Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for Oktober 2021

Agama dunia menentang judi

Posted by epondok di Oktober 3, 2021

Oleh Nik Hafiz Hassan

 Kita berasa dukacita di atas perkembangan terbaru yang menyaksikan pertambahan bilangan cabutan judi yang dibenarkan di dalam negara sepertimana yang dinyatakan dalam jawapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan di Dewan Rakyat yang menyebutkan keputusan kerajaan menambah kekerapan cabutan khas agensi nombor ramalan.

Kita menyatakan bantahan terhadap perkara ini kerana judi bukanlah sesuatu yang sihat untuk rakyat Malaysia yang berbilang agama dan bangsa

Ia bukan sahaja dapat mereda suasana dan desakan majoriti masyarakat, bahkan bersesuaian dengan identiti Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh di kalangan Negara-negara Islam terutama dalam negara menonjolkan diri sebagai Pusat Kewangan Islam Antarabangsa dan juga Pusat Halal Dunia.

Walaupun lesen judi hanya dibenarkan untuk pelanggan di kalangan bukan Islam termasuk pekerja dan premis, namun judi bukan sahaja mendapat tentangan daripada masyarakat Islam tetapi bukan Islam sendiri. Jika ditelusuri judi di kalangan agama dunia, majoriti merujuk tentang keburukan judi kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Islam sebagai agama rasmi negara, secara jelas menyatakan haramnya judi.

Allah ta’ala telah berfirman yang mafhumnya: “Wahai orang-orang mukmin. Sesungguhnya arak, judi, berhala, anak panah (judi) adalah najis (kotor) dari kelakuan syaitan. Jauhilah ia supaya kamu beroleh kemenangan. Sesungguhnya syaitan bertujuan menjadikan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan judi, serta menghalang kamu dari mengingati Allah dan mendirikan solat”. Al-Maidah, 90-91. Ayat ini jelas menunjukkan pengharaman ‘khamr’ (arak) dan segala bentuk ‘maysir’ (judi).

Ajaran lama Budha Hinayana, menggariskan lima larangan kepada penganut Budha iaitu; ” membunuh, mencuri, menipu, berzina, meminum alkohol dan berjudi”.

Namun ajaran baru Budha Mahayana telah melonggarkan larangan ini dan ia hanya terpakai kepada yang mahu menjadi sami atau betul-betul menghayati ajaran Budha. Juga tercatit dalam kitab lama Budha kisah masyhur ‘Ratapan si Penjudi’ (Gambler’s Lament) yang menjadi pengajaran berguna apabila seorang penjudi yang kalah wang taruhan menyebabkan dia kehilangan anak dan isteri.

Dalam kitab Budha, ‘Tipitaka’ juga ada menceritakan enam perkara bahaya akibat judi: Pertama bagi yang menang akan mengundang kebencian, kedua bagi yang kalah akan tertekan kerana kehilangan wang, ketiga tidak ada perkataan yang boleh digunakan untuk pembelaannya di mahkamah, keempat dia akan dijauhi oleh rakan dan keluarga, kelima dia akan susah untuk menemui jodoh kerana tiada yang mahu bersuamikan si penjudi dan keenam mencari kekayaan atas pertaruhan menyebabkan kesengsaraan kepada orang lain (yang kalah)’ .

Walaupun ajaran Budha tidak mengharamkan secara jelas aktiviti judi dan membenarkannya sekadar permainan rekreasi dan hiburan seperti permainan ‘mahjung’ atas dasar untung nasib atau ‘ong’. Namun Budha memberi amaran keras bagi yang mempertaruhkan wang dan mengabaikan tanggungjawab keluarga sehingga hilang wang pertaruhan dan sumber mata pencarian.
Apa yang berlaku, aktiviti judi yang sedia ada di negara kita terutama di kalangan yang berpendapatan rendah telah menyebabkan kebobrokan rumah tangga dan ramai terperangkap dengan hutang dengan meminjam melalui ‘Ah Long’ dan ceti haram.

Bagi ajaran Kristian pula tidak ada kejelasan dalam pengharaman judi tetapi ajaran Kristian memberi amaran bagi yang mencari kekayaan secara cepat dan cintakan wang seperti yang disebut di dalam Timothy 6:10 ” Bagi mereka yang mencintakan wang ia adalah punca bagi segala kejahatan. Bagi mereka yang terlalu taksub berlumba mendapatkan wang dan mengabaikan tanggungjawab agama, seolah dia mencucuk dirinya dengan kesedihan di kemudian hari”.

Dalam Hebrew 13:5 pula mengatakan ” Bebaskan dirimu dari kecintaan dunia (wang) dan berpadalah dengan apa yang kamu ada, kerana Tuhan telah mengatakan, ‘ Aku tidak akan tinggalkan kamu dan tidak akan membiarkan kamu (sentiasa menolongmu)’. Majoriti gereja bersepakat menyatakan keburukan judi dan sebahagian membenarkan loteri kebajikan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan juga aktiviti judi ‘Bingo’ sebagai akiviti rekreasi yang popular di kalangan warga pesara di negara barat.

Namun begitu majoriti gereja menolak penubuhan pusat judi secara besaran seperti kasino atas dasar ‘melampau’. Manakala gereja Prebysterian menolak terus segala bentuk judi termasuk loteri kerana atas hujah ia mengambil wang dari golongan miskin dan berpendapatan rendah, yang mengharapkan hadiah lumayan, tetapi hanya ‘seorang dalam sejuta sahaja’ yang memenangi hadiah wang yang dijanjikan.

Manakala bagi penganut agama Yahudi, para Rabbi (pemimpin agama Yahudi) menetapkan aktiviti judi dibenarkan semasa perayaan Hannukah sahaja sebagai satu bentuk hiburan di musim perayaan.

Usaha kerajaan UK suatu ketika dahulu untuk menubuhkan kasino secara besaran atas alasan untuk menarik pelancong dan menambah pendapat negara mendapat kecaman dari rakyat.

Di Amerika Syarikat pula, walaupun di peringat Federal (Pusat) membenarkan aktiviti judi, namun setiap negeri mempunyai kuasa untuk mengharamkannya. Nevada membenarkan lesen judi pada tahun 1931 dan menjadi sumber ekonomi utama negeri, diikuti Atlantic City dan New Jersey pada tahun 1976 dan Mississipi pada tahun 1990. Kebanyakan negeri lain di Amerika Syarikat masih tidak membenarkan lesen judi atas sebab kesan moral dan sosial kecuali loteri kebajikan dan permainan Bingo oleh pertubuhan bukan kerajaan untuk tujuan kebajikan.

Judi secara logiknya adalah permainan orang yang mempunyai lebihan wang dan tidak terasa apabila mereka kalah judi. Oleh kerana itulah pusat perjudian yang terkenal di Eropah, Monaco, rata-rata penghuninya adalah hartawan dan selebriti.

Dalam sesetengah negara berlumba membina pusat-pusat perjudian dengan anggapan ia dapat meningkatkan hasil pendapatan negara, lain pula halnya sebuah negeri kepulauan kecil di Pasifik, Vanuatu, yang berpenduduk hampir 300,000 orang dan majoriti beragama Kristian. Kerajaan Vanuatu telah meluluskan akta pengharaman judi di negara mereka sejak tahun 2006 dan ia tidak mendapat sebarang bantahan dari rakyat malah dialu-alukan.

Sekiranya pungutan suara dilakukan di kalangan awam, juga ketua-ketua semua agama di Malaysia selain Islam, nescaya mereka akan bersetuju tentang kemudaratan judi dan arak kepada masyarakat, melebihi kebaikan.

Semoga acara sukan dan sebagainya tidak dicemari dengan aktiviti yang tidak sihat seperti judi. Ia bukan sahaja menggalakkan mereka yang meminati sukan tersebut berminat untuk berjudi sama, malah menambah masalah judi yang sedia ada di negara kita.

Posted in Fokus Isu | Leave a Comment »

Nikmat bersin, bahana menguap tanpa tutup mulut

Posted by epondok di Oktober 2, 2021

Oleh Ibrahim Abdullah
ANAS bin Malik RA bercerita, ada dua orang bersin dekat Nabi Muhammad SAW. Baginda mendoakan (tasymit) seorang daripada keduanya, namun tidak mendoakan seorang yang lain. Ditanya alasannya, Rasulullah menjawab: “Sebab yang seorang mengucapkan ‘alhamdulillah’, sedangkan yang seorang lagi tidak membacanya.” (Hadis riwayat Bukhari).

Jadi orang bersin dan tidak membaca alhamdulillah tidak layak didoakan kerana tidak bersyukur nikmat yang Allah SWT kurniakan. Pada hal bersin termasuk antara nikmat daripada Allah yang manfaatnya sangat besar dan mustajab.

Menurut Ibnu Qaiyyim, bersin dapat mengeluarkan wap dari dalam otak yang jika dibiarkan (tidak dimanfaatkan) akan berbahaya. (Kitab Zadul Ma’ad). Bersin adalah mekanisme pertahanan tubuh untuk mencegah masuknya zat luar ke dalam tubuh. Ketika bersin, udara kotor keluar dengan keras melalui hidung dan mulut berkecepatan sekitar 161 kilometer/jam. Dr Michael Roizen, pegawai kesihatan Cleveland Clinics menegaskan, bersin kegiatan positif kerana berfungsi membersihkan faring (rongga antara hidung, mulut, dan tenggorakan). Dalam Syarh Riyadhus Salihin,  mengutarakan bagaimana bersin dapat menggiatkan otak dan meringankan tubuh.

Untuk itulah, setelah bersin, dengan membaca hamdalah, sebagai bukti bersyukur kepada Allah. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jika seorang di antara kamu bersin, ucapkanlah ‘alhamdulillah’ (segala puji bagi Allah). Di samping itu orang yang mendengarnya mendoakan dengan ucapan ‘yarhamukallah’ (semoga Allah merahmatimu), orang yang bersin tadi membaca doa ‘yahdikumullahu wa yusilhu balakum’ (semoga Allah memberikan hidayah dan memperbaiki keadaanmu.” (Hadis riwayat Bukhari).

Bacaan hamdalah adalah doa paling utama. Imam al-Sindi menyatakan, hamdalah mengandungi pengertian dua jenis (fungsi) doa, iaitu menyanjung dan mengingat Allah SWT (zikir), serta mengajukan permohonan agar nikmat ditambah.

Dengan berzikir saja, Allah menjamin akan memperbaiki lebih daripada diminta. Firman-Nya dalam hadis Qusi bermaksud : “Siapa yang lebih sibuk megingati-Ku (berzikir) daripada meminta sesuatu kepada-Ku, ia akan Aku berikan sesuatu melebihi orang yang memohon.”

Lain bersin, lain pula menguap (tatha’ub) bererti layu dan malas. Menguap terjadi kerana minimumnya oksigen dalam tubuh. Biasanya, orang menguap apabila tubuh lelah, malas, bosan, atau mengantuk. Nabi SAW bersabda bermaksud: “Menguap itu daripada syaitan. Oleh itu jika menguap, tahanlah sedapat mungkin. Sebab jika orang menguap hingga terucap ‘ha’ , syaitan tertawa menyaksikannya.” (Hadis riwayat Bukhari).

Sesetengah orang apabila menguap, ia tidak menutupi mulutnya, syaitan amat menyukai yang demikian, di samping itu juga virus akan keluar dari mulut seseorang yang boleh menyebarkan penyakit.

Syaitan tertawa gembira dengan tabiat demikian, kerana menyukai kemalasan dan kedunguan, sedangkan agama sangat anti dengan kemalasan dan menganjurkan umatnya untuk giat bekerja dan beramal. Nabi SAW pun selalu berlindung daripada sifat kemalasan dan unsur yang negatif.

Sunnahnya orang bersin merendahkan suaranya. Faedahnya ialah ketika orang bersin kebanyakannya membuat suara tinggi yang boleh mengganggu, maka disunnahkan baginya untuk merendahkan suaranya dengan meletakkan tangannya atau pakaiannya ke wajahnya.

Abu Hanifah meriwayatkan: “Bahawa Nabi SAW apabila bersin Baginda menutup wajahnya dengan tangan atau pakaiannya dan dengan demikian Baginda merendahkan suaranya.” Abu Hurairah berkata: “Doakan saudaramu yang bersin sebanyak tiga kali, kalau lebih daripada tiga maka dia sedang flu (selesema).”

Dalam hadis yang disebutkan Abu Musa al-Asya’ari pula, berkata: “Seorang Yahudi bersin di sisi Rasulullah, dia berharap agar Nabi mengucapkan untuknya yarhamukallah, namun yang Nabi ucapkan adalah: ‘yahdikumullah wa yuslihu balakum.’”

Berdasarkan hadis ini boleh mendoakan ahlu zimmah, apabila mereka bertahmid setelah bersin, dengan doa hidayah dan taufik kepada keimanan, dan tidak mendoakan mereka dengan rahmat.22dan maghfirah, kerana mereka tidak sesuai untuk doa itu, manakala orang yang bersin di dalam solat boleh bertahmid kepada Allah, namun tidak boleh bagi orang yang mendengarnya mendoakannya dengan mengucapkan yarhakumullah.

Adalah perkara yang diperintahkan dan disunnahkan, dan termasuk perkara kesempurnaan agama dengan mensyariatkan kepada mereka doa yang mereka ucapkan setelah bersin, yang mana ia adalah nikmat Allah atas mereka. Maka dengan bersin itu mereka saling mendoakan rahmat dan memohon kepada Allah hidayah dan baik keadaannya.

Dari al-Barra’ bin ‘Azib, dia berkata: “Nabi memerintahkan kepada kami dengan tujuh perkara dan melarang kami dari tujuh perkara, maka Baginda menyebutkan, menjenguk orang sakit, mengikuti jenazah, mendoakan orang bersin, membalas salam, menolong orang yang dizalimi, memenuhi jemputan, dan memperhatikan keinginan orang yang bersumpah.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim).

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »

Tahnik (bercukur) bayi yang baru lahir

Posted by epondok di Oktober 1, 2021

cukur2

Bahan : Buah kurma, Zabib(kismis), Air zam-zam @ air tawar, Gula Garam dan Asam keping

1. Buah kurma dikunyah lumat kemudian diambil sedikit unutk digosokkan ke langit-langit bayi

2. Kemudian buah zabib digigit dan disapukan ke mulut bayi

3. Cincin emas dicelupkan ke dalam gula,garam,asam keping dan kemudiannya digosokkan ke bibir bayi

4. Kemudian ambil cincin perak buat seperti yang tersebut tadi.

5. Suapkan air zam-zam atau air tawar ke mulut budak dengan camca kecil 3 kali suap

6. Kemudian diberi nama bayi (jika sudah ada nama pilihan) :

Sebaiknya diberi nama pada hari yang ketujuh daripada hari kelahiran

7. Bayi diletakkan dihadapan lalu bacakan : 

1.  َفالله ُ خَيْرًا حَاْفِظًا وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ.                                                3 كالي                                                                                                                                                            

2.  َواللهُ ِمنْ وَرَائِهِمْ مُحِيْطٌ, بَلْ هُوَ قُرْأَنٌ مَجِيْدٌ,فِيْ لَوْحٍ مَحْفُوْظٌ.                        3 كالي

3.  وَحَفِظْنَاهَا ِمنْ كُلِّ شَيْطَاْنٍ الرَّجِيْمِ.                                                        3 كالي

4.  َولَقَدْ خَلَقْنَا اْلأِنْسَاْن مِنْ سُلاَلَةٍ مِنْ طِيْنٍ,ثُمَّ جَعَلْنَا النُّطْفَة َفِيْ قَرَارٍ مَكِيْنٍ,ثُمَّ خَلَقْنَا نُطْفَة َعَلَقَة ً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَة َمُضْغَة ًفَخَلَقْنَا الْمُضْغَة َ     

  ِعظَاْمًا  َفكَسَوْنَا الْعِظَاْمَ لَحْمًا ثُمَّ  َأنْشَأْنَاْهُ خَلْقًا آخَرْ  َفتَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ الَْخَالِقِيْنَ.

َ5. وإِنْ يَكَاْدُ الَّذِيْنَ  َكَفَرُوْا  َليُزْلِقُوْانَكَ ِبأَبْصَاْرِهِمْ لَمَّا سَمِعُوْا الذِّكْرَ  َويَقُوْلُوْنَ ِإنَّهُ لَمَجْنُوْنٍ,وَمَا هُوَا ِإلاَّ ِذكْرٌ ِللْعَالَمِيْنَ,     سكالي

6. ُقلْ هُوَ اللهُ أَحَدْ                                                   سكالي

7. قل أعوذ برب الفلق                                             سكالي

8. قل أعوذ برب الناس                                            سكالي

8. َأعُوْذ ُبِكََلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاْتِ َوِمنْ ُكلِّ عَيْنٍ َلامَّةٍ  َومِنْ ُكلِّ شَيْطَاْنٍ َوهَامَّةٍ. َحصَّنْتُهُ(جك فرمفوان حَصَّنْتُهَا) ِبالْحَىِّ الْقَيُّوْمِ وَدَفَعْتُ َعْنكَ(جك فرمفوان َعْنكَ)السُّؤِ ِبأَلْفِ َألْفِ َلاحَوْلَ وَلاَقُوَّةَ ِإلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ,

8. Isyarat dengan tangan lalu disapu ke seluruh tubuh bayi

9. Kemudian baca

ِأنَّا َأنْزَلْنَاْهُ الخ…………………………………………

10. Tiupkan ke telinga kanan dan kiri budak sebanyak tiga kali

11. Berikan nama pada bayi

َأنِّيْ سَمَّيْتُكَ َكمَا سَمَّاكَ أَبُوْكَ………..(sebutkan nama bayi)

الفاتحة الخ …………………………………………..

12. Dan berdoa:

َاللَّهُمّ َ َأنْشَأْهُ(أَنْشَأْهَا)نَشْأَةَ صَالِحَة ًوَأَحْيِهِ(وَأَحْيِهَا)حَيَاة ًطَيِّبَة ًوَأَسْعِدْهُ(وَأَسْعِدْهَا)سَعَادَةً حُسْنىَ وَاجْعَلْهُ بَارًّا ِبوَاْلِدَيْهِ غَيْرَ عَاْقٍ لَهُمَا(وَاجْعَلْهَا بَارَّا ِبوَلِدَيْهَا غَيْرَ عَاْقٍ لَهُمَا) وَأجْعََلْهُ(وَأَجْعَلْهَا) ِمنَ الصَّالِحِيْنَ الْعَارِفِيْنَ الْعَاْلِمِيْنَ,وَاكْفِهِ (وَاكْفِهَا) شَرِّ النَّظْرَةِ وَالْعَيْن ِ وَالْحَاْسِدِيْ,وَأَعِذْهُ (وَأَعِذْهَا) عَنْ خَلْقِكَ أَجْمَعِيْنَ وَلا َتَحْوِجْهُ(وَلاَتُحْوِجْهَا) ِإلاَّ ِلوَجْهِكَ الْكَرِيْمِ,وَإغْفِرْلِوَاْلَدَيْهِ(لِوَالِدَيْهَا)وَالْحَاضِرِيْنَ أَجْمَعِيْنَ يَاْ رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.

الفاتحة الخ ……………………………………………

 َربَنَّا َتقَبَّلْ مِنَّا دُعَائَناَ ِإنَّكَ َأنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمِ وَتُبْ عَلَيْنَا يَا مَوْلاَنَا ِإنَّكَ أَنْتَ التَّوَّاْبُ الرَّحِيْمِ وَلاَ تُؤَاْخِذْنَا بِالْعَظَاْئِمِ وَالْجَرَاْئِمِ يَا حَلِيْمُ َوأَسْكِنَّا يَا سَمِيْعُ يَاْ  َقَرَيْبُ جَنَّة ًأُعِدَّتْ ِللْمُتَّقِيْنَ. دَعْوَاْهُمْ  ِفيْهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فَيْهَاسَلاََمٌ وَآخِرْ دَعْوَاهُمْ َأن ِالْحَمْدَُ ِللهِ َربِّ الْعَالَمِيْنَ.

Posted in Amalan Pilihan | 1 Comment »