Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 23 Jun 2024

Pondok Pusat Pemulihan

Posted by epondok di Jun 23, 2024

Kelantan

1. Baitul Taubat, Pondok Islah Diri

Jalan Jeram Pasu, Padang Pak Amat,

16800 Pasir Puteh, Kelantan

Tel. 09-9776566 / 014-8046556

 

Terengganu

1. Pondok Kg Kubang Ikan, Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu

Us Adam 0199367768

 

 

Kedah

1. Pondok Remaja Inabah (1) Malaysia, ‘Jabal Suf’,

Kampung Paya, Mukim Padang Temak, 06300, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman, 047823996/ 047822695

Pengetua: Almukarrom Pak Guru Hj. Mohd Zuki As-Syuja’ bin Shafie ADK.,BKM
P/a : Drs. Ustaz. Mohd Zaki Hashim.
Ketua Tadbir : Puan Intan Sakinah

 

Selangor 

 

  1. Pondok Bustanul Arifin,Kampung Labuhan Dagang, Banting, Selangor

Us Sahar 01111567543

Tel : 019-338 8239 / 014-641 6369

Atau

(Muslimin) – Wak Janggut : 013-2088272

(Muslimat) – Umi Zainab : 013-2686551

Posted in Pondok Malaysia, Pusat Pemulihan | 77 Comments »

Aidil Adha lambang kesatuan dan pengorbanan

Posted by epondok di Jun 23, 2024

Mohd Rizal Azman Rifin

Dua hari paling eksklusif bagi umat Islam ialah Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Dua hari itu adalah anugerah Allah buat umat Nabi Muhammad SAW dan seharusnya kita memanfaatkannya bukan sekadar untuk bersuka gembira bersama ahli keluarga dan jiran sekampung.

Misalnya, Hari Raya Aidiladha yang kita sambut hari ini sewajarnya menjadi detik menyuntik rasa insaf diri untuk kembali menghayati sirah Nabi Ibrahim dan puteranya, Nabi Ismail dahulu.

Ibrah sirah Nabi yang mulia itu yang penuh dengan pengajaran mengenai pengorbanan hendaklah kita serap sedalamnya dalam hati kerana kehidupan kita mencari keredaan Allah penuh dengan pengorbanan.

Sebenarnya, menyambut kedatangan Hari Raya Aidiladha itu sepatutnya kita mulakan dengan menghidupkan sunah di malamnya. Hal itu kerana malam raya baik malam Aidilfitri mahupun Aidiladha adalah malam yang berkat dan Baginda Nabi SAW sangat menganjurkan kita untuk melakukan amalan sunat.

Pesan Baginda, “Sesiapa menghidupkan malam kedua Hari Raya, pasti tidak akan mati hatinya pada hari matinya hati-hati.” (Hadis Riwayat Ibn Majah).

Kenyataan Baginda itu seharusnya kita ambil perhatian serius supaya kedatangan Aidiladha lebih bermakna.

Manakala Imam Muhammad al Khatib asy Syarbini ada melaporkan bahawa Imam Syafii pernah berkata: “Telah sampai kepada kami bahawa dikatakan sesungguhnya terdapat lima malam dimustajabkan doa iaitu pada malam Jumaat, malam Hari Raya Korban, malam Hari Raya Fitrah, malam pertama Bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”

Justeru, usah kita mensia-siakan kedatangan malam raya tanpa disikan dengan sesuatu amalan termampu kita lakukan berdasarkan sunah Baginda.

Selain kita berpuasa sunat Hari Arafah, sambil kita memperbanyakkan doa kerana mahu mengambil peluang masa yang dianjurkan untuk berdoa, kita juga tidak sewajarnya berhenti setakat itu, sebaliknya kita terus memaksimumkan amalan di malam hari raya pula.

Sesungguhnya, apabila menyebut mengenai Hari Raya Aidiladha, maka yang serangkai dengannya tidak lain adalah ibadah korban.

Jadi, ibadah korban adalah amalan ekslusif umat Islam pada ari Aidiladha. Rasulullah SAW memberiitahu bahawa ibadah korban adalah lambang ketakwaan kepada Allah dan sifat ehsan sesama insan.

Baginda pernah menyatakan, “Siapa yang menyembelih sebelum solat, maka sesungguhnya ia menyembelih untuk dirinya sendiri dan siapa yang menyembelih setelah solat, maka sungguh ia telah menyempurnakan sembelihan korbannya dan dan dia telah melaksanakan sunnah kaum Muslimin dengan tepat.” (Hadis Muttafaq Alaih)

Ibadah korban, selain menyahut sunah Nabi SAW dan mengembalikan ingatan terhadap peristiwa agung pengorbanan dua beranak yang mulia, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, kita juga pastinya turut terpanggil untuk menjadikan Aidiladha sebagai landasan memperkukuhkan hubungan persaudaraan.

Ini masanya hubungan sesama ahli kerabat, jiran tetangga dan ahli komuniti setempat ditautkan kasih sayang bersandarkan jalan diredai Tuhan. Hubungan mesra kita rapatkan menerusi ibadah solat sunat hari raya. Yang jauh kita dekatkan, yang sudah dekat kita mesrakan.

Solat sunat Aidiladha bukan sekadar untuk menjejak amalan sunah dan mengharapkan pahala besar di sisi Allah, dalam waktu sama perasaan kebersemaan dan saling merapat hubungan dapat dizaqhirkan.

Ini kelebihan dalam apa pun solat secara berjemaah, apatah lagi ketika solat hari raya.

Perlu kita sedari bahawa ibadat haji, solat sunat hari raya secara berjemaah dan melakukan ibadah korban semuanya mengajak kita umat Islam bertemu dan bekerjasama dalam melakukan ibadah.

Ia adalah cara yang paling efektif untuk melahirkan kemeseraan yang mampu menyatukan hati sesama mukmin.

Tambah-tambah pada waktu mutakhir ini, apabila kita melihat umat Islam kian berpecah dan berbalah atas pelbagai isu dan kes. Maka sangat sesuai sambutan Aidiladha dijadikan jambatan yang menghubungkan tali persaudaraan.

Ini masanya pratikal terbaik untuk seluruh mukmin untuk kembali bertaut hubungan ukhuwah tanpa dikongkong dengan isu yang tidak sewajarnya.

Jadikan Hari Raya Aidiladha/Hari Raya Korban pemula untuk kita rela berkorban kepentingan diri demi menyahut seruan Nabi supaya umatnya hidup saling bertaut hati. Kita seharusnya menggagahkan diri untuk mengetepikan apa sahaja rasa iri hati, sifat dengki apatah lagi untuk bermasam muka sesama saudara seakidah, sekali gus menjadikan kita semua sebagai umat yang hidup bak aur dengan tebing.

Kita seharusnya mengambil peluang di Hari Raya Aidiladha untuk meninggalkan segala parut luka hati sesama sendiri dan dalam masa sama berusaha keras untuk tidak mahu terus menerus berada dalam pengaruh emosi negatif bersarangkan sifat mazmumah yang dikeji Ilahi.

Kita ambil dan pegang seutuhnya perintah Akllah sebagaimana terakam dalam surah Ali-Imran, ayat 103 yang bermaksud, “Dan hendaklah kamu berpegang teguh dengan tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai.”

Perintah Allah itu kita mulakan dengan penghayatan Hari Raya Aidiladha dengan mengikat kukuh hubungan ukhuwah dan mengetepikan apa sahaja isu yang memungkin tercetusnya rasa untuk berbalah.

Demikian juga dengan nada rezeki buat kita untuk menyambut Hari Raya Aidiladha tahun ini bukan sekadar satu hari cuti dari bekerja atau setakat mahu melakukan ibadah korban semata-mata, sebaliknya kuatkan semangat hati untuk memperteguh ukhuwah sesama ahli kerabat, jiran tetangga mahupun dengan sesiapa sahaja.

Kita seharusnya mengambil peluang untuk menuruti sepenuhnya apa yang diperintah Allah seperti yang terkandung dalam surah al-Hujjurat, ayat 10 yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, maka kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.”

Kita raikan Hari Raya Aidiladha ini dengan semangat jitu untuk menjadi Mukmin yang bersatu.

Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga apa sahaja amal ibadah, amalan soleh sepanjang bulan Zulhijah dan pada hari raya ini yang kita laksanakan menjadi amalan bernilai pahala di sisi Allah.

Posted in Amalan Pilihan, Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Pondok Kelantan Yang Terima Pelajar Muslimat

Posted by epondok di Jun 23, 2024

BIL ALAMAT PONDOK Nama Mudir & Timbalan No Telefon

 

1 Madrasah Diniah  Bakriah,

Pondok Pasir Tumboh,

16150 Kota Baharu

 

albakriah.wordpress.com

 

Mudir : Tuan Guru Hj Wan Muhamed b Wan Osman

Timbalan   :               Ustaz Hj Abu Bakar b Hj Osman

09-7657786 (P)

019-9388902

014-5481907

 

2. Madrasah Rahmaniah,

Pondok Lubuk Tapah,

17200 Lemal, Pasir Mas

 

Mudir : Dr Hj Luqman b Hj Abdullah

Timbalan : Ustaz Hj Hamdan b Hj Abdullah

013-9754428

010-5488455

3. Madrasah Muhammadiah,

Pondok Sungai Durian,

18000 Kuala Krai

 

http://www.pondoksgdurian.com/

 

Mudir : Dr Hj Abdul Basit b Hj Abdul Rahman

Timbalan : Ustaz Yahya b Yaacob

09-9667071 (P)

014-8363449

 

4. Madrasah Yusufiah,

Pondok Banggol Naim, Gelang Mas 17010 Pasir Mas

 

Mudir : Tuan Guru Hj Awang Yusuf

Timb. Mudir 1: Ustaz Abdullah b Awang

Timb. Mudir 2: Ustaz Mohd Rahim b MatJusoh

014 -5145943

019-9165134

5. Madrasah Ar-Rahmaniah,

Pondok Neting,

Kg Neting, Tumpat

Mudir : Ustaz Muhamad Norhakimi b Mat Saat

 

014-5075528
6. Madrasah Dakwah Islamiah,

Pondok Seri Permai Seligi,

Kg Permatang Sungkai,

16800 Pasir Puteh

 

Mudir : Ustaz Arfan b Abdul Hamid

Timbalan : Ustaz Nasir

Setiausaha : Ustaz Ahmad Shah b Awang Ngah

012-6965443

0136393678

 

7. Madrasah Muhammadiah,

Pondok Beta Hilir, Kg Beta Hilir, 15150 Kota Bharu

 

Mudir : Ustaz Hj Mohd Jalaludin as-Sayuti b Hj Muhamed

Timbalan : Us Hj Mohd Nazri b Mohamed

012 9845040

019-9060874

 

8. Madrasah al-Diniah al-Falahiah, Kg Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir Puteh

 

Mudir : Ustaz Wan Rosli b Ibrahim

Timbalan : Ustaz Hj Nik Aziz b Nik Ya

01110594811

01111030175

9. Madrasah Diauddin

Pondok Gual Dalam,

Lubok Setol, 17200 Rantau Panjang

 

Mudir : Ustaz Hj Abdullah Zawawi b Muhamad

Timbalan : Ustaz Hj Asek b Omar

019-9578612

014-5276431

 

10. Pondok Ihya’ al-Ulum

D/A Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat

Jalan Sek. Keb. Sri Kiambang, Repek, 17070 Pasir Mas, Kelantan

 

Mudir : Ustaz Subki b Abdul Rahman

Timbalan : Ustaz Sukree b Abdullah

019-9394185

09-7905477

019-9594208

 

11. Madrasah Daril-Nnaim,

Kampong Kubang Bongor,

16400 Melor, Kota Bharu

 

Mudir : Ustaz Wan Alauddin b Wan Ahmad

Timbalan : Ustaz Nik Mat b Ab Kadir

 

0129009745

01116843217

 

12 Madrasah Fununiah Tunjuniah,

KM 7 Jln Kuala Krai, 16010 Mulong,

Kota Baharu

http://pondoktunjong.com/

Mudir : Ustaz Yusuf b Ismail

Timbalan : Ustaz Hj Mohammed B. Awang

09-7126708 (P)

016-9381870

Posted in Pondok Kelantan, Pondok Malaysia | 50 Comments »