Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

7 Perangkap Syaitan

Posted by epondok di Ogos 7, 2019


IMAM al-Ghazali rhm berkata:

MEMBACA muslihat dan tipudaya syaitan pada anakcucu Adam semasa melakukan ibadah, dapat ditelusuri dari tujuh bentuk:

📌 PERTAMA

SYAITAN melarang dan benci ketaatan. Jika seseorang hamba dijaga oleh Allah SWT dari syaitan, jelas syaitan memerintahkan agar menangguhkannya (contohnya solat).

📌 KEDUA

JIKA hamba itu diselamatkan Allah dari menangguhkannya, maka hamba itu diperintah pula oleh syaitan agar tergesa-gesa dalam melakukannya.

📌 KETIGA

JIKA Allah SWT menjaga hamba itu dari tergesa-gesa, maka syaitan menyuruhnya pula agar menunjuk-nunjukkannya (mempamerkannya)

📌 KEEMPAT

JIKA Allah menjaga hamba itu dari menunjuk-nunjukkan amalnya, maka syaitan memerintahkannya pula supaya ujub (bermegah-megah)

📌 KELIMA

JIKA syaitan melihat seorang hamba mendapat anugerah Allah, syaitan lalu menggoda agar hamba itu berusaha susah secara rahsia dengan berkata: “Allah mahu memperlihatkan diriNya kepadamu! (atau sebagainya) bermaksud agar hamba itu terjerumus pada sikap riyak. Jika hamba itu menyerahkan diri semuanya hanya kepada Allah SWT, maka dia akan selamat.

📌 KEENAM

JIKA syaitan sudah menyerah dan tidak mampu lagi menggoda hamba tersebut, muslihat akhirnya syaitan akan berkata: “Apa perlunya kamu melakukan amal ini. Sebabnya jika kamu diciptakan untuk mendapat kebahagiaan, dengan meninggalkan amalan ini ia tidak akan membahayakan kamu. Jika kamu ditakdirkan celaka, beramal apa pun tidak akan memberi manfaat kepada dirimu.”

📌 KETUJUH

JIKA Allah SWT masih menyelamatkan hambaNya dari semuanya itu, dan hamba itu berkata kepada syaitan:

“Aku ini hanya seorang hamba. Seorang hamba perlu melaksanakan segala perintah tuannya. Tuannya boleh melakukan kepadaku sesuka hatinya dan menghukumku sekendaknya pula.”

JIKA sudah seperti itu, seorang hamba itu selamat dari syaitan dengan pertolongan Allah SWT. Jika tidak, maka dia akan mengenyam kehancuran.

💜 A’U ZUBILLAHI MINASSAYAITAN
NIRRAJIIM.
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

💜 LA HAULAWALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ‘ALIYIL ‘ADZIM.

💜 WALLAHU A’LAM

💜 SEMOGA bermanfaat dan berkat.
AAMIIN.

Sumber: Raudhah at-Talibin
wa Umdah as-Salikin oleh
Imam al-Ghazali

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: