Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for Oktober 2021

Formula 5S, raih syafaat Nabi Muhammad s.a.w

Posted by epondok di Oktober 30, 2021

Oleh Siti Haliza Yusop

 

Ketidaksempurnaan amalan dan dosa yang dilakukan sepanjang kehidupan, akan membawa manusia kepada keadaan yang sukar di Mahsyar.

Ketika itulah kita mengharapkan syafaat Rasulullah SAW untuk melepaskan diri daripada kekalutan Mahsyar dan seksaan neraka.

Bagaimanapun dengan kelompongan dalam amalan kita, bagaimanakah untuk kita memastikan diri tergolong sebagai mereka yang berkesempatan menerima syafaat daripada Baginda?

Pendakwah bebas, Halim Hafidz, menggariskan lima formula yang boleh dijadikan rutin sebagai usaha untuk meraih keistimewaan syafaat Rasulullah SAW.

Halim berkata, formula 5S itu dimulai dengan amalan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang kepentingannya disebut dalam firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” (Al-Ahzab: 56)

Menurut Halim, berbeza dengan suruhan-Nya yang lain, perintah selawat tidak hanya disebut, bahkan dilakukan Allah SWT, sekali gus menggambarkan ‘tingkat’ kepentingannya.

“Allah SWT memerintahkan kita untuk solat, zakat, haji dan berpuasa tetapi Tuhan tidak melakukannya.

“Bagaimanapun apabila Allah SWT mengarahkan kita berselawat kepada Rasulullah SAW, perintah itu dimulakan dengan Tuhan sendiri berselawat kepada Baginda,” katanya kepada BH di sini.

Halim berkata, kelebihan selawat itu bukan saja akan memudahkan umat manusia menemui ‘jalan’ memperoleh syafaat di Mahsyar, bahkan akan diberi balasan 10 kali ganda oleh Allah SWT.

“Sekali kita selawat, Allah SWT akan membalas semula dengan berselawat kepada kita sebanyak 10 kali, manakala Nabi Muhammad SAW bersabda: ‘Orang yang rapat denganku di syurga nanti adalah yang banyak berselawat’,” katanya.

Beliau berkata, 5S kedua ialah amalan memberi salam ke atas Baginda yang boleh dilakukan di mana-mana saja pada apa waktu sekalipun.

“Saya pernah ditegur seorang sheikh kerana banyak selawat tetapi tidak memberi salam kepada Rasulullah SAW.

“Bagaimanapun dalam amalan biasa kita, salam buat Rasululullah SAW hanya dikirim kepada mereka yang bakal mengunjungi makam Baginda sedangkan lafaz ‘Assalamualaikum Ya Rasulullah’ boleh dilakukan pada bila-bila masa.

“Ia boleh diucapkan selepas bangun tidur atau ketika berada di hutan dan lautan,” katanya.

Halim mengakui penerimaan amalan memberi salam tidak begitu meluas seperti amalan selawat sedangkan gabungan salam dan selawat baik untuk dibudayakan dalam kehidupan seharian.

Seperti perumpamaan tak kenal maka tak cinta, formula ketiga adalah menekankan kepentingan menguasai sirah Nabi Muhammad SAW untuk menanam rasa cinta mendalam kepada tokoh agung itu.

Melalui sirahnya, Halim berkata, umat Islam berpeluang meneladani akhlak Rasulullah dalam setiap perkara hingga dapat melihat bagaimana Baginda mendepani setiap situasi, selain mengikuti akhlaknya ketika berdepan dengan musuh.

Halim berkata, kita sering mengambil jalan mudah dengan melawan kekerasan menggunakan kekerasan sedangkan pengajaran daripada sirah Rasulullah SAW itu membolehkan kita menyedari kelembutan Baginda.

“Daripada melawan sengketa dengan sengketa, mengapa tidak kita mencontohi akhlak ketika berdepan dengan musuh apabila Baginda sedar dibenci termasuk dibaling dengan najis setiap hari.

“Bagaimanapun Rasulullah SAW tidak sekali melawan dengan cara kekerasan malah menziarahinya yang jatuh sakit hingga individu itu akhirnya memeluk agama Islam,” katanya.

Halim juga menganjurkan umat Islam mengikuti setiap sunnah Rasululah daripada sekecil-kecil hinggalah perihal besar termasuk memerintah negara.

“Sunnah ini terlalu banyak untuk dikira tetapi setiap apa yang dilakukan Baginda akan membawa manfaat untuk dicontohi dan mendekatkan kita hingga memperoleh syafaat nanti,” katanya.

Halim berkata, umat Islam juga perlu menyuburkan ingatan mereka terhadap Nabi Muhammad SAW termasuk dengan sentiasa menyebut nama dan mengaitkan Baginda dalam setiap apa yang dilihat dalam kehidupan seharian termasuklah kebudayaan moden.

Sebagai contoh, Halim menyebut Halloween diraikan besar-besaran di Barat sangat sinonim dengan labu sedangkan ia sebenarnya sangat digemari Rasulullah SAW.

“Justeru sebagai umat yang amat menyayangi Rasulullah SAW, berbanding mengambil bahagian dengan perayaan itu, mengapa tidak kita luncurkan ingatan kepada Baginda setiap kali melihat labu.

“Ingatilah tanaman itu sebagai kegemaran Baginda dan elakkan daripada mengaitkannya dengan sambutan demikian,” katanya.

Halim berkata, kemuncak cara mengingati Rasulullah ialah meniatkan setiap apa yang dilakukan dibuat ‘untuk Nabi Muhammad SAW.’

“Apabila ingin memohon sesuatu, sentiasa sebut yang kita melakukannya ‘kerana Allah dan untuk Nabi Muhammad SAW’ kerana Baginda wasilah yang paling kuat untuk kita menyampaikan hasrat kepada-Nya.

“Moga-moga setiap apa yang kita hajati dan lakukan tentunya akan lebih lancar dan diberkati,” katanya.

INFO: Formula 5S raih syafaat

• ‘Selawat’ ke atas Nabi

• ‘Salam’ ke atas Nabi

• Kuasai ‘sirah’

• Amalkan ‘sunnah’

• Sering ‘sebut’ Nabi

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »

Usah tumpang syafaat tanpa amal

Posted by epondok di Oktober 29, 2021

TIADA jalan mudah dan pintas memperoleh syafaat sama ada di dunia atau akhirat sekiranya individu itu sendiri tidak berusaha memperbaiki diri serta memperbanyakkan amalan, malah terus bergelumang dalam dosa dan kemaksiatan.

Akibat kurang pemahaman mengenai konsep syafaat dalam pandangan alam Islam yang sebenar, ada yang cuba membuat tanggapan sendiri.

Ini termasuk trend menghantar anak ke sekolah tahfiz dengan harapan dapat ‘menumpang’ syafaat anak mereka tetapi pada masa sama tidak mengubah diri dengan mengikuti perintah Allah SWT.

Pendakwah bebas, Mohammad Rozie Mohd Rejab, berkata memahami syafaat perlu melalui jalan ilmu supaya tidak terdedah kepada salah tanggapan sehingga ada bertindak meninggalkan segala perbuatan baik serta amal soleh.

“Konsep syafaat ini terlalu luas dan subjektif kerana menurut bahasa, ia bermaksud bantuan, pertolongan atau pembelaan, manakala secara istilah pula bermakna perlindungan Allah SWT melalui seseorang atau berdasarkan amalan.

“Kita tidak boleh memahami syafaat melalui akal fikiran sendiri tetapi mesti mendapatkan pemahaman jelas dengan mencari ilmu daripada guru mursyid, iaitu benar-benar menjiwai al-Quran, sunnah dan ijmak ulama.

“Ia dapat menghindarkan diri daripada mengaitkan syafaat dengan hal tidak benar, apatah lagi menyeleweng daripada syariat seperti terpengaruh ajaran sesat guru yang menyuruh anak murid perempuan bersedia untuk ditiduri sebagai syarat mendapatkan syafaat yang sesat lagi menyesatkan,” katanya.

Mohamad Rozie berkata, memang benar syafaat akan diberikan Nabi Muhammad SAW pada hari akhirat nanti tetapi Baginda juga mengajarkan bagaimana cara meraihnya.

Katanya, syafaat terbahagi kepada dua konsep utama, iaitu diperoleh menerusi amalan dilakukan penuh ikhlas dengan usaha sendiri dan kedua, melalui perantaraan atau individu tertentu.

Mengupas lanjut katanya, banyak amalan yang melaluinya pasti akan meraih perlindungan, bantuan dan pembelaan di akhirat kelak termasuk memperbanyakkan bacaan al-Quran.

“Perlu diingatkan, syafaat melalui al-Quran hanya diperoleh orang sentiasa beramal dengan cara membaca kitab suci itu.

“Sabda Rasulullah SAW: “Bacalah (kamu semua) akan al-Quran, maka sesungguhnya al-Quran akan datang pada hari kiamat nanti memberikan syafaat kepada pembacanya.” (HR Bukhari)

“Bagaimanapun, kita tidak boleh meletakkan niat membaca al-Quran semata-mata ingin memperoleh syafaat tetapi perlu diperbetulkan demi mencari redha Allah SWT,” katanya.

Antara lain katanya, amalan mendatangkan syafaat termasuk berbuat baik kepada ibu bapa, jujur dan amanah dalam pekerjaan dan meninggalkan perkara kemaksiatan.

Beliau berkata, umat Islam wajar meneladani kisah diceritakan Rasulullah SAW yang tercatat dalam hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim mengenai tiga pemuda memperoleh syafaat ketika terperangkap di dalam sebuah gua.

“Tiga pemuda ini ketika keluar bermusafir mencari perlindungan dan berteduh di sebuah gua kerana hujan lebat dan kemudian ditakdirkan kilat menyambar batu di pintu gua sehingga ia terjatuh dan menutupi pintu laluan untuk keluar.

“Cubaan menolak batu itu tidak berhasil sehingga akhirnya sedar hanya Allah SWT yang boleh menolong dalam situasi berkenaan.

“Mereka pun mula berdoa dengan pemuda pertama memohon kepada Allah SWT agar kebaikannya menjaga ibu bapa uzur dan setiap hari rutinnya memerah susu kambing serta mendahulukan mereka untuk minum setiap pagi diterima sebagai amal soleh,” katanya.

Pemuda kedua dalam munajatnya pula berkata, beliau pernah membantu saudara perempuan dengan syarat bersedia untuk ditiduri.

Ketika ingin melakukan perbuatan terkutuk itu, wanita terbabit mengingatkannya supaya bertakwa kepada Allah SWT, sekali gus mencetuskan ketakutan kepada-Nya hingga bertindak melepaskannya dan memberi sedikit wang belanja.

Begitu juga pemuda ketiga yang reda menyerahkan semua kambing ternakannya sebagai ganti kepada jumlah gaji pekerjanya yang menghilang tetapi muncul semula untuk menuntutnya.

Berkat perbuatan kebaikan ketiga-tiga pemuda itu, ia diterima Allah SWT hingga pintu gua terbuka seluas-luasnya, sekali gus dapat keluar dan meneruskan pengembaraan.

Bagaimanapun, Mohamad Rozie berkata, syafaat diberikan melalui orang tertentu mempunyai hierarki yang perlu diketahui oleh setiap umat Islam.

“Syafaat melalui orang tertentu adalah dalam kalangan Rasul, Nabi, malaikat, orang yang syahid, ibu bapa, anak meninggal dunia sebelum baligh, anak menghafaz al-Quran dan sesama Mukmin sendiri.

“Antara amalan bagi mendapat syafaat Baginda adalah memperbanyakkan selawat dan berbuat baik kepada ahli keluarga serta sahabat Rasulullah SAW.

“Keistimewaan syafaat Rasulullah SAW berbeza dengan nabi lain yang hanya boleh memberi syafaat kepada umatnya sahaja,” katanya.

Oleh itu kata Mohamad Rozie, Nabi Isa AS pernah berdoa untuk menjadi umat Nabi Muhammad SAW, lalu Allah SWT kabulkan doanya yang akan diturunkan ke dunia pada akhir zaman nanti.

Mengulas antara petanda yang menunjukkan kehidupan seseorang memperoleh syafaat, beliau berkata, ia termasuk dilimpahi ketenangan dan kebahagiaan.

“Maksudnya, tidak mungkin hidup tanpa ada ujian tetapi individu menerima syafaat apabila ditimpa dugaan semakin dekat dengan Allah SWT.

“Apabila diuji dengan musibah tidak pula menjauh dari-Nya seperti dilalui Nabi Adam AS yang pernah diuji dan kerana iman kental, kembali kepada Allah SWT,” katanya

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »

Jenis Syafaat Nabi Muhammad s.a.w di Akhirat

Posted by epondok di Oktober 28, 2021

ADA hari kiamat, tiada seorang manusia pun mampu bercakap kecuali golongan rasul.

Bagaimanapun, kandungan percakapan mereka ketika itu hanya mahu memohon keselamatan.

Bayangkan, betapa dahsyatnya hari berkenaan sehinggakan tiada kalimat lain yang mampu diucapkan.

Golongan rasul yang suci bersih itu sekalipun tetap berasa risau akan keselamatan diri mereka.

Dalam firman Allah SWT yang bermaksud: “Tuhan yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa

yang ada di antara kedua-duanya, Tuhan Yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapa pun diberi kuasa berkata-kata dengan-Nya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu).

“(Tambahan pula) pada masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata-kata (memohon pertimbangan) melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah serta ia berkata benar.

“Itulah keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) yang sungguh tetap berlakunya, maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang soleh)!” (Surah an-Naba’, ayat 37-39)

Dinyatakan dalam sahih Bukhari, golongan rasul iaitu Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa ketika itu akan didatangi pengikut masing-masing.

Namun, mereka tidak mampu untuk membantu. Akhirnya, ketika sampai kepada Nabi Isa, baginda mencadangkan supaya berjumpa penghulu kepada seluruh manusia iaitu Nabi Muhammad SAW.

Akhirnya, apabila dapat berjumpa Nabi Muhammad SAW, Baginda terus berdoa kepada Allah SWT supaya dapat memberi syafaat.

Walaupun bilangan manusia ketika itu terlalu ramai, Nabi SAW tetap mengenali umatnya berdasarkan anggota wuduk mereka yang bercahaya.

Maka, sangat penting ketika hidup ini kita berdoa agar Nabi SAW memberi syafaatnya pada hari yang sangat getir itu.

Antara syafaat lain yang diizinkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW adalah mengangkat orang dalam syurga ke syurga lebih tinggi.

Ada juga syafaat diberikan Rasulullah SAW kepada orang yang berdosa besar sehingga mereka diampunkan.

Ada juga orang yang dimasukkan ke dalam neraka lalu dikeluarkan selepas mendapat syafaat daripada Nabi Muhammad SAW.

Pada hari kiamat, Nabi Muhammad SAW akan menunggu sahabat serta umatnya di tepi kolamnya.

Baginda SAW seboleh-bolehnya tidak mahu sahabat serta umatnya disentuh api neraka.

Seperti yang dinyatakan Baginda SAW, sesiapa yang dapat meminum air dari kolamnya itu tidak akan berasa dahaga buat selama-lamanya.

Pendakwah, Datuk Dr Zahazan Mohamed menyatakan telaga atau kolam Nabi SAW itu disebut al-Haud dan setiap Muslim wajib beriman dengan kewujudannya.

Menurutnya, Allah SWT menyediakan kolam itu bagi setiap nabi pada hari kiamat kelak supaya airnya dapat diberikan kepada hamba yang taat dan paling besar adalah kolam Nabi Muhammad SAW.

Baginda bersabda yang bermaksud: “Kolamku luasnya sebulan perjalanan, airnya lebih putih daripada susu, baunya lebih harum daripada bau kasturi dan bekas minumnya sebanyak bintang di langit. Sesiapa yang meminumnya tidak akan dahaga selama-lamanya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pada hakikatnya, bukan semua orang dapat meminum air di kolam itu kecuali yang terpilih sahaja.

Golongan yang dibenarkan menikmati air di telaga Nabi Muhammad SAW itu adalah mereka yang beriman serta istiqamah berpegang dengan sunahnya.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya aku akan berdiri di penjuru kolamku untuk menyekat manusia supaya diberikan tempat kepada ahli Yaman untuk minum dulu, kemudian aku pukul airnya dengan tongkatku hingga mengalir kepada mereka.”

Baginda ditanya mengenai lebarnya dan Baginda menjawab: “Panjangnya daripada tempat dudukku sehingga ke Amman (Jordan).”

Selepas itu, Baginda ditanya pula mengenai air minumannya. Baginda membalas: “Airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, mengalir masuk ke dalamnya dua saluran yang berasal dari syurga, salah satu daripadanya diperbuat daripada emas dan sebuah lagi daripada sejenis perak.” (Riwayat Muslim)

Terdapat juga golongan yang akan dihalau daripada menikmati air di kolam Nabi Muhammad SAW itu.

Mereka adalah golongan munafik, murtad, memutar belit agama, mengubah ajaran Nabi, mereka yang menjauhkan manusia daripada agama Allah serta yang menimbulkan fitnah terhadap orang Islam.

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »

Doa lepas azan dan syafaat Rasulullah s.a.w

Posted by epondok di Oktober 27, 2021

MOHD. RADZI MOHD. ZIN

 

Azan adalah kalimat yang sentiasa berkumandang di negara kita. Sebagai Muslim, seruan azan ini amat penting kerana ia menjadi tanda masuknya waktu solat fardu lima kali sehari semalam. Mereka yang me­nunggu-nunggu waktu solat dinyatakan oleh Rasulullah SAW sebagai antara tujuh golongan yang mendapat perlindungan di akhirat kelak.

Gambaran tentang keadaan di mahsyar sudah banyak kita dengar dan baca. Umumnya ia adalah keadaan yang amat sulit dan sukar diluahkan dengan kata-kata. Bagi menggambarkan suasana itu, Allah berfirman yang bermaksud: Pada hari ketika manusia lari daripada saudaranya, daripada ibu bapanya, daripada isteri dan anak-anaknya. Setiap orang daripada mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya. (Abasa: 34-37)

Di mahsyar, jutaan manusia berkumpul, tingkah lakunya tidak keruan, merasakan sangat lapar dan dahaga, panas terik kerana matahari berada sejengkal di atas kepala. Masing-masing sangat susah sehingga badannya panas, otaknya mendidih, menangis dengan keluh kesah dan menyesal. Menyesali perbuatannya ketika di dunia.

Keadaan yang sangat panas menyebabkan peluh mengalir deras persis diperah. Peluh orang sekian banyak memenuhi mahsyar sehingga seperti air bah. Semua orang tenggelam oleh banjir peluh. Ada yang sampai buku lali, ada yang sampai ke betis, ada yang sampai ke lutut, ada yang sampai ke paha dan ada yang tenggelam terus dalam peluh. Semua itu menurut dosa masing-masing ketika di dunia.

Setelah manusia merasakan kesusahan yang tidak ter­hingga beribu tahun lamanya, dan kesudahan yang mencapai puncaknya, maka mereka mencari syafaat (pertolong­an) para nabi supaya memohon syafaat kepada Allah.

Justeru amat penting bagi kita berusaha melakukan amalan yang mana akan menjamin Rasulullah SAW memberi syafaat dalam saat-saat yang sangat genting di mahsyar. Antara amalan yang mudah tetapi mampu memberi syafaat adalah membaca doa selepas azan. Sayangnya masih ramai yang tidak mengambil serius bab ini.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya; “Siapa yang mengucapkan selepas mendengar azan: Allaahumma Rabba hadzihi al-da’wati al-taammati wa al-solati al-qa-imah, Aati Muhammadan al-wasilata wa al-fadhilah, wab’atshu Maqaman Mahmudan alladzi wa’adtah” (Ya Allah, Tuhan pemilik seruan yang sempurna ini dan solat yang didirikan, berilah kepada Muhammad al-wasilah dan kelebihan, dan bangkitkan baginda di kedudukan terpuji yang telah Engkau janjikan baginya); maka halal baginya syafaatku pada hari kiamat. (Riwayat Bukhari)

Secara umum, syafaat bererti perantara seseorang de­ngan yang lain; sama ada antara manusia dengan manusia, atau dalam isu ini antara hamba dengan Allah, demi mendapat maslahat atau menolak mudarat. Syafaat Nabi SAW bermaksud Rasulullah SAW menjadi perantara antara umat baginda dengan Allah SWT.

Rasulullah SAW dikurniakan syafaat Al-Uzhma (yang paling besar) seperti yang disebut dalam hadis di mana semua nabi menolak memberi syafaat sehingga akhirnya manusia pergi kepada Nabi Muhammad SAW.

Kedua, syafaat kepada ahli syurga untuk masuk syurga. Rasulullah akan menjadi penghulu bagi seluruh ahli syurga.

Ketiga, syafaat untuk pak cik baginda, Abu Talib. Walaupun mati dalam kekufuran, disebabkan beliau menjaga nabi daripada gangguan kafir Quraisy, Allah mengizinkan Rasulullah memberi syafaat kepadanya dengan dikurangkan azab neraka ke atasnya. Azab paling minimum itu di mana api neraka hanya sampai di pergelangan kakinya pun begitu, ia menggelegakkan otak.

Keempat, syafaat untuk mengeluarkan pelaku dosa besar atau kecil dari neraka dan dimasukkan ke syurga, dan kepada orang yang masuk neraka untuk tidak masuk neraka.

 

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »

Kenang, rai keagungan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w

Posted by epondok di Oktober 26, 2021

Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

 

RABIULAWAL sangat istimewa dan sangat dimuliakan oleh umat Islam seluruh dunia kerana ia bulan kelahiran junjungan besar Rasulullah SAW yang jatuh pada hari ke-12, iaitu bakal disambut esok.

Rabiulawal yang mendapat nama sempena musim bunga, mencatat banyak peristiwa penting berkaitan Rasulullah SAW seperti permulaan hijrah Baginda meninggalkan Makkah menuju Madinah dan tarikh kewafatan Khatimul Anbiya itu.

Mudir Pondok Turath Islam Baitussaadah, Dr Mohd Sobri Ellias, berkata disebabkan erti besar kepada umat Islam, ia patut dihayati dan dimuliakan menerusi penganjuran majlis sambutan Maulidur Rasul.

Menyingkap malam kelahiran Rasulullah SAW, berlaku gegaran kuat di istana Kisra, Parsi hingga menyebabkan 14 balkoni istana berkenaan runtuh.

Tasik Sawa yang sebelum itu dipenuhi air hingga membolehkan kapal besar berlayar, menjadi kering-kontang.

“Pada malam kelahiran itu, kilat berdentam-dentum memanah syaitan, manakala berkat kelahiran Baginda juga menyaksikan api sembahan kaum Majusi di Parsi yang dikatakan menyala sejak 1,000 tahun, terpadam dengan takdir Allah SWT.

“Sewaktu kelahiran Rasulullah SAW, cahaya keluar dari tubuh bonda Rasulullah, Saidatina Aminah hingga menerangi istana di Syam, bahkan beliau dapat melihat leher unta yang berada Busro.

“Kejadian itu membuktikan kelahiran Rasulullah SAW sangat diraikan seluruh alam,” katanya kepada Ibrah.

Mohd Sobri berkata, jasad Rasulullah SAW ketika dilahirkan sangat luar biasa berbanding bayi lain, iaitu bawah kelopak matanya hitam bercelak, manakala tubuhnya berminyak dan sudah dikhatankan.

Tarikh kelahiran Rasulullah pada tanggal 12 Rabiulawal itu mengikut qaul atau pandangan muktamad, manakala ia jatuh pada Isnin tanpa perselisihan dalam kalangan ulama.

“Rasulullah SAW dilahirkan pada malam diiringi suasana damai, harmoni dan amat menenangkan serta suhunya tidak terlalu sejuk atau panas.

“Ibn Abdil Baar menyatakan Baginda dilahirkan sebulan selepas tentera bergajah pimpinan Abrahah mati dalam serangan dilakukan burung Ababil ketika mereka mahu menghancurkan Kaabah,” katanya.

Bulan kelahiran Rasulullah SAW, Mohd Sobri berkata, wajar diraikan dengan mengadakan majlis sambutan sempena memperingati kelahiran agung itu, selain mengadakan perarakan untuk menzahirkan kegembiraan dan rasa syukur terhadap nikmat pengutusan Rasul akhir zaman.

Justeru, memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW amat wajar memandangkan pengutusan Baginda membawa pedoman, petunjuk dan rahmat kepada manusia, sekali gus nikmat tidak ternilai dan tiada tolok bandingnya.

“Kita hendaklah meletakkan kecintaan kepada Nabi SAW melebihi cinta terhadap diri sendiri, kedua-dua orang tua, anak serta manusia keseluruhannya,” katanya.

Anas ibnu Malik meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu hingga aku menjadi terlebih dikasihinya berbanding anak-anak, kedua-dua ibu bapa dan manusia lainnya. (HR Bukhari)

Mohd Sobri menjelaskan kita digalakkan melakukan perarakan Maulidur Rasul dan majlis ilmu seperti ceramah serta forum untuk menceritakan akidah, akhlak dan keperibadian Rasulullah SAW kepada masyarakat.

Beliau berkata, ia sangat efektif dalam menyuntik dan menyubur rasa rindu, cinta dan kasih kepada Rasulullah SAW dalam kalangan generasi muda.

Mohd Sobri turut menolak pandangan segelintir masyarakat yang menganggap Maulidur Rasul sebagai bidaah atau menyamakan perarakan sempena sambutan itu seperti perarakan agama lain dan mendakwa ia diasaskan penganut Syiah.

“Pandangan itu tidak benar, bercanggah dengan pendapat Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan barangkali disebabkan salah faham terhadap Islam serta sejarah peradabannya,” katanya.

Imam al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani berkata: “Sesungguhnya mengadakan sambutan Maulidur Rasul, ia suatu bidaah yang baik.”

Pandangan ulama hadis dan fiqh itu menunjukkan ada pahala daripada amalan berkenaan.

Meskipun Rasulullah SAW tidak pernah mengadakan perarakan sempena kelahiran Baginda, ini tidak bermakna haram dilakukan.

“Ini kerana ia tergolong sebagai bidaah yang baik, manakala perarakan itu dikiaskan dengan perarakan dilakukan sahabat di Makkah sebagai tanda kegembiraan terhadap keislaman Saidina Umar RA.

“Jika ia harus dilakukan, perarakan menzahirkan kegembiraan terhadap pengutusan Nabi Muhammad SAW lebih patut diadakan,” katanya.

Tokoh pertama yang mengadakan sambutan Maulidur Rasul ialah al-Malik al-Muzaffar Abu Sa‘id al-Kukabri, iaitu Raja Irbil pada kurun ke-7 Hijrah.

Selain pemerintah, baginda ialah orang alim, bertakwa dan berani serta menghimpunkan ramai ulama dalam kalangan ahli hadis dan ahli sufi yang benar.

Amalan yang dilakukan baginda dipandang baik ulama dari Timur dan Barat seperti al-Hafiz Ibnu Dihyah; al-Hafiz Zayn ad-Din al-Iraqi dan anak muridnya, Ibnu Hajar al-Asqalani yang juga menghasilkan kitab Syarah Sahih al-Bukhari; al-Hafiz al-Sakhawi; al-Hafiz Ibnu Jawzi serta al-Hafiz as-Suyuti.

Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa merintis suatu perkara baik dalam Islam, dia akan beroleh ganjaran daripada perkara itu dan ganjaran orang yang melakukan perkara yang dirintis selepasnya tanpa berkurang sedikitpun daripada pahala yang mereka peroleh. (HR Muslim)

Sambutan Maulidur Rasul juga amat digalakkan ulama Tanah Jawi atau Alam Melayu yang terdahulu.

Ramai ulama di rantau ini mengarang kitab mengenai keharusan mengadakan sambutan Maulidur Rasul seperti Sheikh Nawawi al-Bantani dalam Targhibul Musytaqin li Bayani Manzhumah as-Saiyid al-Barzanji Zainal ‘Abidin fi Maulid Saiyidil Awwalin wal Akhirin.

Beliau turut menghasilkan kitab Bughyatul ‘Awam fi Syarhi Maulid Saiyidil Anam dan Al-Ibrizud Dani fi Maulidi Saiyidil Adnani.

Tuan Guru Haji Sulong Patani yang juga cucu Tuan Minal al-Fathani pula menghasilkan Cahaya Islam Gugusan Maulid Saiyidil Anam; Sheikh Tuan Husain Kedah (Tafrih al-Shibyan fi Mawlid an-Nabiy min Waladi ‘Adnan) dan Sheikh Abu Bakar Hasan al-Muari (Mustika Ajaib).

Ulama terkenal kelahiran Kelantan, Tok Kenali pula mengarang risalah Risalatud Durril Manthur dan Syeikh Wan Ali Kutan al-Kalantani (Risalah Majma’ al-Qashaid wa al-‘Awaid) yang kedua-duanya terjemahan Kitab Qasidah al-Burdah karangan al-Imam al-Busiri.

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »

Bersungguh Kenali Peribadi nabi Muhammad s.a.w

Posted by epondok di Oktober 25, 2021

MOHD. RADZI MOHD. ZIN

 

Tiap kalinya tiba bulan Rabiul Awwal, umat Islam menyambut ulang tahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhamad SAW. Insan paling mulia yang membawa rahmat ke seluruh alam dan dijanjikan syurga oleh Allah SWT. Kehebatan baginda dalam semua aspek sama ada keimanan, kepemimpinan dan akhlak tidak dapat ditandingi oleh sesiapapun di muka bumi ini.

Sebab itu Allah menegaskan menerusi firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagi kamu iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia juga banyak menyebut dan memperingati Allah (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzab: 21)

Menyambut kelahiran atau maulid Nabi SAW tidak cukup dengan berselawat dan perarakan. Lebih utama adalah ke­azam­an untuk mencontohi peribadi baginda yang amat mulia. Ia sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Dan sesungguhnya Engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang tinggi (mulia). (al-Qalam: 4) Malah Saidatina Aisyah ketika ditanya tentang akhlak Rasulullah, menjawab akhlak ba­ginda SAW adalah al-Quran. (Hadis riwayat Muslim)

Maka, seseorang yang benar-benar cintakan Nabi SAW ialah mereka yang terzahir tanda cintanya itu pada dirinya akan mencontohi baginda SAW dengan melaksanakan sunnah-sunnah baginda; mengikuti kata-kata dan amalan-amalan baginda dan beradab dengan adab-adab nabi SAW baik dalam situasi susah atau senang.

Dengan demikian baharulah terbukti kecintaan kita kepada Rasulullah SAW. Ini sebagaimana dijelaskan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (ali-‘Imran: 31)

Satu daripada cara menzahirkan kecintaan kepada baginda adalah dengan mengenali insan yang bernama Muhammad ini. Betullah kata pepatah Melayu, ‘tak kenal maka tak cinta’. Justeru, sempena memperingati hari keputeraan baginda mari kita mengkaji biodata baginda secara ringkas.

> Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abadul Manaf bin Quay bin Kilab bin Murrah.

> Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abd. Manaf bin

Zuhrah bin Kilab bin Murrah.

> Tarikh lahir: Isnin, 12 Rabiulawal tahun ke-53

sebelum hijrah/570 Masihi.

> Tempat lahir: Mekah al-Mukarramah, berhampiran Bukit Sofa (rumah Abu Talib) – kini dibangunkan sebagai

perpustakaan.

> Diangkat menjadi nabi pada 27 Ramadan tahun ke-13 sebelum hijrah/690 Masihi di Gua Hira’, Mekah.

> Tarikh wafat: Isnin, 12 Rabiulawal tahun ke-11 hijrah/
 632 Masihi di Madinah al Munawwarah.

> Profesion: Pengembala kambing; ahli perniagaan

(sehingga umur 40 tahun) dan kemudiannya dilantik

sebagai nabi/rasul. Baginda juga adalah antara lima

rasul yang ulul azmi.

> Tanda istimewa: cap kenabian di antara dua bahu.

> Warna kegemaran: putih dan hijau.

> Binatang kesayangan baginda:

a) keldai (empat ekor\dan Dul-Dul adalah keldai yang

paling baginda sayang).

b) unta (20 ekor dan ‘Atba adalah unta kesayangan baginda).

c) kuda (20 ekor dan Ya’fur adalah kuda kesayangan

baginda).

> Baginda mempunyai 12 isteri dan tujuh anak iaitu

tiga lelaki dan empat perempuan.

> Perkara yang khusus kepada Nabi SAW antaranya

maksum (terpelihara daripada dosa); dianugerahi

kefasihan berbicara; keluarga dan keturunan baginda

dilarang menerima zakat; janda baginda dilarang

dinikahi orang lain dan Allah izinkan baginda

berkahwin lebih empat orang.

> Baginda terlibat dan menjadi panglima tentera dalam 28 peperangan sepanjang tahun pertama hingga ke-11 hijrah.

Semoga dengan mengenali sirah baginda akan membuka hati kita menjadi insan yang sentiasa mencontohi dan me­rin­dui Nabi SAW. Bagi yang berkemampuan, bolehlah menziarahi makam Rasulullah di Madinah kerana ada hadis yang mengatakan perbuatan tersebut persis menziarahi baginda semasa hidup

 

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w Dijanji Syafaat

Posted by epondok di Oktober 24, 2021

Manusia sangat memerlukan syafaat apabila mereka dihimpunkan di Padang Mahsyar kelak. Tiada seorang manusia pun yang terlepas daripada melakukan dosa kecuali Nabi Muhammad SAW.

Syafaat bererti memohon pertolongan pada saat memasuki syurga Allah SWT. Ada beberapa syafaat yang boleh diperoleh manusia dan salah satunya adalah syafaat daripada Nabi Muhammad SAW.

Itu adalah syafaat terbesar diberikan kepada Baginda SAW. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.” Rasulullah SAW juga berpesan bahawa Baginda adalah syafaat pertama untuk memasuki syurga.” (Surah al-Mudatthir, ayat 48)

Sekiranya setiap dosa anak Adam itu terzahir dengan hitamnya wajah, sudah pasti wajah kita akan bertambah hitam setiap masa kerana dosa yang dilakukan.

Bagaimanapun, Allah SWT sentiasa menutup keaiban dan dosa yang dilakukan hamba-Nya dan memerintahkan manusia sentiasa bertaubat.

Di Padang Mahsyar nanti keadaannya amat dahsyat apabila seluruh manusia akan duduk dalam keadaan bersesak-sesak, berdiri dalam keadaan telanjang dengan matahari terpacak tegak di atas kepala.

Ketika itu, semua merayu pertolongan daripada Allah SWT. Bagaimana hendak mendapatkan syafaat agung itu? Antaranya, kita perlu mencintai Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan berselawat ke atas Baginda.

Hanya selawat ke atas Nabi Muhammad SAW saja Allah SWT perintahkan kepada hamba-Nya yang Dia lakukan dahulu sebelum memerintahkan manusia melakukannya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah al-Ahzaab, ayat 56)

Begitulah hebatnya amalan berselawat. Jasa yang cukup besar Nabi Muhammad SAW kepada umatnya adalah Baginda menyebabkan kita dapat mengecapi nikmat iman dan Islam.

Jika mati dalam keadaan tiada iman dan Islam, kita akan kekal tinggal di dalam neraka buat selama-lamanya.

Bagi mendapatkan jaminan syafaat daripada Nabi SAW itu adalah dengan berselawat sebanyak 10 kali pada waktu pagi dan petang.

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat.” (Riwayat Tabrani)

Bagi memudahkan kita berselawat sehingga ia menjadi amalan seharian, sebelum mengangkat tangan membaca doa pada waktu Subuh dan Asar kita boleh berselawat 10 kali terlebih dahulu.

Selawat paling utama diucapkan adalah selawat Ibrahimiyah. Selawat Ibrahimiyah ialah selawat yang dibaca pada separuh kedua dalam bacaan tahiyat akhir dalam solat.

Selawat itu menggabungkan dua ucapan salam ke atas Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim iaitu “Allahumma salli ‘ala muhammadin wa’ala ali muhammad, kama sallayta ‘ala ibrahim, wabarik ‘ala muhammadin wa’ala ali muhammad, kama barakta ‘ala ali ibrahim, fi l-‘alamin, innaka hamidun majid.”

Maksudnya: “Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad seperti selawat-Mu kepada Ibrahim dan berilah keberkatan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad seperti keberkatan-Mu kepada keluarga Ibrahim, di seluruh alam, sesungguhnya Engkaulah Maha Terpuji lagi Maha Mulia.”

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »

42 Kelebihan selawat ke atas nabi s.a.w

Posted by epondok di Oktober 23, 2021

Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani menyatakan kelebihan berselawat ke atas nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan drpd Ibnu Farhun berkata ” Berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Perkara ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar”
1. melaksanakan perintah Allah s.w.t
2. bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kepada Rasulullah S.a.w.
3. mendapat ganjaran 10x selawat drpd Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat drpd Allah s.w.t. bererti rahmat
4. bersamaan dengan selawat para malaikat
5. dikurniakan oleh Allah s.w.t. 10x dari darjat atas setiap satu-satu selawat
6. dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat
7. dihapuskan oleh Allah s.w.t. 10x kejahatan atas setiap selawat
8. segala doa akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.
9. mendapat syafaat dprd Rasulullah s.a.w.
10. mendapat keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban
11. Allah s.w.t. akan menutupi segala dukacita
12. dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13. mendapat darjat al-sidq
14. ditunaikan segala hajat
15. selamat sejahtera pada hari kiamat
16. Allah s.w.t dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat
17. mendapat khabar gembira daripada Allah s.w.t. dengan balasan syurga
18. selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat
19. Rasulullah s.a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan
20. mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa
21. mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu
22. tidak akan merasai fakir
23. terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil
24. mendapat kesejahteraaan drpd doa Rasulullah s.a.w
25. selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga
26. menjauhkan seseorg itu drpd terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau drpd majlis-majlis lagha
27. berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah s.w.t. apabila disebut “Alhamdulillahirabbil’alamin” di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
28. selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat
29. terpelihara drpd sifat kasar dan gelojoh
30. disambut oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak
31. mendapat keberkatan Alalh
32. mendapat kesempurnaan iman
33. kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34. mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah s.w.t.
35. setiap selawat yang dibaca akan dibentagkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung
36. teguh pendirian dengan kebenaran
37. berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah s.a.w. kea tas diri kita. di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah s.w.t. yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38. berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah s.w.t.
39. mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah s.w.t.
40. berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t. ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri
41. antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. dalam jiwanya
42. dikurniakan oleh Allah s.w.t. maqam seorang Syeikh dan Murabbi.

Posted in Amalan Pilihan | 1 Comment »

Jawapan Prof Dr As Sayyid Muhammad Al Maliki tentang Maulidurrasul s.a.w

Posted by epondok di Oktober 22, 2021

http://madinatulilmi.com

Pada bulan Rabiul Awwal ini kita menyaksikan di belahan dunia islam, kaum muslimin merayakan Maulid, Kelahiran Nabi Muhammad Saw dengan cara dan adat yang mungkin beraneka ragam dan berbeda-beda. Tetapi tetap pada satu tujuan, yaitu memperingati kelahiran Nabi mereka dan menunjukkan rasa suka cita dan bergembira dengan kelahiran beliau Saw. Tak terkecuali di negara kita Indonesia, di kota maupun di desa masyarakat begitu antusias melakukan perayaan tersebut.

Demikian pemandangan yang kita saksikan setiap datang bulan Rabiul awwal.
Telah ratusan tahun kaum muslimin merayakan maulid Nabi Saw, Insan yang paling mereka cintai. Tetapi hingga kini masih ada saja orang yang menolaknya dengan berbagai hujjah. Diantaranya mereka mengatakan, orang-orang yang mengadakan peringatan Maulid Nabi menjadikannya sebagai ‘Id (Hari Raya) yang syar’i, seperti ‘Idul Fitri dan ‘Idul Adha. Padahal, peringatan itu, menurut mereka, bukanlah sesuatu yang berasal dari ajaran agama. Benarkah demikian? Apakah yang mereka katakan itu sesuai dengan prinsip-prinsip agama, ataukah justru sebaliknya?

Di antara ulama kenamaan di dunia yang banyak menjawab persoalan-persoalan seperti itu, yang banyak dituduhkan kepada kaum Ahlussunnah wal Jama’ah, adalah As Sayyid Al Muhaddits Al Imam Muhammad bin Alawi Al Maliki. Berikut ini kami nukilkan uraian dan ulasan beliau mengenai hal tersebut sebagaimana termaktub dalam kitab beliau Dzikrayat wa Munasabat dan Haul al Ihtifal bi Dzikra Maulid An Nabawi Asy Syarif.

Hari Maulid Nabi SAW lebih besar, lebih agung, dan lebih mulia daripada ‘Id. ‘Idul Fitri dan ‘Idul Adha hanya berlangsung sekali dalam setahun, sedangkan peringatan Maulid Nabi SAW, mengingat beliau dan sirahnya, harus berlangsung terus, tidak terkait dengan waktu dan tempat.

Hari kelahiran beliau lebih agung daripada ‘Id, meskipun kita tidak menamainya ‘Id. Mengapa? Karena beliaulah yang membawa ‘Id dan berbagai kegembiraan yang ada di dalamnya. Karena beliau pula, kita memiliki hari-hari lain yang agung dalam Islam. Jika tidak ada kelahiran beliau, tidak ada bi’tsah (dibangkitkannya beliau sebagai rasul), Nuzulul Quran (turunnya AI-Quran), Isra Mi’raj, hijrah, kemenangan dalam Perang Badar, dan Fath Makkah (Penaklukan Makkah), karena semua itu berhubungan dengan beliau dan dengan kelahiran beliau, yang merupakan sumber dari kebaikan-kebaikan yang besar.

Banyak dalil yang menunjukkan bolehnya memperingati Maulid yang mulia ini dan berkumpul dalam acara tersebut, di antaranya yang disebutkan oleh Prof. DR. As Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki. Sebelum mengemukakan dalil-dalil tersebut, beliau menjelaskan beberapa hal yang berkaitan dengan peringatan Maulid.

Pertama, kita memperingati Maulid Nabi SAW bukan hanya tepat pada hari kelahirannya, melainkan selalu dan selamanya, di setiap waktu dan setiap kesempatan ketika kita mendapatkan kegembiraan, terlebih lagi pada bulan kelahiran beliau, yaitu Rabi’ul Awwal, dan pada hari kelahiran beliau, hari Senin. Tidak layak seorang yang berakal bertanya, “Mengapa kalian memperingatinya?” Karena, seolah-olah ia bertanya, “Mengapa kalian bergembira dengan adanya Nabi SAW?”.
Apakah sah bila pertanyaan ini timbul dari seorang muslim yang mengakui bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu utusan Allah? Pertanyaan tersebut adalah pertanyaan yang bodoh dan tidak membutuhkan jawaban. Seandainya pun saya, misalnya, harus menjawab, cukuplah saya menjawabnya demikian, “Saya memperingatinya karena saya gembira dan bahagia dengan beliau, saya gembira dengan beliau karena saya mencintainya, dan saya mencintainya karena saya seorang mukmin”.

Kedua, yang kita maksud dengan peringatan Maulid adalah berkumpul untuk mendengarkan sirah beliau dan mendengarkan pujian-pujian tentang diri beliau, juga memberi makan orangorang yang hadir, memuliakan orangorang fakir dan orang-orang yang membutuhkan, serta menggembirakan hati orang-orang yang mencintai beliau.

Ketiga, kita tidak mengatakan bahwa peringatan Maulid itu dilakukan pada malam tertentu dan dengan cara tertentu yang dinyatakan oleh nash-nash syariat secara jelas, sebagaimana halnya shalat, puasa, dan ibadah yang lain. Tidak demikian. Peringatan Maulid tidak seperti shalat, puasa, dan ibadah. Tetapi juga tidak ada dalil yang melarang peringatan ini, karena berkumpul untuk mengingat Allah dan Rasul-Nya serta hal-hal lain yang baik adalah sesuatu yang harus diberi perhatian semampu kita, terutama pada bulan Maulid.

Keempat, berkumpulnya orang untuk memperingati acara ini adalah sarana terbesar untuk dakwah, dan merupakan kesempatan yang sangat berharga yang tak boleh dilewatkan. Bahkan, para dai dan ulama wajib mengingatkan umat tentang Nabi, baik akhlaqnya, hal ihwalnya, sirahnya, muamalahnya, maupun ibadahnya, di samping menasihati mereka menuju kebaikan dan kebahagiaan serta memperingatkan mereka dari bala, bid’ah, keburukan, dan fitnah.

Yang pertama merayakan Maulid Nabi SAW adalah shahibul Maulid sendiri, yaitu Nabi SAW, sebagaimana yang disebutkan dalam hadits shahih yang diriwayatkan Muslim bahwa, ketika ditanya mengapa berpuasa di hari Senin, beliau menjawab, “Itu adalah hari kelahiranku.” Ini nash yang paling nyata yang menunjukkan bahwa memperingati Maulid Nabi adalah sesuatu yang dibolehkan syara’.

Dalil-dalil Maulid

Banyak dalil yang bisa kita jadikan sebagai dasar diperbolehkannya memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW .

Pertama, peringatan Maulid Nabi SAW adalah ungkapan kegembiraan dan kesenangan dengan beliau. Bahkan orang kafir saja mendapatkan manfaat dengan kegembiraan itu (Ketika Tsuwaibah, budak perempuan Abu Lahab, paman Nabi, menyampaikan berita gembira tentang kelahiran sang Cahaya Alam Semesta itu, Abu Lahab pun memerdekakannya. Sebagai tanda suka cita. Dan karena kegembiraannya, kelak di alam baqa’ siksa atas dirinya diringankan setiap hari Senin tiba. Demikianlah rahmat Allah terhadap siapa pun yang bergembira atas kelahiran Nabi, termasuk juga terhadap orang kafir sekalipun. Maka jika kepada seorang yang kafir pun Allah merahmati, karena kegembiraannya atas kelahiran sang Nabi, bagaimanakah kiranya anugerah Allah bagi umatnya, yang iman selalu ada di hatinya?)

Kedua, beliau sendiri mengagungkan hari kelahirannya dan bersyukur kepada Allah pada hari itu atas nikmatNya yang terbesar kepadanya.

Ketiga, gembira dengan Rasulullah SAW adalah perintah AI-Quran. Allah SWT berfirman, “Katakanlah, ‘Dengan karunia Allah dan rahmatNya, hendaklah dengan itu mereka bergembira’.” (QS Yunus: 58). Jadi, Allah SWT menyuruh kita untuk bergembira dengan rahmat-Nya, sedangkan Nabi SAW merupakan rahmat yang terbesar, sebagaimana tersebut dalam Al-Quran, “Dan tidaklah Kami mengutusmu melainkan sebagai rahmat bagi semesta alam.” (QS Al-Anbiya’: 107).

Keempat, Nabi SAW memperhatikan kaitan antara waktu dan kejadian-kejadian keagamaan yang besar yang telah lewat. Apabila datang waktu ketika peristiwa itu terjadi, itu merupakan kesempatan untuk mengingatnya dan mengagungkan harinya.

Kelima, peringatan Maulid Nabi SAW mendorong orang untuk membaca shalawat, dan shalawat itu diperintahkan oleh Allah Ta’ala, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kalian untuknya dan ucapkanlah salam sejahtera kepadanya.” (QS Al-Ahzab: 56).
Apa saja yang mendorong orang untuk melakukan sesuatu yang dituntut oleh syara’, berarti hal itu juga dituntut oleh syara’. Berapa banyak manfaat dan anugerah yang diperoleh dengan membacakan salam kepadanya.

Keenam, dalam peringatan Maulid disebut tentang kelahiran beliau, mukjizat-mukjizatnya, sirahnya, dan pengenalan tentang pribadi beliau. Bukankah kita diperintahkan untuk mengenalnya serta dituntut untuk meneladaninya, mengikuti perbuatannya, dan mengimani mukjizatnya. Kitab-kitab Maulid menyampaikan semuanya dengan lengkap.

Ketujuh, peringatan Maulid merupakan ungkapan membalas jasa beliau dengan menunaikan sebagian kewajiban kita kepada beliau dengan menjelaskan sifat-sifatnya yang sempurna dan akhlaqnya yang utama.
Dulu, di masa Nabi, para penyair datang kepada beliau melantunkan qashidah-qashidah yang memujinya. Nabi ridha (senang) dengan apa yang mereka lakukan dan memberikan balasan kepada mereka dengan kebaikan-kebaikan. Jika beliau ridha dengan orang yang memujinya, bagaimana beliau tidak ridha dengan orang yang mengumpulkan keterangan tentang perangai-perangai beliau yang mulia. Hal itu juga mendekatkan diri kita kepada beliau, yakni dengan manarik kecintaannya dan keridhaannya.

Kedelapan, mengenal perangai beliau, mukjizat-mukjizatnya, dan irhash-nya (kejadian-kejadian luar biasa yang Allah berikan pada diri seorang rasul sebelum diangkat menjadi rasul), menimbulkan iman yang sempurna kepadanya dan menambah kecintaan terhadapnya.
Manusia itu diciptakan menyukai hal-hal yang indah, balk fisik (tubuh) maupun akhlaq, ilmu maupun amal, keadaan maupun keyakinan. Dalam hal ini tidak ada yang lebih indah, lebih sempurna, dan lebih utama dibandingkan akhlaq dan perangai Nabi. Menambah kecintaan dan menyempurnakan iman adalah dua hal yang dituntut oleh syara’. Maka, apa saja yang memunculkannya juga merupakan tuntutan agama.

Kesembilan, mengagungkan Nabi SAW itu disyariatkan. Dan bahagia dengan hari kelahiran beliau dengan menampakkan kegembiraan, membuat jamuan, berkumpul untuk mengingat beliau, serta memuliakan orang-orang fakir, adalah tampilan pengagungan, kegembiraan, dan rasa syukur yang paling nyata.

Kesepuluh, dalam ucapan Nabi SAW tentang keutamaan hari Jum’at, disebutkan bahwa salah satu di antaranya adalah, “Pada hari itu Adam diciptakan:” Hal itu menunjukkan dimuliakannya waktu ketika seorang nabi dilahirkan. Maka bagaimana dengan hari di lahirkannya nabi yang paling utama dan rasul yang paling mulla?

Kesebelas, peringatan Maulid adalah perkara yang dipandang bagus oleh para ulama dan kaum muslimin di semua negeri dan telah dilakukan di semua tempat. Karena itu, ia dituntut oleh syara’, berdasarkan qaidah yang diambil dari hadits yang diriwayatkan Abdullah bin Mas’ud, “Apa yang dipandang balk oleh kaum muslimin, ia pun balk di sisi Allah; dan apa yang dipandang buruk oleh kaum muslimin, ia pun buruk di sisi Allah.”

Kedua belas, dalam peringatan Maulid tercakup berkumpulnya umat, dzikir, sedekah, dan pengagungan kepada Nabi SAW. Semua itu hal-hal yang dituntut oleh syara’ dan terpuji.

Ketiga belas, Allah SWT berfirman, “Dan semua kisah dari rasul-rasul, Kami
ceritakan kepadamu, yang dengannya Kami teguhkan hatimu:’ (QS Hud: 120). Dari ayat ini nyatalah bahwa hikmah dikisahkannya para rasul adalah untuk meneguhkan hati Nabi. Tidak diragukan lagi bahwa saat ini kita pun butuh untuk meneguhkan hati kita dengan berita-berita tentang beliau, lebih dari kebutuhan beliau akan kisah para nabi sebelumnya.

Keempat belas, tidak semua yang tidak pernah dilakukan para salaf dan tidak ada di awal Islam berarti bid’ah yang munkar dan buruk, yang haram untuk dilakukan dan wajib untuk ditentang. Melainkan apa yang “baru” itu (yang belum pernah dilakukan) harus dinilai berdasarkan dalii-dalil syara’.

Kelima belas, tidak semua bid’ah itu diharamkan. Jika haram, niscaya haramlah pengumpulan Al-Quran, yang dilakukan Abu Bakar, Umar, dan Zaid, dan penulisannya di mushaf-mushaf karena khawatir hilang dengan wafatnya para sahabat yang hafal Al-Quran. Haram pula apa yang dilakukan Umar ketika mengumpulkan orang untuk mengikuti seorang imam ketika melakukan shalat Tarawih, padahal ia mengatakan, “Sebaik-baik bid’ah adalah ini.” Banyak lagi perbuatan baik yang sangat dibutuhkan umat akan dikatakan bid’ah yang haram apabila semua bid’ah itu diharamkan.

Keenam belas, peringatan Maulid Nabi, meskipun tidak ada di zaman Rasulullah SAW, sehingga merupakan bid’ah, adalah bid’ah hasanah (bid’ah yang balk), karena ia tercakup di dalam dalil-dalil syara’ dan kaidah-kaidah kulliyyah (yang bersifat global).
Jadi, peringatan Maulid itu bid’ah jika kita hanya memandang bentuknya, bukan perinaan-perinaan amalan yang terdapat di dalamnya (sebagaimana terdapat dalam dalil kedua belas), karena amalan-amalan itu juga ada di masa Nabi.

Ketujuh belas, semua yang tidak ada pada awal masa Islam dalam bentuknya tetapi perincian-perincian amalnya ada, juga dituntut oleh syara’. Karena, apa yang tersusun dari hal-hal yang berasal dari syara’, pun dituntut oleh syara’.

Kedelapan belas, Imam Asy-Syafi’i mengatakan, “Apa-apa yang baru (yang belum ada atau dilakukan di masa Nabi SAW) dan bertentangan dengan Kitabullah, sunnah, ijmak, atau sumber lain yang dijadikan pegangan, adalah bid’ah yang sesat. Adapun suatu kebaikan yang baru dan tidak bertentangan dengan yang tersebut itu, adalah terpuji “

Kesembilan belas, setiap kebaikan yang tercakup dalam dalil-dalil syar’i dan tidak dimaksudkan untuk menyalahi syariat dan tidak pula mengandung suatu kemunkaran, itu termasuk ajaran agama.

Keduapuluh, memperingati Maulid Nabi SAW berarti menghidupkan ingatan (kenangan) tentang Rasulullah, dan itu menurut kita disyariatkan dalam Islam. Sebagaimana yang Anda lihat, sebagian besar amaliah haji pun menghidupkan ingatan tentang peristiwa-peristiwa terpuji yang telah lalu.

Kedua puluh satu, semua yang disebutkan sebelumnya tentang dibolehkannya secara syariat peringatan Maulid Nab! SAW hanyalah pada peringatan-peringatan yang tidak disertai perbuatan-perbuatan munkar yang tercela, yang wajib ditentang.

Adapun jika peringatan Maulid mengandung hal-hal yang disertai sesuatu yang wajib diingkari, seperti bercampurnya laki-laki dan perempuan, dilakukannya perbuatanperbuatan yang terlarang, dan banyaknya pemborosan dan perbuatan-perbuatan lain yang tidak diridhai Shahibul Maulid, tak diragukan lagi bahwa itu diharamkan. Tetapi keharamannya itu bukan pada peringatan Maulidnya itu sendiri, melainkan pada hal-hal yang terlarang tersebut

Posted in Fokus Isu, Klinik Agama | 1 Comment »

Sejarah dan hukum sambut Maulidurrasul s.a.w

Posted by epondok di Oktober 21, 2021

MAKAM Rasulullah di Masjid Nabawi, Madinah yang menjadi tumpuan dan ziarah umat Islam dari seluruh dunia.

MAULID berasal dari perkataan Arab yang bermakna melahirkan terutamanya merujuk kepada kelahiran bayi.

Namun dalam konteks hari ini ia dirujuk khusus kepada hari keputeraan Nabi Muhammad iaitu pada 12 Rabiulawal setiap tahun.

Sejarah ringkas

Sambutan Maulidur Rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir yang meraikannya secara besar-besaran.

Mereka bukan sahaja meraikan hari keputeraan Rasulullah, tetapi juga yang membabitkan ahli keluarga baginda Zainab, Hassan, Hussain.

Walau bagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 H atas perintah Perdana Menteri, al-Afdal Shahindah yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer.

Ia berhenti diraikan sehingga Al-Ma’moon Al-Bataa’ni memegang kuasa kerajaan.

Apabila kerajaan al-Ayubbiyyah merampas kuasa, semua perayaan itu sekali lagi dihentikan.

Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya di kalangan keluarga mereka secara tertutup.

Pada Abad ke-7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen ‘Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil.

Muzafar yang merupakan seorang sunni mengambil berat akan perayaan Maulidur Rasul hingga memerintahkan persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin.

Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan itu dalam khemah yang telah didirikan.

Hujah membolehkan Maulidur Rasul

Antara ulama yang menyokong Maulidur Rasul terutamanya Imam Jalaluddin Sayuti dan Sheikh Dr. Yusuf Al Qaradawi.

Imam Jalaluddin Sayuti:

“Ibadat macam itu adalah bidaah hasanah (bidaah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia”.

Sheikh Dr. Yusuf al Qaradawi: “Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah.

“Ini kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah itu kekal di dalam hati dan juga ingatan.

“Sa’d bin Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah kepada kanak-kanak sama seperti mana keghairahan mereka mendidik anak-anak itu mengenai al-Quran.

“Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah, maka tidak perlulah merayakan seperti mana dirayakan Maulid Rasul kini.

“Bagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya.

“Dengan itu, perayaan Maulid Rasul diadakan bertujuan mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah masih hidup. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.

“Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bidaah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam”.

Antara dalil bagi yang membolehkan Maulid ini:

1) Allah berfirman yang bermaksud: Maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al-Quran) mereka itulah yang beruntung. (al-A’raf: 157)

Keterangan: Tujuan maulud adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.

2) Firman Allah yang bermaksud: Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. (Ibrahim: 5)

Keterangan: Al-Baihaqi di dalam Syakbu al-Iman daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi SAW, sesungguhnya baginda menafsirkan ‘hari-hari Allah’ adalah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma’ani menjelaskan lagi dengan katanya “kelahiran Nabi merupakan nikmat yang paling besar”.

3) Bahawasanya Nabi Muhammad datang ke Madinah maka beliau mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharam, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: “Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?” Jawab mereka: “Ini adalah hari peringatan, pada hari itu dikaramkan Firaun dan pada hari itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan”.

Maka Nabi berkata: “Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu”. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata, bahawa dari hadis itu dapat dipetik hukum: Umat Islam dibolehkan bahkan dianjur memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari Maulud, Israk dan Mikraj dan lain-lain.

– Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.

Posted in Amalan Pilihan, Klinik Agama | 2 Comments »