Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Amalan Semasa Gempa Bumi

Posted by epondok di Mac 13, 2011


Antara perkara atau amalan serta ucapan yang perlu kita buat semasa berlaku gempa bumi termasuk tsunami ialah sebagaimana berikut :

1. Banyakkan istighfar memohon keampunan kepada Allah

2. Solat sunat gempa bumi (Zilzal) sebagaimana yang pernah ditulis oleh imam as-Syafie dalam kitabnya yang masyhur iaitu kitab al-Umm di mana solat ini jarang diketahui walau pun telah banyak dibahaskan oleh ulama mazhab Syafi’e tetapi mungkin akibat jarang dilakukan maka ia kurang diketahui. Solat ini agak berbeza dengan solat sunat biasa dan boleh dilakukan bila-bila masa apabila berlakunya gempa bumi serta dibuat secara seorang diri tanpa berjemaah

3. Segera ke masjid yang berhampiran jika ada samada untuk beribadat atau berlindung. Ini boleh kita saksikan bagaimana ramai orang yang terselamat apabila berlindung dalam masjid seperti di Sri Lanka di mana semua orang termasuk Kristian, Hindu dapat selamatkan diri apabila berlindung dalam masjid. Walau pun ada hujah yang mengatakan masjid tidak diroboh dilanda gempa bumi dan tsunami kerana binaannya kukuh tetapi hujah ini tidak boleh diterima apabila ada masjid kayu di Acheh tetap utuh walau pun bangunan batu sekelingnya ranap. Melalui peristiwa ini maka kita diminta berfikir dan bertindak agar sentiasa bergantung hati kepada masjid supaya ikatan dan hubungan kita dengan Allah semakin hampir

Tinggalkan komen