Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for the ‘Pondok Pasir Tumboh’ Category

Madrasah Diniah Bakriah, Pondok Pasir Tumboh
Tel. 09-7657786

Pondok Pasir Tumboh Pondok Madani, Pondok Lubok Stol Pondok Terbaik 1431H

Posted by epondok di Disember 25, 2009

Sempena Sambutan Hijraturrasul 1431H Peringkat Negeri Kelantan yang telah dilangsungkan  pada Khamis 17 Disember 2009 bersamaan 30 Zulhijjah 1430H di dalam Majlis Sambutan Hijraturrasul 1431H Peringkat Negeri Kelantan yang telah disempurnakan perasmiannya oleh Pemangku Raja Kelantan bertempat di Dewan Utama, Kompleks Islam Darulnaim, Kota Bharu maka pertandingan bagi beberapa kategori telah diadakan termasuk Pondok Terbaik. Panel hakim bagi kategori ini dianggotai oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan selaku pengerusi panel pemilih disamping Pusat Pembangunan Pondok Berhad, Majlis Agama Islam Kelantan, Jabatan Bomba & Penyelamat, Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pertandingan yang diperkenalkan hampir 10 tahun ini, sedikit sebanyak memberi suntikan semangat kepada pondok terlibat untuk memajukan pondok masing-masing. 14 buah pondok ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu pondok besar dan yang pernah menjadi Johan pada tahun-tahun sebelum ini diletakkan dalam kategori Pondok Madani manakala yang lain bagi kategori Pondok Terbaik.

Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu merangkul gelaran sebagai Pond0k Madani manakala Pondok Terbaik disandang oleh Pondok Lubok Stol, Rantau Panjang. Masing-masing mendapat hadiah wang tunai bersama sijil pertandingan

Keputusan pertandingan Pondok Terbaik bagi tahun 1431H adalah sebagaimana berikut :

Pondok Madani

Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu

Pondok Terbaik

Johan : Pondok  Lubok Stol, Rantau Panjang

Naib Johan : Pondok Bukit Gading, Tanah Merah

Tempat Ke-3 :Pondok Kg Neting, Tumpat

Pondok Harapan : Pondok Lepan Bola, Tanah Merah

Posted in Pondok Pasir Tumboh, Program Terbaru | 1 Comment »

Ramai ziarah Tuan Guru Hj Hashim dalam keuzuran

Posted by epondok di Disember 11, 2009

Tuan Guru Hj Hashim sedang uzur di mana bermula 2 minggu sebelum Aidil Adha sehingga sekarang beliau agak kepenatan. Jika keuzuran beliau sebelum ini masih mengizinkan untuk menerima dan melayan tetamu namun kali ini beliau lebih banyak rehat
Kedatangan para tetamu yang bertali arus bagi mendapat khidmat dan nasihat kebanyakan disambut oleh ahli keluarga
Beliau yang merupakan Mudir Pondok Pasir Tumboh merangkap Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad yang kini berumur 88 tahun sebelum ini dikunjungi oleh beberapa tokoh ulama’ besar antaranya Sayyid Ahmad Alawi dan Maulana Ubaidillah
Semenjak tersebarnya berita keuzuran beliau, semakin ramai ahli keluarga dan anak murid beliau dari seluruh negara datang menziarahi beliau. Doakan semoga beliau terus dapat mencurahkan bakti hingga akhir hayat

Posted in Pondok Pasir Tumboh | 4 Comments »

Syarat Kemasukan Pondok Pasir Tumboh

Posted by epondok di September 24, 2009

Ø    Antara syarat kemasukan pelajar baru

 

1.    Bersih daripada sebarang jenayah dan kes polis seperti dadah, mencuri dan sebagainya

2.    Datang bersama ibubapa/penjaga atau waris terdekat

3.    Mendapat keizinan untuk belajar terlebih dahulu daripada Tuan Guru Hj Hashim Mudir madrasah atau pun timbalannya

4.    Bagi pelajar sementara disyaratkan sekurang-kurangnya belajar di pondok ini selama 2 bulan

5.    Bagi pelajar muslimin disyaratkan berumur 16 tahun ke atas tetapi dibenarkan juga pelajar berumur 13-15 tahun dengan syarat mempunyai penjamin yang berada dalam kawasan pondok yang sanggup mengawalnya ( bagi pelajar yang tidak cukup syarat ini sila rujuk pejabat bagi mendapat nasihat untuk belajar di beberapa pondok pilihan yang lain )

6.    Tidak merokok atau sanggup meninggalkan tabiat merokok

7.    Sanggup mematuhi segala peraturan madsarah sepanjang masa

 

Ø    Kelengkapan Bagi Pendaftaran

 

1.     Telah mendapat keizinan daripada pihak penguasa tadbir madrasah setelah memenuhi syarat-syarat yang disebut di atas

2.     Telah mempunyai tempat duduk samada kekal atau sementara sebelum mendaftar diri (sila rujuk ajk kawasan atau pelajar )

3.     Yuran pendaftaran sebanyak RM 10.00 , yuran kecemasan RM 10.00 serta yuran bulanan sekurang-kurangnya  untuk setengah tahun sebanyak RM 25.00 (keseluruhan RM45.00)

4.     Sila fotostat kad pengenalan atau passport antarabangsa

5.     Sediakan gambar berukuran passport sebanyak 3 keping

6.     Diwajibkan menyerah surat berhenti sekolah atau tempat pengajian terakhir ketika mendaftar diri ( sebarang proses pendaftaran tidak akan dibuat sehingga syarat ini dipenuhi)

7.     Diwajibkan menghantar surat jaminan mengenai akhlak pelajar samada daripada Tuan Imam atau penghulu kampung ketika mendaftar diri

Posted in Pondok Pasir Tumboh | 37 Comments »

Jelajah Mahabbah Ke Pahang dan Terengganu

Posted by epondok di Ogos 8, 2009

 
1.0            Muqaddimah           Dunia akhir zaman penuh dengan pelbagai fitnah yang menggugat aqidah dan akhlak umat Islam . Tanpa perhatian dan tumpuan yang sewajarnya dalam menangani masalah ini akan menimbulkan pelbagai lagi penyakit dan masalah kepada masyarakat. Tugas dalam menyebar luaskan ilmu Islam serta kerja amar makruf dan nahi munkar ini mesti  diperkasakan dalam menangani masalah masyarakat yang semakin runcing 

Atas kesedaran inilah maka suatu program khusus dijalankan bagi merapatkan lagi saf-saf golongan yang terlibat secara langsung dengan pusat tarbiah dan pengajian Islam supaya kesatuan fikrah dan gerak kerja dapat digembelingkan secara lebih berkesan lagi dalam mengubati penyakit masyarakat. Apabila kerja berat dipikul bersama secara organisasi teratur insya Allah akan membuahkan hasil yang subur ke arah melahirkan umat bertaqwa dalam setiap aspek kehidupan           Program ini turut mendedahkan para peserta kepada lapangan dakwah umum dalam mengiklankan tentang produk yang dilahirkan oleh pusat pengajian Islam dari sudut ilmu dan akhlak kepada masyarakat umum. Semoga program ini dapat berjalan dengan baik dan diberkati Allah 

2.0 Objektif         

2.1 Menjalinkan hubungan silaturrahim antara keluarga pondok  dengan masyarakat luar. 

2.2 Memberi maklumat dan kesedaran tentang peluang dan kepentingan pusat pengajian pondok dewasa ini kepada masyarakat umum. 

2.3 Mengeratkan lagi hubungan dua hala antara pusat pengajian Islam yang ada dalam membangunkan umat. 

2.4 Meluaskan pengalaman yang sedia ada serta membuka minda. 

2.5 Melihat sendiri dengan lebih dekat kehidupan masyarakat yang amat dahagakan kepada bimbingan agama.  

3.0 Lokasi Lawatan 

3.1  Madrasah An-Nur, Kuantan, Pahang,

3.2  Madrasah Darus Salam, Kuantan, Pahang,

3.3  Madrasah Siratul Mustaqim, Kemaman, Terenganu.

3.4 Madrasah Ibtidaiyyah, Kuala Berang

3.5 Madrasah Darul Ikhwan, Wakaf Tapai, Marang,Terengganu

3.6  Pusat Pengajian Taman Islam, Kemaman,Terengganu.

3.7  Madrasah Al-Hidayah.

3.8 Madrasah Darul Muhajirin, Bukit Jong

3.9  Maqam Tok Pulau Manis, Pengarang Hikam Jawi.

3.10  Pondok Bukit Awang, Pasir Putih. 

4.0 Anjuran Bersama 

4.1 Pondok Pasir  Tumbuh

4.2 Pusat Kefahaman Islam 

5.0 Nama program 

Jelajah Mahabbah dan Dakwah Ke Pusat Pengajian Islam Pahang, Terengganu  

6.0 Tarikh          

17 – 19 Sya’ban 1430 Bersamaan 8 – 10hb Ogos 2009 ( Sabtu – Isnin ) 

7.0 Peserta dan kenderaan          

7.1 Pelajar                         22 orang                   

7.2 Tenaga Pengajar      9 orang          

Jumlah Peserta   :             31 orang          

7.3 Kenderaan          :       9 buah kereta  

8.0 Ahli Jawatankuasa penggerak 

Penaung                 : Tuan Guru Hj Hashim B. Abu Bakar

Penasihat                :Ustaz Hj Abdul Halim B. Abdul Ghani                              

                                    : Ustaz Nurussobah B. Hj. Mustafa

Pengarah                : Ustaz Muhammad Puad B. Abdul Wahab

Timbalan Pengarah : Ustaz Zaini B. Hj Mustafa

Setiausaha              : Ustaz Ahmad Shairazi B, Hj Atiqullah 

Bendahari                : Hifayatullah   

a. Unit Keselamatan

Ahmad Abdillah B. Yusoh

Muhammad Baihaqi B. Hamzah 

b. Unit Pengangkutan Dan Perhubungan

Mohd Zakwan B. Yusuf                    

c. Unit Penginapan Dan Makanan

Muhamad Mustafa B. Mohd Noor

Mohd Amir Qusyairi B. Mohd Noor 

d. Unit Protokol Dan Urusetia

Mohd Hazrel Asrar B. Mohd Radzi

Muhammad Aliff B. Che Abu Bakar 

e. Unit Kebersihan Dan Keceriaan

Muhd Hafiz B. Rahim

Muhd Amin B Sulaiman  

9.0 Tentatif Program 

Sabtu (8/8/2009) 

Masa Program
8.00 pagi -Taklimat Pengarah Program-Tazkirah Oleh YB Ustaz Ahmad Baihaqi.
8.30 pagi -Solat Hajat-Perlepasan Oleh YB Ustaz Ahmad Baihaqi
12.00 tgh -Tiba di Kampung Tajin, Kuala Berang- Majlis bersama masyarakat
2.00 ptg -Bertolak ke Madrasah An-Nur,Kuantan..
6.00 ptg -Tiba Di Madrasah An-Nur
7.30 mlm -Solat Maghrib –Kuliah 1-Bacaan Qasidah dan Selawat-Solat Isyak

Kuliah 2

-Majlis Zikir Pimpinan Ustaz Mokhtar Senik

10.00 mlm -Makan Malam-Rehat

  

Ahad (9/8/2009) 

4.45 pagi -Qiamullail
5.50 pagi -Solat Subuh-Kuliah 3
7.30 pagi Sarapan pagi-Khidmat diri
8.30 pagi Bertolak ke Madrasah Darul Salam, Kuantan
9.30 pagi Tiba di Madrasah Darul Salam- Kuliah 4
11.30 pagi Majlis Silaturrahim bersama Syed Ibrahim, Kuantan- Kuliah 5
2.00 ptg Bertolak ke Madrasah Siratul Mustaqim, Kemaman
3.00 ptg Madrasah Siratul Mustaqim- Kuliah 6
5.00 ptg Pusat Pengajian Taman Islam,Kemaman- Kuliah 7
6.00 ptg -Chalet  Dungun- Majlis bersama masyarakat
7.30 mlm -Solat Maghrib-Kuliah 8-Solat Isyak
9.00 mlm -Makan Malam- Kuliah 9

  

Isnin (10/8/2009) 

4.45 pagi -Qiamullail
5.50 pagi Solat Subuh-Kuliah 10
7.30 pagi Sarapan Pagi-Khidmat Diri
8.00 pagi Bertolak Ke Madrasah Ibtidaiyyah, Kuala Berang
9.15 pagi Tiba Di Madrasah Ibtidaiyyah- Kuliah 11
10.15 pagi Bertolak Ke Madrasah Darul Ikhwan, Wakaf  Tapai, Marang.
10.30 pagi Tiba Di Madrasah Darul Ikhwan- Kuliah 12
11.30 pagi Ke Makam Tuk Pulau Manis -Ribat Tuk Pulau Manis
12.45 tgh Ke Madrasah Al-Hidayah- Kuliah 13
2.15 ptg Ke Madrasah Darul Muhajirin, Bukit Jong.- Kuliah 14
3.00 ptg -Bertolak ke Pondok Bukit Awang
6.00 ptg -Tiba Di Pondok Bukit Awang
7.30 mlm -Solat Maghrib-Kuliah 15Solat Isyak
9.00 mlm -Makan Malam-Majlis Khatam Jelajah Mahabbah ’09.-Bertolak Kembali Ke Pondok Pasir Tumbuh

    

 

10.0 Alamat Perhubungan 

Lajnah Perhubungan & PeneranganPondok Pasir Tumboh, 16150 Kota Bharu, Kelantan 

No. Telefon : 09-7657786

Pengarah    : 019-9409870

Setiausaha    : 019-9388902 

Tabung Kebajikan Guru & Pelajar Pondok Pasir Tumboh

No. akaun BIMB 3018010063003 

Laman web : http://www.al-bakriah.com.my     

11.0 Penutup            

 Adalah diharapkan program ini dapat berjalan lancar dengan sokongan dan bantuan yang sewajarnya daripada semua pihak. Semoga ia dapat dijadikan pemangkin dalam mengembangkan dakwah Islam dan memperkasakan pusat pengajian Islam. Bersama-samalah kita mendokong   cita-cita murni dalam mempertahankan agama Islam yang suci ini dan memelihara warisan ulama’ silam

Posted in Pondok Pasir Tumboh, Tokoh Ulama' | 1 Comment »

Penerimaan Pelawat ke Pondok Pasir Tumboh di Bekukan Sementara

Posted by epondok di Ogos 7, 2009

Sempena dengan program lawatan ke Pusat Pengajian Islam sekitar Terengganu dan Pahang pada 8-11 Ogos 2009 (Sabtu – Isnin) maka pihak jawatankuasa sambutan pelawat Pondok Pasir Tumboh memaklumkan bahawa sepanjang tempoh itu maka kami memohon maaf kerana tidak dapat menyambut sebarang rombongan pelawat.

Sebarang lawatan hanya dapat diterima sebelum dan selepas daripada tarikh tersebut sahaja. Sebarang kesulitan amatlah dikesali dan kami pohon ribuan maaf

Posted in Pondok Pasir Tumboh, Program Terbaru | Leave a Comment »

Pelancong Quan Zue, China Lawat Pondok

Posted by epondok di Julai 7, 2009

 

5 JULAI – Seramai 4 orang pelancong dari Quan Zue, China menggunakan peluang semasa berada di Kelantan untuk datang menziarahi Pondok Pasir Tumboh. Tujuan kedatangan mereka ke sini untuk melihat sendiri cara pembelajaran yang ada disamping bertemu dengan Ulama’ termasuk Tuan Guru Hj Hashim selaku Mudir pondok ini. Kedatangan mereka yang diiringi oleh pegawai PERKIM disambut oleh Setiausaha Agong madrasah dan ahli Lajnah Penerangan dan Perhubungan pondok.

Bahasa komunikasi yang digunakan agak mudah kerana mereka fasih bercakap arab hasil daripada pengajian ilmu bahasa arab dan agama di masjid di China. Mereka menyatakan bagaimana ada persamaan system pengajian tradisional yang diamalkan di pondok dengan cara yang digunakan di masjid di China dalam menyebarkan ilmu Islam.  Menurut mereka bagaimana system talaqqi yang digunakan di masjid-di masjid China bermula sebelum Subuh diikuti beberapa jam sebelum Zohor. Begitulah setiap kali selesai solat lima waktu ada pengajian mengikut bidang dan kitab tertentu. Adakalanya para pelajar sendiri yang membaca kita-kitab yang dipelajari sambil diperhati oleh guru yang mengajar bagi memastikan huraiannya bertepatan dengan apa yang dikehendaki. Cara ini adalah jauh berkesan dalam menimba ilmu agama dan memamahinya dengan cara lebih mendalam

Posted in Pondok Pasir Tumboh | Leave a Comment »

Kumpulan Marhaban Nurun Nisa’ Lawat Pondok

Posted by epondok di Julai 1, 2009

sngor3sngor

27 Jun – Bila sahaja ada ruang cuti samada cuti panjang atau mingguan maka sentiasa ada rombongan yang datang melawat pondok. Baru-baru ini, suatu rombongan dari Kumpulan Marhaban Nurun Nisa’, Taman Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor telah berkesempatan untuk melawat Pondok Pasir Tumboh dalam rangka lawatan mereka ke Kelantan di mana mereka disambut oleh jawatankuasa penyambut yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Lajnah Perhubungan dan Penerangan Madrasah. Sepanjang berada di pondok ini, ahli rombongan telah dibawa untuk melawat bilik pameran seterusnya diberi taklimat berkaitan sistem pengajian serta peluang yang ada yang ditawarkan di pondok ini. Biasanya ahli rombongan berminat untuk menjadi pelajar sementara dalam  tempoh tertentu atau pun mahu menghantar anak-anak pada musim cuti sekolah untuk menimba ilmu di pondok. Selepas itu, rombongan di bawa untuk meninjau sekitar kawasan pondok. Semoga lawatan ini menambahkan lagi kemesraan kasih sayang dan hubungan silaturrahim disamping dapat mengenal secara lebih dekat berkaitan sistem pengajian pondok

Posted in Pondok Pasir Tumboh | Leave a Comment »

Tuan Guru Hj Hashim Gembira Sambut Rombongan Sungai Petani

Posted by epondok di Julai 1, 2009

sgpetanisgpetani3

26 Jun – Rombongan dari Sungai Petani, Kedah berasa teruja kerana berkesempatan untuk berjumpa dengan Tuan Guru Hj Hasim Mudir Pondok Pasir Tumboh dalam rangka lawatannya ke pondok tersebut. Rombongan tersebut yang mengadakan lawatan ke Kelantan dan Terengganu telah berkesempatan pada sebelah pagi untuk beramah mesra dengan Menteri Besar Kelantan di rumahnya di Pulau Melaka. Manakala selepas solat Jumaat pula, rombongan ini berkesempatan untuk melawat Pondok Pasir Tumboh di mana mereka disambut oleh jawatankuasa penyambut yang diketuai oleh Setiausaha Agong Madrasah. Sepanjang berada di pondok ini, ahli rombongan telah dibawa untuk melawat bilik pameran seterusnya diberi taklimat berkaitan sistem pengajian sebelum menziarahi kediaman Tuan Guru Hj Hashim untuk beramah mesra dengan beliau. Walau pun berada dalam keuzuran namun Tuan Guru Hj Hashim terus mesra melayan para tetamu. Semoga lawatan ini menambahkan lagi kemesraan kasih sayang dan hubungan silaturrahim disamping dapat mengenal secara lebih dekat berkaitan sistem pengajian pondok

Posted in Pondok Pasir Tumboh | Leave a Comment »

Etika Pemakaian Ziarah Pondok

Posted by epondok di Jun 20, 2009

Makluman penting kepada tuan, puan, saudara dan saudari yang ingin melawat pondok samada untuk lawatan sambil belajar, siapkan tesis pengajian, ziarah ibubapa atau anak dan saudara mara yang belajar di pusat pengajian pondok maka hendaklah mematuhi cara pemakaian agar menjaga syariat Islam dan menghormati pusat pengajian Islam

 

  1. Lelaki

–          Menutup aurat dengan sempurna

–          Tidak memakai pakaian yang melambangkan gambar yang tidak senonoh dan bertentangan dengan Islam

 

 

  1. Perempuan

–          Sebaiknya memakai jubah labuh

–          Sekurangnya baju kurung atau sejenisnya

–          Bertudung dengan sempurna bukan setakat skaf sahaja yang masih menampakkan rambut

–          Tidak dibenarkan memakai t-shirt dan seluar yang kebanyakannya menampak bentuk tubuh yang menyebabkan tidak sempurna dalam masalah aurat

 

 

Semoga arahan ini dipatuhi demi mentaati perintah agama bagi kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat

 

 

Hukum Tabarruj atau Berhias Berlebihan Bagi Perempuan

 

1. Bulu kening
-Menurut Bukhari, “Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.” Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
-”Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
-”Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada
-”Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. ” (An-Nur : 31)

5. Gigi
-’Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.’ (Riwayat At-Thabrani)
-”Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah”(Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: ‘Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” (Riwayat Muslim dan Bukhari).

7. Tangan
-”Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata
-”Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya.” (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara)
-”Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.”( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, “Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.” (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan
-”Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. “(An Nur : 31).
-”Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.” (Riwayat Al Bazzar).
-”Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.” (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian
-”Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-”Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
-”Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Ahzab : 59).

12. Rambut
-”Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Posted in Pondok Malaysia, Pondok Pasir Tumboh | 1 Comment »

Jadual Pengajian Pondok Pasir Tumboh

Posted by epondok di Jun 6, 2009

JADUAL PEMBELAJARAN  HARIAN

 

MASA NAMA KITAB GURU
7.00 pagi-7.30 pagi                          Tasmi hafazan Ustaz shairazi bin hj atiqullah
7.30 pagi – 8.00         feqah منهاج السلام              Ustaz Mustafa bin mat desa
7.30-8.30 Pagi TasaufTasauf          الحكمالدرالنفيس (Khamis Shj) Ustaz Hj Abd Rahim Bin Hj Hamzah
8.00- 9.30pagi        Fiqah Hadis المحلي صحيح البخاري Ustaz Wan Mohammad Bin Wan OthmanUstaz Hj Solih Bin Hj Ismail
 9.00–11.00 Pagi Pengajian KelasTingkatan(Nizami) Guru – Guru Yang Telah Ditetapkan 
Lepas Zohor   سير السالكين   Ustaz Nik Zulkifli Bin Nik Yaakub
     Lepas Zohor Tasauf &Fiqah        
Fiqah هداية السالكين Ustaz Sufian Bin Hj Awang
     
Tauhid كفاية العوام Ustaz nik nizomuddin Langgar
Tauhid متن أم البراهين Ustaz Sofyan Bin hj awang
Nahu شرح ابن العقيل Ustaz  yahya  
 3.00 Ptg Saraf قطرالندي Ustaz Hj Sobri Bin Hj Mustafa
Fiqah فتح الوهاب Ustaz Hj Solih Bin Hj Ismail
  Lepas Asar  Hadis الدر الثمين Ustaz Abdul Halim Bin Abd Ghani
Fiqah كفاية المهتدي Ustaz Hj Ahmad Naim Bin Mohammad
Fiqah فتح الوهاب Ustaz Ilyas Bin Abd Jalil
NahuSorof الكواكب الدريةالكيلاني Ustaz Wan Ali Sabramalisi Bin Wam Muhammad
Fiqahmantiq كفاية المهتديايضاح المبهم Ustaz Hj Ahmad Naim Bin Mohammad
  Lepas Maghrib   Fiqah كفاية المهتدي  – صفة دوا فولوه Ust Qamaruddin Bin Abd Latif
Tasauf جمع الجوامع Ustaz Hj Abd Rahim Bin Hj Hamzah
Fiqah إعانة الطالبين Ustaz  Hj Ahmad Naim Bin Mohammad
Tafsir تفسير الجلالين Ustaz Abu Baker Bin Osman
 Lepas Isya  Hadits           رياض الصالحين Ustaz Wan Mohammad Bin Wan Othman
NahuSorof مختصرجدامتن مقصود Ustaz Sofian Bin Hj Awang
  الجواهر المكنون                           Ustaz Hj Solih Bin Hj Ismail
9.30 Malam                                             Kelas Menghafaz 
10.30 Malam  بغية الطلاب Ustaz Ilyas Bin Abd Jalil
ازهرى Ustaz Hassan Bin Yusuf
           

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jadual Setiap hari Selasa dan Khamis

 

HARI MASA NAMA KITAB GURU
   Malam Selasa  Lepas Maghrib Bacaan Yaasinسيرة النبويه

 

Imam SolatYb Ust Baihaqi Bin Hj atiqullah
فليتا فنونتوت Ust Naim Bin Hj Ahmad 
Lepas Magrib منهاج السلام Ustaz Ilyas Bin Abd Jalil
Lepas Isya Mohadorah 
7.30 Pagi الحكم  Ustaz Hj Abd Rahim Bin Hj Hamzah
11.00  Pagi فروكونن جاوي Ustaz Ilyas Bin Abd Jalil
       
 Hari Selasa  Lepas Zohor ايضاح الباب Ustaz Hj Abd Rahim Bin Hj Hamzah
كفاية الغلام Ustaz Ilyas Bin Abd Jalil
 Lepas Asar اصول التوحيد Ustaz Hj Abd Rahim Bin Hj Hamzah
مطلع البدرين Ustaz Ilyas Bin Abd Jalil

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Di sini dicoretkan berkenaan jadual harian yang berlangsung di madrasah ini sepanjang minggu. Nama kitab-kitab akan berubah apabila ia khatam dibaca oleh para gurunya. Para pelajar diwajibkan belajar sekurang-kurangnya 8 buah kitab sehari

Posted in Pondok Pasir Tumboh | 1 Comment »