Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for Januari 2020

Ajak kenali Allah

Posted by epondok di Januari 31, 2020

Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin

 

TIADA paksaan dalam agama. Namun, konsep itu bukan bermakna kita tidak perlu berdakwah.

Ajaklah orang kepada Allah, namun jika dia menolak, kita tidak perlu memaksanya seperti paksaan yang dikenakan kepada orang Uyghur yang diseksa semata-mata kerana mengamalkan agamanya.

Usaha kita mengajak dan memujuk orang kepada Allah SWT perlulah bersungguh-sungguh kerana setiap orang diberi kebebasan.

Namun, seseorang itu akan bertanggungjawab di akhirat kelak terhadap apa yang dipilihnya. Kasihanilah insan tersayang yang tidak pernah mengenali Allah daripada lidah kita sampai hari kematiannya.

Kita bimbang dia akan mendakwa kita di hadapan Allah kerana tidak pernah mengajaknya. Ada orang yang hatinya berhajat mengajak insan tersayang kepada kebaikan, namun tatkala berhadapan dengannya dia tidak tahu topik apakah yang harus diungkapkan.

Di sinilah perlunya ilmu dakwah. Topik adalah bahan percakapan, tajuk, pati, isi atau judul manakala topik dakwah adalah kandungan dakwah untuk mengajak manusia membincangkannya sebagaimana tugas rasul menjelaskan jalan yang lurus kepada umat manusia daripada pelbagai agama, bangsa dan warna kulit.

Topik dakwah merangkumi rahmatnya Islam, akidah yang betul, akhlak mulia, perundangan yang sistematik dan sirah kehidupan Nabi Muhammad SAW.

Islam bermaksud tunduk, menyerah dan mentaati Allah SWT. Kepatuhan itu hendaklah lahir daripada kesedaran penuh, bukannya paksaan.

Kepatuhan kepada Allah adalah fitrah bagi setiap makhluk. Firman Allah SWT bermaksud: “Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain daripada agama Allah? Padahal kepada-Nya lah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepada-Nya lah mereka dikembalikan.” (Surah Ali Imran, ayat 83)

Alam ini bergerak dengan kepatuhan terhadap sistemnya. Sejauhmana pula manusia yang dimuliakan dengan akal bergerak dengan sistem paling menepati fitrah insani?

Itulah sistem yang diberikan Allah SWT, rahmat buat sekelian alam. Islam menjadi dasar peradaban dan akhlak manusia selari dengan asas dibawa Nabi Muhammad SAW yang releven sepanjang zaman.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhiratnya kelak daripada orang-orang yang rugi.” (Surah Ali Imran, ayat 85)

Islam sentiasa mampu menjawab tiga persoalan asasi iaitu dari mana kita datang, untuk apa kita diciptakan dan ke mana kita akan pulang?

Bagi soalan pertama, Allah SWT menjawab dengan firman-Nya yang bermaksud: “Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu daripada tanah, kemudian daripada sebuku darah beku, kemudian daripada seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan, (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan kami), dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya, kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak, kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa, dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi), engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman.” (Surah al-Hajj, ayat 5)

Seterusnya, untuk apa kita diciptakan? Persoalan itu juga dijawab dengan sangat terang dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.” (Surah Al-Zariyat, ayat 56)

Ibadat di sini mempunyai maksud yang luas. Ini termasuk ibadat khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji serta ibadat umum yang mencakupi segala aspek kehidupan.

Tiada satu pun tindak- tanduk manusia yang tidak bernilai dosa dan pahala di sisi Allah SWT. Semuanya dicatat dan semuanya akan ditanya.

Perkara yang ketiga, ke mana kita akan pulang? Al-Quran menjelaskan kepada manusia ada kehidupan selepas kematian.

Kehidupan abadi itu akan mengaudit segala baik buruk amalan kita. Ia memberi anugerah kepada insan berintegriti dan merendahkan insan yang tidak mampu dibentuk oleh nasihat, adat, norma, etika dan undang-undang saat hidup di dunia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmat-nikmat-Nya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu (untuk kesempurnaan-Nya) dan Dia tidak redakan hambahamba-Nya berkeadaan kufur dan jika kamu bersyukur, Dia meredainya menjadi sifat dan amalan kamu. Dan (ingatlah) seseorang yang memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kembalinya kamu, maka Dia akan memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu telah kerjakan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.” (Surah al-Zumar, ayat 7)

Selain itu, topik kalimah syahadah juga penting dibincangkan kerana ia pintu masuk kepada kesedaran dan kerelaan kita menyembah Allah SWT dan mengikuti ajaran Rasul-Nya.

Kalimah syahadah terbahagi kepada dua iaitu:

1. Asyhadu Alla Ilaha Illa Allah (Bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah)

Allah SWT melatih kita memperbaharui syahadah setiap hari dalam solat kita bagi mengelakkan kita menyembah hawa nafsu sendiri.

2. Asyhadu Anna Muhammad Rasulullah (Bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah SWT).

Kedatangan Baginda adalah penerus kepada rasul sebelumnya. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini dan rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan kepadamu. Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan).” (Surah al-Nisa’, ayat 164)

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »

Jaga keluarga daripada api neraka

Posted by epondok di Januari 30, 2020

Hashim Ahmad

 

Mendidik itu sebenarnya adalah hak ibu bapa. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan bersih melainkan dua orang tuanya yang bertanggungjawab mencorakkannya menjadikan Yahudi atau Nasrani atau Majusi.” (Hadis riwayat Imam Baihaqi dan Muslim)

Berdasarkan hadis itu, ibu bapa adalah orang pertama yang memberikan pelajaran kepada anaknya. Jika ditanam pada diri ajaran dan nilai keislaman, maka mereka akan menjadi orang Islam yang baik.

Itulah yang disebutkan Saidina Umar kepada seorang ayah yang mengadu kepadanya kerana anaknya menderhaka kepadanya.

Saidina Umar berkata, “Sebelum anakmu menderhakaimu, kamu lebih dahulu derhaka kepadanya.”

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Jagalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka.” (Surah at-Tahrim, ayat 6)

Menerusi ayat itu, Allah SWT mengingatkan, iman perlu dipelihara, dirawat dan dipupuk dengan cara menjaga keselamatan diri dan keluarga daripada api neraka.

Saidina Ali ketika menjelaskan kalimat ‘peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka’ itu bermaksud anak perlu diberi didikan sempurna.

Ibnu Abbas berkata: “Taatlah kepada Allah, jauhilah perbuatan maksiat dan perintahkanlah keluargamu untuk selalu zikir (ingat kepada Allah), maka Allah akan menyelamatkanmu daripada api neraka.”

Menurut Sayyid Sabiq, memelihara diri dan keluarga termasuk anak daripada neraka adalah dengan pendidikan dan pengajaran.

Perhatikan perkembangan anak-anak supaya mereka mempamerkan akhlak mulia selain ibu bapa perlu juga menunjukkan contoh yang baik.

Jelas, betapa pentingnya pendidikan menurut Islam. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Siapa saja yang memiliki tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan lalu mendidik mereka dengan baik, pastilah ia akan masuk syurga.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Imam Ghazali berkata: “Anak adalah amanah Allah bagi kedua-dua orang tuanya. Hatinya (anak) berkilau bagaikan mutiara yang indah, bersih daripada setiap coretan atau lukisan, menerima setiap ukiran, cenderung ke mana saja yang diarahkan. Jika dibiasakan belajar dengan baik, ia akan tumbuh menjadi baik, beruntung di dunia dan di akhirat. Kedua-dua orang tua, semua guru, pengajar dan pendidiknya sama-sama akan mendapat pahala. Dan jika ia dibiasakan melakukan keburukan dan diabaikan sebagaimana mengabaikan haiwan, ia akan celaka dan rosak, dosanya menimpa pengasuh dan orang tuanya.”

Pendidikan yang baik adalah pemberian terbaik orang tua kepada anaknya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak ada pemberian orang tua kepada anak yang lebih utama daripada pendidikan yang baik.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Secara umumnya, pendidikan itu termasuklah:

• Pendidikan agama

• Pendidikan akhlak

• Pendidikan jasmani

• Pendidikan akal

• Pendidikan sosial

Pendidikan agama dan spiritual adalah asas utama bagi pendidikan keluarga. Pendidikan agama meliputi pendidikan akidah, mengenal hukum halal dan haram, memerintahkan anak beribadat (solat) sejak berusia tujuh tahun, mendidik anak untuk mencintai Rasulullah SAW, keluarganya, orang-orang soleh dan mengajar anak membaca al-Quran.

Imam al-Ghazali berkata: “Hendaklah anak kecil diajarkan dengan al-Quran, hadis dan sejarah orang-orang soleh, kemudian hukum Islam.”

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »

Pendidikan suatu Keperluan, bukan pilihan

Posted by epondok di Januari 29, 2020

Mohd Shahrizal Nasir

 

PENDIDIKAN amat penting bagi melahirkan insan yang baik. Kesedaran tentang pentingnya pendidikan sememangnya ada dalam diri setiap ibu bapa.

Sebab itulah mereka sanggup menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit untuk memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan sempurna.

Apabila anak mencapai usia seawal lima atau enam tahun, mereka dihantar ke tadika atau taska bagi menimba ilmu yang bersesuaian dengan peringkat umur.

Islam amat menekankan aspek pendidikan sehingga meletakkan golongan berilmu pada tempat yang amat istimewa.

Golongan penuntut ilmu dikurniakan pelbagai keistimewaan termasuk dimudahkan baginya jalan menuju ke syurga.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesiapa menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Ilmu yang bermanfaat untuk kehidupan manusia semuanya berfaedah dan dituntut agar dipelajari.

Islam tidak pernah sama sekali mengetepikan kepentingan mempelajari ilmu yang dapat membantu manusia mencapai kehidupan yang baik di dunia.

Begitu juga halnya dengan ilmu yang dapat memberi keuntungan kepada diri di akhirat nanti.

Firman Allah SWT bermaksud: “Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka”.  (Surah al-Baqarah, ayat 201)

Menyedari hakikat ini, perlu difahami bahawa ilmu yang berkaitan dengan agama adalah satu keperluan bagi umat Islam.

Ia bukan satu pilihan sebaliknya satu keperluan yang akan memberi manfaat kepada manusia bukan sahaja di akhirat, tetapi turut berguna untuk kehidupan di dunia.

Perhatikanlah apabila ilmu agama membahaskan perihal solat, maka antara yang diberi pendedahan ialah berkenaan masa masuknya waktu solat.

Begitu juga jika membabitkan perbahasan tentang solat qasar ketika bermusafir yang memerlukan seseorang tahu tentang jarak perjalanan yang dibolehkan untuk mengambil rukhsah solat.

Semuanya ini membabitkan ilmu matematik dalam erti kata perkiraan nombor.

Begitu juga ketika membicarakan perihal sembelihan yang diperincikan dalam Islam.

Antaranya tatacara sembelihan yang perlu diputuskan urat halkum dan urat marih haiwan terbabit.

Begitu juga dengan solat gerhana yang membabitkan fenomena luar biasa membabitkan matahari atau bulan.

Semua ini dibincangkan dalam ilmu agama membabitkan cakupan ilmu sains.

Kajian permukaan bumi sebagai ruang dan tempat masyarakat manusia hidup juga dibincangkan dalam agama Islam.

Jika tidak, bagaimana mungkin isu berkaitan penentuan arah kiblat dan aplikasi rukhsah ibadat membabitkan keadaan sekeliling dapat diselesaikan dengan baik.

Semuanya ini ada kaitannya dengan ilmu geografi yang tidak terpisah daripada perbahasan dalam Islam.

Hatta mempelajari bacaan al-Quran dengan tajwid yang betul serta lagu indah juga sebahagian daripada ilmu seni.

Malah, kesenian inilah yang perlu ditekankan kerana ia dapat membentuk jati diri Muslim yang cukup sempurna.

Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil amri (orang yang berkuasa) daripada kalangan kamu.” (Surah an-Nisa’, ayat 59)

Begitu juga tentang politik yang turut disentuh oleh Islam.

Banyak lagi sebenarnya cabang ilmu yang berada dalam perbahasan ilmu Islam sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Ilmu sejarah, ekonomi, undang-undang semuanya disentuh dalam perbahasan ilmu agama.

Inilah yang dimuatkan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang diajarkan kepada anak-anak sama ada di sekolah rendah mahupun menengah.

Ilmu Islam tidak akan sama sekali merugikan umat sebaliknya ia menawarkan cakupan perbahasan ilmu yang amat bermanfaat dan diperlukan oleh setiap Muslim.

Pendidikan Islam bukan sahaja mampu melahirkan hamba yang taat kepada Allah SWT, tetapi juga khalifah yang mampu mentadbir dunia.

Usah memahami ilmu agama hanya membabitkan ibadat solat dan puasa yang menjadi ibadat khusus hamba kerana Tuhannya.

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »

Daurah Hadis Fitnah Akhir Zaman oleh Maulana Hussien Abdul Kadir di Masjid Kg Laut, Nilam Puri

Posted by epondok di Januari 28, 2020

🔰 DAURAH KITAB TURATH 5.0🔰
💟 Maulana Husain Abdul Kader
🌙 Kitab Fath al-Bari Syarh Sahih Bukhari

🖊 Dengan segala hormatnya dijemput dan dipersilakan ke Program Daurah Kitab Turath
sepertimana maklumat di bawah:

📆 Tarikh: 1 Februari 2020 / Sabtu
🕒 Masa: 8.30 pg – 6.00 ptg
📌 Tempat: Masjid Kampung Laut Nilam Puri (KIAS)
🍵 Makanan Ringan Disediakan

🔒 Masuk percuma
 Kitab terjemahan ada dijual

SIla isi borang pendaftaran secara dalam talian mengikut pautan di bawah:
http://tiny.cc/daurahkitab

Sebarang pertanyaan boleh hubungi
Ustaz Abdullah Nasih
www.wasap.my/601120748740/daurahkitabturath

Ustazah Rabiatul
www.wasap.my/601131843119/daurahkitabturath

Jom like page FB Nadi Syariah
https://www.facebook.com/nadisyariah/

Posted in Program Terbaru | Leave a Comment »

Berdoalah terhindar azab

Posted by epondok di Januari 28, 2020

Bersama Fadly Samsudin

 

Isteri Nabi Muhammad SAW bernama Ummu Habibah pernah berdoa seperti dinyatakan dalam satu hadis daripada Abdullah bin Mas’ud RA.

Ummu Habibah pernah berdoa, “Ya Allah! Berilah nikmat panjang umur untuk aku hidup menjadi isteri Rasulullah serta dengan Abu Suyfan dan saudaraku Mu’awiyah.”

Mendengar perkara itu, Nabi Myhammad SAW berkata yang bermaksud, “Sungguh engkau telah meminta kepada Allah ajal yang telah ditentukan, hari-hari yang telah ditetapkan dan rezeki yang sudah terbahagi. Sesuatu tidak akan dipercepatkan sebelum waktunya. Seandainya engkau memohon kepada Allah agar engkau terhindar daripada azab neraka atau azab kubur, nescaya itu lebih baik dan lebih utama.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)

Perkara yang Allah SWT sudah tentukan pastinya tidak boleh lagi dipercepatkan atau dilewatkan. Ini termasuk perkara mengenai ajal dan rezeki seseorang di atas dunia ini.

Dalam hadis itu, Nabi SAW berkata kepada isterinya, lebih baik minta diselamatkan daripada azab kubur dan seksaan neraka daripada memohon perkara yang tidak dapat diubah.

Sememangnya, kita dianjurkan memohon perlindungan daripada azab kubur.

Satu hadis riwayat Aisyah menyatakan: “Telah datang berziarah kepada aku dua wanita tua Yahudi penduduk Madinah. Kedua-duanya berkata kepada aku, sesungguhnya penghuni kubur itu akan diseksa di kuburan-kuburan mereka. Aku mendustakan perkataan dua wanita Yahudi itu dan aku tidak suka membicarakan perkataan mereka.

“Kemudian mereka berdua keluar dan masuklah Nabi SAW kepadaku, maka aku berkata kepadanya, Wahai Rasulullah sesungguhnya ada dua wanita tua dan aku menceritakan kisah (mengenai wanita Yahudi yang mengatakan ada seksaan kubur).

“Aku tidak mengetahui tentang azab kubur, sampai datang perempuan Yahudi kepadaku. Dia meminta sesuatu kepadaku, kemudian aku berikan. Perempuan Yahudi itu berkata, semoga Allah menjagamu daripada azab kubur. Aku mengira itu hanyalah bualan Yahudi semata-mata. Hingga akhirnya, Rasulullah datang, aku memberi tahu perihal itu, Rasulullah mengatakan kepadaku bahawa azab kubur itu ada.”

Lalu Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Kedua-dua wanita Yahudi itu benar, sesungguhnya penduduk kubur itu akan diseksa dengan seksaan yang akan didengar oleh seluruh binatang ternak. Maka, sejak itu aku tidak pernah melihat Baginda melaksanakan solat kecuali meminta perlindungan daripada azab kubur.”

Di dalam kubur, akan ada golongan yang mendapat nikmat serta ada menerima azab yang sangat dahsyat.

Nabi SAW menyatakan, golongan yang diseksa itu jeritan mereka boleh didengar oleh haiwan ternakan.

Barangkali, kita yang melalui kawasan perkuburan mendapati ia aman dan tenteram sahaja. Pada hakikatnya, terdapat pelbagai cerita di alam sana.

Satu kisah masyhur membabitkan sahabat Nabi SAW iaitu Saidina Uthman Ibn Affan apabila melintasi kawasan perkuburan, beliau akan menangis teresak-esak.

Ketika ditanya oleh sahabat yang melihat keadaannya itu, Saidina Uthman berkata, perkara itu disebabkan Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Kubur ini tempat pertama dari tempat-tempat akhirat dan tempat terakhir dari tempat-tempat dunia. Sesiapa yang selamat dari kubur itu, maka apa yang sudah-
nya adalah lebih ringan. Dan sesiapa yang tidak selamat darinya, maka apa yang berlaku sesudahnya akan lebih berat lagi.”

Kubur adalah ‘rumah’ pertama kepada alam akhirat. Cerita mengenai tiupan sangka kala, kebangkitan serta perhimpunan manusia di padang mahsyar, timbangan amalan, melintas titian sirat, syurga dan neraka itu semuanya masih jauh lagi perjalanannya.

Ramai manusia menghabiskan masa ‘bergelut’ untuk mendapatkan kenikmatan dunia dan kurang memikirkan persiapan mereka untuk menghadapi masa yang sangat panjang di alam kubur kelak.

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »

Suami amal syura

Posted by epondok di Januari 27, 2020

Fatimah Syarha Mohd Noordin

 

SUAMI adalah belahan jiwa isteri. Demikian juga isteri adalah belahan jiwa suami.

Penyatuan jiwa kedua-dua suami dan isteri menjadi antara tanda-tanda kebesaran Allah SWT seperti yang terakam dalam Surah al-Rum, ayat 21.

Matlamatnya ialah terbina hubungan atas dasar mawaddah, rahmah dan sakinah.

Namun, adakalanya suami menjadi cabaran buat isteri dan isteri menjadi cabaran buat suami.

Bagaimana bentuk cabaran berkenaan.

Menurut al-Qaraḍawi dalam pengantar buku Kebebasan Wanita Pada Zaman Risalah, mereka yang berhaluan keras (termasuk suami yang autokratik) menjadikan kehidupan wanita sempit bagaikan penjara.

Misalnya, wanita tidak dibenarkan keluar rumah, tidak boleh pergi ke masjid, tidak dianjurkan berbicara dengan kaum lelaki meskipun dengan cara yang sopan.

Muka dan telapak tangannya dianggap aurat, begitu pula suara dan pembicaraannya.

Bahkan wanita dilarang menggunakan pakaian putih yang biasa dilakukan oleh wanita Mesir sejak dahulu ketika mereka menunaikan ibadat haji dan umrah.

Ketika ditanyakan alasan pelarangannya, mereka menjawab perbuatan itu menyerupai lelaki.

Padahal dalam soal berpakaian, Allah SWT memberikan kelonggaran bagi wanita dalam hal yang tidak diperbolehkan bagi kaum lelaki, misalnya memakai perhiasan emas dan pakaian yang terbuat dari sutera.

Bahkan bagi suami yang ego dan autokratik, jika seorang wanita menikah dan tidak senang kepada suami, dia tidak boleh benci atau lari.

Dia cuma boleh bersabar mengharungi penderitaan, sampai suami berkenan mentalak atau dia meminta diceraikan (khulu’).

Tubuhnya dianggap seperti dimiliki dengan tukaran duit ringgit serta boleh diceraikan sesuka hati.

Wanita dilayan seperti tiada hak membuat pilihan, hanya boleh mengiyakan, tidak boleh menolak dan tidak berhak menuntut ganjaran atau ganti rugi.

Wanita dianggap jerat iblis untuk memesongkan manusia.

Wanita dianggap makhluk yang kurang akal dan agama dengan tafsiran seperti wanita tidak mempunyai kepakaran apa pun.

Wanita dianggap hamba atau setengah hamba oleh lelaki yang dikahwini untuk melampiaskan nafsu serakah. kaum lelaki.

Anggapan seperti ini seakan-akan mengulangi anggapan masyarakat ke atas wanita Romawi dalam sejarah yang menganggap wanita hamba lelaki.

Sikap yang ekstrim ini akan mengundang sikap ekstrim isteri sebagai pembangkang.

Lebih-lebih lagi, wanita yang berjawatan besar seringkali dikaitkan dengan sikap membangkang, sukar mentaati suami bahkan merendahkan pasangan walaupun tidak semuanya begitu.

Mengikut kajian oleh John Gottman, seorang pakar psikologi di Universiti Washington, antara sebab pasangan suami isteri sering bertengkar hingga membawa kepada perceraian ialah kerana memandang rendah kepada pasangan. (https://my.theasianparent.com
/punca-penceraian-di-malaysia/).

Ia termasuk mengkritik pasangan secara berlebihan hingga semua usaha tidak dihargai.

Bukan itu sahaja, ada yang bersikap tidak mahu mengalah. Apabila bergaduh, tiada langsung rasa bersalah dan asyik ingin menyalahkan pasangan.

Seterusnya, suka memotong cakap dan tidak mahu mendengar pendapat pasangan.

Ia adalah kesimpulan daripada kajian yang dilakukan 14 tahun ke atas 79 pasangan suami isteri.

Lebih-lebih lagi, realiti masyarakat menunjukkan, menjelang 2020, ada beberapa perubahan sosial hasil daripada perkembangan pembangunan negara.

Antaranya, penyertaan wanita dalam sektor pekerjaan pada akhir ini amat jelas, mereka semakin ramai menceburkan diri dalam bidang pengurusan dan profesional di sektor awam dan swasta serta perniagaan.

Perkembangan ini ada baik dan buruknya.

Ia menimbulkan isu seperti kawalan dan penjagaan gadis yang berpindah dari kampung ke bandar dan penjagaan serta pendidikan anak bagi ibu yang berkerja.

Merujuk topik ini, ia menimbulkan isu rasa berdikari yang tinggi dalam kalangan wanita hingga terasa boleh hidup tanpa lelaki.

Apa yang pasti, sikap autokratik dan terlalu membangkang tidak menguntungkan kedua-dua pihak yang fitrahnya saling memerlukan dan saling melengkapi satu sama lain agar dapat melakukan check and balance.

Setiap pasangan perlu kembali kepada panduan al-Quran dan al-Sunnah.

Rasulullah SAW menunjukkan contoh strategi berbincang sentiasa digunakan sebagai mekanisme dalam membuat keputusan.

Kelebihan berbincang ialah, setiap ahli mementingkan kebenaran, berbanding siapa yang berkata sepertimana pesan Saidina Ali, lihatlah apa yang dikata bukan siapa yang berkata.

Bahkan ahli bawahan boleh bersuara tanpa perlu merasa takut dan bimbang risiko dizalimi oleh orang atasan.

Suami yang mengamalkan syura bukan autokratik akan lebih ditaati dan disayangi oleh isteri dan anak.

Dengan cara ini, anak akan merasakan didengari. Isteri akan berasa dihargai. Begitu juga suami, dia akan berasa dihormati dan ditaati.

Dalam sirah, terdapat banyak contoh berlakunya strategi berbincang dalam pengurusan keluarga.

Contoh, dalam peristiwa takhyir iaitu peristiwa di mana Rasulullah SAW memberikan pilihan kepada isteri-isterinya, Rasulullah SAW memulakan perbincangan dengan Aishah RA seperti yang dijelaskan dalam Surah al-Ahzab ayat 28 hingga 29.

Seterusnya, di pihak isteri, Ummu Sulaym menjadi satu contoh wanita yang mengutamakan hak suami sebagai pemimpin keluarga walaupun terpaksa memendam seketika kesedihan emosinya sendiri atas kematian anak mereka. (Rujuk hadith riwayat Muslim, Kitab Faḍa’il al-Ṣahabah, Bab Faḍail Abi Ṭalḥah al-Anṣari, no.hadith: 2144, 4:19

Kata-katanya begitu mengagumkan selepas melayani keperluan batin suaminya, Abu Ṭalḥah yang baru pulang ke rumah, terjemahan: “Wahai Abu Talhah, apa pendapat kamu, seseorang itu memberi pinjaman kepada orang lain. Adakah orang itu boleh menghalang permintaan peminjamnya ketika dia meminta?”

Suaminya menjawab, ‘Tidak.’ Maka Ummu Sulaym berkata, “Haraplah pahala daripada kematian anakmu.” Abu Talhah radiallahuanhu menjadi marah. Beliau berkata: Engkau membiarkan aku (tidak diberitahu tentang hal ini) sehingga aku menyetubuhi mu, kemudian baru engkau beritahu aku tentang keadaan anak lelaki aku! Beliau terus pergi menemui Rasulullah SAW dan memberitahu baginda apa yang telah berlaku.

Rasulullah SAW menjawab: Semoga Allah memberkati kalian untuk apa yang telah kalian lakukan malam tadi. Lalu Ummu Sulaym radiallahuanha pun hamil.

Begitu indahnya rumah tangga yang ditegakkan atas dasar perbincangan, lahirlah anggota keluarga yang menghormati dan mentaati.

Sebaliknya rumah tangga yang ditegakkan atas dasar autokratik akan melahirkan ahli keluarga yang membangkang dan jauh hati.

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »

Etika Pencegahan Wabak Dalam Islam

Posted by epondok di Januari 26, 2020

Khairul Azhar bin Idris

 

Wabak Influenza pada waktu ini yang merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan kini merupakan satu ancaman baru  terhadap kesihatan dan nyawa manusia yang semakin hari semakin mencemaskan. Insiden jangkitan penyakit berkaitan pernafasan ini menunjukkan ada peningkatan di kebanyakan tempat tertentu di dunia ini, lantas turut meningkatkan suasana panik dan gelisah orang ramai, ditambah pula tiada sebarang vaksin dan ubatan khusus untuk mengubati penyakit misteri ini.

Serangan wabak ini oleh virus influenza  boleh dikawal melalui beberapa langkah pencegahan dan pengawalan yang tertentu dan didapati turut berkesan dalam membendung jangkitan yang lebih teruk dalam masyarakat. Dalam suasana di mana tiada sebarang ubat atau vaksin yang mampu mencegah atau mengubati penyakit, kaedah yang lebih berkesan adalah langkah-langkah pencegahan terutamanya yang mendorong kepada pengamalan cara hidup yang sihat dan melakukan aktiviti-aktiviti yang mengurangi risiko yang mengancam nyawa atau kesejahteraan diri dalam kehidupan. Dan kaedah inilah yang paling berkesan bagi mengatasi wabak influenza setakat ini.

Tamadun manusia telah menyaksikan bahawa sebelum kedatangan Islam ke Tanah Arab, keadaan kesihatan awam pada ketika itu amat daif. Penyakit berjangkit seperti cirit-birit, batuk kering, taun dan lain-lain amat mudah berlaku, bahkan secara berleluasa. Hanya dengan kedatangan Islam yang diturunkan oleh Allah menerusi Rasul-Nya, Muhammad s.a.w. penekanan terhadap kesihatan dan penjagaan kesihatan yang sempurna mula mendapat perhatian masyarakat.

Walaupun Rasulullah diutuskan bagi menyampaikan hukum-hukum Allah yang Maha Suci, tetapi ajaran dalam Islam amatlah menyeluruh sifatnya. Malah ajaran Islam juga amat menitikberatkan aspek penjagaan kesihatan yang sempurna supaya individu itu mempunyai kekuatan yang diperlukan bagi menjalankan ibadat kepada Tuhan.

Begitu juga, bagi menjadikan amalan ibadat dan doanya itu diterima Allah, individu Muslim itu mestilah sentiasa memelihara kesihatan diri terutamanya dalam memastikan kebersihan dan halal haram makanan yang diambil di samping menggunakan hanya pakaian yang bersih, tidak dikotori najis dan sebagainya.

Semua perkara ini terkandung dalam ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah sehingga muncul sebuah karya agung khusus berkaitan kaedah perubatan dan penjagaan kesihatan cara Rasulullah yang dikenali At Tibb an Nabawi yang dikarang oleh seorang perawi hadis dan ahli sejarah terkenal Abu Abdullah Muhammad al Dhahabi yang meninggal pada tahun 1348 Masihi.

Dalam ajaran agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah, pencegahan menjadi asas utama penjagaan kesihatan yang baik di samping melakukan aktiviti kehidupan secara bersederhana dan tidak berlebih-lebihan yang sentiasa dianjurkan oleh Islam kepada umatnya. Manakala bidang perubatan dan kesihatan moden yang berasaskan kaedah saintifik kini turut memberi penekanan terhadap pencegahan dan rawatan dalam menghadapi sesuatu jangkitan dan penyakit yang menjadi asas disiplin kesihatan awam.

Sememangnya sudah menjadi tugas setiap individu dan masyarakat Islam, wajib mencegah sebarang perilaku dan aktiviti yang mengundang kepada kemudaratan dan kehinaan.

Pendekatan yang berasaskan perubatan `mencegah’ dalam menangani wabak dan jangkitan penyakit sebenarnya telah diajar oleh Baginda Rasul dalam banyak situasi.

Dalam sebuah hadis, Baginda bersabda bermaksud: Apabila kamu mendengar penyakit taun berjangkit di sesuatu negeri, maka janganlah kamu memasuki negeri itu, demikian juga jika berjangkit di negeri tempat kamu tinggal, maka janganlah kamu keluar dari negerimu kerana melarikan diri dari penyakit itu.

Dan kekhuatiran ini berkisar apabila kita berkemungkinan sebagai kumpulan pembawa yang terlibat menjangkitkan pula penyakit berkenaan kepada orang lain. Ajaran dalam al-Quran, kita juga ditegah daripada terlibat dengan sebarang aktiviti yang menjerumus kepada kesengsaraan, kemudaratan dan kemusnahan.

Wabak influenza yang melanda dunia ketika ini dilihat bukan sahaja mengancam kesihatan dan nyawa manusia, malah turut memberi kesan yang kurang baik terhadap sumber ekonomi dan pendapatan sesebuah negara terutama bagi negara-negara di mana aktiviti pelancongan adalah di antara beberapa sumber pendapatan negara.

Keadaan ini beraku di samping sebagai kesan dari kebimbangan dan panik masyarakat yang enggan melawat negara yang berkenaan kerana takut dijangkiti, adalah juga berpunca dari langkah-langkah pencegahan dan larangan seperti kuarantin yang dikenakan oleh sesebuah negara.

Bagaimanapun, tindakan yang elok ini telah dianggap sebagai satu tindakan yang kurang baik, malah disalah tafsir pula akan mempunyai unsur sabotaj ke atas ekonomi negara lain.

Mungkin ini juga sebagai kesan tidak langsung globalisasi di mana negara-negara amat bergantung kepada negara lain bagi mengukuhkan ekonomi negara sendiri.

Walau apa pun tindakan yang diambil, faktor kesihatan dan keuntungan ekonomi adalah sama pentingnya.

Namun hakikatnya, Islam lebih mengutamakan kesejahteraan nyawa manusia dan ia perlu dipelihara pada setiap masa agar terhindar daripada sebarang perkara yang boleh mengancamnya.

Aspek ekonomi yang kukuh, di samping pemakanan yang baik dan sihat serta persekitaran yang bersih dan selamat amat berkait rapat dan turut membantu meningkatkan kesejahteraan nyawa manusia.

Namun ada pada ketika yang tertentu, seseorang itu perlu mengehadkan aktiviti sosioekonominya jika ia didapati akan mengancam kesejahteraan nyawanya.

Menurut prinsip Islam, sesuatu tindakan yang baik itu adalah yang mendatangkan manfaat kepada seluruh umat manusia.

Bagaimanapun, jika terdapat kemudaratan atau keburukan yang akan menimpa mereka, maka menghindari keburukan itu adalah lebih penting dan diutamakan daripada mencari kemanfaatan. Manakala jika terdapat pelbagai kepayahan dalam menangani sesuatu isu yang sukar seperti ketika wabak ini, maka Islam menyarankan agar menerima kepayahan yang mendatangkan dengan mengawal kesan buruk yang paling minimum kepada masyarakat.

Posted in Fokus Isu | Leave a Comment »

Berpada-pada kejar harta dunia

Posted by epondok di Januari 25, 2020

Hilmi Isa

 

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil (tidak benar), kecuali dalam perdagangan yang berlaku atas dasar reda-meredai di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah maha penyayang kepadamu.” (Surah al-Nisaa’, ayat 29)

Hari ini ramai Muslim sudah kehilangan jati diri apabila lebih mengagungkan golongan artis. Segala kisah mengenai artis kesayangan mereka tahu.

Ia seakan-akan satu kebanggaan untuk mengetahui serba-serbi mengenai artis kesayangan. Gosip serta video berkaitan artis mendapat tontonan sehingga mencecah jutaan tontonan.

Apa yang dipakai artis menjadi fesyen ikutan. Apabila artis berpakaian menjolok mata, ramai yang turut menirunya.

Gaya hidup bebas artis juga menjadi contoh anak muda. Pada hari ini, ramai manusia mempunyai hampir segala kemewahan dunia, tetapi tidak berasa bahagia.

Puncanya kerana tidak mengikuti petunjuk yang dibawa Rasulullah SAW. Selain artis, masyarakat moden turut taasub terhadap guru kekayaan yang mengajarkan hidup bertuhankan harta benda.

Siang malam mengejar kekayaan sehingga mengabaikan solat. Sibuk mesyuarat sehingga solat ditinggalkan. Apa saja yang menghalang kekayaan akan diketepikan.

Agama menghindarkan rasuah tetapi materialisme membenarkannya. Lazimnya, perkahwinan yang tidak bahagia disebabkan sibuk mengejar kekayaan. Akibatnya, masa bersama keluarga semakin berkurangan.

Apabila hubungan semakin dingin dan konflik semakin tegang, jalan penyelesaiannya adalah perceraian.

Allah SWT berfirman dalam Surah an-Anbiya, ayat 25 yang bermaksud: “Dan Kami tidak mengutus seorang rasul pun sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Aku, maka sembahlah Aku olehmu sekalian.”

Rasulullah SAW menunjukkan jalan yang bukan saja membawa kebahagiaan di dunia tetapi di akhirat. Baginda juga menyuruh umatnya menjadi kaya kerana dengan harta kekayaan nanti boleh digunakan untuk membantu Muslim lain.

Kaya bukan untuk berfoya-foya, tetapi untuk manfaat ummah dan agama. Biasanya majikan Muslim lebih faham keperluan pekerja Muslim berbanding majikan bukan Islam.

Hakikatnya, kekayaan sebenar adalah kekayaan jiwa. Perhatikan golongan dermawan di Barat, selepas bersara mereka banyak melakukan kerja kebajikan.

Kebanyakan mereka menyatakan, kehidupan lebih bahagia dengan menyumbang. Menjadi impian ramai orang untuk bergelar jutawan, tetapi setelah beberapa lama, segala-galanya akan menjadi bosan kerana harta kekayaan yang dikejar itu tidak akan ada kesudahannya.

Penawar datang apabila harta itu dikongsi dengan golongan yang memerlukan. Itulah puncak kebahagiaan mereka.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya ada pada Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi orang yang mengharap (reda) Allah dan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Surah al-Ahzab, ayat 40)

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »

Orang mukmin tidak ingkar janji

Posted by epondok di Januari 24, 2020

Antara ciri-ciri seorang mukmin adalah sentiasa berusaha menepati janji termasuk janji yang harus, apatah lagi pada perkara yang wajib dipenuhinya. Apabila ingkar terhadap sesuatu perjanjian, itu adalah tanda orang yang mempunyai ciri kemunafikan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ada empat sifat jika semuanya terdapat pada diri seseorang, maka bererti dia adalah seorang munafik. Jika hanya salah satu daripada empat sifat itu ada dalam diri seseorang, bererti di dalam dirinya ada sifat kemunafikan sehingga dia meninggalkannya. Keempat-empat sifat itu adalah jika diserahkan amanat atau kepercayaan, dia mengkhianatinya, jika berbicara, dia berbohong, jika mengadakan perjanjian, dia merosakkannya dan jika berselisih faham, dia terlalu berlebihan dan melampaui batas.” (Fathul Mubdii)

Dalam firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!” (Surah as-Saff,
ayat 2)

Allah SWT menyanjung hamba-Nya yang diri mereka sentiasa berusaha untuk menepati janji.

Perjanjian seorang hamba beriman dengan Allah SWT adalah yang paling istimewa. Setiap mukmin bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Maka, dengan perjanjian itu kita perlu menjadi orang yang beriman.

Orang beriman juga diseru memenuhi perjanjian dan hukum syariat di dunia ini manakala orang kafir tidak diminta berbuat demikian, tetapi mereka tetap akan dihukum di akhirat kelak.

Selain itu, Rasulullah SAW turut memerintahkan umatnya sentiasa bersikap jujur, menepati janji serta menjauhkan diri daripada sifat khianat dan menipu.

Perintah Allah SWT supaya manusia menepati janji kerana ia sebahagian daripada ketakwaan.

Allah SWT memuliakan orang yang dalam dirinya memiliki sifat menepati janji dengan memberinya ganjaran pahala.

Dalam firman-Nya yang bermaksud: “Wahai Bani Israel! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang Aku berikan kepada kamu dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) dengan-Ku supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu dan kepada Aku sahaja hendaklah kamu berasa gerun takut (bukan kepada sesuatu yang lain).” (Surah al-Baqarah, ayat 40)

Jika terdapat janji pahala atas sifat menepati janji, maka bagi mereka yang ingkar juga terdapat ancaman seksa kerana merosakkan janji.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “… dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.” (Surah Al-Israa’, ayat 34)

Dalam kitab Ihya Ulumiddin, Ali bin Abi Talib berkata, “Rasulullah SAW adalah orang yang paling memenuhi janji.”

Pada diri Rasulullah SAW sentiasa dihiasi sifat dan akhlak dalam urusan menjaga serta menunaikan janji sama ada janji itu dibuat secara bertulis secara rasmi atau berbentuk ucapan.

Segala perkara yang dijanjikan terhadap diri sendiri atau orang lain, Rasulullah SAW tidak pernah mengkhianatinya walaupun terhadap musuh Baginda.

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »

5 ciri penghuni syurga

Posted by epondok di Januari 23, 2020

Fatimah Syarha Mohd Noordin

 

Allah SWT menciptakan peristiwa yang berlaku di atas muka bumi ini sebagai ujian. Lalu diberikan banyak ujian kesenangan berbanding kesempitan.

Bagaikan banyak  cuaca terang  berbanding cuaca buruk bersama ribut petir.

Ribut petir tidak memanah kita setiap hari, begitulah ujian yang berat tidak menjengah kehidupan kita setiap masa.

Sesekali ujian berat menghimpit dan ia  tidak sesuai dengan keinginan kita, Allah SWT mahu kita tidak terlalu rasa cinta kepada dunia yang penuh cacat cela ini.

Di hujung nyawa, kita semua mengimpikan diseru sebagai jiwa yang tenang.  Dipanggil pulang ke rahmat dan kasih sayang Allah dalam keadaan reda dan diredai.

Diiktiraf sebagai hamba-Nya dan dijemput masuk ke dalam syurga-Nya. Impian itu Allah SWT gambarkan kepada kita dalam Surah al-Fajr.

Demi mendapat kebaikan itu, ada ciri-ciri yang perlu kita lengkapkan dalam diri supaya dicatat oleh Malaikat Raqib dan Atid.

Selalu bersandar harapan kepada Yang Maha Memelihara

Allah SWT menguji kita sehingga tiba pada satu tahap, kita berasa jalan sudah buntu. Pada saat itu, tunjukkan kepada Allah SWT kita sentiasa berdoa dan berusaha, bukan berputus asa.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki daripada jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Talaq, ayat 2-3)

Ibn Kathir berkata:  “Sesiapa yang bertakwa kepada Allah dalam seluruh perintah-Nya dan menjauhi seluruh larangan-Nya, maka Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka iaitu dari arah yang tidak pernah terlintas dalam hatinya.” (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 14/31)

l

Selalu memohon pertolongan daripada Yang Maha Menolong

Apabila dihimpit masalah, kita berusaha mencari penyelesaian dengan pelbagai cara. Sehebat mana pun tip menyelesaikan masalah ditemui, tanpa sabar dan solat pada kedudukan teratas, ia tidak akan berkesan.

Dalam solat, kita berikrar berkali-kali Allah  yang kita sembah dan Dialah tempat kita memohon pertolongan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (Surah Al-Baqarah, ayat 45)

l

Selalu memujuk jiwa agar tetap kuat

Apapun yang Allah SWT hadirkan dalam hidup kita adalah satu bentuk ujian iman. Allah SWT berfirman yang maksudnya:  “Dan janganlah kamu berasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap
apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (bersungguh-sungguh) beriman.” (Surah Ali Imran, ayat  139)

l

Berkongsi masalah dengan orang bertakwa, beriadah, berfikiran positif

Selepas  mengadu kepada Allah SWT, ringankan  beban di jiwa dengan berkongsi masalah dengan insan bertakwa lagi boleh dipercayai.

Niat  mesti  bersih untuk mencari solusi. Seandainya insan yang ditemui tidak mampu memberi solusi sekalipun, sekurang-kurangnya dia meredakan tekanan dalam jiwa.

Selain itu, beriadah juga terbukti membantu meredakan tekanan. Cari  masa memberi hak riadah kepada badan.

Fikiran yang tegang lebih mudah kembali positif. Arahkan fikiran itu kepada hal positif, misalnya memikirkan masalah umat Islam di Palestin lebih besar berbanding sekelumit ujian sedang kita hadapi.

l

Tawakal

Umpama tawakal penumpang saat mereka menyerahkan urusan keselamatan kepada kepakaran juruterbang dan petugasnya saat pesawat berlepas.

Begitu juga seharusnya kita menyerahkan urusan kehidupan kepada kepakaran Allah SWT tanpa ragu dan bimbang.

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »