Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for the ‘Pondok Bukit Awang’ Category

Pengenalan Madrasah al-Diniah al-Falahiah

Posted by epondok di Januari 5, 2022

Pondok Kg Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir Puteh, Kelantan

No Telefon : 019-9481330 (Ustaz Rosli b Wan Ibrahim)

 

Sejarah Penubuhan

Menyedari bahawa pendidikan dan tarbiah adalah gabungan antara ilmu, amal, iman dan penghayatan yang ikhlas, suatu daya usaha yang berterusan digerak dan digarapkan dengan dokongan mereka yang prihatin, bertanggungjawab dan menghayati roh jihad serta komited yang jitu dari segenap lapisan masyarakat maka Pondok Dalam Huma, Bukit Awang telah ditubuhkan pada tahun 2000 oleh  Ustaz Rosli b Wan Ibrahim dengan didokong oleh beberapa orang pembantu yang kebanyakannya merupakan kawan-kawan yang sama menuntut di Pondok Pasir Tumboh sebelum ini bagi mencurahkan seluruh daya, usaha, keringat idea dan pengorbanan yang mana bukan sedikit mehnah dan tribulasi yang terpaksa dilalui bukan sekali dua cabaran yang terpaksa diatasi dan bukan mudah denai beranjau yang terpaksa direntas. Usia yang muda tidak menjadi halangan kepada pengasas dan mudir pondok ini dalam memikul amanah yang diberikan oleh tuan tanah yang mewakafkan tanahnya bagi melihat tertubuhnya sebuah pusat pengajian agama bagi memberi peluang bukan sahaja masyarakat Pasir Puteh malah pelajar dari negeri jiran iaitu Terengganu disamping dari negeri yang lain untuk datang menuntut ilmu di sini. Pusat pengajian ini merupakan antara pondok baru yang cepat berkembang maju dari segi bilangan pelajar dan pembangunan hasil kerjasama semua pihak

Dengan tertubuhnya Pondok Dalam Huma maka suatu medan yang subur sebagai pusat penyebaran ilmu dan penghayatan amal yang ikhlas dapat dilihat tersergam gagah dan menambahkan lagi kemeriahan pusat pengajian agama di daerah ini

Objektif Penubuhan

  1. Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan syakhsiyyah
  2. Melahirkan pelajar yang mampu menjadi pemimpin
  3. Melahirkan pelajar yang mampu menguasai kitab turath
  4. Melahirkan pelajar muslim yang berwibawa dari segi akhlak, syakhsiyyah, keterampilan
  5. Melahirkan masyarakat yang prihatin dalam memahami Islam sebagai ad-Din yang syumul
  6. Melahirkan intelektual yang mempunyai ilmu yang boleh menangani permasalahan semasa masyarakat dalam segenap bidang kehidupan
  7. Membentuk dan melahirkan golongan mukmin yang patuh kepada system hidup Islam dan peraturan masyarakat yang tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah
  8. Melahirkan muslim yang celik al-Quran dan dapat menghayatinya dalam segenap bidang kehidupan

Lokasi

Pondok Dalam Huma, Bukit Awang terletak di Kg Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir Puteh, Kelantan kira-kira 15 km dari Pusat Bandar Pasir Puteh di atas tanah yang diwakafkan oleh seorang hamba Allah disamping tanah dibeli oleh pihak pentadbiran pondok hasil sumbangan pelbagai pihak yang cintakan ilmu Islam

Posted in Pondok Ahli PPPB, Pondok Bukit Awang, Pondok Malaysia | 1 Comment »

Sistem Pengajian Pondok Dalam Huma, Bukit Awang

Posted by epondok di Jun 2, 2009

Korikulum Madrasah

 

Madrasah ini mempunyai 2 sistem pengajian iaitu Nizami dan Umumi.

  1. Bagi kelas Nizami di mana pelajar akan dikelaskan melalui satu peperiksaan kelayakan dan korikulumnya jarang berubah
  2. manakala bagi peringkat umumi pula di mana pelajar akan memilih pengajian mengikut kemampuan masing-masing maka penentuan kitab yang dipelajari mengikut guru yang mengajar

 

Kemudahan asas

  1. Sedang membina sebuah Masjid
  2. Madrasah atau surau untuk berjemaah dan pengajian
  3. Pondok penginapan pelajar, kelamin dan warga tua
  4. Asrama pelajar lelaki
  5. Asrama pelajar perempuan
  6. Rumah guru
  7. Bangunan pejabat
  8. Kantin

Tenaga Pengajar

Terdapat 10 orang tenaga pengajar yang mengendalikan kuliah di pondok ini disamping kepala mutala’ah atau pembantu guru

Penghuni dan Pelajar Pondok

Jumlah penghuni pondok kini seramai 200 orang muslimin dan muslimat yang bujang disamping kelamin dan warga tua

 

Makan Minum

Pondok ini mempunyai cara pengurusan makan minum yang berbeza daripada pusat pengajian pondok yang lain iaitu di masak secara kumpulan dan mengikut giliran di mana pelajar hanya perlu bayar RM 1 sahaja di mana yang lain adalah sumbangan daripada para penderma budiman

Posted in Pondok Bukit Awang | Leave a Comment »

Majlis Jamuan Makan Sambil Menderma Pembinaan Masjid

Posted by epondok di April 17, 2009

bina

 

Tempat            : Madrasah Diniah Falahiah, Pondok Bukit Awang, Pasir Puteh, Kelantan

 

Tarikh              : 22 Rabiul Akhir 1430H bersamaan 18 April 2009M (Sabtu)

 

Masa                : 10.00 pagi hingga 6.00 petang

 

Sumbangan derma juga boleh disampaikan melalui akaun bank

 

BIMB Pasir Puteh : 03090020445572

 

Sebarang pertanyaan sila hubungi 019-9481330 / 019-9529100

 

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

Posted in Pondok Bukit Awang | Leave a Comment »

Ihtifal & Silaturrahim Pusat Pengajian Pondok SeMalaysia 1430H

Posted by epondok di April 16, 2009

huma1

Tempat : Madrasah Diniah Falahiah, Pondok Bukit Awang, Pasir Puteh, Kelantan

 

Tarikh              : 22 Rabiul Akhir 1430H bersamaan 18 April 2009M (Sabtu)

 

Masa                : 9.00 pagi hingga 12.00 malam

 

 

Aturcara majlis

 

9.00 pagi          Ceramah 1 : Syeikh Omar bin Mohd Kholas ( Lubnan )

 

10.30 pagi        Ceramah 2 : Baba Hj Ghazali b Ahmad ( Pondok Sekam, Fatoni )

 

2.30 petang      Ceramah 3

 

 

Sebarang pertanyaan sila hubungi 019-9481330 / 019-9516364

 

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

 

Posted in Pondok Bukit Awang | 2 Comments »