Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Ibadah korban kongsi nikmat rezeki, tangkis sifat bakhil

Posted by epondok di Ogos 13, 2019


NURULFATIHA MUAH

 

IBADAH korban yang dilakukan dapat menangkis jiwa manusia daripada sikap bakhil sekali gus melatih diri supaya sanggup berkorban dan berkongsi nikmat rezeki kurniaan ALLAH SWT demi kepentingan orang lain.

Pendakwah Ustazah Hamidah Ab Razak atau Dai Hamidah berkata, ia sebenarnya merupakan peluang untuk kita bermuhasabah diri menjadi hamba ALLAH yang pemurah dan menggembirakan orang lain.

“Amalan itu juga sebagai tanda kita bersyukur atas segala nikmat yang telah diberikan ALLAH SWT kepada kita,” katanya kepada Sinar Islam baru-baru ini.

Firman ALLAH SWT: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).” (Surah al-Kauthar, ayat 2)

Bukan itu sahaja, menurut Dai Hamidah, ibadah korban merupakan manifestasi kepatuhan hamba kepada perintah ALLAH SWT kerana bukan semua orang bersedia untuk memberi atau berkongsi apa yang dimiliki mereka.

“Hanya mereka yang benar-benar bersedia dan menghayati maksud pengorbanan yang sebenar akan dengan rela hati membelanjakan harta untuk tujuan ibadah kerana mereka yakin ganjaran baik daripada amalan itu,” ujar beliau.

Disebabkan itu, katanya, umat Islam yang cukup syarat dan berkemampuan digalakkan untuk melakukan ibadah korban kerana ia dapat mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.

Menurutnya, banyak fadilat dan ganjaran diberikan kepada mereka yang menunaikan ibadah yang dituntut itu antaranya mendapat tempat yang mulia di sisi ALLAH.

“Ibadah korban juga dapat menghapuskan dosa kita sebelum ini. Semoga ALLAH SWT menerima amal ibadah dan pengorbanan kita semua. Asbab itu mudah-mudahan kita dipilih menjadi hamba ALLAH yang bertakwa,” ujar beliau.

Ia sebagaimana hadis Rasulullah SAW: “Hai Fatimah, berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu.” (Riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Dr Mohammad Nidzam Abdul Kadir berkata, amalan korban menjadi asas kepada ketakwaan seseorang.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: