Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Penting untuk pelajari dan fahami sifat 20

Posted by epondok di Oktober 8, 2021


Oleh Latifah Arifin

 

Kefahaman umat Islam terhadap ilmu akidah penting sebagai benteng yang mengelak mereka daripada terdedah dengan aliran pemikiran baharu yang menyesatkan.

Pendakwah bebas, Muhadir Joll berkata, kehadiran pelbagai aliran pemikiran baharu bersifat songsang seperti tidak mempercayai adanya tuhan, meragui kewujudan Allah SWT dan rasul dibimbangi akan meracuni masyarakat Islam.

Katanya, masyarakat perlu belajar ilmu akidah yang bukan sahaja untuk difahami tetapi diamalkan mengikut kaedah jumhur ulama bagi mengenal Allah SWT melalui ilmu sifat 20 yang dibahaskan ulama secara terperinci.

“Jika kita salah memahami, takut akidah kita terpesong maka amalan yang dilaksanakan akan ditolak oleh Allah SWT. Oleh itu, untuk mengenal Allah SWT antara caranya ialah mengembalikan pengajaran sifat 20,” katanya pada Seminar Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah: Perbahasan Kepada 9 Persoalan Akidah di Masjid Wilayah Persekutuan, hari ini.

Beliau berkata, ada yang menolak ilmu sifat 20 yang diperkenalkan oleh ulama tersohor Syeikh Abu al-Hasan al-Asy’ari sejak kurun keempat sedangkan ia sudah lama diaplikasikan dalam pengajaran akidah dan diterima dalam kalangan jumhur ulama yang mengarang dan membahaskannya.

Ia juga adalah kaedah ulama membantu masyarakat Islam mengenal Allah SWT seperti mana ilmu akidah yang ada di dalam al-Quran dan hadis. Penjelasan lanjut oleh ulama bertujuan mengelakkan salah faham yang menyimpang daripada landasan Ahli Sunnah wal Jamaah.

Muhadir memberi contoh menyamakan Allah SWT dengan ciri makhluk termasuk mengatakan Allah SWT berada di atas arasy, sedang bersemayam dan terdiri daripada roh kerana sifat berkenaan hanya untuk makhluk seperti manusia.

Beliau berkata, pihak yang mengatakan demikian sebenarnya sudah terpesong dan tindakan itu mengundang dosa yang mewajibkan mereka bertaubat segera.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: