Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Tutup dan Jauhi Pintu Zina

Posted by epondok di Oktober 1, 2020


Firman Allah dalam ayat 32 surah al-Isra’ :

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا 

Maksudnya : Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

Firman Allah dalam ayat 2 surah an-Nuur :

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ ۖ وَلَا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ 

Maksudnya : Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

1. Bahaya pandang memandang

 

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ ……

Dan katakanlah Wahai Muhammad! kepada orang-orang perempuan yang beriman : Hendaklah mereka memejamkan setengah daripada pandangan mata mereka….. ( surah an-Nur ayat 31 )

Sh. Buraidah RA berkata : Bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada Sayyidina Ali : Wahai Ali! Janganlah kamu ikutkan satu pandangan yang kedua kerana sesungguhnya hanya pandangan yang pertama sahaja ( terpandang) dan tidak bagi kamu pandangan yang kedua. ( Riwayat imam Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan al-Hakim )

2. Bertemu muka bersendirian tanpa mahram

 

Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia bertemu bersendirian di suatu tempat dengan seorang wanita yang tiada sertanya mahram daripadanya kerana sesungguhnya yang ketiganya tentu syaitan.  ( Riwayat imam Ahmad dari Sh Jabir r.a )

Janganlah seseorang lelaki bertemu sendirian dengan seorang wanita yang tidak halal baginya kerana bahawasanya yang ketiganya tentu syaitan kecuali jika dengan mahramnya. ( Riwayat imam Ahmad dari Sh Amir bin Rabie’ah r.a )

3. Berjabat tangan atau bersentuhan dengan mereka yang halal kahwin

 

Siti Aisyah r.a berkata : Tidak! Demi Allah! Tidak pernah Rasulullah s.a.w menyentuhkan tangannya dengan tangan seorang perempuan lain. Baginda hanya melakukan bai’ah ( janji setia) dengan mereka (perempuan)  dengan percakapan ( Riwayat imam Bukhari, Muslim dan Tirmizi )

Ada ulama’ yang mengatakan bahawa : Tersentuh kulit babi boleh disamak sedangkan menyentuh kulit perempuan halal kahwin tidak boleh hilang dosanya dengan samak.

4. Pakaian di luar rumah

…..وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ …..

Firman Allah dalam ayat 31 surah an-Nur yang bermaksud : Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka melainkan barang apa yang telah tampak daripadanya dan hendaklah mereka itu menghulurkan tudung kepala mereka atas leher dan dada mereka

5. Adab bermusafir

 

Tidak halal bagi seseorang perempuan yang beriman kepada Allah dan hari akhirat jika hendak pergi musafir sejauh perjalanan sehari dan semalan melainkan jika bersama seorang mahramnya. ( Riwayat imam Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dari Sh Abu Hurairah )

6. Hak pendidikan

 

Kata Abu Said r.a : Ada seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w lalu berkata : Wahai Rasululllah! Orang-orang lelaki telah dapat pengajaran dengan hadis (sabda) engkau maka dengan demikian itu jadikanlah bagi kami golongan wanita dari engkau suatu hari yang kita dapat datang kepada engkau agar engkau memberikan pengajaran atas kami daripada apa yang telah Allah berikan atas engkau. Maka Rasulullah s.a.w bersabda : Hendaklah kamu sekalian berkumpul pada hari ini di tempat ini. ( Riwayat imam Bukhari )

7. Larangan menunjukkan perhiasan

 

….. وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ ۚ…..

Firman Allah dalam ayat 31 surah an-Nur yang bermaksud : Dan janganlah mereka menghentakkan kaki-kaki mereka agar diketahui barang apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka

Satu Respons kepada “Tutup dan Jauhi Pintu Zina”

  1. zulaika said

    sy pnh t’lanjur sblm ni.. so sy skrg b’usha tok bertaubat tp sy perlukan owg y dapat mmbimbg sy… bantula sy…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: