Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

PERANAN ILMU PENGETAHUAN

Posted by epondok di September 25, 2021


        Dari perbincangan mengenai kedaerahan ilmu, rasanya telah timbul beberapa peranan utama ilmu, yang mana akan kita bincangkan secara terperinci di sini. Secara umumnya peranan ilmu adalah seperti berikut:

 

Pertama : Ilmu sebagai pembina Aqidah / Keimanan.

       Walau setinggi manapun ilmu seseorang di dalam hal-hal dunia, walaupun dia mempunyai beberapa ijazah Ph.D, walaupun ia mampu mencipta roket menembusi angkasa lepas, namun segalanya itu tidak berguna selagi ia tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk mengenali Tuhannya, ilmu yang dapat membina aqidah yang betul yang yang dapat menjamin kebahagiaannya di dunia dan akhirat. Sesungguhnya ilmu dan iman tidak dapat dipisahkan di dalam Islam

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

1) “Ketahuilah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah S.W.T .”
Surah al-Qital, ayat 19

2) “Dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu, menyakini bahwasanya Al-Quran itulah yang hak dari Tuhanmu lalu mereka beriman dan tunduk hati mereka kepada nya dan sesungguhnya Allah S.W.T adalah pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan lurus”
Surah al-Haj, ayat 54

3) “Dan berkata orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan dan keimanan (kepada orang-orang yang kafir) : “Sesungguhnya kamu telah berdiam (dalam kubur) menurut ketetapan Allah S.W.T, sampai hari kebangkitan. Maka inilah hari kebangkitan itu akan tetapi kamu tidak menyakininya”
Surah al-Ruum ayat 56


Maka peranan ilmu sebagai pembina aqidah / keimanan yang betul merangkumi beberapa aspek iaitu :
 

1) Satu-satunya sumber ilmu yang boleh membawa manusia kepada aqidah yang sahih adalah melalui Al-Quran dan As-Sunnah. Sesungguhnya segala perkara ghaibiah seperti Allah sendiri, malaikatnya, syurga, neraka, peristiwa-peristiwa di akhir zaman dan yang seumpamanya adalah di luar bidang kuasa pemikiran akal manusia. Sabda Rasulullah s.a.w : Aku telah meninggalkan kepada kamu dua perkara tidak akan sesat kamu selepasnya, kitab Allah S.W.T dan Sunnahku. Hadis diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.,

        Hadis ini dengan jelas telah menunjukkan bahawa sumber yang dapat menjamin manusia dari kesesatan hanyalah Al-Quran dan As-Sunah. Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab setiap muslim untuk menimbangkan segala bentuk kepercayaan dengan mizan (neraca) Al-Quran dan As-Sunnah.

2) Segala bentuk dzan (Syak) hendaklah ditolak, aqidah dan keimanan hendaklah dibina di atas ilmu yang diyakini kesahihannya.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud : “Dan mereka tidak tidak mempunyai sesuatu pengetahuan pun tentang itu. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan itu tiada faedah sedikitpun terhadap kebenaran”surah an-Najm, ayat 28

Sabda Rasulullah s.a.w  yang bermaksud : berhati-hatilah kamu dengan dzan sesungguhnya dzan itu merupakan hadis yang paling bohong.(hadis diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan tirmizi dari Abu Hurairah)

Di dalam hal ini segala hadis yang tidak sahih tidak boleh dijadikan pegangan dalam masalah yang berkaitan dengan aqidah.

3) Di dalam masalah aqidah, dilarang taqlid?? (ikut secara membuta-tuli). Bahkan menjadi
fadhuain ke atas setiap manusia mempelajari ilmu-ilmu yang dapata membina aqidah yang sohih, bukan hanya sekadar mengikut apa yang dilakukan oleh nenek moyang atau kebanyakkan manusia.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“Bahkan kami mengikut apa yang ditinggalkan oleh nenek moyang kami” surah al-Baqarah, ayat 170.

Firman Allah S.W.T lagi yang bermaksud:

“Sesungguhnya kami mentaati ketua-ketua kami dan pembesar-pembesar kami.”

Surah al-Ahzab, ayat 67.

4) Ilmu juga diperlukan di dalam usaha untuk menolak segala bentuk khurafat. Mempercayai benda-benda khurafat boleh menjejaskan aqidah dan boleh membawa kepada syirik kepada Allah S.W.T. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T. Kedua-duanya tidak gerhana kerana kematian seseorang atau kerana kehidupannya. ………..

 

Kedua: Ilmu Sebagai petunjuk ke arah amalan yang betul

         Iman Bukhari telah menamkan salah satu bab di dalam kitabnya sebagai : “Bab ilmu sebelum perkataan dan amalan”. Apa yang di maksudkan di sini ialah ilmu memainkan peranan yang penting demi menjamin kesahihan amalan dan ianya diterima oleh Allah S.W.T.

Telah berkata Rasulullah S.A.W kepada seseorang lelaki yang tidak menyempurnakan sembahyang dengan betul : Kembali dan sembahyang sesunggunya kamu tidak sembahyang. (Hadis diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Telah Berkata umar bin Abdul Aziz : Sesiapa yang membuat amal tanpa ilmu sesungguhnya apa yang dirosakkan lebih banyak dari apa yang dibaiki.

Ini semua menunjukkan bahawa hanya ilmu sahajalah yang dapat membetulkan amalan seseorang sebagaimana yang dituntut oleh Syariah.

        Perlu diingat bahawa amalan yang dimaksudkan di sini bukan hanya yang bersangkutan dengan amal ibadat peribadi seorang hamba kepada Allah S.W.T, tetapi ia bersangkutan dengan segala amalan di adalam kehidupan seharian, baik di bidang perniagaan, pembelajaran, sukan, penyiaran dan sebagainya, bagi menjamin semuanya itu diterima dan diredhai Allah S.W.T, dikira sebagai ibadah dan mendapat ganjaran daripadaNya.
 Firman Allah S.W.T yang bermaksud: Berkata Yusuf : “Jadikan aku bendaharawan negara (mesir); sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan” Surah Yusuf, ayat 55

        Ilmu juga memainkan peranan yang penting di dalam menerangkan keutamaan di dalam amalan, agar apa yang dilakukan itu adalah suatu yang terbaik.
        Contoh yang paling terang dapat diberikan di sini : Ramai di kalangan umat Islam berlumba-lumba pergi ke mekah untuk mengerjakan haji atau umrah sunat, malahan ada yang ke sana setiap bulan atau tahun, membelanjakan beribu-ribu ringgit demi mengerjakan ibadah ini, namu apabila diminta unutk menyumbangkan derma bagi tujuan Jihad fi sabilillah bagi tujuan menyebarkan agama Allah S.W.T hanya beberapa ringgit sahaja yang mampu disumbangkan. Sedangkan inilah yang lebih afdhol(lebih baik)  untuk dilakukan. Semua ini berlaku sudah tentu berpunca dari kejahilan dan ketandusan ilmu.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“Apakah (orang-orang) yang memberi minuman kepada orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidilharam, kamu samakan dengan orang-oarang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim”.

“Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta bende dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan”.

“Tuhan mereka menggembirakan mereka dengan memberikan rahmat daripadaNya, keredhaan dan syurga, mereka memperolehi kesenangan yang kekal”.  Surah at-Taubah ayat 19-21

 

Ketiga: Ilmu sebagai Pembina Akhlak

        Salah satu peranan ilmu yang penting ialah untuk membina akhlak terpuji dan membimbing manusia  ke arah jalan tarbiyah yang betul. Sesungguhnya kita melihat ramai manusia yang brilmu tetapi mempunyai akhlak yang buruk, dan kadang-kadang pernah juga kita terlihat manusia yang mempunyai hubungan yang amat baik dengan Allah S.W.T , tetapi mempunyai hubungan yang buruk sesama manusia. Lidah tidak dapat dikawal dari mengata dan mengeji orang, telinga tidak senang duduk jika tidak mendengar cerita umpatan.
        Selagi ini berlaku, maka terpaksalah kita mendalami ilmu yang berhubung kait dengan akhlak, semoga ia menjadi panduan di dalam kita menjaga hubungan yang baik dengan Allah S.W.T dan sesama manusia.

 

Keempat: Ilmu sebagai Asas Kemakmuran

        Manusia dipilih oleh Allah S.W.T menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Khalifah yang bertanggungjawab mentadbir di dunia ini sebagaimana yang telah diterapkan oleh Kahliqnya (penciptanya), khalifah yang bertanggung jawab memakmurkan di dunia dengan kemajuan di dalam segenap bidang bidang. Semua ini tidak mungkin ajkan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin melainkan dengan mendalami ilmu.

        Bagaimana mungkin seorang khilafah menjalankan hukum Allah S.W.T , itu sendiri tidak mempunyai ilmu yang cukup dan jahil tentang hukum tersebut, dan yang lebih menyedihkan lagi apaila ia sendiri jahil bahawa hukum tersebut wajib dilaksanakan.
Bagaiman mungkin manusia memakmurkan dunia ini dengan pelbagai kemajuan, jika tidak ada penyelidikan yang mendalam dan berterusan di dalam segenap bidang.

        Demikianlah beberapa peranan utama ilmu, kalaupun ada peranan-peranannya yang lain, ianya tidak terkeluar dari apa yang digariskan secara umum di atas.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: