Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 11 September 2019

Wajibkah basuh kulit telur?

Posted by epondok di September 11, 2019

USTAZ SYED SHAHRIDZAN SYED MOHAMED

 

LAZIMNYA, kita akan membasuh terlebih dahulu kulit telur ayam sebelum memasak atau merebusnya.

Namun, ada juga orang yang tidak berbuat demikian kerana merasakan kulit telur itu bersih.

Apakah pandangan Islam tentang hal itu? Adakah wajib membasuh telur ayam sebelum goreng atau rebus?

Dalam hal itu, jika telur yang keluar dari faraj ayam, maka ia tidak dikira sebagai telur yang diselaputi oleh najis kerana ulama menyatakan, lembapan dari faraj ayam tidak dikira sebagai najis.

Jika ia bercampur dengan najis sekalipun, ia dimaafkan kerana ia terlalu sedikit dan sukar untuk dielak. Oleh itu, telur ayam tidak diwajibkan basuh sebelum dimasak menurut fuqaha’.

Lagipun, telur-telur yang dijual di kedai dan pasar raya pada zahirnya tidak kelihatan najis pada kulitnya. Oleh itu, selagi tiada bukti yang nyata, maka kulit telur itu pada asasnya ialah suci tidak diselaputi najis.

Namun, jika telur itu kelihatan jelas padanya najis ayam atau berbau najis, maka ia digalakkan dibasuh terlebih dahulu, lebih-lebih lagi sebelum merebusnya.

Hukum menjadi wajib basuh jika diyakini najis pada kulit telur itu akan mengenai isi telur berkenaan.

Posted in Klinik Agama | Leave a Comment »