarah yayasan pondok. Kewangan pondok, biasanya diperoleh dari masyarakat setempat dan dari orang kaya, juga dari yayasan-yayasan tertentu atau dari ibu bapa pelajar melalui sadakah jariyah atau zakat tahunan.
      Budaya perubahan pengurusan kepimpinan pondok selalu terjadi ketika pondok, mengadakan perubahan proses model pendidikannya dari model pengajian tradisional dalam corak pengajian menadah kitab menjadi model pendidikan madrasah atau perubahan menjadi bentuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan bentuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Jika perubahan proses ini, tidak diteruskan oleh para pewaris untuk melanjutkan kelangsungan institusi pondok atau para pewaris masih belum tamat pengajiannya atau mempunyai kesibukan di bidang lain. Maka pondok semacam ini, akan dikendalikan oleh para bekas pelajar lama dari para pemimpin pondok pertama atau para sahabatnya yang telah bergiat mencari sumbangan ketika mereka masih hidup. Maka, untuk kelangsungan pondok untuk mengadakan kegiatan pendidikan akan diurus bersama dengan guru-guru yang ada dalam lingkungan pondok yang bertanggung jawab bersama dengan masyarakat setempat dan akan mengurus pondok secara berorganisasi. Lalu bentuk pengurusan pondok semacam ini, diuruskan secara model Kepimpinan Yayasan.
      Sebuah institusi pondok dalam model kepemimpinan yayasan yang bertanggung jawab secara bersama akan kembali menjadi sebuah model kepimpinan yang berkuasa penuh atas keluarga para pewaris pondok, jika mereka sudah menjadi dewasa atau sebahagian dari mereka kembali dari menuntut ilmu dan mempunyai kelulusan yang tinggi. Kemudian, ada sebahagian pondok, para pewarisnya telah berusaha mengadakan perubahan model pendidikan dari model lama menjadi model pendidikan yang lebih moden atau menjadi bentuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Kelangsung pendidikannya, juga dimasukan pendidikan akademik dari pihak kerajaan pusat. Maka pengurusan model kepimpinan yayasan akan diurus secara berorganisasi dan akan diserah balik atau diambil balik oleh anak para pewaris pengasas pondok pertama untuk mengurus kelangsungan institusi pendidikannya. Maka, dalam model kepimpinan yayasan seperti ini, akan bertambah jumlah tenaga dalam kepimpinan pondok yang terdiri dari kelumpok para pewaris yang berkerjasama mengurus kegiatan pondok secara berorganisasi bersama dengan para guru-guru dan masyarakat setempat dalam mengatur berjalanan masa hadapan pondok.
      Model kepimpinan yayasan, dapat berkembang menjadi Model Kepimpinan Badan Wakaf. Jika institusi pendidikannya telah mempunyai wawasan yang luas, berkembang maju dan banyak mendapatkan sumbangan dari dalam dan luar negara atau mendapatkan hasil pendapatan dari institusi pendidikan itu sendiri. Maka, jika tidak diteruskan kelangsungannya oleh ahli pewaris, bentuk pengurusan model tersebut, akan diambil alih oleh pihak kerajaan negeri maupun kerajaan pusat. Seperti diambil alih oleh kerajaan pusat dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) terhadap maahad al-Mashoor al-Islami di 11920 Sungai Batu, Bayan Lepas. Kerana ada beberapa hal dalam pertimbangannya, mengingat harta benda yang ada di lingkungan institusi pendidikannya telah ditinggalkan oleh para pemimpin yang terdahulu, berasal dari pihak masyarakat atau pihak lain-lain yang menyumbang dengan meniatkan wakaf kepada masyarakat ramai untuk dapat digunakan secara bersama atau dapat mengambil manfa’at bersama.
      Model kepimpinan badan wakaf, kalau ditinjau dari pengertian istilah ini terdapat dua pengetian yaitu wakaf am dan wakaf khas. Wakaf am ialah harta yang diwakafkan untuk dibangunkan oleh agensi pengamanah demi kepentingan semua umat Islam semasa sehingga sampai kemasa hadapan. Sementara Wakaf khas ialah harta yang diwakafkan dengan sesuatu tujuan dan tujuannya ditentukan oleh pihak yang mewakafkannya . Model kepimpinan badan wakaf, ada juga diuruskan oleh masyarakat setempat dengan menggunakan beberapa orang ahli dari pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari para ilmuan, ahli sosial, ahli politik dan sebagainya. Kepimpinannya diurus secara berorganisasi dengan adanya jangkauan waktu tertentu dalam pengaturan organisasinya. Selepas itu, diadakan musyawarat agung tahunan untuk pergantian pengurusan baru. Model kepimpinan tersebut, diuruskan mengikut badan organisasi induk. Biasanya segala peraturan mengenai kegiatan dan kelangsungan sebuah institusi pendidikan telah ditetapkan oleh organisasi induk, berupa konsep kepimpinan institusi dan strategi pentadbiran pendidikannya. Terutama mengenai kurikulom pendidikan, model kepimpinan pendididk dan sebagainya. Harta kekayaan, secara keseluruhan yang telah dimiliki oleh institusi pendidikan akan dijaga dengan baik dan secara bersistem serta mempunyai pembuktian pengeluaran wang masuk dan keluar yang jelas dan teratur. Sementara, pemilihan pengarah badan wakaf dan stafnya atau guru besar dan pembantu guru besar, akan dilantik sesuai dengan kemampuan mereka masing-masing. Institusi pendidikan seperti ini, dapat dilihat di madrasah Diniyah Islamiyan, Sungai Bakap yang berada dibawah yayasan Takmir dan bernaungan di bawah pertumbuhan Angkatan Belia Islam se-Malaysia (ABIM) cawangan negeri Pulau Pinang.
      MEMPERTAHANKAN MODEL PENGURUSAN INSTITUSI ULAMA
      Arah tuju pondok model tradisional pada masa sekarang dalam pengurusan kegiatan pendidikan masih tetap menggunakan dalam corak pengajian menadah kitab. Dalam lingkungan institusi pondok lebih dikenal dengan sebutan bentuk Salafi. Yaitu model yang tetap mempertahankan warisan ulama sebelumnya. Pengajaran kitab-kitab muktabar sebagai inti penting pendidikan di dalam pondok, walaupun sistem pendidikan sekarang sudah berjalan menurut perkembangan zaman sesuai dengan perkembangan keperluan generasi semasanya. Kenyataan ini, dapat ditinjau di institusi pondok dalam corak pengajian menadah kitab, Penguatua pondok tetap berusaha melaksanakan kegiatan pengajiannya setiap hari selepas waktu shalat fardhu atau sebelumnya. Selain memberikan pelayanan pendidikan kepada penuntut ilmu tetap, juga dilaksanakan pada hari-hari atau waktu tertentu atas permintaan masyarakat setempat yang memerlukan pendidikan awal dalam bidang ilmu pengetahuan agama Islam dan beberapa hukum Islam yang ada hubung kait dengan kehidupan sehari mereka.
      Selain mempertahankan corak tersebut, model pendidikan madrasah merupakan model pendidikan yang sama penting terhadap peranan dalam kegiatan pendidikannya. Kemudian, sangat diperlukan bagi para penuntut ilmu yang baru masuk pondok. Kerana dalam kegiatan awal model pendidikan ini, diajar untuk mengetahui tulisan huruf Arab dan huruf Jawi, sebelum mempelajari ilmu-ilmu asas dalam agama Islam dan sebelum mendalami lebih lanjut terhadap pengajian agama Islam dalam corak menadah kitab. Kemudian, setelah mereka tamat dari pondok mereka dapat sambung perkuliahannya di dunia Arab dan Timur Tengah. Ini, merupakan harapan bagi para pemimpin pondok dalam model ini. Para pendidik telah berusaha melaksanakan kegiatan pendidikan model madrasah secara penuh masa melalui bentuk pembahagian kelas menurut kemampuan para pelajar yang sedang menuntut ilmu di pondok. Kegiatan pendidikan bentuk pondok dalam corak menadah kitab dan sekaligus melaksanakan kegiatan pendidikan bersama model pendidikan madrasah dalam pelaksanaan kegiatan pengajiannya masih menggunakan kitab-kitab muktabar melalui hasil karya penulisan para ulama sebelumnya. Tradisi dalam pelaksanaan kegiatan pendidikannya mengikut tradisi ulama sebelumnya, ialah melalui bentuk halaqah .
      Namun, untuk menetukan tamat pengajian dalam bentuk tersebut, tergantung atas kemampuan dari para pelajar untuk berusaha memiliki sifat-sifat penyesuaikan diri atas kesabaran dalam menuntut ilmu dan keikhlasan dalam mematuhi para pemimpin dan guru-guru di ilngkungan pondok. Keutamaan dalam kegiatan pendidikan dalam corak pengajian ini, disebabkan para pelajar dapat memohon permintakaan untuk mempelajari ilmu pengetahuan secara individu dari pelbagai bidang ilmu agama Islam dengan para pendidik. Hal ini, bertujuan untuk mempersiapkan diri mereka sebelum mengikuti pengajian yang lebih tinggi dengan para pendidik pondok atau dapat memahami ajaran agama secara kesuruhan dan boleh membaca kitab-kitab muktabar atau kitab bahasa Arab tanpa berbaris. Ada sebahagian dari para pelajar terus sambung pelajarannya ke kawasan dunia Arab .
      Sepanjang tempoh pengajiannya, para pelajar akan dipantau dari segi tingkahlaku kecakapan akhlak dan memberikan pendidikan seperti anaknya sendiri. Para pendidik memberikan didikan secara bersemangat dan berharap agar mendapatkan kebajikan dari Allah swt. Kebanyakan kitab-kitab yang dipergunakan dalam institusi pondok dalam corak pengajian menadah kitab, masih tetap mempertahankan dalam kegiatan pendidikan harian, termasuk rujukan tentang permasalahan agama Islam kepada sumber dari hasil karya penulisan yang berorientasikan kepada ulama yang dikenal dengan sebutan Haramain . Untuk para pelajar yang ingin menyambung pelajarannya di universiti dalam negeri, pihak pondok telah berusaha melaksanakan program pendidikan masa pendek dengan melalui mata pelajaran yang ditentukan oleh pihak kerajaan pusat agar para pelajar dapat mengikuti pepereksaan sijil SPM atau STAM dan sebagainya . Maka peranan model pendidik di pondok yang masih menggunakan bentuk ulama sebelumnya, kalau di bandingkan dengan pondok yang sudah berubah bentuk menjadi corak Sekolah Agama Rakyat Bantuan Kerajaan (SABK) atau sekolah model lain, berbeza dari segi pengurusan institusi pendidikannya. Kerana disini mempunyai dua lembaga yang berada dalam satu lingkungan pondok, ialah pertama lembaga yang diurus oleh pihak pondok dan kedua lembaga diurus bersama dengan kerajaan pusat. Namun, di pondok yang masih mempertahankan tradisi ulama silam, tetap dijaga oleh para pewaris pemimpin pondok pertama dalam menjalankan kegiatan pendidikan tetap menggunakan sumber ajarannya dari kitab-kitab muktabar .
      Hal tersebut, dipandang sebagai sanad ilmu pengetahuan yang barakah. Sanad ilmu pengetahuan agama Islam harus dijaga kerana sanadnya telah diwariskan oleh Rasulullah saw.secara turun temurun. Akibat dari sebahagian pondok tidak menjaga sanad dari Rasulullah saw. dapat dikatakan bahawa sebahagian pondok telah mengalami permasalahan dalam delima kepimpinan, kerana para pewarisnya memandang hal tersebut ialah suatu pemikiran yang mundur dan tidak mengikuti perkembangan zaman . Melihat kepada kurikulom maupun ko-kurikulum dan pelbagai kegiatan yang ada di lingkungan pondok, terdapat dua kunci yang paling penting yang dapat berkesan bagi para pelajar ialah sebagai berikut :
      a. Dituntut kepada semua pelajar wajib mengikuti sholat fardhu secara berjemaah di musholla atau masjid maupun di asrama yang dipimpin oleh pengetua pondok atau waden pondok.
      b. Harus mengamalkan ilmu-ilmu yang telah diperolehinya. Hal ini, dilaksanakan melalui beramal dalam kehidupan sehari-hari di pondok serta berdikari terhadap kerja-kerja kebajikan untuk memajukan kawasan pondok dan kerja-kerja yang berbentuk kemasyarakatan yang ada hubung kait dengan masyarakat setempat .
      Prinsip utama diatas, diharuskan para penuntut ilmu wajib mengikuti sholat fardhu secara berjemaah di lingkungan institusi pondok. Para pendidik bertanggung jawab atas amalan utama ini, termasuk menggerakan semangat para penuntutnya mengamalkan ilmu-ilmu yang telah dipelajarinya dan dalam menuntut ilmu harus disertai amal ibadah yang dapat menenangkan jiwa agar ilmu yang dipelajari dapat mudah difaham dan harus ikut membantu para pemimpinnya bagi kerja-kerja masyarakat agar dapat barakah dalam kehidupan selama hidup di pondok . Prinsip ini, jarang nampak dalam pendidikan Islam moden. Kerana tidak ada hubungan yang masra diantara pendidik dengan anak didik. Sehingga terjadi permasalahan dalam pengkadiran paea pelapis.
      Permasalahan tersebut, dalam tinjau dalam perjuangan Syed Syeikh al-Hadi dalam Pendidikan Moden, tidak ada pewaris penerus institusi pendidikannya. Namun, usaha-usaha Beliau sebelumnya dalam dunia pendidikan telah ada kesan terhadap para pendidik masa sekarang. Perjuangan Syed Skeikh al-Hadi, semasa itu, disebabkan ada perkembangan bentuk pondok, telah dimasukan suatu pengaruh model pendidikan persekolahan dari para penguasa negeri Barat, kesan penyebaran model pendidikan ini mulai membawa dampak yang kurang menguntungkan bagi masyarakat Melayu. Pengaruh terhadap model pendidikan ini, telah berkembang sehingga sekarang. Maka lahirlah secara tidak sadar permasalahan dikotori ilmu agama Islam bersama dengan ilmu sekuler yang dibawak oleh para ilmuan di lingkungan institusi pondok. Keadaan ini, berlajutan sampai terjadilah pembentukan pondok kepada sistem pengajaran Dualisme.
      Kemunculan pendidikan moden di awal abad ke-20 masehi, atas dasar inisiatif dan realisasi dari pembaharuan bentuk pengajaran agama Islam yang telah ada di lingkungan institusi pendidikan pondok pada masa sebelumnya. Usaha-usaha untuk pembaharuan dalam model pendidikannya. Kerana, model pendidikan di pondok selama ini, dalam model pendidikannya perlu diubahsuai menurut perkembangan zaman. Maka hal ini, perlu diadakan suatu penyesuaian diantara model pendidikan agama dengan model pendidikan akademik atau mencuba untuk mengintraksikan diantara ilmu agama dengan ilmu akademik. Selanjutnya, telah berusaha untuk mengadakan suatu perhubungan yang baik diantara model pendidikan di institusi pondok dengan model pendidikan sekuler yang dibawak oleh para penguasa negeri-negeri Melayu semasa sebelumnya.
      Namun sayangnya usaha-usaha oleh Syed Syeikh al-Hadi dalam pendidikan model tidak ada penerus perjuangannya. Maka, institusi pendidikan Islam yang telah diasaskan oleh Beliau dibeberapa tempat yang ada di negeri Pulau Pinang, telah diambil alih atau telah diselamatkan oleh pihak kerajaan setempat yang berada dibawah naungan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan diurus juga oleh kerajaan pusat dibawah Kementerian Pelajaran dengan suatu alasan untuk menjaga harta kekayaan dan harta wakaf yang telah disumbangkan oleh masyarakat sebelumnya.

      MASA HADAPAN INSTITUSI PONDOK

      Institusi pendidikan Islam dalam bentuk pondok, ada sebahagian dari masyarakat menganggap kebanyakan pelajar terdiri dari golongan penuntut ilmu yang terpencil dari ilmu pengetahuan akademik dan ada sebahagian lain, memandang pelajar pondok menjadi golongan pelajar kelas dua. Anggapan yang demikian, tidak menepati hakikat yang sebenar yang sedang berlaku dalam kenyataan di institusi pondok. Kerana, selama penulis berada di dalam suasananya, dapat dikatakan bahawa sebenarnya berlaku bukan semua pelajar yang masuk pondok terdiri dari jenis murid-murid yang telah terpencil atau gagal dari segi pendidikannya. Dapat dikatakan semula bahawa akan menjadi kenyataan benar kalau sebahagian murid-murid pondok terdiri dari murid-murid yang terpencil dan telah gagal dari ibu bapak mereka tidak memberikan sokongan moral setelah mereka berada di lingkungan rumahnya, dikerana kesibukan dengan pekerjaannya . Pondok di pandang oleh sebahagian masyarakat moden, merupakan tempat buangan anak-anak yang nakal dan tidak dapat atur kehidupannya oleh ibu bapak mereka, setelah tidak berhasil mengatasi kegawatan anaknya. Tetapi sebahagian murid-murid yang lain terdiri dari golongan pelajar yang sengaja dihantar oleh ibu bapak mereka ke pondok kerana kecenderungan dan kefahaman mereka kepada pondok sangat tinggi nilainya. Murid-murid peserti ini, pada hakikatnya mempunyai daya kecerdasan otak yang sama dengan murid-murid lain yang dihantar ke sekolah pendidikan akademik pada umumnya .
      Mungkin hasil dari anggapan tersebut, termasuk pula perkara timbul anggapan bahawa pondok adalah kumpulan orang-orang yang sudah susah untuk diolah secara rapi dan teratur. Kemudian, terkeluar dari struktur kepimpinan sistem pendidikan kebangsaan atau tidak mau ikut serta mengurus pondok bersama kerajaan pusat. Hal ini, yang paling sedeh ialah ada sebahagian dari mereka menganggap sebagai tempat kumpulan orang-orang pengganas atau pusat pembentukan para pejuang sabilillah untuk menentang pihak kerajaan. Oleh yang demikian, timbul rasa keraguan dan kurang meyakinkan oleh sebahagian dari pihak yang bersangkutan untuk memberikan bentuk bantuan material yang lebih besar atau mungkin timbul dari segi kepentingan yang hubung kait dengan persoalan matlamat yang akan dicapai yang dianggap tidak tetatur menyusul struktur dan sistem persekolahan dan masih kabur dalam pengurusan institusi pendidikannya .
      Persealan demikian, selama penulis berada dalam suasana pondok, secara umumnya ada benarnya atas tanggapan kerajaan yang membuat melemahkan minat untuk menambah bantuan kewangan kerana yang ternyata berlaku dari keseluruhan pondok itu tidak berlaku keseragaman baik dari segi sistem, struktur, kurikulum dan silibusnya, sebagaimana yang diwariskan oleh ulama sebelumnya. Masing-masing pondok dengan caranya sendiri. Ada setengah pondok, selain mengadakan kegiatan pendidikan, diarahkan para pelajarnya ikut dakwah tabligh dan sebagainya . Penghuraian terhadap perkara ini, bukan bermaksud untuk memperkecilkan terhadap model pendidikan yang ada di lingkungan institusi pondok yang selama ini diperjungan oleh mereka. Sementara, ilmu pengetahuan lain diperlukan pula sebagai pelengkap dalam model pengajaran pendidikan pondok, agar dapat menaikan taraf supaya institusi pondok dapat melahirkan para lulusannya ke bidang lain yang dapat diikhtiraf oleh orang ramai dan orang-orang yang berada diluar agama Islam.
      Kalau ditinjau dari kurikulum dan silibus serta struktur pengajiannya, kebanyakkan bentuk pendidikan di pondok, baik di peringkat rendah maupun menengah dapat dimengerti bahawa keseluruhan hanya penekankan terhadap tumpuan kepada pekara-perkara yang ada hubung kait dengan permasalah bidang agama sahaja, sehingga terjadi permasalahan bagi para pelajar untuk melanjutkan pelajarannya di dalam universiti dalam negeri sendirinya. Hal-hal perhubungan kemasyarakatan umat diarah dan dipegang oleh tenaga-tenaga ahli yang dilahirkan dari sistem pendidikan dan persekolahan model pendidikan liberal dan tidak diasaskan kepada konsep pendidikan Islam. Berlakunya hal yang demikian, kerana dirasakan oleh sebahagian ahli-ahli agama bahawa hal-hal yang berhubung dengan masalah kemasyarakatan dan juga yang menyangkut hubungan dengan ilmu pengetahuan sains dan teknologi, dianggap berada diluar dari kurikulum model pendidikan di institusi pondok, dapat dilihat misalnya melalui model pendidikan pondok, setakat ini, kebanyakkannya tidak memungkinkan di peringkat tinggi seorang pelajar itu akan tercapai untuk menjadi ahli-ahli ekonomi, sosial, politik dan segala cabang pengetahuan yang bersangkutan dengan pengurusan untuk dapat mengurus dan memegang suatu pemerintahan negara .
      Maka, selain dari perkara tersebut, untuk menjadi ahli-ahli di bidang lain, seperti menjadi seorang doktor untuk berubat masyarakat atau menjadi ahli akitektur dan sebagainya. Institusi pondok tidak ada alat atau jembatan agar dapat menuju kearah tersebut, kerana alat-alat menuju ke arah itu tidak disediakan secara teratur dari peringkat rendah sehingga menengah atau diperingkat ibtidaiyah sehingga syanawiyah. Perkara-perkara ini, hanya akan dapat dicapai melalui proses persekolahan akademik. Maka, dapatlah direnung kembali, kerana apakah model pendidikan di pondok tidak dapat menaikan taraf keperingkat antarabangsa. Pada hal konsep ini, telah diajarkan oleh Islam. Permasalahan ini, masih berlaku dan tetap berlaku serta tidak dapat diselesaikan oleh sebahagian para pemimpin di pondok masa kini .

      HASIL TINJAUAN ( )
      Maka, dapat mengambil inti penting selain perkara yang telah kemukakan diatas, dalam laporan penulisan ini, penulis telah menjalankan tugas penyelidikan kes dari perkara yang menjadi punca permasalahan, sehingga menjadi permasalahan delima dalam arah tuju masa hadapan dalam pengurusan pondok. Penjelasan hasil penyelidikan ini, dalam dijelaskan dalam bentuk kesimpulan singkat sebagaimana berikut :
      a. Terjadi permasalahan di institusi pondok setelah peninggalan pengasas pondok pertama. Akibat dari punca permasalahn ini, telah berlaku :
      i. Usaha-usaha dari kerajaan negeri maupun pusat untuk ambil aleh bekas institusi pondok pengasas pertama untuk menjaga harta warisan yang telah disumbangkan kepada para peminpin pondok agar dapat menjadi manfa’at kepada orang ramai dan generasi pelapis secara terus menerus. Agar hal ini, tidak menjadi harta kekayaan bagi para pewarisnya
      ii. Para pewaris perjungan ulama sebelumnya tidak ada kepakaran atau ilmu pengetahuan agama setanding dengan para pengasas pondok pertama.
      iii. Para pewaris tidak dapat meneruskan model pendidikan moden menurut pandangan Islam dalam corak kombinasi diantara ilmu pengetahuan agama dengan akademik
      b. Berlaku kelemahan dalam pengurusan kegiatan pendidikan harian. Akibat dari punca permasalahan ini, telah berlaku :
      i. Disebabkan tidak ada perancangan awal dan persiapan kewangan yang cukup untuk pengendalian kegiatan harian dan pembangunan dalam lingkungan institusi pondok.
      ii. Tidak ada ketetapan dari tenaga guru, hanya bertugas mengajar di pondok untuk menunggu tempat yang lebih baik. Kemudian, tenaga pembantu pengetua pondok, mereka bertugas di pondok hanya bersifat sementara yang terdiri dari kalangan masyarakat atau pelajar lama hanya berkerja sambilan dan menunggu kesempatan untuk melanjutkan pelajarannya yang lebih.
      iii. Bantuan dari kerajaan pusat berhenti kerana dipandang tidak ada kemajuan dalam institusi pondok bagi mencapaikan maksud yang telah ditentukan dalam peraturan yang berlaku pada masa sebelumnya.
      c. Tidak ada keseimbangan dalam pengurusan institusi pondok. Akibat dari punca permasalahan ini, telah berlaku :
      i. Usaha-usaha dari penawaran kerajaan untuk memberikan bantuan institusi pondok dalam corak Sekolah Agama Rakyat (SAR) agar berada dibawah pengawasan sistem pendidikan nasional dan merubah corak menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
      ii. Terjadi bentuk dualisme dalam pengurusan institusi pondok, sehingga terbentuk dua lembaga pengurusan dalam satu institusi pendidikan.
      iii. Berlaku perselisihan pendapat dalam pengurusan institusi pondok, diantara para pemimpin pondok dengan kerajaan pusat, sehingga berlaku bergolakan politik diantaranya.
      Berlaku punca permasalahan terhadap 3 (tiga) perkembangan proses kejadian tersebut, sehingga terjadi akibat yang berkesanan dalam delima yang berkembang di lingkungan institusi pondok. Hal ini, terjadi permasalahan kemunduran yang berkekalan terhadap perkembangan kemajuan para pelajar, guru-guru dan para pengetua institusi pondok. Inti permasalahan ini, dapat menjelaskan secara garis besar terhadap perkara yang berlaku sebagaimana berikut :
      a. Pelajar
      Dilingkungan suasana kegiatan pendidikan di institusi pondok terdapat bahawa permasalahan peralatan belajar sangat kurang, kerana para pelajar tidak ada kemudahan untuk menggunakan perkara tersebut, seperti komputer dan sebagainya.Kemudian, kurikulom pendidikan agama Islam perlu ditingkatkan dari segi penafsirannya, kerana dalam pengamalannya masih terdapat rendah ditinjau dari segi pembinaan akhlak pelajar. Sementara, para pelajar mempunyai tingkat kecenderungan bersekolah yang rendah berbanding dengan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Pelajar perempuan dalam corak Sekolah Agama Rakyat (SAR) mempunyai tahap kecenderungan terendah dari segi menuntut ilmu.
      Sementara, pendapat sebaliknya memberikan penjelasan bahawa para pelajar mempunyai beban tugas belajar yang lebih dan kegiatan pendidikan tidak seimbang diantara pendidikan agama dan akademik. Ada sebahagian Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang sudah maju dan dapat mengatur model pendidikan yang seimbang diantara pendidikan agama dan akadrmik. Maka, para pelajar mempunyai kemampuan dan peluang yang tinggi dibandingkan dengan tamatan sekolah pendidikan akademik, tetapi tidak ada peluang untuk melanjutkan pelajaran, kerana kemiskinan dan mereka mempunyai pengetahuan akademik dan agama diperingkat syanawi, memiliki pengetahuan bahasa Arab, Inggeris dan Malaysia sangat cermerlang.
      b. Guru
      Tugas para guru di institusi pondok banyak mengalamai permasalahan, kerana guru tidak pernah menggunakan alat-alat membantu dan kemudahan untuk mengadakan proses belajar-mengajar. Kemudian, pelajar selalu mendakwa terhadap guru yang hanya memberikan kerjasama sekali-sekala dan para pelajar menyebut guru kadangkala tidak hadir untuk mengajar. Sementara, guru tidak mencukupi buku rujukan dan di institusi pondok tidak mencukupi tenaga pembantu dalam membantu para guru untuk menjalankan tugas kegiatan pendidikan kepada para pelajar.
      Sementara, pendapat sebalikya mengatakan bahawa kebanyakan guru di Sekolah Agama Rakyat (SAR) sangat taat kepada Allah dan menjalankan tugas mengajar hanya kerana Allah demi memajukan bangsa dan agama. Sekolah Agama Rakyat (SAR), memberikan penekanan terhadap pengajaran akhlak, mewujudkan suasana kekeluargaan dan mengamalkan sifat persaudaraan dilingkungan sekolah. Sistem pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Agama Rakyat (SAR) mengarahkan kepada pembentukan sifat mulia, iman dan hukum Allah. Pelajar diberikan kebebasan untuk memilih jurusan pengajian dalam agama Islam,. Guru di Sekolah Agama Rakyat (SAR), kebanyakan menjadi contoh yang baik bagi pelajar dan sanggup berkhidmat walaupun pelengkapan sekolah tidak mencukupinya.
      c. Pengetua Institusi Pondok
      Tentang pengawasan dari pihak pengetua institusi pondok telah mengalami permasalah dari pengalaman memimpin institusi pendidikannya kurang dari 5 tahun dan belum mengikuti kursus pengurusan kewangan persekolahan. Kemudian, pengetua pondok tidak mempunyai pembelajaan yang cukup untuk operasi insitusi pendidikannya dan Pembelajaan institusi pondok tertumpu kepada pembaikan bangunan. Sementara bil elektrik, bil telefon dan bil air kebanyakan pondok mengalami kekurangan kewangan untuk mengurus dan membangunkan institusi pendidikannya. Institusi pondok tidak cukup peralatan untuk pengetahuan sains dan matematik, tidak mencukupi buku rujukan dan tidak mencukupi tenaga pembantu untuk membantu pengetua pondok dalam mengawasi institusi pendidikannya. Pengurusan kewangan pondok tidak teratur, sehingga berlaku kesilapan catatan kewangan, Wang masuk dan keluar tidak diuruskan dengan jelas dan baik.
      Pendapat sebaliknya mengatakan bahawa Sekolah Agama Rakyat (SAR) berusaha sendiri untuk peningkatan pembangunan kemajuan fizikal dan asrama dalam lingkungan institusi pendidikannya. Sekolah Agama Rakyat (SAR) sangat lemah dari segi kemudahan fizikal dan kewangan .
      BIODATA :

      H.Abdulhalim Bin H.Ismail Ibnu Syaid Dinaa al-Bar
      Penyelaras,
      FORUM PEMBANGUNAN INSTITUSI PONDOK
      DAN PENGAJIAN TINGGI ISLAM SERANTAU NUSANTARA
      (PP2-ISRA)
      No.15 Jalan Lengkok Sungai Dua
      Gelogur, Sungai Dua, 11700 Pulau Pinang
      Telp : 016-457 0589

      Nama Penuh :
      H.Abdulhalim Bin H.Ismail Ibnu Syaid Dinaa al-Bar
      Asal : Songkhla Thailand
      Pendidikan :
      1) Pendidikan Awal sehingga peringkat sekolah menengah dari tamatan Pondok di kawasan Patani Thailand dan Pondok Contor Indonesia.
      2) Pendidikan Sarjana Muda dalam Ilmu Dakwah di University Muhammadiyah Yogya Indonesia dan Diploma dalam bidang Jurnalistik (kewartawanan) di Akademi Komunikasi Yogya Indonesia
      3) Pendidikan Sarjana Penuh Institut Dakwah Masjid Syuhada (IDMS) Yogya Indonesia Dan Master di USM Pulau Pinang dalam Jurusan Falsafat Islam bidang Tamadun Islam.
      4) Sedang menunggu viva, untuk memperoleh gelar Doktor di USM dalam bidang Tamadun Islam Dan Asia (TITAS).
      5) Pendidikan kepakaran dalam bidang Penyelidikan dan Penulisan Ilmiyah di pelbagai universiti yang ada di Indonesia, Malaysia dan Thailand

      Pengalaman :
      1) Ketua Kelab Ijazah Tinggi Antarabangsa di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK) USM dari tahun 2007-2010.
      2) Penyelaras, Forum Komunikasi Intelektual Muda (FORKIM) Se-Asean, dari tahun 1997-2010.
      3) Penasihat Utama, Persatuan Sekolah Agama Rakyat Sebelah Utara Selatan Thailand, dari tahun 1995-2009
      4) Penasihat Bahagian Penyelidikan Calon Master Dan Ph.D untuk para mahasiswa tiga serantau IMT-GT di Pusat Pengembangan Pendidikan Islam Asean (P3-IS) KITAB Pulau Pinang.
      5) Setiausaha Agung di P3-IS KITAB Pulau Pinang(President ialah Dato’ Professor Dr.Mustafa Kasim, sebagai Rektor di KITAB) 2010-Sekarang
      6) Penyelaras, Forum Pengembangan Institusi Pondok Dan Pengajian Tinggi Islam Kawasan Serantau Nusantara (PP2-ISRA) Pulau Pinang (Forum pendidikan lanjut Peringkat Master dan Ph.D bidang Kepengurusan Kependidikan dan Kepengurusan Keislaman) dari tahun 2010-Sekarang.

      • ALINDRUS said

        Assalammualaikum. Saya nak bertanya ada tak nama guru Tok Taib membuka pondok di penang?tahun tidak berapa pasti mgkn kurun awal 18, menantu kpd Tok Seman/Tok Man.

  2. HALA TUJU PENGURUSAN INSTITUSI PONDOK DI PULAU PINANG Pada umumnya, terdapat bentuk pengurusan dalam institusi pondok kepelbagai model dan corak pendidikan dan kepimpinan yang sedang berkembang di negeri Pulau Pinang. Ditinjau sejak dari penumbuhan dan perkembangan institusi pondok sampai sekarang, tradisi kepimpinan ulama silam telah terjadi suatu berubahan mengikuti perkembangan zaman ke pelbagai model pengurusan dan corak pengendaliannya. Hal ini, ada sebagian dari para pemimpin institusi pondok sekarang, tetap mempertahankan tradisi yang asalnya, kerana menilai, terjadinya suatu perubahan itu, tidak dapat menguntungkan bagi institusi pendidikan ini dan ada sebahagian dari mereka pula, ada yang merubah model pengurusan dan corak pengendalian institusi pendidikannya sesuai dengan tuntutan dan tawaran pihak kerajaan setempat. Maka di bawah ini, akan memperjelaskan tentang kelangsungan pengurusan dalam institusi pondok di Pulau Pinang sebagaimana berikut : 1) Kelangsungan Dalam Pelbagai Model Pendidikan Model pendidikan dalam institusi pondok di negeri Pulau Pinang, telah terjadi pelbagai model pendidikannya. Maka disini, dapat dikelompokan menjadi tiga model pendidikan, sebagaimana berikut : i. Model Pengajian Tradisional Model pengajian tradisional Ialah melaksanakan pendidikannya hanya khusus kepada pengajian agama Islam sahaja dengan melalui corak pengajian menadah kitab-kitab lama atau lebih dikenal dengan sebutan kitab-kitab kuning. Institusi pondok dengan melalui pengajian semacam ini, masih terdapat di madrasah Manabiul Ulum atau lebih dikenal dengan sebutan pondok Penanti. Alamatnya ialah 14400 Penanti, Bukit Mertajam, Seberang Perai Timur. Pengetua ialah Haji Husain Bin Ahamad. ii. Model Pendidikan Madrasah. Institusi pondok dalam model madrasah, terbagi pula menjadi tiga model pendidikannya. Sebagaimana berikut : ii.a Corak Kombinasi Dua Model Pengajian Pendidikan Agama. Yaitu dengan melalui model “Pengajian Menadah Kitab” dan serentak pada masa yang sama melaksanakan bentuk ”Sekolah Diniyah”. Bentuk institusi pondok semacam ini, hanya melaksanakan pendidikan agama Islam sahaja dalam dua model pengajian ialah dengan melalui model pengajian menadah kitab-kitab muktabar bersama dengan model pendidikan agama Islam dalam model klasikal dan berkiblat kepada kolikulum Azhar. Institusi pendidikan semacam ini, terdapat di madrasah Irsyad al-Asyraf al-Wataniah. Alamat, di jalan Stesen, Sungai Bakap, 14200 Jawi, Seberang Perai Selatan. Pengetua ialah Haji Abdul Aziz Haji Yusof. ii.b Corak Sekolah Agama Rakyat (SAR) Yaitu sekolah pendidikan agama Islam yang tidak dapat bantuan dari pihak kerajaan pusat dan melaksanakan pendidikannya dengan melalui mata pelajaran agama Islam 70% dan mata pelajaran akademik 30%. Insitusi pendidikan seperti ini, dapat dilihat di madrasah al-Aminiah. Alamat, di jalan Pematang Nibong, Kg. Pertama, 13500 Pematang Pauh, Bukit Mertajam, Seberang Perai Timur. Pengetua ialah Haji Azamuddin Bin Alang Hamzah. ii.c Corak Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Yaitu sekolah pendidikan agama Islam yang dapat bantuan daripada pihak kerajaan pusat dan melaksanakan pendidikan agama Islam bersama dengan pendidikan akademik, dengan menurut ketentuan dan suatu peraturan daripada pihak kerajaan pusat dengan melalui. Kementrian Pelajaran Malaysia. Institusi pendidikan ini, dapat dilihat di Sekolah SMA Daeratul Maarifil Wataniah, di jalan Perak, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara. Pengetua ialah Haji Hasyim Bin Saleh. iii. Model Pendidikan Moden Bentuk institusi pondok dalam model pendidikan moden atau dapat juga dikatakan bentuk “ Sekolah Agama Moden ”, kerana dapat dikatakan demikian ialah telah melaksanakan model pendidikannya serantak dengan melalui kedua sabjek ilmu agama dan akademik. Sebagaimana berikut : iii.a Corak Pendidikan Menginteragsikan Diantara Ilmu agama Dan Akademik Yaitu model pendidikan yang tidak membezakan di antara ilmu agama dan akademik.. Kerana dianggap kedua mata pelajaran ini, terdapat satu sumber keilmuan yang datang dari ilahi. Institusi pondok seperti ini, dapat dilihat di Sekolah Menengah Islam Ad-Diniah, no.71 Taman Seruling Emas, Sungai Bakap, 14200 Seberang Perai Selatan. Pengetua ialah Haji Mohd Fadhil Bin Haji Elias. iii.b Corak Pendidikan Sekolah Agama Negeri Yaitu sekolah pendidikan agama Islam yang melaksanakan ilmu pengetahuan agama Islam serantak dengan ilmu pengetahuan akademik yang disyaratkan oleh kerajaan negeri dan berada di bawah jagaan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Institusi ini, dapat dilihat di Maahad al-Mashoor al-Islami, Sungai Batu, Bayan Lepas. 2) Kelangsungan Dalam Pelbagai Model Kepimpinan Dalam institusi pondok, pelbagai model kepimpinan yang dapat dikelompokan menjadi tiga model kepimpinan. Sebagaimana berikut : i. Model Kepimpinan Perseorangan Model ini, dapat dikelompokan menjadi dua corak pengurusan, sebagaimana berikut : i.a Corak Kepimpinan Sepenuh Kuasa Yakni model kepimpinan yang berkuasa penuh atas perseorangan. Seperti, yang diurus oleh salah seorang yang terdiri daripada kaum keluarga dari ahli pewaris. Terdiri dari seorang anak tuan guru, bekas isteri tuan guru, cucu tuan guru atau menantunya dan sebagainya. i.b Corak Kepimpinan Kekeluargaan Yakni corak yang berkuasa sepenuhnya di atas kepimpinan keluarga para pewaris pengasas pondok pertama secara turun temurun dan hak milik pondok hanya dari keluarganya sahaja. Kedua model kepimpinan tersebut, dapat diselidiki di institusi pondok Manabiul Ulum di Penanti dan Irsyad al-Asyraf al-Wataniah di Sungai Bakap. ii. Model Kepimpinan Yayasan Model ini, dapat dikelompokan menjadi dua corak pengurusan, sebagaimana berikut : ii.a Corak Kepimpinan Semi Yakni model kepimpinan yang diuruskan bersama di antara para ilmuan dengan keluarga para pewaris pengasas pondok pertama atau diuruskan juga oleh masyarakat setempatnya. Insitusi pendidikan seperti ini, dapat dilihat di madrasah al-Aminiah, bukit Mertajam. ii.b Corak Kepimpinan Bersama Yakni kepimpinan pondok diuruskan secara berorganisasi. Model kepimpinan ini, dapat diselidiki di institusi pondok Daeratul Maarifil Wataniah di Kepala Batas. iii. Model Kepimpinan Badan Wakaf Model kepimpinan pondok diuruskan atas dasar Pengamanah, yakni kepimpinan institusi pondok yang dilaksanakan atas tujuan yang ditentukan oleh pihak yang diwakafkan atau yang diamanahkan. iii.a Model Kepimpinan Khusus Yakni model kepimpinan badan wakaf yang diamanatkan secara khusus kepada para pewaris institusi pondok pertama. Model ini, kebanyakan terdapat semua pondok yang ada di Pulau Pinang. Kerana diamanahkan kepada pengasas pertama sebelum meninggal dunia. Diamanahkan kepada pewaris atau pelapis yang meneruskan perjuangannya. iii.b Model Kepimpinan Umum Yakni model kepimpinan institusi diuruskan secara berorganisasi. Model kepimpinan ini, dapat diselidiki di Sekolah Menengah Islam Ad-Diniah di Sungai Bakap dan Sekolah Tahfiz Islahiyah, Tokbedo Pokok Seno. 3) Budaya Hala Tuju Kelangsungan Model Kepimpinan Institusi pondok mempunyai budaya pengurusan model kepimpinan dalam kegiatan pendidikan pada masa permulaan tidak diperlukan penggunaan stuktur kepengurusan atau keorganisasian yang teratur dan pembahagian tugas yang bersistem dalam memimpin sebuah lembaga pendidikannya. Seorang pemimpin institusi pondok diberi kehormatan dari masyarakat sebagai seorang ulama dan ketokohannya sangat dipengaruhi oleh masyarakat sekeliling institusi pondok. Maka hal ini, menjadi asas dan modal utama dalam memimpin sebuah institusi pendidikannya. Seorang pemimpin institusi pondok, juga memiliki ilmu yang cukup dan diberi kepujian sebagai seorang alim dalam pelbagai ilmu agama Islam. i. Model Kepimpinan Perseorangan Seorang pemimpin institusi pondok, mempunyai ciri-ciri kepribadian. Diantaranya, selalu serius beramal ibadah, menjauh diri dari perkara yang subhat atau perkara yang tidak jelas asal usul dan sebagainya. Sehingga, memperoleh gelar dari masyarakat sebagai seorang ulama. Maka model kepimpinan dalam kegiatan pendidikan harian di institusi pondok pada masa permulaannya, dipimpin langsung oleh para pengasas pondok pertama dan berkuasa penuh terhadap pengaturan kegiatan dalam institusi pendidikannya. Maka model kepimpinan ini, telah dicontohi oleh para generasi penerus dan telah berkembang setelah pemimpin pertama atau pengasas pondok pertama meninggal dunia. Kelangsungan model kepimpinan ini, kemudian diikuti pula secara turun temurun oleh para pewaris para pemimpin institusi pondok pertama, seperti anaknya, cucunya, dan menantunya. Maka, pengurusan di institusi pondok semacam ini, dinamakan model Kepimpinan Perseorangan. Pengurusan kepimpinan pendidikan dalam institusi pondok dalam model perseorangan tersebut, diertikan dengan model kepimpinan yang berkuasa penuh atas perseorangan dalam mengatur sebuah lembaga pendidikannya. Biasanya setelah peninggalan para pemimpin instutisi pondok pertama dikuasa mutlak oleh para pewarisnya, seperti anak pimpinan instutisi pondok pertama, cucunya, menantunya dan sebagainya. Model kepimpinan semacam ini, dapat dilihat dan dibuktikan dalam suasana di institusi pondok dalam model pengajian tradisional dalam corak pengajian menadah kitab dan model pendidikan madrasah di Pulau Pinang sekarang. Pengurusan kepimpinan institusi pondok seperti yang telah dijelaskan diatas, dapat ditinjau di sebuah institusi pondok di Sungai Bakap. Pondok ini dipimpin oleh Ustaz Abdul Aziz ialah anak pengasas institusi pondok pertama, sebagai pimpinan tertinggi dalam institusi pondok. Kemudia, kedua orang menantu pengasas pertama bernama Ustaz Adnan, mengurus bahagian pengajian model menadah kitab dan Ustaz Mohammad Salmi bertanggungjawab mengurus model pendidikan madrasah atau bahagian persekolahan. Secara dalaman mereka membentuk badan wakaf khusus untuk menjaga harta kekayaan dan harta wakaf institusi pondok yang telah disumbangkan oleh masyarakat setempat dan harta kekayaan yang telah di tinggalkan oleh peninggalan pengasas institusi pondok pertama . Budaya susunan dan kawasan letaknya institusi pondok, selalu mempunyai kawasan terletak di atas sebidang tanah yang diwakafkan oleh masyarakat setempat dan orang-orang kaya yang menyumbang harta kekayaannya ke jalan Allah. Selain itu, ada sebahagian institusi pondok mempunyai kawasan tanah pada asal usulnya dimiliki oleh pimpinan institusi pondok pertama, kerana mereka boleh dikatakan berasal dari golongan orang yang kaya atau dari sumber martuanya mempunyai harta kekayaan dari kaum karabatnya. Oleh sebab demikian, penumbuhan institusi pondok pertama, sangat terbatas kepada orang yang berpelajaran agama tinggi, yang ingin berkhidmat dirinya di jalan Allah serta sanggup mengkurbankan harta kekayaan untuk kemajuan pendidikan Islam dan sebagainya. Setelah peninggalan pemimpin pertama kebanyakan yang berkuasa penuh di institusi ini terdiri dari para pewaris mereka dan memegang jabatan kepimpinan yang tertinggi sebagai Mudir Am atau diertikan dengan Guru Besar. Kadang kala juga memegang jabatan pengarah yayasan pondok atau Mudir Am dan mereka dibantu oleh beberapa orang guru lainnya yang ikut serta bertanggungjawab bersama dengan mereka. Namun, walaupun demikian tentang kelangsungan dan masa hadapan institusi pondok, terletak diatas kekuasaan penuh oleh para pewaris pengasas institusi pondok pertama yang menjadikan suatu tradisi dilingkungan institusi pondok dan diamalkan secara turun temurun sehingga berkembang sampai sekarang . Guru Besar dan pengarah yayasan pondok, sentiasa mendapatkan sokongan dan kerjasama dari orang-orang yang ternama di sekitar masyarakat setempat. Seperti, Dato’ Penggawa, Dato’ penghulu kampung dan sebagainya. Hal ini, kerana masih ada kesan kehormatan atas jasa budi baik dari pengasas institusi pondok pertama dan dijaga dengan baik oleh para ahli pewaris pemimpin pertama dengan pelbagai kegiatan yang dapat menimbulkan suatu perhubungan yang harmonis diantara masyarakat setempat dengan pihak para pewaris dan tenaga pembantu di institusi pondok. Maka terjadilah dasar kekuatan kepemimpinan dalam pengurusan institusi pondok, semakin hari semakin kuat dan telah berlanjutan sehingga sekarang. Kerjasama dalam mengurus institusi pondok, juga diperoleh dari pelajar yang sudah menuntut ilmu bertahun-tahun di institusi pondok. Mereka ditugaskan sebagai guru pembantu untuk menolong dibahagian pendaftaran penerimaan pelajar baru dan mereka juga mendapat tugas untuk memimpin para pelajar baru yang baru daftar di institusi pondok. Para pelajar lama dikenal dengan gelaran Kepala Muthala’ah atau Guru Pembantu. Mereka tidak ada perbezaan diantara para pelajar yang lain, sebab di masa-masa tertentu mereka juga harus mengikuti pangajian menadah kitab bersama dengan pelajar yang ada di institusi pondok. Masa belajar bagi seseorang di institusi pondok tidak dihadkan masa belajar. Ini disebabkan mereka boleh terus menyambung jadi guru penolong sambil belajar dengan Guru Besar atau pimpinan institusi pondok. Pada peringkat ini kemampuan mereka dalam ilmu agama dapat keluar mengajar di lain institusi pondok atau mampu membangunkan institusi pondok yang baru. Melihat pada sisi lain, tentang pendapatan kewangan institusi pondok yang syaratkan di institusi pondok Sungai Bakap. Khususnya, bagi pembayaran yuran pendidikan, di tuntut bagi pelajar membayar yuran sangat cukup sederhana, sekitar RM 120 sehingga RM150 sebulan sudah termasuk biaya makan dan tempat tinggal. Untuk biaya pengajian berada disekitar RM300 sehingga RM400 setahun dan dikecualikan bagi para pelajar yang fakir miskin. Selalunya para pelajar dan orang tuanya membawa buah tangan untuk guru besar dan pengarah yayasan institusi pondok. Kewangan institusi pondok, biasanya diperoleh dari masyarakat setempat dan dari orang kaya, juga dari yayasan-yayasan tertentu atau dari ibu bapa pelajar melalui sadakah jariyah atau zakat tahunan. ii. Model Kepimpinan Yayasan Perubahan pengurusan kepimpinan institusi pondok selalu terjadi ketika institusi pondok, mengadakan perubahan proses model pendidikannya dari model pengajian tradisional dalam corak pengajian menadah kitab menjadi model pendidikan madrasah atau perubahan menjadi bentuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan bentuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Perubahan proses disini ada kelainan dalam struktor kepimpinannya. Kalau dibandingkan dengan kepimpinan yang telah diamalkan oleh para pemimpin institusi pondok yang terdahulu, dapat dilihat dipembahagian tugas dalam mengatur kepengurusan institusinya. Pembahagian tugas ini dapat dilihat di papan nama penerangan yang ada di lingkungan institusi pondok. Hal ini, untuk memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh pihak yang bertanggungjawab. Jika perubahan proses tersebut, tidak diteruskan oleh para pewaris untuk melanjutkan kelangsungan institusi pondok atau para pewaris masih belum tamat pengajiannya atau mempunyai kesibukan di bidang lain. Maka institusi pondok semacam ini, akan dikendalikan oleh para bekas pelajar lama dari para pemimpin instusi pondok pertama atau para sahabatnya yang telah bergiat mencari sumbangan ketika mereka masih hidup. Maka, untuk kelangsungan institusi pondok dalam mengadakan kegiatan pendidikan akan diurus bersama dengan guru-guru yang ada dalam lingkungan pondok yang bertanggung jawab bersama dengan masyarakat setempat dan akan mengurus institusi pondok secara berorganisasi. Lalu bentuk pengurusan institusi pondok semacam ini, diuruskan secara model Kepimpinan Yayasan. Seperti terdapat pada madrasah Da’iratul al-Ma’’arif al-Wathaniyah, Kepala Batas. Madrasah ini, telah menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) . Sebuah institusi pondok dalam model kepemimpinan yayasan yang bertanggung jawab secara bersama akan kembali menjadi sebuah model kepimpinan yayasan yang berkuasa penuh atas keluarga para pewaris institusi pondok, jika mereka sudah menjadi dewasa atau sebahagian dari mereka kembali dari menuntut ilmu dan mempunyai kelulusan yang tinggi. Kemudian, ada sebahagian institusi pondok, para pewarisnya telah berusaha mengadakan perubahan model pendidikan dari model lama menjadi model pendidikan yang lebih moden atau menjadi bentuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Kelangsung pendidikannya, juga dimasukan pendidikan akademik dari pihak kerajaan pusat. Maka pengurusan model kepimpinan yayasan akan diurus secara berorganisasi dan akan diserah balik atau diambil balik oleh anak para pewaris pengasas pondok pertama untuk mengurus kelangsungan institusi pendidikannya. Maka, dalam model kepimpinan yayasan seperti ini, akan bertambah jumlah tenaga dalam kepimpinan institusi pondok yang terdiri dari kelumpok para pewaris yang berkerjasama mengurus kegiatan institusi pondok secara berorganisasi bersama dengan para guru-guru dan masyarakat setempat dalam mengatur berjalanan masa hadapan institusi pondok . iii. Model Kepimpinan Badan Wakaf Model kepimpinan yayasan, dapat berkembang menjadi Model Kepimpinan Badan Wakaf. Jika institusi pendidikannya telah mempunyai wawasan yang luas, berkembang maju dan banyak mendapatkan sumbangan dari dalam dan luar negara atau mendapatkan hasil pendapatan dari institusi pendidikan itu sendiri. Maka, jika tidak diteruskan kelangsungannya oleh ahli pewaris, bentuk pengurusan model tersebut, akan diambil alih oleh pihak kerajaan negeri maupun kerajaan pusat. Seperti diambil alih oleh kerajaan pusat dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) terhadap maahad al-Mashoor al-Islami di 11920 Sungai Batu, Bayan Lepas. Kerana ada beberapa hal dalam pertimbangannya, mengingat harta benda yang ada di lingkungan institusi pendidikannya telah ditinggalkan oleh para pemimpin yang terdahulu, kerana kebanyakan harta benda tersebut, berasal dari pihak masyarakat setempat atau pihak lain-lain yang menyumbang dengan meniatkan wakaf kepada masyarakat ramai untuk dapat digunakan secara bersama atau dapat mengambil manfa’at bersama. Model kepimpinan badan wakaf, kalau ditinjau dari pengertian istilah ini terdapat dua pengetian yaitu wakaf am dan wakaf khas. Sebagaimana pengertian yang dapat dijelaskan dibawah ini : iii.a Wakaf am ialah harta yang diwakafkan untuk dibangunkan oleh agensi pengamanah demi kepentingan semua umat Islam semasa sehingga sampai kemasa hadapan. iii.b Wakaf khas ialah harta yang diwakafkan dengan sesuatu tujuan dan tujuannya ditentukan oleh pihak yang mewakafkannya . Model kepimpinan badan wakaf, ada juga diuruskan oleh masyarakat setempat dengan menggunakan beberapa orang ahli dari pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada para ilmuan, ahli sosial, ahli politik dan sebagainya. Kepimpinannya diurus secara berorganisasi dengan adanya jangkauan waktu tertentu dalam pengaturan organisasinya. Selepas itu, diadakan musyawarat agung tahunan untuk pergantian pengurusan baru . Model kepimpinan tersebut, diuruskan mengikut badan organisasi atau yayasan induk atau pusat. Biasanya segala peraturan mengenai kegiatan dan kelangsungan sebuah institusi telah ditetapkan oleh organisasi induk, berupa konsep kepimpinan institusi dan strategi pentadbiran pendidikannya. Terutama mengenai kurikulom pendidikan, model kepimpinan pendididk dan sebagainya. Harta kekayaan, secara keseluruhan yang telah dimiliki oleh institusi pendidikannya akan dijaga dengan baik dan secara bersistem serta mempunyai pembuktian pengeluaran wang masuk dan keluar yang jelas dan teratur. Sementara, pemilihan pengarah badan wakaf dan stafnya atau guru besar dan pembantu guru besar, akan dilantik sesuai dengan kemampuan mereka masing-masing. Institusi pendidikan seperti ini, dapat dilihat di madrasah Diniyah Islamiyan, Sungai Bakap yang berada dibawah yayasan Takmir dan bernaungan di bawah pertumbuhan Angkatan Belia Islam se-Malaysia (ABIM) cawangan negeri Pulau Pinang . 4) Mempertahankan Model Pengurusan Institusi Ulama Silam Hala tuju terhadap kegiatan institusi pondok di Pulau Pinang pada masa sekarang dalam pengurusan kegiatan pendidikan masih tetap menggunakan model tradisional dalam corak pengajian menadah kitab. Dalam lingkungan institusi pondok lebih dikenal dengan sebutan bentuk Salafi. Yaitu model yang tetap mempertahankan warisan ulama sebelumnya. Pengajaran kitab-kitab muktabar sebagai inti penting pendidikan di dalam institusi pondok, walaupun sistem pendidikan sekarang sudah berjalan menurut perkembangan zaman sesuai dengan perkembangan keperluan generasi semasanya. Keterangan tersebut, dapat ditinjau di institusi pondok dalam corak pengajian menadah kitab, di institusi pondok Penanti. Penguatua pondok tetap berusaha melaksanakan kegiatan pengajiannya setiap hari selepas waktu shalat fardhu atau sebelumnya. Selain memberikan pelayanan pendidikan kepada penuntut ilmu tetap, juga dilaksanakan pada hari-hari atau waktu tertentu atas permintaan masyarakat setempat yang memerlukan pendidikan awal dalam bidang ilmu pengetahuan agama Islam dan beberapa hukum Islam yang ada hubung kait dengan kehidupan sehari mereka. Selain mempertahankan corak pengajian menadah kitab, model pendidikan madrasah merupakan model pendidikan sama penting terhadap peranan dalam kegiatan pendidikan institusi pondok dan sangat diperlukan bagi para penuntut ilmu yang baru masuk pondok. Kerana dalam kegiatan awal model pendidikan ini, diajar untuk mengetahui tulisan huruf Arab dan huruf Jawi sebelum mempelajari ilmu-ilmu asas dalam agama Islam dan sebelum mendalami lebih lanjut terhadap pengajian agama Islam dalam corak menadah kitab. Kemudian, setelah mereka tamat dari pondok mereka dapat sambung perkuliahannya di dunia Arab dan Timur Tengah. Ini, merupakan harapan bagi para pemimpin institusi pondok dalam model ini. Selanjutnya, para pendidik telah berusaha melaksanakan kegiatan pendidikan model madrasah secara penuh masa melalui bentuk pembahagian kelas menurut kemampuan para pelajar yang sedang menuntut ilmu di pondok. Kegiatan pendidikan bentuk institusi pondok dalam corak menadah kitab dan sekaligus melaksanakan kegiatan pendidikan bersama dengan model pendidikan madrasah dapat ditinjau di institusi pondok Sungai Bakap. Institusi pendidikan ini, di corak pengajian menadah kitab, dalam pelaksanaan kegiatan pengajiannya masih menggunakan kitab-kitab muktabar melalui hasil karya penulisan para ulama sebelumnya. Tradisi dalam pelaksanaan kegiatan pendidikannya mengikut tradisi ulama sebelumnya, ialah dengan melalui bentuk halaqah . Namun, untuk menetukan tamat pengajian dalam bentuk tersebut, tergantung atas kemampuan dari para pelajar untuk berusaha memiliki sifat-sifat penyesuaikan diri atas kesabaran dalam menuntut ilmu dan keikhlasan dalam mematuhi para pemimpin dan guru-guru di ilngkungan institusi pondok. Keutamaan dalam kegiatan pendidikan dalam corak pengajian ini, disebabkan para pelajar dapat mempelajari dan memohon permintakaan untuk mempelajari ilmu pengetahuan secara individu dari pelbagai bidang ilmu agama Islam dengan para pendidik. Hal ini, bertujuan untuk mempersiapkan diri mereka sebelum mengikuti pengajian yang lebih tinggi dengan para pendidik pondok atau dapat memahami ajaran agama secara kesuruhan dan boleh membaca kitab-kitab muktabar atau kitab bahasa Arab tanpa berbaris. Ada sebahagian dari para pelajar terus sambung pelajarannya ke kawasan dunia Arab . Sepanjang tempoh pengajiannya, para pelajar akan dipantau dari segi tingkahlaku kecakapan akhlak dan memberikan pendidikan seperti anaknya sendiri. Para pendidik memberikan didikan secara bersemangat dan berharap agar mendapatkan kebajikan dari usaha-usaha tersebut. Selanjutnya dalam model pendidikan madrasah pada tahap pendidikan awal, akan diperkenalkan tulisan huruf Arab dan tulisan huruf Jawi kepada para pelajar yang baru daftar masuk pondok. Hal ini, untuk memudahkan dan membetulkan pembacaan Quran dan mempelajari ilmu-ilmu asas dalam agama Islam dalam bahasa Arab . Dalam model pendidikan di institusi pondok, akan memperkenalkan cara bacaan Quran serta tajwidnya yang betul dan mempelajari bahasa Arab melalui tulisan huruf Jawi bagi memudahkan para pelajar dalam menghafalkan perkataan Arab yang susah diucapnya. Perkembangan tulisan huruf jawi, sebelum kedatangan agama Islam, orang Melayu sudah mempunyai model percakapan dalam bahasa Melayu dan telah memiliki model tulisannya sendiri. Yaitu tulisan Palava yang menjadi tulisan perantaraan untuk menjadi suatu alat sebagai penghubung diantara masyarakat mereka. Model bunyi dan sebutan hurufnya telah mempengaruhi alat-alat artikulasi bagi masyarakat yang berbeza dari fonetik Arab. Situasi yang baru ini menyulitkan mereka untuk menyebut dan membunyikan kalimah Arab berdasarkan kaedah linguistik, khususnya dalam membacan Quran . Kerana semasa penjajahan bangsa Barat telah memperkenalkan model pendidikannya terhadap orang Melayu di kawasan Nusantara, dengan melalui penggunaan tulisan huruf Rumi. Maka, pengaruh dari tulisan huruf ini, orang Melayu sangat susah untuk meyebutkan perkataan tulisan huruf Arab dengan betul. Kemudian, untuk menyelesaikan permasalahan ini, para pemimpin di institusi pondok telah menggunakan tulisan huruf jawi yang berdasarkan dari tulisan huruf Arab yang digabungkan dengan bahasa Parsi, supaya memudahkan untuk membaca Quran dan kitab-kitab agama dari hasil karya penulisan ulama yang terkenal sebelumnya dalam bahasa Arab . Kesan kedatangan agama Islam di negeri-negeri Melayu semasa sebelumnya telah membawa serta dengan tulisan huruf dalam bahasa Arab. Kemudian, oleh para ulama institusi pondok dijadikan tulisan Melayu, mempunyai tambahan beberapa huruf istimewa bagi bahasa itu dari bahasa Parsi dan Barbar. Maka, dengan demikian tulisan huruf Jawi dapat menjadikan model perpaduan satu bahasa oleh bangsa Melayu. Lazimnya, di institusi pondok telah menjadikan sabjek mempelajari tulisan huruf jawi sebagai salah satu dari mata pelajarannya untuk memudahkan dalam membaca kitab-kitab kecil dalam tulisan jawi sebelum membaca kitab-kitab yang besar dalam bahasa Arab. Hal ini, sebagai sabjek persyaratan dalam kurikulum institusi pendidikan pondok. Kemajuan tulisan huruf jawi, semasa sebelumnya sangat memainkan peranan penting dan dapat menggunakan dalam perhubungan sesama masyarakat di negeri-negeri Melayu . Kemajuan terhadap tulisan huruf jawi selain menjadi alat untuk mempelajari agama Islam di lingkungan institusi pondok, juga untuk digunakan bagi segala urusan yang ada hubung kait dengan perkara iklan untuk urusan perdagangan, surat perjanjian jual beli dan sebagainya. Namun, tulisan huruf jawi dalam kenyataan sekarang tidak banyak digunakan oleh masyarakat Melayu kerana digantikan dalam percakapan bahasa Melalyu dengan tulisan huruf Rumi. Sehingga kini, sangat susah untuk menghidupkan balik dalam penggunaan tulisan huruf jawi. Tetapi walau bagaimanapun sangat dibanggakan bahawa tulisan huruf jawi sampai sekarang masih mempunyai peranan penting dalam pendidikan Islam, khususnya dalam mata pelajaran pengajaran agama Islam, dapat dilihat dalam pelbagai buku teks pendidikan Islam ditulis dalam tulisan huruf jawi. Hal ini, setidaknya dapat mempertahankan identiti bagi orang Melayu dan sejauh dari perkara ini, bagi Majlis Fatwa Ulama Kebangsaan Malaysia telah mengeluarkan pendapat bahawa dilarang bagi sesiapa saja untuk menulis Quran dalam tulisan huruf Rumi . Kebanyakan kitab-kitab yang dipergunakan dalam institusi pendidikan pondok dalam corak pengajian menadah kitab, yang ada di Pulau Pinang masih tetap mempertahankan dalam kegiatan pendidikan harian, termasuk merujuk tentang permasalahan agama Islam kepada sumber dari hasil karya penulisan yang berorientasikan kepada ulama yang dikenal dengan sebutan Haramain . Institusi pondok di Pulau Pinang yang masih menjalankan tugas kegiatan pendidikan dengan mengamalkan bentuk pengajian model ulama sepenuhnya, terdapat sisa sebanyak 2 (dua) buah pondok yang masih aktif dalam pelaksaan kegiatan pendidikan sampai sekarang ialah pondok Penanti dan Sungai Bakap . Sebagaimana telah menyebutkan pada pembahasan sebelumnya, bahawa pondok Penanti, dikenal dengan nama Manabi’ al-‘Ulum yang telah diasaskan oleh Syeikh Osman Jalaluddin. Sementara pondok Sungai Bakap yang dikenal dengan nama Irshad al-Ashraf al-Wataniyah, telah diasaskan oleh Tuan Guru Haji Yusof Bin Haji Saad. Bentuk kegiatan pendidikan di institusi pendidikan pondok Sungai Bakap, melalui dua model pendidikannya. Pertama ialah melalui model tradisional dalam corak pengajian menadah kitab dan sekaligus menggunakan model pendidikan madrasah. Untuk para pelajar yang ingin menyambung pelajarannya dalam negeri, pihak pondok telah berusaha melaksanakan program pendidikan masa pendek dengan melalui mata pelajaran yang ditentukan oleh pihak kerajaan pusat agar para pelajar dapat mengikuti pepereksaan sijil SPM atau STAM dan sebagainya . Pendidikan di institusi pondok yang menggunakan model tradisional dalam corak pengajian menadah kitab. Seperti, pondok Penanti dan pondok Sungai Bakap, dengan tujuan semata-mata supaya menperoleh ilmu pengetahuan atas keredaan dan keberkatan dari Allah swt. Maka, kewajiban bagi seorang pelajar untuk bertanggungjawab supaya berusaha mengamalkan dengan ilmu yang dipelajarinya. Oleh sebab demikian, suatu pengiktirafan semacam suatu penghargaan dengan diberikan sijil atau surat pembuktian kelulusan tamat pendidikan bukan menjadi persyaratan penting atau persyaratan utama bagi institusi pondok dalam corak pengajian tersebut . Maka peranan model pendidik di institusi pondok yang masih menggunakan bentuk ulama sebelumnya, kalau di bandingkan dengan institusi pondok yang sudah berubah bentuk menjadi corak Sekolah Agama Rakyat Bantuan Kerajaan (SABK) atau sekolah model lain, berbeza dari segi pengurusan institusi pendidikannya. Kerana disini mempunyai dua lembaga yang berada dalam satu lingkungan institusi pondok, ialah pertama lembaga yang diurus oleh pihak pondok dan kedua lembaga diurus bersama dengan kerajaan pusat. Namun, di institusi pondok yang masih mempertahankan tradisi ulama silam, tetap dijaga oleh para pewaris pemimpin pondok pertama dalam model kepimpinan perseorangan dalam model kepimpinan badan wakaf secara keluarga . Para pemimpin pondok di Penanti dan Sungai Bakap pada akhir-akahir ini, telah mempunyai kecenderungan ke arah baru dalam rangka memperbaharui untuk memtahankan terhadap pendidikan ulama silam di kawasan Pulau Pinang. Perubahan-perubahan yang dapat dilihat di institusi pondok dalam dua bentuk tersebut, para pemimpinnya mulailah akrab dengan menggunakan alat pembantu pendidikan secara moden dan lebih terbuka atas perhubungan dengan perkembangan masyarakat di luar kawasan pondok. Sementara, pembahagian program kegiatan institusi pondok dalam kegiatannya semakin terbuka dan meluas dan telah ikut serta acara-acara seminar nasional dan antarabangsa yang membicarakan tentang peranan ulama dan jaringannya di institusi pondok kawasan Nusantara . Mereka sangat yakin terhadap model pendidikan yang ada di institusi pondok dapat berkembang jauh ke hadapan, kerana para pemimpin mulai mengikuti perkembangan pendidikan di luar pondok. Maka, institusi pondok dapat mulai berfungsi sebagai pusat pengembangan pendididkan Islam secara tradisi ulama silam. Namun, walau bagaimanapun para pemimpin institusi pondok tetap tidak mau menuju kearah sistem pendidikan moden dalam model pendidikan akademik sepenuhnya. Kerana bagi mereka mempunyai alasannya tersendiri, terhadap pokok permasalah utama ialah diberikan alasan kerana kekurangan ilmu pengetahuan agama Islam dalam pemberian kepada pemahaman tentang ajarannya dan mereka masih menjaga serta mempertahankan terhadap nilai-nilai penyebaran budaya keilmuan dan konsep pendidikan yang telah diwariskan oleh para ulama sebelumnya . Hal ini, dipandang sebagai sanad ilmu pengetahuan yang barakah. Sanad ilmu pengetahuan agama Islam harus dijaga kerana sanadnya telah diwariskan oleh Rasulullah saw.secara turun temurun. Akibat dari sebahagian institusi pondok di Pulau Pinang tidak menjaga sanad Rasulullah saw. dapat dibuktikan bahawa institusi pondok yang ada di kewasan ini, telah berhanti dari kegiatan pendidikannya dan sebahagian mengalami permasalahan dalam delima kepimpinan, kerana para pewarisnya memandang hal tersebut ialah suatu pemikiran yang mundur dan tidak mengikuti perkembangan zaman . Selaras dengan perjelasan perkembangan tersebut, institusi pondok di Pulau Pinang sebelumnya tercatat sebanyak 21 buah dan yang masih aktif dalam corak pengajian menadah kitab hanya sebanyak 2 (dua) buah di pondok Penanti dan Sungai Bakap. Selebih itu, ada yang telah berhanti dari kegiatan pendidikannya dan sebahagian lagi telah mengalami permasalahan dalam delima kepimpinan, sehingga tertutup. Kemudian, ada yang telah merubah model pendidikan dan berkerjasama dengan kerajaan pusat, kerana para pewarisnya memandang hal ini perlu menjaga kestabilan institusi pondok agar dapat hidup mengikuti perkembangan zaman dan dapat menyelamatkan masa hadap para pelajar yang sedang menuntut ilmu di lingkingannya . Berbezaan utama terhadap tanggung jawab institusi pondok dengan sokolah-sekolah model pendidikan moden, kalau ditinjau dari segi tanggung jawab terhadap ilmu yang disampaikannya. Di sini pemimpin pondok bukan sahaja bertugas sebagai seorang tenaga pengajar dan tenaga mengurus institusi pondok, akan tetapi mereka berusaha agar dapat memberikan contoh kepribadian yang baik bagi pelajar, di samping berfungsi sebagai penasihat dan memberi bimbingan seperti anak sendiri kepada para pelajar sepanjang masa selama mereka berada di dalam dan luar lingkungan institusi pondok . Model pendidikan ulama sebelumnya, telah membinbing seseorang menjadi pemimpin dan sebagai pelapis dalam Institusi pondok. Para pemimpin institusi pondok berusaha mendidik anak didiknya sehingga mampu untuk menjaga diri sendiri bagi menuju ke peringkat seorang dewasa dengan dibekalkan pelbagai bidang ilmu agama untuk diamalkan dan seterusnya dapat mengajar kepada orang lain seperti apa saja yang telah mendapat dari para pemimpin institusi pondok sebelumnya. Akhirnya anak didik tersebut, selepas tamat dari institusi pendidikan ini, dapat menjadi seorang pemimpin institusi pondok di tempat lain dan dapat mengembangkan bentuk pendidikan yang serupa pula . Bentuk institusi pondok dalam corak pengajian menadah kitab, ada beberapa pengajaran yang dapat memberi kesan kepada anak didik yang harus berusaha belajar dan menggali ilmu yang dimiliki oleh Tuan Guru sehingga menjadi faham serta berusaha mengulangkaji pengajiannya dengan seorang senior jika masih tidak faham dengan ilmu yang dipelajarinya atau mempelajari kitab-kitab yang tidak sempat mengikuti semasa sebelumnya dengan para pemimpin pondok atau tidak sempat diajari oleh Tuan Guru. Maka bagi anak didik harus mengikuti pelajarannya dengan para guru pembantu . Lantaran, bagi anak didik diajurkan agar mengamalkan amalan-amalan harian dalam bentuk pelbagai do’a dan wirid, supaya dapat melembutkan jiwa agar memperoleh ketenangan hati semasa menuntut ilmu dan berusaha agar dapat berkhidmat atau membantu pekerjaan para pemimpin institusi pondok. Hal ini, dapat menjadikan suatu barakah sepanjang menuntut ilmu di institusi pondok . Model pendidikan pondok yang telah dikerangkan tersebut, dapat dibuktikan dalam suasana pondok Penanti dan Sungai Bakap di Pulau Pinang masa sekarang. Melihat dari bimbingan dan pengajaran pondok yang cukup sedarhana ini. Ini disebabkan pengajian pondok diberikan kebebasan keatas kemampuan pelajar dalam menerima setiap pelajaran yang telah di sampaikan oleh gurunya. Oleh yang demikian para pelajar yang benar-benar tekun mengikuti arahan para pemimpin institusi pondok akan mampu mengikuti pelajaran dengan lancar dan dapat menyelesaikan pengajiannya lebih cepat dan cermerlang. Melihat kepada kurikulom maupun ko-kurikulum dan pelbagai kegiatan yang ada di kedua pondok tersebut, terdapat dua kunci yang paling penting yang dapat berkesan bagi para pelajar ialah sebagai berikut : i. Dituntut kepada semua pelajar wajib mengikuti sholat fardhu secara berjemaah di musholla atau masjid maupun di asrama yang dipimpin oleh pengetua pondok atau waden pondok. ii. Harus mengamalkan ilmu-ilmu yang telah diperolehinya. Hal ini, dilaksanakan melalui beramal dalam kehidupan sehari-hari di institusi pondok serta berdikari terhadap kerja-kerja kebajikan untuk memajukan kawasan institusi pondok dan kerja-kerja yang berbentuk kemasyarakatan yang ada hubung kait dengan masyarakat setempat dan sekitarnya . Prinsip utama diatas, diharuskan para penuntut ilmu wajib mengikuti sholat fardhu secara berjemaah di lingkungan institusi pondok. Para pendidik bertanggung jawab atas amalan utama ini, termasuk menggerakan semangat para penuntutnya mengamalkan ilmu-ilmu yang telah dipelajarinya dan dalam menuntut ilmu harus disertai amal ibadah yang dapat menenangkan jiwa agar ilmu yang dipelajari dapat mudah difaham dan harus ikut membantu para pemimpinnya bagi kerja-kerja masyarakar agar dapat barakah dalam kehidupan selama hidup di pondok . Selain diterapkan dua kunci tersebut diatas, untuk menjalanjan tugas kegiatan pendidikan kepada para pelajar agar dapat menjalankan dengan baik, pihak pengetua institusi pondok dalam kepimpinannya ada beberapa peraturan yang dapat dikemukakan sebagaimana berikut : i. Wajib menghadiri untuk ikut serta sembahyang berjemaah di masjid bersama pengetua pondok atau di surau bersama dengan wadennya. ii. Wajib hadir pada setiap waktu ada kegiatan pendidikan dan pada acara-acara yang ditentukan oleh institusi pondok. iii. Wajib hadir untuk sembahyang jenazah, jika ada kematian dilingkungan masyarakat pondok dan sekitarnya. iv. Dalam pergaulan dilingkungan pondok dan diluar lingkungannya, harus dijaga nama baik pondok dan dijaga nama baik pengetua pondok, termasuk saling hormat menghormati sesamanya dan bekerjasama diantara para pelajar dan masyarakat setempat. v. Para pelajar tidak dilarang secara keras untuk membuat hal-hal yang menyeleweng hukum syarak selama berada di dalam pondok dan diluar pondok. vi. Segala amal ibadah yang sampaikan oleh pengetua pondok, wajib diamalkan dan harus dijaga waktu sembahyang dan menepati janji sewaktu pengetua pondok dan guru pembantu memberikan sesuatu tugas. vii. Para pelajar diharuskan memakai baju berwarna putih dan kain sarung, termasuk songkok putih atau serban sewaktu menunaikan sembahyang di masjid dan dirungan pelajar. viii. Para pelajar misti rambut pendek atau sebaiknya supaya bercukur. ix. Para pelajar jika hendak keluar dari lingkungan pondok diwajib mintak izin dengan pengetua pondok atau dengan para waden. Mereka diselidiki dahulu sebelum diizinkan untuk keluar dari pondok, hanya mereka dibenarkan keluar dari pada urusan yang sangat penting. x. Harus mematuhi undang-undang yang ditetapkan pondok dan segala ucapan pengetua pondok . Kesemuaan peraturan tersebut, tidak jauh berbeda diantara satu pondok dengan pondok yang lain. Kebanyakan dalam semua pondok yang menggunakan corak pengajian menadah kitab. Hal ini, demi melancar para pengetua untuk menjalankan tugas dalam pengurusan pendidikan pondok. Beberapa undang-undang atau disiplin yang telah disebutkan diatas, secara rasmi pihak pondok tidak dipaparkan dilingkungan pondok. Masing-masing para pelajar telah maklum bersama, kerana selalu diucapkan oleh pengetua pondok sebelum dan selepas memberikan pendidikannya . Diadakan peratuan ini adalah untuk menjaminkan keberhasilan para pelajar pondok supaya diterima oleh masyarakat ramai dan menjaga nama baik pondok. Tugas dan tanggungjawab ini, hasrat pengetua pondok agar para pelajar dapat mewujudkan dalam dirinya masing-masing. Kesan dari sini akan mendapatkan ilmu secara mudah, termasuk meningkatkan iman kepada Allah dan akan menjauhi segala muksiat . Maka, hasil dari pendidikan tersebut, dengan berpegang teguh kepada prinsip pendidikan Islam dan bebas dari hal ehwal kegiatan politik. Matlamat model pendidikan bertujuan hanya untuk pendidikan agama Islam dan hala tujunya lebih jelas. Sebagaimana contoh, antara tokoh-tokoh masyarakat di pelbagai bidang yang lahir dari institusi pendidikan ini . Kemajuan warisan keilmuan para ulama sebelumnya, selain corak pengajian menadah kitab, model pendidikan Madrasah telah berkembang bersama dengan corak pengajian ini. Model madrasah dalam penumbuhan awalnya telah muncul para ulama dari tamatan Azhar. Selepas abad yang ke-20 telah berkembang di Pulau Pinang. Model pendidikan Madrasah ialah berorientasi dengan model pendidikan di Azhar. Kesan kemajuan dari perpindahan kegiatan pendidikan dalam corak menadah kitab kepada model pendidikan dari Azhar, telah memberikan kesempatan bagi anak-anak Melayu pada masa sekarang dalam melanjutkan pelajarannya ke dunia Arab. Model pendidikan di Azhar sangat bermutu kalau dibandingkan di tempat lain. Model pendidikan ini telah merangkumi diantara model pengajian kitab muktabar dalam bentuk halaqah bersama dengan model pendidikan madrasah, seperti yang dipertahankan oleh para pendidik pondok Sungai Bakap masa sekarang dan beberapa pondok yang meniru model pendidikan ini, kesan ini dapat ditinjau di institusi pondok yang ada di kawasan negeri Pulau Pinang . Perkembangan bentuk institusi pondok dalam model pendidikan madrasah di kawasan Nusantara, diawal penumbuhan lahirnya aliran pendidkan sekular dan dualisme yang datang dari para penguasa negeri-negeri Melayu pada masa sebelumnya agar dapat bersaingan dengan model pendidikan yang sedang berkembang di institusi pondok. Model pendidikan Azhar, pernah dikembangkan oleh Tuan Guru Syeikh Abdullah Fahim ke seruluh kawasan Pulau Pinang dan Beliau sendiri telah mengasaskan pondok bernama di Madrasah Da’iratul al-Ma’arif al-Watnaniyah, Kepala Batas, pada tahun 1926 . Bentuk institusi pondok dalam model pendidikan madrasah berawal perkembangannya di Kedah ialah madrasah al-Hamidiah di Limbung Kapal. Madrasah ini, telah diasaskan oleh Tuan Guru Haji Wan Sulaiman Bin Wan Sidek. Nama madrasah ini diambil sempena nama Sultan Abdul Hamid Halim Shah Ibn Sultan Ahmad Tajuddin Mukarran Shah . Model pendididkan tersebut, telah membuka wajah baru dan telah mengalami perubahan dan perkembangan baru dalam dunia pendidikan orang Melayu semasa sebelumnya. Sehingga sekarang masih dipertahankan terhadap model pendidikan ini. Model pendidikan madrasah lebih diurus secara bersistem dari bentuk institusi pondok dalam corak pengajian menadah kitab, kerana corak pengajian ini terlalu tertumpu kepada hal ehwal ibadah semata-mata. Maka, setelah digabungkan dengan model pendidikan madrasah, mata pelajaran yang diprogramkan dalam kurikulom model pendidikan ini, lebih banyak dapat membantu para pelajar supaya lebih mudah memahami mata pelajaran secara cepat dan sempurna semasa dalam corak pengajian menadah kitab. Namun, usaha-usaha dari Syeikh Abdullah Fahim, terhadap perkara tersebut, bukan bererti dengan ada model pendidikan madrasah, dapat melemahkan bentuk pendidikan pondok yang sudah sedia ada. Malah diantaranya saling membantu dan bergandingan dalam lapangan pengajaran pendidikan agama Islam . Model pendidikan madrasah yang berorintasi dengan model pendidikan Azhar yang masih berkembang di pondok Sungai Bakap, masih mengikuti warisan model pendidikan yang telah diwarisankan oleh Syeikh Abdullah Fahim, pengasas pondok Kepala Batas. Bentuk institusi pondok ini, telah memberikan pengajian agama Islam melalui corak pengajian menadah kitab di dalam masjid al-Jamiul Badawi di Kepala Batas. Sementara pendidikan Madrasah yang disusun mata pelajarannya secara teratur dan pengurusan institusi pondok diatur dengan melalui pembahagian tugas secara bersistem seperti di sekolah-sekolah akademik milki kerajaan yang sedang berkembang semasa itu. Namun, corak pengajian menadah kitab, masih aktif dan dipegang sendiri oleh Syeikh Abdullah Fahim. Untuk model pendidikan madrasah dibantu oleh beberapa orang guru, termasuk Ustaz Ghazali dan Haji Ahmad Badawi ialah kedua orang ini, anak kandung Beliau sendiri. Haji Ahmad Badawi membantu ayahnya menjadi pengetua sekolah . Kesan perjuangan Syeikh Abdullah Fahim, semasa sebelumnya, tercatat dalam rekod sejarah pada tahun 1931 masehi, oleh Sultan Idris kesultanan Perak telah menjemput Beliau untuk menjadi guru besar di madrasah tersebut, untuk menggantikan Sheikh Abdullah Maghribi, seorang ulama yang terkenal pada masa itu. Melalui usaha-usaha Syeikh Abdullah Fahim ini, maka lahirlah tokoh-tokoh ulama dan para pendidik yang membangunkan di bidang pendidikan Islam di kalangan masyarakat Melayu pada zaman itu . Sebelum Syeikh Abdullah Fahim dijemput oleh Sultan Perak, beliau lebih awal dijemput untuk mengajar di pondok Tuan Haji Wan Sulai Wan Sidik. Disini, Beliau sebagai Guru Besar. Selepas bertugas di pondok tersebut, kemudian Beliau dilantik secara resmi sebagai guru agama oleh Sultan Kedah. Disini Syeikh Abdullah Fahim bertugas selama empat tahun, kemudian beliau balik ke Kepala Batas untuk memimpin semula pengajian pondoknya . Sebelum penumbuhan model pendidikan madrasah, di Pulau Pinang terdapat dua madrasah yang lebih awal telah berkembang di negeri ini, yaitu pertama ialah madrasah al-Masriah, Bukit Mertajam, telah diasaskan oleh Tuan Guru Haji Saleh Masri, Beliau ialah seorang guru Melayu pertama lulusan dari Universiti al-Azhar. Madrasah ini, diasaskan pada tahun 1906 masehi dan yang kedua ialah madrasah al-Mashoor, diasaskan oleh Syed Syeikh al-Hadi pada tahun 1916 masehi . Namun dalam sumber maklumat tersebut, tidak menjelaskan tentang bentuk pengajian pada kedua madrasah tersebut. Hanya dijelaskan pada tarikh penumbuhannya sahaja. Sementara madrasah al-Mashoor, tokoh pengasasnya dikenal dengan pembawa aliran reformasi Islam atau gerakan kaum muda yang telah digelarkan oleh sebahagian para ulama pondok dan masyarakat setempat pada masa itu. Madrasah ini, dalam catatan sejarah perkembangan proses pendidikannya tidak diawali dengan penumbuhan sebuah bentuk institusi pondok dengan melalui model tradisional dalam corak pengajian menadah kitab. Akhirnya institusi pendidikan ini diambil aleh oleh kerajaan pusat kerana tidak ada pewaris untuk meneruskan perjuangannya . Sementara, penumbuhan madrasah al-Masriyah pada tahun 1906 masehi. Madrasah ini, dilahirkan dengan adanya suatu kerjasama dari masyarakat di Bukit Mertajam dan dibantu oleh para ulama Islah . Madrasah al-Masriyah, pada akhir perkembangannya, telah berkerjasama dengan kerajaan pusat untuk menerima penawaran bantuannya dan telah merubah corak pendidikannya sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) sehingga sekarang . Walaupun kesan perjuangan Syed Syeikh al-Hadi dalam Pendidikan Moden, tidak ada pewaris penerus institusi pendidikannya. Namun, usaha-usaha Beliau sebelumnya dalam dunia pendidikan telah ada kesan terhadap para pendidik masa sekarang. Perjuangan Syed Skeikh al-Hadi, semasa itu, disebabkan ada perkembangan bentuk institusi pondok, telah dimasukan suatu pengaruh model pendidikan persekolahan dari para penguasa negeri Barat, kesan penyebaran model pendidikan ini mulai membawa dampak yang kurang menguntungkan bagi masyarakat Melayu. Pengaruh terhadap model pendidikan ini, telah berkembang sehingga sekarang. Maka lahirlah secara tidak sadar permasalahan dikotori ilmu agama Islam bersama dengan ilmu sekuler yang dibawak oleh para ilmuan di lingkungan institusi pondok. Keadaan ini, berlajutan sampai terjadilah pembentukan institusi pondok kepada sistem pengajaran Dualisme. Kemunculan pendidikan moden di negeri Pulau Pinang pada awal abad ke-20 masehi, atas dasar inisiatif dan realisasi dari pembaharuan bentuk pengajaran agama Islam yang telah ada di lingkungan institusi pendidikan pondok pada masa sebelumnya. Usaha-usaha untuk pembaharuan dalam pendidikan ini, disebabkan mereka merasa model pendidikan di institusi podok selama ini, dalam model pendidikannya perlu diubahsuai menurut perkembangan zaman. Maka hal ini, perlu diadakan suatu penyesuaian diantara model pendidikan agama dengan model pendidikan akademik atau mencuba untuk mengintraksikan diantara ilmu agama dengan ilmu akademik. Selanjutnya, telah berusaha untuk mengadakan suatu perhubungan yang baik diantara model pendidikan di institusi pondok dengan model pendidikan sekuler yang dibawak oleh para penguasa negeri-negeri Melayu semasa sebelumnya. Namun sayangnya usaha-usaha oleh Syed Syeikh al-Hadi dalam pendidikan model tidak ada penerus perjuangannya. Maka, institusi pendidikan Islam yang telah diasaskan oleh Beliau dibeberapa tempat yang ada di negeri Pulau Pinang, telah diambil alih atau telah diselamatkan oleh pihak kerajaan setempat yang berada dibawah naungan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan diurus juga oleh kerajaan pusat dibawah Kementerian Pelajaran dengan suatu alasan untuk menjaga harta kekayaan dan harta wakaf yang telah disumbangkan oleh masyarakat sebelumnya. Namun, institusi pondok dalam model pendidikan madrasah merupakan institusi yang paling istimewa dalam kedudukan terhadap masyarakat Melayu Islam semasa itu dan telah menyambung perjuangan model pendidikan yang telah dibawak oleh Syed Shiekh al-Hadi serta tetap mempertahankan sehingga sekarang, kerana dapat mengatasi pengaruh dari model pendidikan Barat. Dengan adanya perkembangan institusi pondok dalam model madrasah, masyarakat Melayu Islam telah mempunyai idintiti tersendiri dalam model pendidikan Islam dan model ini, tetap dipertahankan dari para pemimpin institusi pondok di kawasan Nusantara sehingga sekarang. 5) Masa Hadapan Institusi Pondok Institusi pendidikan Islam dalam bentuk institusi pondok, ada sebahagian dari masyarakat menganggap kebanyakan pelajar terdiri dari golongan penuntut ilmu yang terpencil dari ilmu pengetahuan akademik dan ada sebahagian lain lagi memandang pelajar pondok menjadi golongan pelajar kelas dua. Anggapan yang demikian, tidak menepati hakikat yang sebenar yang sedang berlaku dalam kenyataan di institusi pondok. Kerana, selama penyelidik berada di dalam suasananya, dapat dikatakan disini bahawa apa yang sebenarnya berlaku bukan semua pelajar yang masuk pondok terdiri dari jenis murid-murid yang telah terpencil atau gagal dari segi pendidikannya. Adalah dapat dikatakan semula bahawa akan menjadi kenyataan benar kalau sebahagian murid-murid pondok terdiri dari murid-murid yang terpencil dan telah gagal dari ibu bapak mereka tidak memberikan sokongan moral setelah mereka berada di lingkungan rumahnya, dikerana kesibukan dengan pekerjaannya . Institusi pondok di pandang oleh sebahagian masyarakat moden, merupakan tempat buangan anak-anak yang nakal dan tidak dapat atur kehidupannya oleh ibu bapak mereka, setelah tidak berhasil mengatasi kegawatan anaknya. Tetapi sebahagian murid-murid yang lain terdiri dari golongan pelajar yang sengaja dihantar oleh ibu bapak mereka ke pondok kerana kecenderungan dan kefahaman mereka kepada pondok sangat tinggi nilainya. Murid-murid peserti ini, pada hakikatnya mempunyai daya kecerdasan otak yang sama dengan murid-murid lain yang dihantar ke sekolah pendidikan akademik pada umumnya . Mungkin hasil dari anggapan tersebut, termasuk pula perkara timbul anggapan bahawa pondok adalah kumpulan orang-orang yang sudah susah untuk diolah secara rapi dan teratur serta terkeluar dari struktur kepimpinan sistem pendidikan kebangsaan atau tidak mau ikut serta mengurus pondok bersama kerajaan pusat. Hal ini, yang paling sedeh ialah ada sebahagian dari mereka menganggap sebagai tempat kumpulan orang-orang pengganas atau pusat pembentukan para pejuang sabilillah untuk menentang pihak kerajaan. Oleh yang demikian, timbul rasa keraguan dan kurang meyakinkan oleh sebahagian dari pihak yang bersangkutan untuk memberikan bentuk bantuan material yang lebih besar atau mungkin timbul dari segi kepentingan yang hubung kait dengan persoalan matlamat yang akan dicapai yang dianggap tidak tetap mengatakan struktur dan sistem persekolahan pendidikan pondok tidak jelas dan masih kabur dalam pengurusan institusi pendidikannya . Persealan demikian, selama penyelidik berada dalam suasana institusi pondok, secara umumnya ada benarnya atas tanggapan kerajaan yang membuat melemahkan minat untuk menambah bantuan kewangan kerana yang ternyata berlaku dari keseluruhan pondok itu tidak berlaku keseragaman baik dari segi sistem, struktur, kurikulum dan silibusnya, sebagaimana yang diwariskan oleh ulama sebelumnya. Masing-masing pondok dengan caranya sendiri. Ada setengah pondok, selain mengadakan kegiatan pendidikan, diarahkan para pelajarnya ikut dakwah tabligh dan sebagainya . Keadaan yang demikian, menampakkan ketidakjelasan matlamat persekolahan arak yang dituju, dilihat dari aspek lain menilai pondok sebagai tempat pemerosesan pembentukan masa hadapan tenaga manusia yang diperlukan oleh kerajaan untuk pembangunan kemajuan masyarakat dan negara. Maka, matlamat institusi pondok secara praktiknya, persoalan matlamat dilihat dari ideal model pendidikan dan kepimpinan yang telah diwariskan oleh ulama sebelumnya, masih kabur untuk dianalisa, kerana masih dikuasai oleh ahli pewaris pengasas pondok pertama dan para penerus perjuangan yang diamanatkan oleh para pemimpin institusi pondok pertama sebelum mereka meninggal dunia. Kekaburan ini, terwujud mungkin berpunca dari salah menafsirkan terhadap konsep pendidikan dan kepimpinan institusi pendidikannya yang diperjuangkan oleh ulama sebelumnya . Konsep ilmu pengetahuan Islam oleh sebahagian golongan orang Islam, baik yang sudah terpengaruh dengan model pendidikan sekular, dualisme dan golongan pemahaman hanya kepada agama sahaja. Akibat dari kesan ini, terwujud struktur institusi pendidikan atau dalam pengajian yang berbeza diantara satu sama lain dan lahirnya tanggapan terhadap Islam yang bersifat setengah dan tidak faham secara kesuruluhan pelbagai bidang ilmu pengetahuan yang sempurna yang lahir dari ilmu Islam. Oleh kerana dari mula asas pemahaman tanggapan terhadap Islam dan ilmu pengetahuannya tidak bersifat menyeruluh hanya kepada urusan yang ada hubung kait dengan ilmu pengetahuan ibadah sahaja, maka matlamat institusi pondok telah memusatkan kepada arah sstu bahagian dari ilmu agama semata-mata. Kerana masih banyak lagi ilmu-ilmu yang lain yang perlu dicari dan mendalami sebanyak mungkin untuk pelengkapan penambahan pengalaman bagi para palajarnya. Tamatan pondok dapat menghadapi cabaran semasa dari masyarakat yang berhubung dengan keperluan kemasyarakatan yang melibatkan dengan cabaran-cabaran ilmu pengetahuan dalam bidang ilmu sains dan teknologi . Selanjutnyam, dalam model pendidikan di institusi pondok tidak ada penjelasan untuk mengenal ilmu pengetahuan Islam dalam pelbagai bidang secara beransur dan bertahapan terhadap kekayaan ilmu pengetahuan dalam Islam. Maka dengan sebab ini, tokoh-tokoh ilmuan pondok diharapkan menggarap sistem pendidikan pondok agar menuju ke tingkat antarabangsa dengan mengemukakan tentang kebaikan Islam kepada pihak penguasa bahawa pendidikan Islam di pondok dan tempatnya bukanlah sebagai tempat sarang pengganas atau tempat buangan para pelajar yang sudah gagal serta ada permasalahan dilingkungan keluarganya. Kesadaran baru terhadap konsep pendidikan dan kepimpinan institusi pondok di masa kini, seharuslah menuju ke arah usaha penyatuan struktur dan secara beransur-ansur menghilangkan kedudukan ilmu pengetahuan yang memisahkan diantara ilmu pengetahuan agama dan akademik. Cabaran ini harus diterima dan diselesaikan kalau benar-benar ingin menyebarluaskan tamadun Islam itu berlaku dan menghayati oleh masyarakat Islam . Maka dengan demikian, konsep pendidikan Islam tidak dapat dipisahkan diantara agama dan perkembangan dunia moden. Dilihat dari kenyataan ini, yang berlaku sehubungan dengan persoalan kepimpinan institusi pondok, kecenderungan ke arah dualisma masih menyelubungi sebahagian apa yang disebut golongan agama sahaja. Mungkin hal ini berlaku semata-mata atas asas terpengaruh dan kesalahfahaman dalam bidang ilmu pengetahuan Islam. Dari kecenderungan ini, secara garis kasar dapat dibuat kesimpulan bahawa pada umumnya bentuk pendidikan di institu pondok bermatlamat setakat untuk memenuhi keperluan semerta yaitu untuk melahirkan para pendidik agama dalam bidang peribadatan Islam, bukan terhadap kekayaan ilmu pengetahuan dalam Islam atau untuk sekadar melahirkan para lulusannya menjadi ahli agama, seperti dato’kadi untuk mengurus perkara urusan nikah cerai dan yang bersangkutan dengannya dan masalah harta pusaka, imam-imam masjid dan juga urusan pengendalian jenazah masyarakat Islam dan ustaz-ustaz di masjid hanya mengajar tentang pengajaran fardhu ain dan fardhu kifayah yang bersangkutan dengan persoalan ibadah khusus yang wajib dalam Islam . Penghuraian terhadap perkara tersebut, bukan bermaksud untuk memperkecilkan terhadap model pendidikan yang ada di lingkungan institusi pondok yang selama ini diperjungan oleh mereka. Namun, memang hal ehwal perkara tersebut perlu dilahirkan untuk masyarakat Islam. Sementara, ilmu pengetahuan lain diperlukan pula sebagai pelengkap dalam model pengajaran pendidikan institusi pondok. Hal ini, agar dapat berusaha menaikan taraf supaya institusi pondok dapat melahirkan para lulusannya ke bidang lain yang dapat diikhtiraf oleh orang ramai dan orang-orang yang berada diluar agama Islam. Kalau ditinjau dari kurikulum dan silibus serta struktur pengajiannya, kebanyakkan bentuk pendidikan di institusi pondok, baik di peringkat rendah maupun menengah atau ibtida’iyah, sanawiyah dan aliyah dapat dimengerti bahawa keseluruhan hanya penekankan terhadap tumpuan kepada pekara-perkara yang ada hubung kait dengan permasalah bidang agama sahaja, sehingga terjadi banyak permasalahan bagi para pelajar untuk melanjutkan pelajarannya di dalam universiti dalam negeri sendirinya. Struktur pengurusan model pendidikan di institusi pondok seharuslah merupakan satu ketakhasusan yang dipersiapkan dari peringkat ibtida’iyah, sanawiyah dan aliyah atau peringkat menengah bawah dan atas, sehingga mudah bagi para pelajar masuk ke peringkat universiti. Selama ini, kurikulum dan struktur pelajaran pondok masih mempergunakan kitab-kitab yang dibaca seperti mata pelajaran fiqh, tauhid, tasawwur, hadis, tafsir dan yang bersangkutan dengannya pula ialah ilmu alat klasik iaitu nahu sarof atau tata cara bahasa Arab dan segala cabang ilmunya. Kurikulum yang demikian ini tentulah tidak dapat mewakili sepenuhnya dari konsep pendidikan yang dapat membantu para pelajar yang lebih maju ke hadapan untuk melanjutkan pelajarannya di bidang selain agama Islam. Maka pembuktian tersebut, terhadap hal-hal perhubungan kemasyarakatan umat diarah dan dipegang oleh tenaga-tenaga ahli yang dilahirkan dari sistem pendidikan dan persekolahan model pendidikan liberal dan tidak diasaskan kepada konsep pendidikan Islam. Berlakunya hal yang demikian, kerana dirasakan oleh sebahagian ahli-ahli agama bahawa hal-hal yang berhubung dengan masalah kemasyarakatan dan juga yang menyangkut hubungan dengan ilmu pengetahuan sains dan teknologi, dianggap berada diluar dari kurikulum model pendidikan di institusi pondok, dapat dilihat misalnya melalui model pendidikan pondok, setakat ini, kebanyakkannya tidak memungkinkan di peringkat tinggi seorang pelajar itu akan tercapai untuk menjadi ahli-ahli ekonomi, sosial, politik dan segala cabang pengetahuan yang bersangkutan dengan pengurusan untuk dapat mengurus dan memegang suatu pemerintahan negara . Maka, selain dari perkara tersebut, untuk menjadi ahli-ahli di bidang lain, seperti menjadi seorang doktor untuk berubat masyarakat atau menjadi ahli akitektur dan sebagainya. Institusi pondok tidak ada alat atau jembatan agar dapat menuju kearah tersebut, kerana alat-alat menuju ke arah itu tidak disediakan secara teratur dari peringkat rendah sehingga menengah atau diperingkat ibtidaiyah sehingga aliyah. Perkara-perkara tersebut hanya akan dapat dicapai melalui proses persekolahan akademik. Maka, dapatlah direnung kembali, kerana apakah model pendidikan di institusi pondok tidak dapat menaikan taraf keperingkat antarabangsa. Pada hal konsep ini, telah diajarkan oleh Islam. Permasalahan ini, masih berlaku dan tetap berlaku serta tidak dapat diselesaikan oleh sebahagian para pemimpin di institusi pondok masa kini . Maka dalam hasrat pembangunan kemajuan institusi pondok agar para pemimpin masa kini dapat kerjasama dengan semua pihak yang ada di dalam dan luar lingkungan institusi pondok. Dengan tujuan untuk peningkatan taraf pembangunan dari segi pendidikan dan kepimpinan institusinya. Dalam hal ini, dapat membantu peningkatan taraf kemajuan bagi para pemimpin, para staf dan pelajar pondoknya. Tentu sahaja harus melalui suatu tumpuan usaha-usaha yang keras, hal ini setidaknya dapat membawa cita-cita awal dari para pemimpin pondok sebelumnya sebagai pusat pengembangan dakwah Islam dan tamadun keilmuan Islam. 6) Hasrat Kerjasama Dengan Institusi Pengajian Tinggi Ada beberapa hasrat dari sebahagian pemimpin institusi pondok dalam perancanaan untuk mengadakan suatu pembaharuan terhadap pengurusan institusi pondok dalam membangunkan model pendidikan dan kepimpinannya agar dapat mempunyai arah tuju masa hadapan yang lebih jelas dan dapat membawa institusi pendidikannya menuju ke taraf kelestarian yang menjaminkan kemajuan terhadap para pelapisnya. Sejauh itu, hasrat ini, juga dibincangkan tentang bagaimanakah para pemimpin pondok dapat menyiapkan para pelapis pondok dapat setanding dengan pendidikan nasional dan berkualiti tinggi dapat menaikan taraf ke peringkat antarabangsa. Hasrat tersebut, agar institusi pondok memdapatkan pengakuan dari masyarakat Islam masa sekarang, termasuk mempunyai para pelapis dapat melanjutkan pendidikan yang lebih tinggi ke pelbagai universiti yang ada di dalam dan luar negeri yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa. Sementara, sebahagian institusi pondok juga harus mempunyai model pendidikan bagi para pelajar mampu masuk ke universiti tanpa harus diadakan persiapan terlebih awal untuk mempelajari atau mengadakan khusus secara singkat untuk mempersiapkan peperiksaan mata pelajaran yang ada hubung kait dengan peringkat SPM atau peringkat STAM di institusi pondok . Dengan kata lain, menurut penjelasan tersebut model pendidikan di institusi pondok mampu berdaya saing secara antarabangsa sama dengan sekolah-sekolah akademik lainnya. Namun keperluan ini, melihat kepada arah tuju perkembangan model pendidikan dan permasalahan kepimpinan institusi pondok masa kini, berupaya untuk melakukan pembaruan dan pengembangan keilmuan untuk menuju ke arah tersebut, sebagaimana sebelumnya telah dibincangkan tentang pelbagai model pendidikan dan kepimpinan yang ada di lingkungan pondok, kerana berjalan tidak searah. Yaitu, diantara model satu dengan model yang lain saling lengkap melengkapinya Hal ini, untuk merancangkan taraf pendidikan dan peningkatan pendidikan pondok akan memakan waktu yang cukup panjang, kerana dalam pengurusannya tidak ada kesatuan yang jelas diantara pengurusan lembaga pendidikan dengan lembaga yayasan institusi pondok. Selanjutnya pada sisi lain, setidaknya salah satu prasyarat yang sangat penting ialah peningkatan kemampuan para pemimpin pondok, guru-guru maupun ustaz-ustaz dan para pelajar pondok dapat menguasai bahasa Inggris sebagai bahasa antarabangsa. Mungkin, ini ialah sebagai prasyarat awal untuk mempersiapkan mereka dapat membuka minda dan wawasan pemikiran yang lebih luas agar selalu berkomunikasi dengan pihak dunia luar yang berlainan jenis agama dan bangsa. Diperlukan juga dalam lingkungan pondok ada menggunakan sistem teknologi yang serba moden yang telah sedia ada pada masa sekarang, sejauh tidak menghalang suasana keaslian pondok. Penjelasan tersebut, kerana melihat kepada perkembangan universiti-universiti yang ada dalam negeri yang berkualiti tinggi, kebanyakan mereka mengsyaratkan bahasa inggris harus mahir selain memahami bahasa Melayu dengan baik sebelum diterima sebagai pelajarnya. Untuk hal demikian, para pelajar pondok, kebanyakan mereka sudah dapat menguasai bahasa Arab, handak ditambah dengan bahasa Inggris pada pengajaran atau mata pelajaran tertentu dalam kurikulom yang diajarkan dalam lingkungan institusi pondok. Mata pelajaran agama dalam bahasa Arab maupun bahasa Melayu, jika diterjemahkan ke dalam bahasa Inggris dan diajarkan dalam bahasa inggris untuk para insan yang non muslim atau muslim baru yang ingin mengetahui tentang perkembangan pendidikan dan pengajaran agama Islam. Hal ini, ialah merupakan suatu stategi yang sangat penting bagi institusi pondok untuk bertanggung jawab sebagai institusi pendidikan agama yang bertanggung jawab perkara dakwah Islam. Untuk mewujudkan perancangan pembangunan tersebut, institusi pondok lebih banyak mendekati kepada beberapa buah universiti yang ada di dalam maupun luar negeri untuk melakukan langkah strategi dalam pembangunannya agar dapat kerjasama dengan program pengembangan sumberdaya manusia yang ada hubung kait dengan model pendidikan dan kepimpinan yang sedia ada di lingkungan universiti-universiti tersebut. Salah satu program yang sangat tepat dan baik ialah program latihan ilmu kependidikan dan keguruan secara intensif selama 20 hari di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dan program studi bidang Pedagogi selama satu tahun di Universitas Pendidikan Indonesia (UPI)
  3. SEJARAH PERKEMBANGAN INSTITUSI ULAMA PONDOK DAN MODEL PENDIDIKAN DI PULAU PINANG Oleh : H.Abdulhalim Bin H.Ismail Ibnu Syaid Dinaa al-Bar Tamadun Islam Dan Asia Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang A) Generasi Pelapis Dalam Institusi Pondok Sehubungan dengan adanya para tokoh ulama di Pulau Pinang yang teleh tersebut pada sub bab sebelumnya. Hal ini, dapat dibuktikan bahawa para ulama yang hidup pada generasi ketiga ( 1800 Masihi) yang datang mengasaskan tiga model pendidikan di Pulau Pianng. Yaitu, model Tradisional dalam corak pengajian menadah kitab, model madrasah dan model pendidikan corak moden. Tiga model pendidikan ini, sampai sekarang masih berkembang dalam memberikan pendidikan kepada masyarakat oleh para pewaris perjuangannya. Untuk model pendidikan corak model, diambil aleh oleh kerajaan negeri dan pusat, kerana tidak ada para pewaris dalam meneruskan perjuangannya. Maka, dengan adanya perkembangan pendidikan tersebut, membuktikan bahawa institusi pendidikan pondok ialah institusi pendidikan yang mempunyai peranan penting bagi masyarakat Melayu Islam dari masa kesemasa dan tidak dapat nafikan pula bahawa Islam pertama kali diwahyukan oleh Allah swt kepada Rasulullah di mulai di negeri Makkah. Kemudian berkembang ke Madinah, sehingga telah lahir kerajaan Islam pertama di dunia, sebagai kelanjutan dari kerajaan Nabi Sulaiman a.s. Kedua negeri tersebut, sangat berperanan dalam kenyataan masa sekarang ialah seruluh umat Islam menggunakan kawasan negeri ini sebagai pusat pertemuan masyarakat Islam sedunia untuk ibadah haji dan sebagai tempat kenangan serta motivasi bagi seluruh umat Islam terutama dapat merenungkan kisah Nabi Ibrahim a.s. sebelumnya. Dengan ini, dalam latar belakang sejarah pendidikan dalam Islam telah dijadikan negeri Makkah dan Madinah sebagai pusat pengajian agama Islam untuk seluruh umat Islam. Keberkatan di kedua negeri ini juga amat berbeza berbanding dengan negeri atau tempat lain di dunia kecuali Bait al-Maqdis . Agama Islam ialah bersifat harmoni antara ilmu dengan penuntutnya dan dengan keberkatan tempat akan memberikan keupayaan luar jangkaan dan membentuk kekuatan rohani. Pengajian yang dijalankan di Makkah berbentuk halaqah. Institusi ini juga telah berjaya melalui era Nabi s.a.w. Khulafa` al-Rasyidin, berubah dari bentuk halaqah menjadi bentuk yang lebih moden. Kehadiran ajaran Islam di tengah-tengah masyarakat jahiliyyah sudah tentu akan membentuk penyusunan semula dalam setiap lapangan hidup terutama terhadap jurus pandang terhadap sesuatu perkara atau pelbagai isu-isu yang berlaku dalam masyarakat. Setelah pembentukan kerajaan Islam Madinah, umat Islam digegarkan dengan perpecahan umat. Untuk mengukuhkan sikap Ahli Sunnah Wal Jamaah yang ketika itu sedang dirempuh oleh fahaman perosak seperti Khawarij, Syiah Pelampau, al-Muktazilah. Maka, Ahli Sunnah telah menyelidik apakah itu ilmu bagi ilmu. Dalam bahasa moden, ini disebut sebagai epistemologi atau kajian ilmiah tentang ilmu itu sendiri iaitu bagaimana sesuatu itu diberikan namaan sebagai ilmu. Sebagai bukti, kalau seseorang saintis mengkaji bahan alam sudah tentu akan menggunakan akal dan pancaindera. Ini menunjukkan kajian ulama silam serta pemeliharaan serta pemberian nafas baru wajar sekali dihargai. Metode pengajian silam juga bersifat tumpuan kepada mahaguru. Mahaguru dipusatkan dalam pengajian seperti para ulama lain belajar dulu dengan mahaguru utama kemudian barulah masing-masing menerajui halaqah-halaqah masing-masing. Maka, perlu diwujud kumpulan-kumpulan pengajian falsafah yang boleh dirujuk sebagai halaqah falsafah. Dalam tradisi pemikiran Islam sepanjang zaman, halaqah-halaqah yang tidak rasmi sifatnya inilah yang telah memainkan peranan yang penting dalam memajukan dan menyebarkan ilmu falsafah. Dalam konteks ini. institusi pondok boleh menghidupkan semula peranan tradisinya sebagai pusat pengembangan ilmu falsafah. Maka, sebenarnya sistem pengajian tradisional adalah penyumbang kepada pembaikan sistem pendidikan masa kini yang sedang menempuh permasalahan perselisihan diantara para ilmuannya. Untuk membuktikan bahawa sistem pengajian silam mempunyai kewibawaan tersendiri yang tidak sewajarnya dikutuk sebagai mundur dan jumud, setelah Sultan Muhammad al-Fatih menawan Konstantinopel, beliau telah membiayai pengajian yang merangkumi ilmu yang bersepadu dan sifat pengajian begini patut diteruskan oleh institusi pondok. Maka, ada sebahagian para ilmuan masa sekarang telah mengkritik ruang lingkup pengajian Islam di Tanah Haram serta mengkritik para ulama pondok yang tidak belajar falsafah maka umat Melayu mundur. Kenyataan ini terdapat beberapa kekeliruan yang mampu merosakkan wajah tamadun Melayu Islam. Ini kerana apabila dikaji memang tidak didasarkan kepada sumber utama tetapi bersumberkan sekunder dan kalau dibiarkan maka sistem pengajian Islam silam dihukum secara tidak jujur dan tidak tepat dan sekaligus memberikan gambaran tamadun silam tidak menyokong kepada penyelidikan dan pembangunan. Sementara, ramai juga yang salah faham terhadap pendidikan aliran pondok. Oleh itu, pihak bertanggungjawab perlu menjelaskannya dengan menerbitkan buku-buku penting yang benar-benar mewakili aliran pondok. Apabila ini berjaya, sistem pendidikan silam akan berwibawa kembali dengan wujudnya pertambahan para pelajarnya. a.1 Pelapis Dalam Institusi Pondok Dalam bentuk pengajian di institusi pondok, mempunyai model penyebaran ilmu kepada pelajar agar mendapat berbakat, pihak guru telah menggunakan pelbagai cara untuk menarik perhatian bagi para pelajar dengan cara-cara yang tersendiri. Ada ulama yang mampu menggunakan firasat untuk membimbing keperluan seseorang pelajar dengan melalui zikir-zikir tertentu diberikan kepada para pelajarnya agar mempunyai kecerdasan pemikiran dalam menuntut ilmu dan selama berada di lingkungan institusi pondok . Dalam pengalaman sejarah, tidak semestinya para pelajar yang pada usia mudanya lembab maka juga masa dewasanya lembab. Ini dapat dibuktikan bahawa Shalih bin Kaisan, seorang tokoh periwayatan hadith terkenal, mula mempelajari ilmu pada usia 90 tahun dan sempat mengajar di kemudian harinya hingga 160 tahun umurnya. Begitu juga, Albert Einstein agak lembap dalam pendidikan di peringkat awalnya tetapi cemerlang dalam pemikiran ilmiahnya di kemudian hari. Dengan ini, bentuk pendidikan di institusi pondok yang sememangnya tidak menghadkan umur dan peringkat pensijilan mempunyai kelebihan tersendiri untuk memupuk keupayaan yang sebegini dan mungkin mampu melahirkan tokoh yang dapat mewarnakan tamadun Islam, demi maruah Islam. Inilah sifat model pengajian ulama silam yang berjaya mendidik umat. Ini kerana realiti manusia memang wujud sikap ‘sedar’ dan ‘sesal’. Maka pendekatan model pengajian pondok kini patut diperkaya dan diteruskan bukan direformasikan kerana manalah tahu individu yang lembab itulah yang akan membangunkan masyarakat Islam. Kerana, Para pelajar yang menuntut ilmu di institusi pondok yang berjaya menamatkan kuliahnya akan diuji dengan menggunakan kitab-kitab tertentu lalu pihak pelajar perlu menghuraikan menurut apa yang difahaminya. Nampaknya, metode ini masih dipakai oleh generasi Tok Guru di zaman kemerosotan dan semakin ditinggalkan juga oleh pondok di Malaysia. Gejala ini patut sekali diperbaiki. Sistem pengajian yang kini turut ditauladani. Ini dapat disaksikan dalam ketokohan Syaikh Ahmad al-Fatani, pada masa sebelumnya, telah berjaya memenangi pertandingan membuat syair secara langsung di Makkah. Pertandingan semacam ini patut diteruskan untuk menguji kecekapan ilmiah di kalangan para pelajar. Para pelapis ini juga perlu dididik dan dibentuk untuk berupaya menulis pelbagai ilmu untuk dijadikan bahan bimbingan untuk seluruh umat Islam. Ini sebenarnya telah diusahakan oleh Syaikh Ahmad al-Fatani. Dengan adanya kecerdasan ini, melalui model pendidikan di institusi pondok sebelumnya telah lahir para ulama sehingga terbentuk jaringan sehingga sekarang. Maka, disini dapat ditinjau pada setiap genesi. Buat beberapa abad semenjak era Aceh, Pattani, Kedah, Kelantan, Melaka dan Pulau Pinang sendiri. Kesan dari pusat pengajian di negeri Makkah dan Madinah cukup bermakna kepada seluruh umat Islam di Asia Tenggara. Untuk dibawah ini, akan menyebutkan ketokohan ulama dalam setiapgenerasi. Sebagaimana berikut : i. Generasi pertama (1600 Masihi) Syaikh Nuruddin al-Raniri (1658). Tokoh ini memang telah berhasil, kerana mempunyai pelbagai karya yang membuktikan sistem pengajian yang diperoleh amat berjasa besar dan juga menunjukkan bahasa Melayu telah berjaya mempengaruhi dunia ilmiah tamadun Melayu. Perkembangan tokoh ini nampak dilihat dalam polemiknya dengan Syaikh Hamzah al-Fansuri dan Syaikh Abdurra`uf al-Fansuri ii. Generasi Kedua (1700 Masihi) i.a Syaikh Abdus Shamad Palembang. Tokoh ini turut mendapat tempat di kalangan ulama Yaman. Dalam sebuah kitab (yang dimiliki secara ijazah oleh Tuan Guru al-Mufti Muhammad Nor bin Ibrahim), berjudul ‘Uqud al-La`ali Fi Asanid al-Rijal, halaman 223-224, dinyatakan nama tokoh ini sebagai yang merangkul gelaran al-waliyy, al-fahhamah. Tokoh ini amat meminati kitab Ihya` Ulumiddin karya al-Imam al-Ghazali. Ulama Yaman bernama al-Sayyid Abdurrahman bin Sulaiman al-Ahdal bergurukan tokoh ini. ii.b Syaikh Daud Patani (1720-1879). Penyediaan teks-teks terjemahan beliau banyak mempengaruhi pemikiran masyarakat Nusantara. ii.c Syaikh Muhammad Arsyad Banjar (1710-1812). Kitab beliau yang terkenal ialah huraian terhadap matan al-Shirat al-Mustaqim karya Syaikh Nuruddin al-Raniri. Ini menunjukkan betapa penting keilmuan fiqh Syaikh Nuruddin al-Raniri. iii. Generasi Ketiga (1800 Masihi) iii.a Syaikh Muhammad Zain Patani. Tokoh ini amat berjasa dalam pemuliharaan kitab-kitab gurunya, Syaikh Daud Patani. Pemeliharaan ini dapat menyumbang sebagai buku teks utama dalam mana-mana sistem pengajian pondok sejak beberapa abad lalu. iii.b Syaikh Ahmad bin Muhamad Zain Patani. Tokoh ini telah berjaya mendapatkan perkenan pihak Khilafah Uthmaniyyah untuk membentuk syarikat matba‘ah di Makkah untuk cetakan kitab-kitab berbahasa Melayu. Apabila kitab-kitab tersebut dicetak maka akan memudahkan murid-murid mempelajari ilmu dengan mudah dan proses pengkaderan lebih berkesan. Tokoh ini amat peka dengan perkembangan semasa dan boleh ditarafkan sebagai seorang Tokoh Penyelidikan Dan Pembangunan Dunia Melayu. Berjaya menguasai 47 jenis ilmu pengetahuan. Sebenarnya manuskrip karyanya juga meliputi banyak bidang tetapi sayang ada sebahagiannya hilang. Sebagai seorang ulama yang mempunyai ilmu bersepadu, beliau turut dijadikan tempat rujukan oleh Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu. Ini menunjukkan keupayaan ilmu tradisional menjadi panduan hidup dalam segenap lapangan hidup. Di peringkat antarabangsa, tokoh ini telah dilantik sebagai Tokoh Bahasa Dan Sastera Arab Kerajaan Turki di Hijaz pada 28hb. Rejab. 1307H/1889M. iii.c Syaikh Ahmad Khatib Minangkabau. Tokoh ini mempunyai banyak karya dan juga mempunyai ilmu yang bersepadu. Seorang tokoh matematik Islam, Dr. Mat Rofa Ismail (U.P.M.) dalam tesis Ph.Dnya, Sejarah Aritmetik Dan Aljabar Islam, telah mengulas keterlibatan tokoh ini dalam dunia matematik amali. Ini menunjukkan tradisi ilmu di Makkah tidak hanya tertumpu kepada bidang-bidang agama malah menjangkau ke bidang akli. Kemungkinan tokoh ini akan dijadikan model suatu hari nanti dalam aspek teori matematik berteraskan gunaan dan kemanusiaan di mana pihak Sekretariat Falsafah Dan Sains Islam, U.S.M. telah mengulas semula dalam newsletternya, al-Hikmah, No. 7, 1999M/1420H. iii.d Syaikh Nawawi al-Bantani. Tokoh ini banyak mengarang. Antara kitab terbaik karyanya ialah Tafsir Marah al-Labid. iii.e Syaikh al-Muhaddith al-Musnid al-Faqih al-Ushuli Muhammad Mahfudz Termas. Mempunyai karya yang cukup penting. Wafat pada malam Isnin, 1hb.7. 1338 H. Tokoh ini turut dimasukkan sebagai ulama qurra` oleh Ilyas bin Ahmad al-Burmawi dalam Imta’ al-Fudhala` Bi Tarajim al-Qurra`. iv. Generasi Keempat (1900 Masihi) iv.a Tok Kenali. Tokoh ini berjaya menyepadukan antara keilmuan, penulisan dan pengurusan. Pendekatan ini berjaya memunculkan MAIK. Beliau menjadi tokoh yang berpengaruh dalam mewujudkan majalah Pengasuh sehingga pernah menjadi Ketua Pengarangnya. Tokoh ini telah banyak dibicarakan orang. iv.b Syaikh Pak Da Eil (wafat 1965 M). mulai mengajar ketika usia 16 tahun. Tokoh ini mempunyai kesepaduan ilmu dan bersifat tahqiq. Di atas sifat tahqiq inilah maka beliau melalui metode mengajar secara halus-halus atau ‘lumat’. Syaikh Abdul Qadir al-Mandili pernah berpesan kepada guru kami, “mu, Abdallah belajarlah dengan Pak Da selagi hidup sebab dia orang tua banyak ilmu”. Dalam kajian penulis yang terbaru, tokoh ini boleh diletak sebagai berperanan selaku pelapis ulung (min kibar ulama malayuwiyyah). Saya cuba berbicara tentang sains moden menggunakan pendekatan analisis Syaikh Pak Da terhadap al-maqulat al-‘asyara. Kitab ini dipelajarinya daripada Syaikh Muhammad Ali al-Maliki dan Pak Chik Wan Daud Patani. Huraian beliau banyak dipengaruhi pemikiran Syaikhul Azhar Hasan al-Attar. Tokoh Syaikhul Azhar ini telah mendapat perhatian dalam karya Prof. Dr. Osman Bakar sebagai tokoh model dalam era mutakhir Khilafah Uthmaniyyah. Saya berpendapat bahawa majoriti orang pondok mengikuti aliran pemikiran pembaharuan yang dilakukan oleh Syaikhul Azhar tersebut yang kini masih dipinggir dan diabaikan termasuk oleh Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi. iv.c al-Mufti Muhammad Nor bin Ibrahim. Tokoh ini amat berjasa dalam penyebaran Islam di Malaysia dan dikatakan mempunyai kedudukan kepopularan selepas Tok Kenali. iv.d Tok Guru Abdullah Tahir Bunut Payung. Menyeragamkan kesatuan ulama dalam melahirkan kader-kader berilmu. iv.e Tok Guru Hj. Abdul Aziz Pasir Tumboh. Pondok ini mempunyai ramai pelajar dan masih aktif. Pondok ini dikatakan sebagai lanjutan ilmu Tok Guru Hj. Abdullah Tahir Bunut Payung. Memandangkan generasi keempat mudah untuk dikesan dan bahan bertulis masih boleh didapati maka ramailah yang dapat mengisi ruangnya. para ulama mempunyai paradigma ala tasawwuf ketika memandangkan alam kosmologi. Inilah yang menyebabkan kitab-kitab tauhid sering menjadikan alam realiti sebagai bukti adanya Tuhan yang disebut Allah s.w.t. Ini juga membuktikan pendekatan ayat-ayat Makkiyyah tentang alam semesta menjadi asas pemikiran manusia. Antara tauhid dan tasawwuf perlu dijambatani oleh fiqh. Inilah ketiga-tiga asas ilmu yang berlegar-legar di Nusantara. Kitab-kitab fiqh mengatur kehidupan sehingga pernah wujud pemerintahan Islam yang mengamalkan hukum-hakam Islam sepenuhnya di sebelah sini seperti zaman Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu. Jasa baik hasil didikan ulama silam maka kita mempunyai raja-raja yang berjiwa rakyat dan disayangi oleh rakyat jelata dengan keberkatan ajaran Islam. Masyarakat pondok atau aliran tradisional perlu sekali mengekal budaya ilmu secara bersanad yang kini semakin diabaikan oleh institusi-institusi moden. Perlu memelihara perolehan keberkatan berilmu. Keberkatan ilmu, sebenarnya memainkan peranan penting dalam kejayaan sistem pengajian ulama silam. Berdasarkan apa yang telah disebutkan di atas juga menunjukkan bahawa ilmu-ilmu yang dipelajari dan diajari di Tanah Haram bersifat menyeluruh. a.2 Sekitar Tiga tokoh Ulama Dalam Pembangunan Tiga Model Pendidikan Islam Di Pulau Pinang Perkembangan pendidikan Islam di Pulau Pinang, telah melalui jalur perkembangan terhadap latar belakang sejarah yang sangat penting, jika dilihat dari segi kemajuan terhadap perkembangan proses terjadinya institusi pendidikan dalam lingkungan keluarga Melayu yang beragama Islam di negeri tersebut. Maka, dengan demikian kesan dari perkembangan model pendidikan di institusi pondok di kawasan negeri Fatani, Aceh dan Kedah pada masa sebelumnya, telah terwujud kemajuan kegiatan pendidikan agama Islam di Pulau Pinang dalam model yang sama ialah institusi pondok dan telah melahir para ulama sehingga berkesan sampai sekarang. Syeikh Zainal Abidin Al-Fatani (1820-1910), berada dalam zaman generasi ulama ketiga dan dikenal sebagai seorang tokoh ulama berasal dari negeri Fatani . Sebahagian masa hidup Beliau telah menghabiskan waktunya untuk membangunkan aktiviti keagamaannya melalui sebuah institusi pengajian pondok bagi masyarakat Melayu di Sungai Dua, Seberang Perai kawasan negeri Pulau Pinang. Beliau sangat dikenal oleh masyarakat negeri ini. Syeikh Zainal Abidin . Syeikh Zainal Abidin, pernah mendalami ilmu usuluddin dengan Syeikh Muhammad Thaiyib bin Mas’ud al-Banjari al-Qad-hi, Kedah. Perhubungan keilmuannya sampai kepada dua imam besar Ahlus Sunnah wal Jama’ah, ialah sampai sanadnya kepada Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi. Sebab inilah Syeikh Zainal Abidin al-Fathani diakui sebagai seorang ulama besar dan digelar sebagai Sirajuddin. Beliau mendapatkan pendidikan terakhir di Mekah dengan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani . Sebelum datang ke Pulau Pinang, pada tahun yang sama telah membuka sebuah institusi pondok di kampung kelahirannya sendiri Kesan dari membuka pusat pendidikan tersebut, telah banyak menghasilkan anak-anak muridnya. Selanjutnya, Beliau telah berhijrah ke Sungai Dua Seberang Perai, Pulau Pinang dan membangun sebuah institusi pondok di daerah ini . Dalam sumber maklumat, Syed Muhammad Dawilah al-Edrus dalam penyelidikannya terhadap perkembangan institusi pondok di Seberang Perai mengatakan bahawa Syeikh Zainal Abidin al-Fatani berhijrah ke Sungai Dua, terjadi sebelum tahun 1900 masehi. Kedatangan Beliau, bertujuan untuk membangunkan sebuah institusi pendidikan Islam di daerah tersebut . Diantara institusi pondok yang sedang berkembang di Pulau Pinang, terdapat 2 (dua) institusi pondok yang menjadi anak murid Syeikh Zainal Abidin al-Fatani ialah pondok al-Masriyah, Bukit Mertajam yang diasaskan oleh Syeikh Salleh al-Masri (1875-1971) dan pondok Manabil al-Ulum yang diasaskan oleh Syeikh Osman Jalaluddin (1880-1952), Penanti. Pondok Manabil al-Ulum masih mempertahankan bentuk institusi pondok dalam model pengajian menadah kitab-kitab lama dan pondok al-Masriyah telah merubah bentuk institusi pondok menjadi model pendidikan madrasah . Selanjutnya, dapat dikatakan disini bahawa institusi pondok telah dilahirkan oleh ulama sebelumnya, jauh lebih awal dari tokoh ulama reformasi dalam pendidikan Islam di Pulau Pinang. Seperti, Syed Syeikh al-Hadi (1867-1934), Syeikh Muhammad Tahir(1869-1965) , Syeikh Salleh al-Masri (1875-1971) dan sebagainya. Tokoh ulama reformasi dalam pendidikan Islam, mulai mengasaskan institusi pendidikannya pada tahun 1906 masehi . Syeikh Zainal Abidin selain menjadi tokoh ulama yang pertama yang membangunkan institusi pondok di Pulau Pinang, juga telah menghasilkan pelbagai penulisan hasil karyanya yang banyak bersumber kepada al-Quran, al-Hadis, Ijmak Ulama dan Qias . Syed Syeikh al-Hadi, seorang ulama yang berasal dari keturunan bangsa Arab, telah banyak menyumbang kegiatan agama Islam kepada masyarakat Pulau Pinang dalam pendidikan yang lebih moden dan telah mengadakan pembaharuan bentuk institusi pendidikan masyarakat Islam serta telah melibatkan dirinya dalam bidang penulisan serta penerbitan yang terawal di Pulau Pinang. Hasil karya penulisan Belaiu banyak menulis dalam bidang keagamaan dan kesusasteraan, sehingga telah berkesan terhadap perkembangan kesasteraan Melayu moden . Pada tahun 1895 Masihi, Syed Syeikh al-Hadi, dibawa oleh Syeikh Ahmad al-Fathani ke Mesir untuk menuntut ilmu dengan Syeikh Muhammad Abduh . Kemudian, bermula pada tahun 1919 Masihi telah mengasaskan sebuah Madrasah, yang diberi nama al-Masyhur al-Islamiah dan dibantu oleh Syeikh Muhammad bin Salim al-Kalali, Syeikh Tahir Jalaluddin dan Abbas Taha. Kemudia pada tahun 1908 Masihi, Syed Syeikh al-Hadi menerbitkan sebuah majalah yang bernama Al-Ikhwan di Pulau Pinang . Semasa itu, masyarakat di kawasan ini telah mengalami suasa dalam keadaan kekacauan dan kemunduran . Perjuangan Beliau, telah membangun masyarakat Melayu Pulau Pinang dari akibat membelenggu, mencegah amalan-amalan khurafat dan bida’ah di kalangan umat Islam pada masa itu. Idea pemikiran islah Beliau telah banyak membantu masyarakat Melayu ke arah membersihkan minda menuju ke arah memahami Islam yang sebenarnya . Kesan perjuangan Syed Syeikh al-Hadi, telah menyebarkan idea-idea pembaharuan Islam dengan tujuan ke arah pemutihan kepercayaan masyarakat Melayu dan meningkatkan taraf kepercayaan terhadap ajaran-ajaran agama Islam yang betul. Beliau telah berusaha dengan gigih untuk menyedarkan masyarakat Melayu dan betapa pentingnya untuk membangunkan terhadap kemajuan bangsanya sendiri. Beliau telah berusaha dengan berkerja keras untuk menyadarkan bangsa Melayu berkerja keras dan jangan sampai bermalas malasan . Namun, warisan Beliau tidak diteruskan oleh para pewarisnya, termasuk sebuah rumah penginapannya dimiliki oleh bangsa lain dan beragama lain tidak diperjuangkan untuk mengambil balik sebagai tanda usahanya selama ini pada waktu sebelumnya sebagai sebuah pusat khazanah ilmu dan pusat dakwah Islamiyah yang banyak memberikan sumbangannya kepada pelbagai pihak di kawasan Pulau Pinang. Sementara, ada seorang tokoh ulama bernama Syeikh Abdullah Fahim (1870-1961), cukup terkenal buat masyarakat Melayu di Pulau Pinang sebagai tokoh intelek Melayu yang banyak memberikan sumbang terhadap agama, bangsa dan negara. Terutama terhadap usaha-usaha Beliau memperjuangkan untuk mendapatkan kemerdekaan negara Malaysia dari pihak penguasa British dan telah membangunkan 2 (dua) model pendidikan Islam ialah dalam corak menadah kitab dan pendidikan corak moden yang dikenal sebutan madrasah. Beliau juga dikenal sebagai seorang tokoh ulama yang gigih membangunkan institusi pendidikan Islam dan membangun kemajuan dibidang politik bagi masyarakat Melayu Malaysia dan mempunyai kemahiran dalam ilmu syariah, ushuluddin, tasawwuf, tarikat, tafsir Quran, Hadis dan ilmu al-Falak . Syeikh Abdullah Fahim atau Syeikh Abdullah Bin Ibrahim merupakan seorang ulama yang sangat terkenal di kawasan Tanah Melayu dan pernah menjadi mufti pertama bagi negeri Pulau Pinang (1951-1961 masihi) dan Beliau dibesarkan oleh orang tuanya di Makkah. Beliau menuntut ilmu di Makkah dan selanjutnya di Madinah. Tercatat sebanyak lebih kurang 42 orang guru. Kepakaran Belaiu dalam ilmu Falak, pihak kerajaan semasa itu telah diminta untuk menentukan tarikh hari kemerdekaan untuk bangsa Melayu dan cadangan untuk menentukan tarikh tersebut diterima oleh masyarakat Melayu di Malaysia . Syeikh Abdullah Fahim, juga dikenal sebagai seorang tokoh ulama yang banyak memperjuangan nilai-nilai agama Islam dan telah memberikan jasa baik dalam membangunkan kemajuan dalam keilmuan Islam dan gerakan politik untuk pembebasan masyarakat Melayu dari penjajah British di Pulau Pinang. Ayahnya berasal dari negeri Fatani dan cukup terkenal sebagai seorang guru yang mempunyai kepakaran dalam mengajarkan al-Quran di Makkah. Haji Ibrahim, nama bapak Beliau telah mempunyai ramai muridnya di Makkah yang datang dari Malaysia, Indonesia dan negeri Fatani . Semangat kemelayuan Syeikh Abdullah Fahim untuk membela kedudukan masyarakat Melayu pada waktu itu, memang sangat kuat cita-citanya. Sehingga Beliau pernah membuat tindakan yang keras ke atas sesiapa yang memperkecilkan terhadap ajaran agama yang berpaling dari aliran ahli sunnah waljama’ah dan atas mazhab Imam asy-Syafi’iy. Pada sesuatu hari Beliau pernah menyerang dan meninggalkan suatu majlis bagi mereka yang mencuba memperkecilkan terhadap orang-orang Melayu, yang akan membawa kepada perselisihan pendapat dalam mazhab . B) Pengasasa Pertama Dan Jaringan Ulama Institusi Pondok Masyarakat Islam di Pulau Pinang, mengenal ulama pengasas institusi pondok pertama di negeri Pulau Pinang dengan sebutan nama Tual Minal. Sebutan gelaran ini ialah berasal dari nama Syeikh Zainal Abidin al-Fatani. Beliau dikenal sebagai seorang tokoh ulama yang terkemuka yang berasal dari keturunan Syeikh Ibrahim al-Hadhrami. Keturunan Beliau ialah melalui anak yang kedua dari Wan Jamilah Syandaniyah binti Syeikh Ibrahim al-Hadharami. Sementara, Wan Jamilah ialah berasal dari keturunan ulama besar yang termashoor di kawasan Nusantara. Terutama, melalui keturunan dari jalur Syeikh Wan Muhammad bin Syeikh Muhammad Dahan bin Syeikh Syamsuddin bin Syeikh Ja’far. Suami Wan Jamilah ialah bernama Syeikh Ja’far bin Syeikh Wan Husein bin Syeikh Ali. Kemudian Syeikh Wan Muhammad Dahan mendapat tiga orang anak yang menjadi ulama besar pula di kawasan negeri-negeri Melalyu. Ketiga-tiga anaknya itu, Syeikh Wan Muhammad al-Fathani, telah melahirkan keturunannya kepada Syeikh Zainal Abidin al-Fatani. Sementara Syeikh Wan Abdul Karim telah melahirkan keturunannya kepada Tok Raja Haji Jambu dan Syeikh Wan Abdul Lathif al-Fathani telah melahirkan keturunannya pula kepada Tok Duku dan jaringan kaum karabat Telok Manok. Sumber keturunan Syeikh Zainal al-Fatani yang telah dijelaskan di atas, diambil dari sumber maklumat Wan Mohd.Shagir bin Abdullah al-Fatani dan Beliau menjelaskan secara ringkas pula, tentang asal usul Syeikh Zainal Abidin Al-Fatani, sebagaimana dalam asal usul silsilah berikut ini : i. Syeikh Muhammad Zainal Abidin al-Fathani (Tuan Minal) bin Muhammad bin Muhammad Dahan bin Syamsuddin bin Ja’far bin Wan Husein bin Ali. Pertalian ini disebut kaum karabat Tuan Minal. Ulama yang digelar dengan Tuan Minal ini termasuk dalam golongan ulama yang terkenal di seluruh alam Melayu kerana beberapa buah karangannya yang tersebar luas. Sebagaiman telah diterangkan pada bab sebelumnya. i. Tuan Guru Haji Idris (Pak Cu Yih) bin Syeikh Wan Abdul Karim bin Wan Muhammad Dahan bin Syamsuddin bin Ja’far bin Wan Husein bin Ali. Pertalian ini disebut kaum karabat Tok Raja Haji Jambu. ii. Syeikh Wan Abdul Lathif bin Muhammad Dahan bin Syamsuddin bin Ja’far bin Husein bin Syeikh Ali. Pertalian ini disebut kaum karabat Tok Duku dan Telok Manok . Usaha-usaha Syeikh Zainal Abidin al-Fatani, terhadap penumbuhan institusi pondok dimulai setelah Beliau pulang dari menuntut ilmu di Mekkah. Beliau terus mengasaskan sebuah institusi pendidikan ini di suatu daerah yang ada di negeri Patani. Institusi pondok pertama yang diasaskan berada di daerah Bendang Badang, suatu daerah yang berada di kawasan wilayah Pattani Selatan Thailand sekarang. Setelah pondok yang diasaskan itu berjalan dengan baik dan teratur, maka Beliau terus berhijrah ke Sungai Dua, Seberang Perai, Pulau Pinang. Seterusnya, Beliau membangun institusi pondok di daerah ini. Pembangunan institusi pondok oleh Syeikh Zainal Abidin al-Fatani, merupakan kelanjutan dari kegiatan awal pengajian keagamaan yang telah dilaksanakan oleh Syeikh Jalaluddin bin Muhammad Yusya’ al-Kalantani. Beliau melaksanakan pengajian agama Islam melalui model pengajian tradisional yang telah tercatat pada tahun 1875 Masihi . Proses penumbuhan dan perkembangan pembelajaran pendidikan agama Islam yang telah di contohi oleh ulama sebelumnya, sangat berkesan setelah kedatangan ajaran Islam meresap dalam kehidupan harian masyarakat Melayu semasa itu. Maka proses penumbuhan awal pendidikan agama Islam sebelum penumbuhan institusi pondok, bagi anak-anak masyarakat Islam pada masa permulaan telah dididik untuk memahami ajaran agama Islam dengan menuntut agar anak didiknya dapat membaca dan menulis ayat-ayat Quran dengan guru-guru yang mengetahui dalam ilmu agama Islam dan dilaksanakan kegiatan pendidikannya melalui rumah-rumah guru itu sendiri. Kelanjutan dari perkembangan ini, apabila para penuntut ilmu menjadi bilangan banyak terus bertambah, maka timbul idea untuk mendirikan sebuah surau atau masjid yang dibangunkan berdekatan dengan rumah-rumah guru. Kemudian ekoran dari proses perkembangan pendidikan tempat ini, telah lahirlah suatu idea untuk mendirikan rumah-rumah kecil yang diberi nama pondok yang terletak di sekitar surau atau masjid tersebut. Hal ini, agar dapat memenuhi keperluan bagi para penuntut ilmu yang datang dari jauh tidak perlu berulang alik dari rumah-rumah gurunya dan dapat mempunyai tempat tinggal di institusi pendidikannya . Proses penumbuhan dan perkembangan pendidikan dalam bentuk tersebut, juga diamalkan oleh Syeikh Jalaluddin bin Muhammad Yusya’ al-Kalantani, sebelum kedatangan Syeikh Zainal Abidin al-Fathani ke Sungai Dua. Beliau mulai membangun institusi pondok di daerah ini, secara serentak dalam tahun yang sama yang telah diasaskan institusi pondok di negeri Fatani. Beliau telah mengurus kegiatan pendidikan di kedua institusi pondok tersebut dengan cara berulang alik. Sewaktu beliau pulang ke negeri Patani, pelaksanaan kegiatan pendidikan di institusi pondok yang berada di Sungai Dua, diuruskankan oleh sahabatnya yang bernama Syeikh Abdus Samad Kelumbung al-Fathani. Ulama ini, juga berasal dari negeri Patani yang berada di kampung Paya Bemban Jeringo, Teluk Manuk, Wilayah Narathiwat Selatan Thailand sekarang . Syeikh Zainal Abidin al-Fatani, ialah salah seorang ulama yang mempunyai keturunan yang banyak menjadi ulama. Diantara mereka ialah Syeikh Abdul Qadir bin Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani. Keturunan Syeikh Abdul Qadir al-Fathani ialah menjadi seorang ulama yang sangat berperanan dan berkesan bagi umat Islam negeri Patani. Beliau ialah bernama Haji Sulong al-Fatani. Ulama ini, diakui oleh masyarakatnya sebagai seorang bapa pembangun umat Islam di negerinya. Keturunan Syeikh Abdul Qadir al-Fathani semuanya menerima pendidikan langsung dari Syeikh Zainal Abidin al-Fatani sendiri, sama ada di institusi pondok yang berada di negeri Patani maupun di daerah Sungai Dua . Diantara anak-anak Syeikh Zainal Abidin al-Fatani ialah Haji Daud, Haji Abdul Qadir, Haji Muhammad Soleh, Haji Umar, Haji Hasan dan Hajah Fatmah. Salah seorang anak beliau yang bernama Haji Hasan mendapat dua anak, yang menjadi ulama ialah Haji Muhammad dan Abdur Rahman. Haji Abdur Rahman ini ialah ayah kepada Ustaz Uthman Fauzi yang mendapat pendidikan di Universiti Azhar, Mesir . Syeikh Zainal Abidin al-Fatani, berasal dari kampung Anak Ru negeri Patani, beliau telah mendapatkan pendidikan awal dari orang tuanya sendiri dan mendapat pengalaman dalam mengurus institusi pondok semasa Beliau menuntut ilmu di pondok Bendang Daya dan sempat berguru dengan Syeikh Haji Wan Mustafa bin Muhammad al-Fathani . Syeikh Zainal Abidin al-Fatani bersama Syeikh Abdus Samad Kelumbung al-Fathani, mereka berdua bersepakat untuk membangunkan institusi pengajian pondok yang ada di Sungai Dua dan dikatakan pula kedua ulama ini meninggal dunia di daerah ini . Semasa Syeikh Jalaluddin bin Muhammad Yusya al-Kalantani, menyerahkan pusat pendidikan dalam model pengajian tradisional yang ada di Sungai Dua kepada kedua ulama tersebut, atas alasan penting kerana Beliau ingin berangkat ke Mekkah untuk melanjutkan pelajarannya. Selain dari itu, Beliau juga menyerahkan tiga orang anaknya. Setelah menerima amanah yang berat ini, Syeikh Abdus Samad Kelumbung al-Fathani mengajak Syeikh Zainal Abidin al-Fathani untuk ikut serta dalam membangun dan membina pusat pengajian tersebut dapat berubah menjadi model pendidikan yang lebih rapi dan teratur. Akhirnya pusat pengajian ini telah berkembang menjadi sebuah institusi pondok dan telah meningkat maju serta mendapat sokongan dari pelbagai kalangan kelompok masyarakat setempat . Syeikh Zainal Abidin al-Fathani, ialah termasuk salah seorang ulama besar yang sangat terkenal di kawasan Nusantara. Setelah tiga orang anak Syeikh Jalaluddin al-Kalantani menuntut ilmu dengan Beliau sehingga mengetahui dalam pelbagai bidang ilmu agama Islam, kemudian tiga orang anak tersebut telah menjadi ulama dan telah ikut serta mengasaskan institusi pondok yang baru serupa dengan gurunya di sekitar Seberang Perai. . Tentang Syeikh Jalaluddin bin Muhammad Yusya’ bin Abdul Ghafur al-Jawi al-Kalantani, menurut dalam catatan riwayat sejarah, ada hubungan rapat pertalian nasab dan keturunan dengan keluarga besar para ulama yang terkenal di kawasan Nusantara. Diantaranya ialah Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman bin Abdul Ghafur al-Kalantani, Syeikh Abdus Shamad Kelombong, Syeikh Zainal Abidin al-Fathani, Syeikh Ahmad al-Fathani, Syeikh Daud bin Ismail al-Fathani, Haji Abdullah Fahim, Syeikh Usman Jalaluddin Penanti, Tuan Guru Haji Zakaria, Kampung Rambai dan sebagainya. Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman bin Abdul Ghafur al-Kalantani mempunyai hubungan kekeluargaan dengan beberapa orang ulama di Pulau Pinang. Sumber maklumat ini, berdasarkan pada tahun 1970 masihi, Wan Mohd.Shagir Abdullah telah mengadakan suatu penyelidikan di pondok Penanti dan telah menemui anak Syeikh Usman Jalaluddin, pengasas pondok Penanti yang bernama Haji Saleh dan pada kali yang kedua pula, pada tahun 1989 masehi di pondok yang sama, Beliau telah menemui menantu ulama tersebut, ialah Tuan Guru Haji Abdul Wahhab ialah seorang murid kepada Tuan Guru Haji Wan Ibrahim bin Abdul Qadir al-Fathani (Pak Cu Him), Gajah Mati, Kedah . Dalam rekod maklumat Wan Mohd Shagir, telah menjelaskan bahawa di pondok Penanti, telah banyak terdapat keterangan bahawa tiga orang anak Syeikh Jalaluddin al-Kalantani, telah menjadi ulama dan telah memperluaskan perkampungan baru serta mendirikan institusi pondok. Mereka ialah Haji Zakaria memimpin di Pondok Pematang Sungai Dua, Haji Muhammad Saleh telah membuka Pondok Kampung Setol dan Haji Abdullah telah membuka Pondok Pematang Buluh. Jarak ketiga-tiga pondok tersebut, berada berdekatan dan semuanya dalam kawasan Seberang Perai. Lantaran keluarga Abdul Ghafur al-Kalantani telah mempunyai keturunan beberapa orang anak, di antara mereka ialah Muhammad Yusya dan Abdur Rahman . Syeikh Muhammad Yusya memperoleh keturunan sebanyak tiga orang anak, ialah bernama Haji Mustafa, Hajah Sarahi dan Syeikh Jalaluddin al-Kalantani. Haji Mustafa bin Muhammad Yusya al-Kalantani pula menurut riwayat beliau adalah salah seorang yang membuka perkampungan Sabak Bernam. Beliau memperoleh keturunan tiga orang anak iaitu Haji Abdur Rahman, Hajah Fatimah dan Hajah Zubaidah. Hajah Sarahi binti Muhammad Yusya al-Kalantani telah berkahwin dengan Haji Muhammad Arsyad memperoleh keturunan tiga orang anak. Salah seorang di antara mereka ialah bernama Hajah Khatijah (atau Tok Itam) telah berkahwin dengan Haji Abdus Shamad bin Abdul Malik. Beliau memperoleh anak di antaranya bernama Syeikh Abdullah Shamad al-Filfulani dan Haji Syahabuddin ( masyarakat Sungai Dua mengenal dengan sebutan Tok Ayah). Salah seorang anak Haji Syahabuddin yang perempuan bernama Hajah Habibah dan berkahwin dengan Tuan Guru Haji Ahmad, Sungai Petai, Perak. Memperoleh anaknya bernama Datuk Dr. Haji Hasan Haji Ahmad (Mufti Pulau Pinang sekarang) dan Prof. Madya Saleh Haji Ahmad (Pensyarah di Universiti Malaya) . Syeikh Jalaluddin bin Muhammad Yusya’ al-Kalantani telah berkahwin dengan Hajah Sara binti Haji Muhammad Tahir al-Fathani. Hajah Sara ialah ada hubungan kait dari segi keturunan keluarga dengan Haji Ibrahim (Pak Him). Haji Ibrahim ini ialah ayah kepada Syeikh Abdullah Fahim yang mengasaskan pondok di Kepala Batas dan Haji Tahir, pernah menjadi Kadi di Balik Pulau negeri Pulau Pinang. Perkahwinan Syeikh Jalaluddin al-Kalantani dengan Hajah Sara binti Haji Muhammad Tahir al-Fathani ini, telah memperoleh keturunan tiga orang anak dan mereka telah menjadi ulama ialah Haji Zakaria, Haji Muhammad Saleh, Haji Abdullah. Haji Zakaria bin Jalaluddin al-Kalantani kahwin pula dengan Rabi’ah binti Lebai Din, memperoleh keturunan tujuh orang anak, di antaranya Arsyad. Arsyad pula memperoleh anak bernama Haji Ja’afar, yang mengasaskan pondok di Padang Lalang, Seberang Perai. Anaknya yang kedua ialah Hajah Asma kahwin dengan Haji Awang, anaknya bernama Haji Yahaya . C) Perkembangan Institusi Ulama Pondok Institusi pondok, jika ditinjau dan diteliti dengan kenyataan yang masih berkembang pada masa sekarang, khususnya bentuk institusi pondok dalam model Salafi atau dikenal oleh masyarakat setempat dengan sebutan model pengajian menadah kitab. Model ini, masih berkembang di kawasan Pulau Pinang dan telah memberikan kesan kemajuan dalam kegiatan pendidikan agama Islam bagi masyarakat Melayu sebelumnya. Institusi pondok dalam model pengajian menadah kitab ialah sebuah institusi pendidikan yang menggunakan sumber kitab-kitab muktabar atau kitab-kitab kuning sebagai sumber pengajarannya. Sementara pelaksanaan kegiatan pengajiannya, para penuntut ilmu tumpuannya kepada seorang pendidik yang memimpin kegiatan pendidikan dalam keadaan duduk bersila di atas lantai, kemudian dikelilingi oleh para penuntut ilmu dalam keadaan yang sama dalam bentuk halaqah atau dalam bentuk lingkaran bulat. Suasana ini, berlangsung di sebuah balai, madrasah atau masjid yang ada dilingkungan institusi pondok. Pada umumnya para penuntut ilmu menginap di pusat pendidikan atau di rumah kecil semacam bangsal yang disediakan oleh para pemimpin institusi pondok atau dibangunkan sendiri oleh para penuntut ilmu bersama dengan orang tuanya atau kadang kala dibangunkan oleh masyarakat setempat sebagai sumbangan kepada para pengasas institusi pondok pertama. Penjelasan dalam dua arena tersebut, khususnya bagi masyarakat Melayu yang pernah menuntut ilmu di institusi pondok akan mempunyai rekod pribadi dan tergambar dengan kesan pengalamannya terhadap suasana tersebut. Untuk tempat penginapan bagi para penuntut ilmu disebut dengan nama pondok ialah sejenis bangunan kecil digunakan sebagai tempat penginapannya. Bangunan ini, berbentuk rumah kecil semacam bangsal yang ada berderetan dan berbaris dengan rapi serta lokasinya berada tidak jauh dengan rumah para pemimpin institusi pondok atau rumah Tuan Guru. Sementara rumah para pemimpin institusi pondok dibangunkan berdekatan dengan bangunan Balasah, Musholla, Madrasah atau Masjid. Bagi institusi pondok yang menerima pelajar wanita, tempat penginapannya dibangunkan di belakang atau di samping rumah para pemimpin institusi pondok, supaya lebih mudah dijaga keselamatan dan mudah dikawal jika terjadi sesuatu yang tidak diinginkannya. c.1 Unsur-Unsur Pondok Pada masa sebelumnya, sebutan nama pondok, dikenal oleh masyarakat Melayu Islam di kawasan Pulau Pinang ialah dimaksudkan dengan sebuah institusi pendidikan yang mendidik agama Islam kepada masyarakat yang ada sekitar penumbuhannya. Institusi pendidikan ini, menggunakan model pengajian menadah kitab sebagai kegiatan pendidikannya. Ialu mempunyai beberapa unsur-unsur yang terpenting ialah ada seorang pemimpin dalam pelaksanaan kegiatan pendidikan agar dapat menyampaian ajaran agama Islam melalui bentuk Halaqah, mempunyai para penuntut ilmu yang punya tempat penginapan sementara dalam pusat pendidikan yang disebut dengan istilah pondok dan mempunyai pusat kegiatan pendidikan atau mempunyai suatu bangunan untuk menjadi pusat kegiatan pendidikannya. Bangunan ini, disebut dengan istilah musholla, madrasah atau masjid. Kadang kala juga digunakan rumah pemimpin institusi pondok atau rumah Tuan Guru sebagai pusat kegiatan pendidikannya. Unsur terakhir ialah isi ajaran agama Islam yang disampaikan kepada para penuntut ilmu, menggunakan sumber dari kitab-kitab lama dari hasil karya ulama sebelumnya atau lebih dikenal dengan sebutan kitab kuning bagi masyarakat Indonesia . Model pendidikan di institusi pondok dalam bentuk Halaqah dan unsur-unsur pelengkapan institusi pondok yang telah dijelaskan diatas, telah lama hidup dalam suasana masyarakat Melayu Islam dan telah berkembang serta mempertahankan tradisi dan identitinya sampai sekarang. Ia berada di tengah-tengah masyarakat Melayu Islam dan telah tersebar luas di seluruh kawasan Pulau Pinang. c.2 Institusi Pondok Sebagai Pusat Dakwah Islam Sejarah penumbuhan dan perkembangan pendidikan di institusi pondok merupakan sebahagian dari pekerjaan dakwah Islam bagi para pemimpin institusi pondok pada masa sebelumnya. Para pemimpin institusi pondok telah menyebar luas ajaran agama Islam dengan bentuk pendidikan melalui model pengajian menadah kitab. Mereka telah mengembangkan ilmu pengetahuan berdasarkan dengan keyakinan pada ajaran agama Islam yang telah diajari oleh ulama sebelumnya, sehingga bentuk pendidikan di institusi pondok telah berkembang secara turun temurun dengan membekalkan suatu wasiat yang telah ditanamkan oleh para pemimpin pondok kepada para penuntut ilmunya dengan ajaran agama Islam yang perlu disebar luaskan ialah merupakan suatu amanah sebagai warisan para nabi dan rasul yang terdahulu yang wajib disampaikan dan harus dikembangkan kepada umat manusia. Maka, dengan demikian penumbuhan dan perkembangan pendidikan agama Islam di institusi pondok yang telah berkembang dari masa kesemasa sehingga sekarang, merupakan suatu kebanggaan bagi masyarakat Islam di Pulau Pinang. Sebagai suatu perbandingan, jika melihat perkembangan ini di kawasan lain telah mempunyai proses perkembangannya sama. Kalau dikaji tentang latar belakang sejarah penumbuhan dan perkembangan institusi pondok, telah terujud di pelbagai tempat di kawasan Nusantara. Seperti, di kepulauan Jawa Indonesia dan di negeri-negeri Melalyu kawasan Nusantara tercatat sekitar abad ke 15 masihi. Proses penumbuhan dan perkembangan institusi pondok ialah berasal dari salah satu teknik yang diciptakan oleh tokoh pemimpin Islam terdahulu dalam bentuk penyampaian pengajian agama Islam dengan melalui hidup bersama di rumah para pemimpin pondok sendiri dan jika guru memerlukan untuk keluar dari rumahnya atau musafir ke satu tempat dengan tujuan tertentu, para penuntut ilmu diajak untuk ikut serta dengan guru, maka semasa mereka bersama dengan guru, jika guru ada masa peluang, disinilah guru memberikan pengajaran terhadap agama Islam . Proses penyampaian pendidikan agama Islam dalam model tersebut, sangat berkesan dikemudian hari dan telah dicontohi model pendidikan semacam ini, di seluruh kepulauan Jawa. Model pendidikan ini, sangat terkenal dikalangan masyarakat Jawa Kuno dan pada akhirnya bentuk pendidikan tersebut telah berkembang menjadi pembentukan pusat pendidikan agama Islam dalam bentuk institusi pendidikan yang diberi nama pondok pesantren dikemudian harinya. . Perkembangan model pendidikan di institusi pondok yang ada di kawasan kepulauan Jawa, dilaksanakan dalam model yang sama sebagaimana telah berlaku di kawasan tanah Melayu ialah dalam model halaqah. Di kepulauan Jawa model ini lebih dikenal dengan sebutan model Bandongan atau cara Wetan. Kedua istilah ini, berasal dan diambil dari bahasa Jawa Kuno dan digunakan dalam lingkungan institusi pondok. Cara pelaksanaan kegiatan pendidikan agama Islam dalam model Bandongan atau Wetan ini dimaksudkan dengan adanya sekelompok para penuntut ilmu diantara lima orang sehingga ratusan orang sedang mendengarkan para pemimpin pondok sedang membaca, menterjemah, memberikan penjelasan dan membahas dengan ada rujukan berupa sebuah kitab agama Islam dalam bahasa Arab. Maka, setiap para penuntut ilmu diwajibkan untuk mendengar serta memperhatikan sebuah kitab yang dimilikinya masing-masing dan membuat catatan masing-masing apa saja yang telah didengar dari pembahasan para pemimpin institusi pondok . Syed Muhammad Dawilah al-Edrus, mengemukakan pendapatnya bahawa bentuk pendidikan di instutisi pondok mempunyai penekanan dalam pendidikannya kepada ampat konsep, ialah konsep mendidik, menuntut ilmu, membentuk pribadi dan terakhir ialah konsep belajar. Proses pendidikan ini, melalui model menadah. Kemudian, pelajar dituntut untuk membawa kitab-kitab tersebut ke hadapan para pemimpin pondok untuk membaca dan mendengar isi syarahannya. Model ini, digunakan semua oleh institusi pondok pada masa itu . Menurut Nurcholish Madjid, proses penumbuhan dan perkembangan model pendidikan di institusi pondok berasal dari model Zawiyah ialah suatu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t, melalui kegiatan yang disebutkan dengan Wirid dan Suluk. Sebelumnya, model Zawiyah berkembang di sekitar kawasan India dan akhirnya berkembang pula menjadi model pendidikan Gilda. Gilda diertikan dengan tempat penginapan sementara untuk tujuan mendalami ilmu agama. Kemudian bentuk ini pula telah berkembang menjadi pusat kegiatan perdagangan dan pendidikan. Pada akhirnya institusi ini, dapat menjadikan tempat tumpuan untuk kekuatan politik di kemudian hari di India. Sementara di kawasan Nusanrata, seperti di kepulauan Jawa, telah berkembang menjadi pusat-pusat dakwah Islam, seperti di daerah Ampel, Giri dan sebagainya. Pada akhirnya pusat-pusat tersebut berkembang menjadi model pendidikan di institusi pondok . Pada masa sebelumnya, sekitar abad ke 12-13 masihi, merupakan masa kemunduran umat Islam dalam hal ehwal perkembangan politik, ketenteraan, keilmuan dan sebagainya. Maka, gerakan kaum Sufi telah mengambil peranan untuk menyuburkan jiwa keagamaan di kalangan umat Islam. Gerakan keagamaan mereka ialah sebagai menyambung atau sebagai perantaraan yang menyebabkan ajaran agama Islam tersebar luas dari Timur Tengah menuju ke kawasan Nurantara. Di dalam kumpulan mereka, bergabung juga dari ahli-ahli pedagang, pengembara dan para dakwah Islam yang datang menyebar luaskan ajaran agama di kawasan Nusantara. Kemudian tugas selanjutnya setelah mereka mengislamkan masyarakat Nusantara diterus oleh para ulama ahli Fiqh, ahli Kalam dan sebagainya . Menurut Haji Muhammad Yacup, mengatakan bahawa asal usul penumbuhan dan perkembangan institusi pondok berasal dari model pendidikan Guru Kula ialah sebuah institusi pendidikan yang khusus untuk mengasuh dan membimbing kepada anak-anak orang bangsawan dari kalangan masyarakat yang beragama Hindu. Model pendidikan ini, mempunyai riwayat sejarah penumbuhan dan perkembangan dari negeri India. Model pendidikan ini, telah berkembang ke kepulauan Jawa sebelum agama Islam bertapak disana. Maka, setelah para pendakwah Islam berhasil mengislamkan terhadap masyarakat Jawa. Maka, model pendidikan ini, oleh para pendakwah Islam telah mengubah bentuknya menjadi model pendidikan di institusi pondok, sehingga sekarang . c.3 Institusi Pondok Mengambil Contoh Di Makkah Dan Madinah Untuk kawasan di negeri Melayu Nusantara, dalam riwayat sejarah telah tercatat bahawa ketika kawasan ini, dikuasai oleh para penjajah negeri Tanah Melayu. Para tokoh pendidikan agama Islam selalu memikirkan tentang bentuk institusi pendidikan yang dapat bersaingan dengan bentuk institusi pendidikan yang mereka terapkan dalam masyarakat Melayu semasa itu. Model pendidikan di institusi pondok telah memainkan peranan penting dan telah menjadikan model pendidikan yang dapat bersaingan dengan model pendidikan yang telah dikembangkan oleh penjajah negeri Melayu tersebut. Perkembangan tersebut, telah tercatat pada abad ke-19, institusi pondok, telah menjadikan pusat pendidikan agama Islam yang terkenal dan ada hubung kait diantara institusi ini dengan model pendidikan yang sedang berlangsung di Makkah semasa itu. Pelajar yang tamat pendidikan di institusi pondok yang ada di kawasan Nusantara akan diakui untuk melanjutkan pendidikannya disana. Ulama di institusi pondok telah mencontohi model pendidikan yang digunakan di dalam Masjid Haram Makkah dengan melalui model Halaqah. Maka seorang pelajar yang telah tamat mengikuti pendidikan agama Islam sampai mempunyai ilmu pelbagai bidang dan menjadi seorang ulama. Kemudian setelah pulang ke kawasan negeri Melayu, pihak masyarakat setempat akan disediakan sebidang tanah sebagai tempat untuk penginapan dan pusat pendidikan baginya dan disediakan sebuah kawasan untuk menjadikan tempat penginapan sementara bagi pelajar yang akan mengikuti pendidikan di institusi tersebut . Kalau ditinjau sejauh sebelumnya, model pendidikan di institusi pondok yang masih berkembang sehingga sekarang, pada masa sebelumnya telah diberikan contoh oleh Rasulullah s.a.w. tentang cara penyampaian model pendidikan agama Islam semasa di masjid Madinah. Semasa itu, di masjid tersebut telah menjadikan pusat pendidikan agama Islam dan dalam majlis kegiatan pendidikannya telah diikuti oleh masyarakat setempat dan dari penduduk Kabilah bangsa Arab yang lain yang datang dari jauh dari negeri Madinah sehingga mereka telah membangun tempat penginapan sementara yang tumpuannya di sekeliling sekitar lingkungan masjid Madinah. Tempat penginapan semasa itu, dikenal oleh masyarakat Arab dengan sebutan Fundug yang dimaksudkan dengan tempat beramal dan tempat singgah sementara . c.4 Beberapa Model Dan Corak Pendidikan Di Institusi Pondok Kesan dari proses perkembangan kegiatan pendidikan agama Islam di Madinah, di kawasan Nusantara telah lahir institusi pondok dalam model pengajian menadah kitab, sering kali juga disebut dengan bentuk Salafi atau bentuk Halaqah. Yaitu model yang tetap mempertahankan pengajaran kitab-kitab lama (kitab muktabar atau kitab kuning) sebagai inti pendidikan di dalam institusi pondok. Institusi pondok dalam model pendididkan ini kebanyakan melaksanakan pengajiannya pada tiap-tiap waktu selepas shalat fardhu atau sebelumnya dan pada waktu-waktu yang tertentu menurut permintaan para penuntut ilmunya. Sedangkan institusi pondok dalam model pendidikan madrasah sebelumnya merupakan corak pendidikan yang berusaha melaksanakan kegiatan pendidikan agama Islam secara penuh masa melalui bentuk pembahagian kelas menurut kemampuan pelajar. Kemudian selanjutnya berkembang menjadi Sekolah Agama Rakyat (SAR) atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan dalam model pendidikannya di masukan model pendidikan akademik. Sementara bentuk institusi pondok dalam corak moden, melaksanakan pendidikannya dengan cara mengintegrasikan model pendidikan agama Islam bersama dengan model pendidikan akademik dan ada sebahagian pondok lagi selain melaksanakan pendidikannya dalam bentuk moden, dimasukan juga model pengajian tahfiz al-Quran. Sebahagian pondok yang melaksanakan pendidikan dalam corak moden dengan tujuan memodernisasikan bentuk pendidikannya, kerana ingin menyempurnakan sistem pendidikan agama Islam yang dilaksanakan dalam institusi pondok. Perkembangan bentuk institusi pondok dalam pelbagai model pendidikan tersebut, telah mempunyai kecenderungan dan arah baru dalam rangka renovasi terhadap sistem pendidikan yang selama ini dipergunakan. Perubahan-perubahan yang dapat dilihat di institusi pondok dalam bentuk tersebut, mulailah akrab dengan menggunakan metodologi ilmiah secara moden dan lebih terbuka atas perkembangan di luar kawasannya serta pembahagian program institusi pondok dan kegiatannya semakin terbuka dan meluas. Maka institusi pondok seperti ini, sudah dapat mulai berfungsi sebagai pusat pengembangan pendididkan kepada masyarakat sekarang. Ada sebahagian institusi pondok lagi yang tidak mau menuju kearah sistem pendidikan moden, bagi mereka mempunyai alasannya tersendiri, kerana mereka masih menjaga dan mempertahankan terhadap nilai-nilai penyebaran budaya keilmuan dan konsep pendidikan yang telah diwariskan oleh para ulama masa sebelumnya. Sebagaimana dapat dibuktikan bahawa sebanyak 21 buah institusi pondok dalam pelbagai model pendidikannya yang sedang berkembang di negeri Pulau Pinang. Ialah di Seberang Perai Utara terdapat sebanyak 10 buah iaitu madrasah al-Sa’adah, madrasah Da’iratul Ma’arif al-Wataniyah, madrasah Khairiyah al-Islamiyah, madrasah Sa’adiyah, madrasah Ma’had Samadani, madrasah Ma’had al-Huda, madrasah al-Falah, madrasah Da’iratul al-wataniyah, madrasah al-Gharib dan madrasah al-Nushu wal-Istika. Di Seberang Perai Tengah terdapat sebanyak 8 buah, iaitu madrasah Tarbiyah al-Ulum, madrasah Yatimiyah Islamiyah, madrasah Ma’had al-Ishad, madrasah Irsya al-Affal, madrasah Tarbiyah Abta’iyah, madrasah al-Masriyah, madrasah Fakoyat al-Da’imiyah dan madrasah Rahmaniyah. Semantara di Seberang Perai Selatan terdapat sebanyak 3 buah iaitu madrasah Diniyah al-Islamiyah(Nibong Tebal), madrasah Diniyah al-Islamiyah (Sungai Bakap) dan madrasah Irshadiyah . Kalau ditinjau secara umumnya institusi pondok yang ada di Pulau Pinang, dapat di klasifikasikan menjadi lima model pendidikannya, sebagaimana berikut : i. Pondok dalam model tradisional, ialah pondok yang hanya melaksanakan pendidikan agama Islam dalam Corak pengajian menadah kitab. ii. Pondok dalam model tradisional kombinasi dengan model pendidikan madrasah, yakni pondok yang hanya melaksanakan pendidikan agama Islam sahaja dalam dua model pendidikan ialah corak pengajian menadah kitab bersama dengan corak pendidikan klasikal. iii. Pondok dalam model pendidikan madrasah sahaja ialah institusi pondok dalam corak pendidikan Sekolah Agama Rakyat (SAR), yakni melaksanakan pendidikan agama Islam bersama dengan pendidikan akademik, atas bantuan sendiri. iv. Pondok dalam model semi pendidikan madrasah ialah institusi pondok dalam corak pendidikan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), yakni melaksanakan pendidikan agama Islam bersama dengan pendidikan akademik, atas bantuan kerajaan pusat. v. Pondok dalam model pendidikan moden, ialah institusi pondok dalam kegiatan pendidikannya telah mengintegrasikan diantara pendidikan agama Islam dengan pendidikan akademik. Secara general institusi pondok yang ada di Pulau Pinang sekarang dapat dibezakan menjadi tiga macam bentuk institusinya, yaitu sebagaimana berikut : i. Institusi pondok dalam model pengajian Tradisional ii. Institusi pondok dalam model pendidikan madrasah iii. Institusi pondok dalam model pendidikan moden D) Model Pengajian Tradisional Institusi pendidikan pondok dalam model pengajian tradisional ialah pelaksanaan kegiatan pengajiannya melalui corak pengajian menadah kitab. Model pengajian ini, juga dikenal dengan model pendidikan Salafi dengan melalui bentuk Halaqah dan dalam kegiatan pengajiannya tidak menggunakan sistem kelas. Kegiatan pengajiannya tetap menggunakan tradisi dan idiltiti keaslian para ulama sebelumnya ialah dengan melalui corak pengajian menadah kitab. Kitab dipergunakan dalam pengajian ini ialah dari hasil karya penulisan para ulama yang termashoor di kawasan Nusantara. d.1 Tahapan Corak Pengajian Menadah Kitab Cara pelaksanan kegiatan pendidikan di institusi pondok dalam corak pengajian menadah kitab, masih menjaga tradisi dan perancangan pengajiannya mengikuti institusi pondok masa sebelumnya ialah mempunyai rencangan pendidikannya sebanyak tiga tahapan, sebagaimana berikut : i. Tahap pertama dimanakan tahap Asas ii. Tahap kedua dinamakan tahap Halaqah iii. Tahap ketiga dan tahap dinamakan tahap Takhossus . Untuk menetukan tamat pengajian bagi para pelajar dalam corak tersebut, tergantung kepada mereka yang mempunyai sifat-sifat kesabaran, ketabahan dan keikhlasan dalam menuntut ilmu untuk melalui 3 (tiga) tahap tersebut. Tahap pengajian ilmu-ilmu Asas ialah merupakan pelaksanaan pengajian yang ada hubung kait dengan ilmu-ilmu dasar dalam agama Islam dan ilmu-ilmu alat sebagai kunci untuk memahami kitab-kitab muktabar dari bahasa Arab. Seperti, ilmu Nahu, Sarof (tata bahasa Arab) dan sebagainya. Selain mempelajari ilmu-ilmu alat, juga mempelajari ilmu agama yang ada hubung kait dengan fardhu ain yang terdapat dalam kitab-kitab kecil dari bahasa Melayu. Ditahap ini, para pelajar mengikuti pendidikannya melalui para penolong pemimpin di institusi pondok atau dalam istilah lingkungan pondok disebut dengan nama Kepala Muthola’ah yang ertinya, seorang guru pembantu. Hal ini, bertujuan untuk mempersiapkan diri sebelum mengikuti pengajian yang lebih tinggi dengan para pemimpin pondok atau sebelum sampai menuju kepada tahap kedua ialah tahap Halaqah. Tahap ini, para pelajar sudah dapat memahami ajaran agama secara kesuruhannya dan dapat membaca kitab-kitab muktabar atau kitab kuning dari bahasa Arab tanpa berbaris . Untuk tahap ketiga ialah tahap terakhir yang dinamakan tahap Takhossus yang merupakan tahap kepakaran untuk mendalami sesuatu ilmu yang tertentu. Biasanya para pelajar harus berpindah atau Bermusafir ke institusi pondok yang lain untuk mendalami suatu ilmu-ilmu lain yang tidak ada di pondok asal atau pemimpin pondok yang mereka sedang menuntut ilmu itu tidak mahir atau tidak mempunyai kepakaran dalam ilmu yang mereka memerlukannya. Ada sebahagian dari mereka lagi terus sambung pelajarannya ke Makkah atau ke Madinah sebagai suatu pengesahan ilmu-ilmu yang sudah dipelajari dengan para pemimpin pondok sebelumnya . Kebanyakan kitab-kitab yang dipergunakan dalam institusi pendidikan pondok dalam model pengajian Salafi atau corak pengajian menadah kitab, diambil dari hasil karya penulisan dan berorientasikan dengan ulama yang dikenal dengan sebutan Haramayn. Ulama yang dimaksudkan disini ialah ulama yang mempunyai kehidupan di kedua negeri yaitu Makkah dan Madinah. Di kedua negeri tersebut ialah merupakan tempat yang terpenting dalam penglibatan ulama keilmuan Islam pada abad ke-15. Pengaliran budaya keilmuan dari Haramayn telah berkembang ke kawasan Nusantara pada abad ke-19. Semasa ini, institusi pendidikan pondok di negeri-negeri Melayu merupakan suatu kemajuan yang sangat dibanggakan dan telah melahirkan ulama-ulama yang terkenal di kawasan ini . d.2 Sisa Corak Pengajian Menadah Kitab Di Pulau Pinang Institusi pondok yang masih aktif dalam menjalankan tugas kegiatan pendidikan dengan mengamalkan bentuk pengajian model ulama pada masa sebelumnya dengan melalui corak pengajian menadah kitab muktabar atau kitab-kitab kuning, terdapat sebanyak 2 (dua) buah pondok yang masih aktif untuk melaksakan kegiatan pendidikannya di negeri Pulau Pinang yaitu pondok Penanti dan Sungai Bakap . Pondok Penanti, dikenal dengan nama Manabi’ al-‘Ulum yang telah diasaskan oleh Syeikh Osman Jalaluddin. Para pelajar yang menuntut ilmu disini tanpa mendapatkan sijil seperti institusi pendidikan model sekolah diniyah, sekolah agama rakyat dan sekolah model pendidikan akademik yang lain. Institusi pondok Manabi’ al-Ulum di Penanti, tetap mempertahankan bentuk tradisi ulama sebelumnya dengan melalui corak pengajian menadah kitab sehingga sekarang. Sementara pondok Sungai Bakap yang dikenal dengan nama Irshad al-Ashraf al-Wataniyah yang telah diasaskan oleh Tuan Guru Haji Yusof Bin Haji Saad. Bentuk kegiatan pendidikan di institusi ini, melalui dua model pendidikannya. Pertama ialah melalui model tradisional dalam corak pengajian menadah kitab dan model kedua melalui pendidikan madrasah. Model pendidikan ini, dimulai pada waktu pagi sehingga sebelum masuk waktu sholat zuhor dan kurikulomnya berkiblat dengan sistem pendidikan dari Azhar dan dilanjutkan pula dengan model tradional dalam corak pengajian menadah kitab. Waktu kegiatan pendidikan ialah setiap selepas sholat fardhu . Bentuk kegiatan pendidikan dalam corak pengajian menadah kitab, biasanya dilaksanakan pada setiap waktu selepas sholat fardhu dan dituntut bagi anak didiknya membaca Quran selepas sholat subuh atau solat zuhor dengan para pelajar yang senior dan bagi para pelajar yang menuntut ilmu di institusi pondok dalam model ini, setelah tamat tingkatan sanawiyah atau aliyah selama 10 tahun akan diberi sijil penghargaannya untuk menyambung pelajarannya ke Timur Tengah dan ke pelbagai negara di dunia Arab. Untuk para pelajar yang ingin menyambung pelajarannya dalam negeri, pihak pondok telah berusaha melaksanakan program pendidikan masa pendek dengan melalui mata pelajaran yang ditentukan oleh pihak kerajaan pusat agar para pelajar dapat mengikuti pepereksaan sijil SPM atau STAM dan sebagainya . Pendidikan di institusi pondok yang menggunakan model tradisional dalam corak pengajian menadah kitab mutakbar. Seperti, pondok Penanti dan pondok Sungai Bakap, untuk para pelajar yang tidak mengikuti pendidikan dalam model pendidikan madrasah, kelangsungan pengajiannya dituntut untuk semata-mata menperoleh suatu keredaan dan keberkatan dari Allah swt. Maka, kewajiban bagi seorang pelajar untuk bertanggungjawab supaya berusaha mengamalkan dengan ilmu yang dipelajarinya. Oleh sebab demikian, suatu pengiktirafan semacam suatu penghargaan dengan diberikan sijil atau surat pembuktian kelulusan tamat pendidikan bukan menjadi syarat yang mutlak atau syarat utama bagi institusi pondok dalam corak pengajian menadah kitab. Lantaran kehidupan harian bagi para pendidik yang bertugas mengajar dan anak didiknya yang menuntut ilmu dengan mereka, kebanyakannya telah mendapatkan sokongan atau sumber kewangan melalui pemberian zakat dari masyarakat setempat atau suatu yayasan sosial dan kadang kala mendapat dari ibu bapak anak didik itu sendiri. Untuk tempat penginapan bagi para pelajar di institusi dalam model pendidikan ini, diwakafkan oleh masyarakat setempat secara turun tenurun dan berada dibawah jagaan institusi pondok . Maka peranan model pendidik di institusi pondok yang masih menggunakan corak pengajian menadah kitab, kalau di bandingkan dengan institusi pondok yang sudah berubah bentuk menjadi corak Sekolah Agama Rakyat Bantuan Kerajaan (SABK) atau sekolah model lain, sangat berbeza dari segi pendidikan dan pengurusan institusinya. Model pendidikan disini diatur mengikut ukuran umur dan kemampuan para pelajar. Namun di institusi pondok yang menggunakan corak pengajian menadah kitab tidak menjadikan alasan terhadap ukuran umur bagi para pelajarnya. Disini, diberikan kesempatan dan kebebasan kepada masyarakat setempat atau kepada sesiapa sahaja yang ingin mengikuti pengajiannya. d.3 Pengkadiran Di Institusi Pondok Model Pengajian Tradisional Tradisi yang sangat cermerlang yang masih tersisa di institusi pondok ialah para pelajar diasuh dan dididik seperti anak sendiri. Selebih itu, Tugas para pelajar bukan sekadar menuntut ilmu sahaja, tetapi juga harus ikut serta dengan para pendidik turut bersama dalam membangunkan kehidupan sosial dengan masyarakat setempat. Satu ciri lain, dalam peningkatan pengalaman dan keilmuan bagi para pelajar di institusi pondok ialah dengan adanya kelebihan keilmuan atau kepakaran yang khusus dari para pendidik yang menyebabkan para pelajar boleh berpindah menuntut ilmu dari seorang guru kepada seorang guru yang lain. Para pelajar melakukan perpindahan demikian bagi maksud penambahan ilmu atau mendalami ilmu yang masih kurang atas dirinya. Sebab ada diantara para pendidik yang mempunyai kelebihan ilmu pengetahuan yang tidak sama diantara satu sama lain dalam pelbagai bidang ilmu agamanya yang ada di sekitar lingkungan institusi pondok masing-masing . Selanjutnya, ada juga diantara para pendidik yang mempunyai kepakaran di bidang ilmu fiqah hingga digelar alim Fiqih, ada yang alim dalam ilmu Tasawwuf lalu digelar alim Tasawwuf, begitu juga ilmu-ilmu Islam yang lain. Dengan ta’at kepada guru, banyak berusaha mintak doa kepada Allah, salawat yang diamalkan setiap hari, tahajud yang dibuat setiap pertengahan malam, sebagaimana yang di amalkan dilingkungan pondok Sungai Bakap sekarang, maka para pelajar tersebut akan menjadi seorang yang dapat dinilai suatu kecemerlangan disisi Allah s.w.t. Sementara kitab-kitab yang digunakan di institusi pondok corak pengajian menadah kitab ialah kitab-kitab muktabar yang telah diguna pakai dan dikarang oleh ulama-ulama Nusantara dan diperakui ratusan tahun lamanya serta dipelajari sehingga sekarang oleh pelbagai institusi pondok yang masih aktif di Pulau Pinang dan sekitarnya . Proses pendidikan di institusi pondok, kalau ditinjau dalam pengertian dan maksud yang sebenarnya ialah dapat dikatakan bahawa sebuah institusi pendidikan Islam yang sangat istimewa dan tinggi nilainya dalam kedudukan masyarakat Melayu. Para pemimpin pondok telah mengamal dan mengurus ilmu-ilmu yang ada hubung kait dengan agama Islam secara mendalam. Disini, para pelajar pondok harus memahami betul-betul dalam setiap bidang ilmu agama Islam dan harus dipelajari serta dapat memahami dan dapat dibuktikan dalam kehidupan harian, kemudian dapat dikembangkan kepada masyarakat ramai. Institusi pondok, telah diwariskan secara turun-temurun dengan tujuan agar para pelajar dapat mengenal Allah, Rasul-Nya dan ilmu-ilmu Islam yang ada hubung kait dengan pengetahuan fardhu ain, fardhu kifayah dan sebagainya . Kenyataan tersebut, dapat dibuktikan bahawa tanggung jawab utama terhadap institusi pondok berada di bawah pengurusan perseorangan atau kepimpinan seorang dan bertanggung jawab dengan ilmu yang disampaikannya. Institusi pondok juga menjadi sebuah pusat pendidikan yang menjalankan bentuk pendidikan tersendiri dan sangat sederhana. corak pengajian menadah kitab merupakan corak utama yang diamalkan di lingkungan institusi pondok. Di sini pemimpin pondok bukan sahaja bertugas sebagai seorang tenaga pengajar dan tenaga pengurus institusi pondok, akan tetapi dapat memberikan contoh kepribadian yang baik bagi anak didik, di samping berfungsi sebagai penasihat dan pembimbing kepada mereka sepanjang masa selama mereka berada di dalam dan luar lingkungan institusi pondok . Bererti, dalam corak pengajian tersebut, telah membinbing seseorang menjadi pemimpin dan sebagai pelapis dalam Institusi pondok. Ia berusaha mendidik anak didiknya sehingga mampu untuk menjaga diri sendiri bagi menuju ke peringkat seorang dewasa dengan dibekalkan pelbagai bidang ilmu agama untuk diamalkan dan seterusnya dapat mengajar kepada orang lain. Akhirnya anak didik tersebut
  4. mohd hilmi said

    saya mohd hilmi bin che baharom.berumur 28 thn sudah bekerja….soalan sy mcm mana untuk sy mengikuti sesi sekolah pondok sedangkan sy bekerja di siang hari…adakah pengajian di malam hari?atau untuk hari minggu…

    • Dr.H.Abdulhalim Bin Syeikh H.Ismail Ibnu Syaid Dinaa al-Bar said

      Usulan dan hasrat Tuan Mohd Hilmi , sangat baik sekali…., perlu ada jawaban yang serius bagi mereka yang ada institusi Pondok.
      Pada bulan Ramadhan ada pengajian kitab Pondok di Pusat Islam USM Pulau Pinang, dimulai pada hari pertama sehingga menjelang sepuloh hari terakhir dalam bulan tersebut. Sebanyak tiga kitab (kitab Musholli, Faridah dan Penawar Bagi Hati) dan pada tarikh 2 Ogos 2013 dibuat kesimpulan berupa makolah serta di bentangkan di dewan Muzakarah Pusat Islam USM.

      From Dr.H.Abdulhalim Bin Syeikh H.Ismail Ibnu Syaid Dinaa al-Bar

      • Dr.H.Abdulhalim Bin Syeikh H.Ismail Ibnu Syaid Dinaa al-Bar said

        Jika berminat untuk membuat kajian tentang Institusi Pondok, dapat kongsi ilmu bersama dengan hasil kajian , tajuk ” INSTITUSI PONDOK DI NEGERI PULAU PINANG : SATU KAJIAN TERHADAP PERKEMBANGAN DAN HALA TUJU
        Oleh : DULHALIM DIN-AH
        (Tesis di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK) , Universiti Sains Malaysia (USM) tahun 2013

  5. noor farehah binti alias said

    Assalamualaikum. ? Sya noor farehah alias plajar MA usm..ingin membuat kajian berkaitan sekolah al-mashoor pulau pinang.bgaimana klu sya ingin mendpt mklmt lnjut berkaitan sekolah ini memandangkn ianya merupakan slh sebuah mdrasah @ pondok suatu ketika dahulu.mohon penjelasan..

  6. suhaimi said

    Assalamualaikum,.,.saudara @ saudari
    Sy ingin memohon tuan puan dpt mnolong sy.
    Adk sy brusia 21 thun dy ingin belajar madrasah.,
    Boleh tuan puan membantu sy.,
    011-1250-1931 ini number sy,
    Maklum balas amat d nanti kn.,
    Wasalam

  7. erniwati ahmad said

    saya bekas murid smk al-irsyad,boleh tuan bantu saya daftar anak ke mana-mana sek agama kerana dia sek men biasa.sy lebh suka dia ke sek aliran agama …no tel saya 0125763734 tq

Tinggalkan komen