Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Assobiyyah punca Kehancuran Negara – Siri 2

Posted by epondok di September 17, 2021


Siri Kedua

Ibnu Khaldun telah menggariskan bagaimana sesuatu dinasti harus didirikan di atas 2 tapak.

Yang Pertama ialah kekuatan (syawkah) dan perasaan sekumpulan (assobiyah) yang dapat diungkapkan melalui ketenteraan.

Faktor yang kedua ialah wang (maal) yang menanggung kehidupan para tentera tersebut dan memberikan seluruh struktur yang diperlukan oleh dinasti. Kehancuran juga akan menimpa sesebuah kerajaan pada kedua-dua asas yang sama.

        Faktor yang pertama ialah sesebuah kerajaan dapat diasaskan dengan bantuan perasaan ‘sesama kita’ dan harus ada suatu perasaan sekumpulan yang padu dan dapat menyatukan pelbagai perasaan ‘sesama kita’ yang selainnya. Perasaan sekumpulan ini adalah keluarga dan suku yang biasa dengan raja itu. Apabila kemewahan semula jadi daripada kedaulatan itu kelihatan di dalam sesebuah  kerajaan dan sewaktu anggota masyarakatnya yang berkongsi perasaan sekumpulan berasa terhina maka orang yang pertama kali berasa terhina adalah para kerabat anggota raja dan sanak saudaranya yang terdekat yang berkongsi gelaran bangsawan Mereka adalah lebih terhina daripada lainnya. Tambahan pula kemewahan lebih banyak dinikmati oleh mereka daripada yang lainnya disebabkan oleh mereka sama-sama memainkan peranan di dalam hal bangsawan, kekuasaan dan ketinggian martabt. Demikian ini 2 penyebab kehancuran mengelilingi mereka iaitu kemewahan dan kuasa memaksa. Penggunaan paksaan akhirnya mengakibatkan mereka dibunuh. Di dalam hati mereka itu wujud perasaan dengki apabila melihat raja itu sudah dapat berkuasa sepenuhnya.

        Terdorong oleh perasaan cemburu dan khuatir apabila dicabar maka dia pun mula membunuh dan memperkecilkan mereka serta memansuhkan kesenangan dan kemewahan yang selama ini mereka nikmati. Bilangan mereka menjadi lebih sedikit dan perasaan kekitaan yang baginda perolehi daripada mereka menjadi hancur serta hilang dengan cengkamannya menjadi lemah. Kemudahan itu diambil oleh golongan inti para mawla dan para pengikutnya yang selanjutnya menikmati pelbagai anugerah dan kemurahan hati rajanya. Perasaan kekitaan yang baru tidak wujud di kalangan mereka. Namun perasaan kekitaan yang baru itu tidak memberi kesan sebagaimana kukuhnya perasaan kekitaan yang terdahulu kerana ia disebabkan oleh kekurangan hubungan langsung dan hubungan darah yang telah Allah ciptakan di dalamnya.

        Raja itu pun mengasingkan dirinya daripada anggota keluarganya dan pendokong merka yang mempunyai peratalian kasih saying semula jadi dengannya. Perkara ini dapat diketahui oleh kumpulan yang lain yang menyebabkan mereka mula berani secara jelas berdepan dengan raja dan kerabatnya. Dengan ini menyebabkan raja menghapuskan mereka satu persatu. Perkara ini terus diwarisi oleh pemerintah selanjutnya yang menyebabkan kehancuran melalui pembunuhan disebabkan hilangnya perasaan kekitaan yang ditambah pula dengan kemewahan. Mereka akhirnya menjadi orang upahan untuk mempertahankan dinasti dan bilangan mereka semakin kusut. Para pertahanan diletakkan di daerah yang jauh dan di perbatasan dimana jumlahnya semakin sedikit. Ini menyebabkan rakyat yang berada di kawasan terpencil semakin berani menentang kerajaan itu. Para pemberontak – kerabat diraja yang berkuasa dan lainnya – berpindah ke daerah yang terpencil itu di mana mereka mengharapkan tercapainya tujuan dengan mendapat seramai mungkin para pengikut serta mereka merasa selamat daripada ncaman tentera pemerintah. Keadaan bertambah runcing apabila pemberontak mula berani tinggal berhampiran pusat pemerintahan. Kerajaan itu seringkali pecah kepada dua atau tiga kerajaan bergantung kepada kekuatan asalnya. Mereka yang tidak berkongsi perasaan kekitaan mula tampil dan mengurusi masalah kerajaan meskipun mereka tunduk kepada mereka yang termasuk dalam perasaan sekumpulan dan mengakui kekuasaan mereka.

        Kerajaan tidak lagi mahu perasaan sekumpulan assobiyah kerana ia telah diwarnai oleh sikap bahawa rakyatnya harus patuh dan tunduk dalam waktu yang lama itu sehingga mereka tidak dapat memikirkan bagaimana ianya bermula dan asal terbentuknya. Mereka Cuma menyerah diri kepada raja sehingga wujudnya perasaan tidak perlu lagi kekuatan perasaan sekumpulan demi menegakkan kekuasaannya, memadailah jika diwujudkan tentera upahan yang digaji untuk mempertahankannya. Sikap tunduk itu pada umumnya membantu dalam persoalan ini kerrana sekiranya wujud mereka yang enggan tunduk atau mengubah haluan diri maka masyarakat umum akan menyalahkan tindakan itu dan menentangnya. Keadaan dalam negara menjadi aman tetapi ia tetap berkurangan apabila usianya menjadi semakin lama .

           Sebagai contohnya melihat apa yang berlaku kepada kerajaan bani Umaiyah yang berkuasa penuh untuk menguasai semua bangsa arab melalui perasaan sekumpulan bani Abdul Manaf. Ia adalah munasabah sehingga Sulaiman bin Abdul Malik di Damsyik menyuruh agar dibunuh Abdul Aziz bin Musa bin Nushair di Cardova. Dia dibunuh dan perintah Sulaiman tidak dipatuhi. Bani Umaiyah dihapuskan dan Bani Abbas pun berkuasa. Mereka telah mengekang Bani Hasyim dan membunuh serta membuang negeri mereka yang berketurunan Abu Tolib. Kesannya ialah perasaan sekumpulan Abdul Manaf lenyap dan hancur sama sekali. Orang arab menjadi bertambah lancang dan berani menghadapi bani Abbas. Para penduduk di daerah kekuasaan yang jauh seperti Bani Aghlab di Afrika, orang Andalus dan lainnya telah berkuasa ke atas diri mereka dan dinasti kita malah sedaya upaya ditangkap oleh tentera dan para pertahanan kerajaan itu. Keluarga diraja menjadi lemah kerana dipengaruhi dengan kemewahan. Perpecahan telah berlaku buat beberapa waktu .

        Faktor assobiyah yang digariskan oleh Ibnu Khaldun tidak serasi dengan ulama’ sunni yang lain seperti Al-Mawardi yang memperakui peranan rakyat dalam membangunkan negara yang diberi kuasa mentadbir permasalahan rakyat untuk kesejahteraan mereka kerana kerajaan berdiri hasil perjanjian antara khalifah dan rakyat. Bagi Ibnu Khaldun penggunaan assobiyah melalui tanggapannya bahawa ia adalah citi tabi’e dalam kehidupan manusia.Beliau tidak menafikan adanya petentangan antara assobiyah dengan Islam yang menyebabkan beliau melihatnya dalam perspektif baru sebagai jaminan menyelamatkan penganalisaan dan teorinya dan sebagai usaha memperlihatkan pertemuannya dengan prinsip Islam .

———————————

BIBLIOGRAFI
1. Abdul Rahman bin Muhammad bin Khaldun, Mukadimah Ibnu Khaldun, semakan Dr Ali Abdul Wahid Wafi, Dar Al-Nahdah, cetakan ketiga
2. Ibnu Khaldun, Mukadimah, Terjemahan DBP, DBP, cetakan Kedua 1995
3. Dr Hassan Ibrahim Hassan, Sejarah Islam, Terjemahan Ismail  bin Mohd Hassan, Penerbitan YIT, cetaka kedua 1993
4. Dr Ahmad Zaki Ibrahim, Kertas Kerja : Ibnu Khaldun Sebagai Pelopor Falsafah Sejarah dan Asas Falsafah Sejarahnya, APIUM
5. Dr Ahmad Zaki Ibrahim, Kertas Kerja : Pemikiran Politik Ibnu Khaldun: Suatu Tinjauan, APIUM
6. Dr Ahmad Zaki Ibrahim, Kertas Kerja : Kerajaan Othmaniah 1300-1923M, APIUM

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: