Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Ilmu bersumberkan wahyu bina manusia rabbani

Posted by epondok di September 17, 2020

Kemelut dialami umat Islam masa kini pada asasnya berpunca daripada krisis keilmuwan
DALAM Islam, ilmu merujuk kebenaran atau al-Haqq bukan cuma dugaan atau spekulasi. Dalam tradisi keilmuwan Islam, orang yang berilmu disebut sebagai ahl al-Haqq yang dicatat sebagai satu nama Allah. Ini membawa implikasi bahawa Dialah sebenarnya sumber ilmu atau kebenaran itu.
Kebenaran hanya satu, tidak berbilang-bilang kerana ia terpancar daripada sumber yang satu, iaitu Allah (al-Haqq) Yang Maha Esa. Apabila memperkatakan sesuatu, orang Islam selalu mengakhirinya dengan ungkapan yang bermaksud, Allah Yang Lebih Mengetahui.
Ungkapan itu merujuk kepada Allah sebagai satu-satunya sumber ilmu dan kebenaran. Allah yang Maha Tahu apa yang benar lalu mengungkapkan kebenaran itu seperti adanya menerusi wahyu-Nya.
Muslim pencari kebenaran dianjurkan berdoa: “Ya Tuhan, perlihatkanlah kepada kami yang benar itu benar (seperti adanya) dan berikan kami kekuatan menghayatinya.” “Dan perlihatkanlah kepada kami kepalsuan itu (tampak nyata) sebagai kepalsuan dan berikan kami kemampuan menghindarinya.”
Manuskrip Melayu tertua (abad 16 Masihi), terjemahan al-‘Aqa’id al-Nasafiyyah memulakan perbincangan dengan menegaskan bahawa hakikat segala sesuatu itu dapat diketahui, namun ini berbeza daripada pendirian kaum Sufastaiyyah yang menafikannya.
Selepas itu disebutkan pula tiga saluran mendapatkan ilmu:
# Pertama � pancaindera yang lima.
# Kedua � khabar sadiq atau berita yang benar. Al-Nasafiy membahagikannya kepada dua jenis, khabar mutawatir, berita daripada orang ramai (yang mustahil mereka sepakat berdusta) dan apa yang dibawa Rasulullah SAW.
# Ketiga, akal. Al-Nasafiy membahagikannya kepada dua bahagian iaitu ilmu daruriy yang tidak memerlukan dalil seperti hakikat bahawa keseluruhan adalah lebih besar daripada sebahagian dan ilmu iktisabiy iaitu sesuatu yang memerlukan bukti seperti adanya yang dibuktikan dengan adanya asap.
Dari segi klasifikasi ilmu dibahagikan kepada jenis naqli (yang berasaskan wahyu) dan ‘aqli (yang berasaskan pemikiran), atau berasaskan hukum iaitu ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah.
Pelbagai kemelut yang dialami umat Islam masa kini termasuk kemelut kemanusiaan pada asasnya berpunca daripada krisis keilmuwan atau yang disebut Prof Naquib al-Attas sebagai ‘kekeliruan dalam konsep ilmu pengetahuan’.
Dalam bukunya Islam and Secularism (1978) beliau menyebut bahawa kekeliruan dalam konsep ilmu mengakibatkan timbulnya gejala kehilangan adab, seterusnya membawa kepada penampilan ‘pemimpin palsu’ dalam pelbagai bidang kehidupan sosial dan kerohanian. Kenyataan itu sekali gus menunjukkan betapa eratnya hubungan antara ilmu dengan perwatakan manusia.
Ilmu memainkan peranan bagi perubahan dalam erti mengubah watak manusia. Dalam kaitan ini, ilmu yang bersumberkan kebenaran wahyu dapat membina watak manusia rabbani seperti diisyaratkan dalam firman Allah yang bermaksud: “Tetapi (sepatutnya ia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya”. � (Ali-Imran: 79)
Demikianlah proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang menghasilkan manusia rabbaniyyin iaitu orang yang sempurna ilmu dan takwanya kepada Allah, manusia ilmuwan yang menisbahkan dirinya kepada Tuhan. Semua cabang ilmu tamadun Islam berpangkal daripada wahyu Ilahi.
Segala terpadu dalam anyaman tauhid yang harmonis dan saling memperkukuh. Ilmu yang bersepadu itulah yang membentuk watak bersepadu dalam erti keselarasan seluruh dimensi, fikiran, perasaan dan perilaku terbentuk dalam acuan ajaran Allah Yang Maha Esa.
Ciri kesepaduan itu tidak ada dalam tradisi keilmuan Barat yang jelas mengalami bencana pemecahan ilmu yang cukup parah. Dalam sistem keilmuan seperti itu segala disiplin ilmu berdiri sendiri, terpisah tanpa sebarang kaitan dengan ilmu lain, malah sering kali saling bercanggah.
Kekacauan sedemikian itulah yang kemudiannya melahirkan ilmuwan pengidap keperibadian yang pecah, hipokrit atau cakap tak serupa bikin. Ilmuwan dalam konteks tradisi keislaman adalah manusia yang sedar tauhid dengan segala implikasinya.
Al-Quran meletakkan golongan ilmuwan selepas Allah dan Malaikat dalam deretan penyaksian hakikat tauhid bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah seperti firman-Nya yang bermaksud, “Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang menegakkan keadilan. Malaikat dan orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu), Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah Ali-Imran: 18).
Al-Quran juga menyebut golongan ilmuwan yang memiliki ketajaman akal budi dan kepekaan nurani itu sebagai ulu al-albab. Merekalah yang disifatkan sebagai manusia yang dapat memadukan zikir dengan fakir.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: