Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for Oktober 2018

Haram jual beli, promosi arak

Posted by epondok di Oktober 30, 2018

PENGHARAMAN arak jelas dinyatakan dinyatakan dalam al-Quran walaupun ayat larangan diturunkan secara berperingkat kerana pada awal perkembangan Islam, ia menjadi budaya masyarakat Arab ketika itu.

Allah SWT berfirman: “Dan daripada kurma dan anggur, kamu jadikan daripadanya minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik.” (An-Nahl: 67)

Namun ayat kedua yang diturunkan, Allah SWT berfirman: “Mereka bertanyakan kepadamu (Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya itu terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia.” (Al-Baqarah: 219)

Pada peringkat ini sudah ada dalam kalangan sahabat RA yang mula meninggalkan amalan meminum arak kerana ayat itu tetapi sebahagian lagi masih meneruskannya disebabkan kewujudan beberapa manfaat kepada manusia.

Bagaimanapun pada peringkat ketiga, Allah SWT menurunkan ayat yang mengharamkan umat Islam ketika itu daripada meminum arak ketika ingin bersolat. Allah SWT berfirman: “Wahai orang beriman! Janganlah kamu mendekati solat ketika kamu dalam keadaan mabuk sehinggalah kamu sedar apa kamu katakan.” (An-Nisa’: 43)

Seterusnya arak terus diharamkan secara mutlak menerusi firman-Nya: “Wahai orang beriman! Sesungguhnya meminum khamar (arak), berjudi, (berkorban untuk) berhala dan mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan syaitan. Maka jauhilah (perbuatan) itu agar kamu berjaya.” (Al-Maidah: 90)

Pendakwah, Iqbal Zain al-Jauhari, berkata pengharaman arak melalui penurunan ayat al-Quran secara berperingkat kerana umat Islam ketika itu yang masih baharu dengan ajaran Islam dan sukar meninggalkan amalan yang dilakukan sejak zaman jahiliah lagi.

“Apabila seluruh umat Islam ketika itu sedia maklum mengenai turunnya ayat yang mengharamkan arak, menurut sirah atau sejarahnya, Kota Madinah dibanjiri oleh minuman keras itu kerana umat Islam menuangkannya ke jalan.

“Masyarakat Islam di Madinah terus meninggalkan amalan meminum arak apabila ia jelas dinyatakan haram oleh al-Quran,” katanya kepada BH di Kuala Lumpur.

Mengambil kira konteks semasa yang penjualan dan aktiviti mempromosikan arak semakin berleluasa, Iqbal berkata, ayat mengenai pengharaman arak sudah jelas dinyatakan dalam al-Quran dan tidak boleh diubah.

Malangnya, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, polemik pesta arak, Octoberfest sering kali menimbulkan perdebatan dalam masyarakat, malah ada yang memberikan justifikasi untuk membenarkannya.

Iqbal berkata, walaupun pesta itu dikatakan tidak membabitkan orang Islam, ia masih memerlukan kawalan oleh pihak berkuasa seperti penganjuran dan penjualan yang dilakukan secara terang-terangan.

“Pengharaman arak sebenarnya bukan hanya berlaku dalam konteks orang Islam, bahkan kebanyakan agama lain juga melarang daripada meminum arak termasuk dalam kitabnya disebabkan kesan dan mudarat berbanding kebaikan.

“Lagipun orang yang minum arak akan menjadi mabuk hingga mereka mudah melakukan kejahatan dan kemaksiatan tanpa rasa bersalah, selain masalah kesihatan yang bakal dihadapi.

“Jadi, di sini terletaknya tanggungjawab pihak berkuasa untuk menegah atau mengharamkan aktiviti penjualan serta mempromosikan arak seperti kata pepatah, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih,” katanya.

Beliau berkata, sama ada dijual secara tertutup atau terbuka, Islam jelas menghukumkannya haram. Malah orang Islam juga dilarang daripada mengunjungi tempat yang menyediakan arak walaupun tidak mengambilnya kerana dibimbangi boleh menimbulkan fitnah.

Pengharaman arak bukan setakat minum, Iqbal berkata, Rasulullah SAW mengingatkan 10 golongan yang akan dilaknat Allah SWT, iaitu orang yang memerah, meminta diperahkan arak, minum, membawa dan menghantar, menuangkannya, menjual, membeli, makan hasil jualannya serta meminta dibelikan minuman itu.

Mengulas mengenai video tular pekerja wanita serbaneka yang enggan memegang minuman keras yang dibeli oleh bukan Muslim, Iqbal menjelaskan, pekerja wanita terbabit mungkin enggan bersubahat dengan penjualan arak.

“Bukan saja pekerja di kedai serbaneka, bahkan terjadi kepada pramugari atau pramugara serta pekerjaan lain yang memerlukan untuk menuang atau menyediakan arak kepada pelanggan.

“Pekerja yang beragama Islam sepatutnya menolak pekerjaan yang memerlukan penyediaan minuman keras, malah pekerja Islam mempunyai hak untuk tidak menyediakan arak kepada pelanggan.

“Jadi perlu adanya polisi atau kesefahaman dengan majikan berkaitan perkara ini,” katanya.

Posted in Fokus Isu | Leave a Comment »

Sertakan niat ikhlas, bersungguh dalam pekerjaan

Posted by epondok di Oktober 28, 2018

SETIAP pekerjaan disertakan niat ikhlas untuk beribadat kepada Allah SWT dan dilakukan bersungguh-sungguh, mendapat ganjaran tidak ternilai dan memperoleh keredaan dan rahmat daripada Tuhan Yang Maha Pemurah.

Apatah lagi sekiranya pekerjaan itu mempunyai risiko besar dan berbahaya umpamanya anggota keselamatan serta penyelamat yang perlu melalui detik cemas hingga boleh mengancam nyawa dan keselamatan.

Mereka yang bekerjaya sebegini cukup tabah dan bersedia menghadapi apa saja cabaran dan musibah, sehingga sanggup mendahulukan kepentingan nyawa serta keselamatan insan lain.

Ia menjadikan pekerjaan dilakukan itu sangat mulia seperti kita saksikan pada tragedi enam anggota Pasukan Penyelam Di Air Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) lemas dalam operasi mencari dan menyelamat remaja di Lombong Taman Putra Perdana, Puchong, Rabu lalu.

Pendakwah, Dr Mohd Ashraf Suarin, berkata mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemuliaan kepada mereka kerana tugas yang dilakukan setiap hari memberikan manfaat kepada masyarakat, sekali gus menjadikan kematian itu sebagai syahid kecil.

“Apa pekerjaan sekali pun, sekiranya kita sedang bertugas dan ditimpa kemalangan hatta ia berbentuk perjalanan untuk menuntut ilmu, kematian itu disifatkan sebagai syahid kecil.

“Dengan syarat orang itu mesti beriman, bertaqwa dan berterusan dalam ketaatan kepada Allah SWT serta tidak melakukan perkara kemaksiatan.

Tugas mulia

“Tidak kira apa juga situasi, seperti mati ditembak untuk menyelamatkan nyawa dan keselamatan orang lain, membantu manusia dalam musibah atau bencana alam, tugasnya sangat mulia di sisi Allah SWT,” katanya.

Beliau berkata, pengorbanan hingga mementingkan orang lain melebihi diri sendiri berlaku kepada Sahabat Rasulullah SAW.

Kisah sahabat

“Antaranya kisah sahabat yang mengalami kecederaan parah di medan perang sanggup mendahulukan kepentingan orang lain berbanding diri sendiri.

“Dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, sahabat RA masih sempat menyuruh bekalan air yang sepatutnya diberikan kepada mereka, dihulurkan kepada rakan lain yang memerlukan sehingga mereka sendiri syahid,” katanya.

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang mati syahid ada lima, iaitu mati kerana taun (wabak), menderita sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan dan mati syahid di jalan Allah SWT.” (HR Bukhari dan Muslim).

Kepada umat Islam, Mohd Ashraf berkata, kejadian itu mengingatkan kita, mati itu tidak akan menunggu walau sesaat dan setiap yang bernyawa itu pasti akan melaluinya.

“Nabi Muhammad SAW menyatakan, antara tanda menjelangnya kiamat, ialah berlaku kematian mendadak, mati mengejut dan tidak disangka-sangka,” katanya.

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »

KEM CUTI SEKOLAH 2018 DI PONDOK MUNAWWARAH, BUKIT MARAK, JELAWAT

Posted by epondok di Oktober 27, 2018

Pondok al-Munawwarah, Bukit Marak

Alamat penuh : Kompleks Surau al-Munawwarah,

Lot No 195, Kg Padang Lati, 16070 Jelawat, Bachok, Kelantan

( 50 orang Muslimin Umur 12 – 24  Tahun )

Tarikh  : 1 – 13 Disember 2018  ( 13 hari )

PENGISIAN

  • Pengajian kitab pilihan
  • Tazkirah dan ceramah motivasi
  • Kursus jenazah lengkap
  • Wirid dan zikir pilihan serta qiamullail
  • Hafalan surah-surah pilihan
  • Tadarrus al-Quran
  • Latihan amali fardhu ‘Ain

Yuran RM 230 (penginapan/makan minum/bahan kursus)

Keperluan Yang perlu dibawa

Fotostat kad pengenalan dan gambar berukuran passport

Pakaian harian  & pakaian solat (paling kurang sehelai jubah dan serban), bantal , selimut,  tilam@toto , alat tulis

Cara Daftar

Tempah melalui sms/wtsap

Taip nama <>umur<>kem kitab 2018 dan hantar kepada

Us Hafizan 013-3962192

Blog : epondok.wordpress.com

Fb : Pusat Pembangunan Pondok

Posted in Program Terbaru | Leave a Comment »

Zikir harian ubati penyakit waswas dalam solat

Posted by epondok di Oktober 26, 2018

KESEMPURNAAN dalam solat tidak hanya terletak pada gerak-geri sebaliknya kita ditekankan supaya berusaha untuk mendapatkan khusyuk dalam melaksanakan ibadat yang dituntut lima kali sehari itu.

Malah untuk mendapatkan solat yang sempurna juga memerlukan seseorang itu menjauhi sifat waswas yang boleh mengganggu perjalanan ibadat yang dilakukan.

Antara penyakit waswas yang sering berlaku adalah ketika berniat takbiratul ihram dan juga terlupa rakaat dalam solat.

Pendakwah bebas, Irwan Zahuri, berkata tidak khusyuk dan penyakit was-was dalam solat ini berlaku disebabkan hati yang tidak dihidupkan dengan amalan zikir.

Irwaan berkata, khusyuk adalah antara perkara sunat di dalam solat yang menjadi pelengkap bagi solat.

Imam Nawawi dalam kitab karangannya, Al-Azkar menyebut disunatkan untuk khusyuk dalam solat dan tunduk, mentadabbur atau merenung ayat bacaan serta zikir di dalamnya, sekali gus berpaling daripada memikirkan perkara yang tiada kaitan dengannya.

“Seperti lidah, hati juga boleh berkata-kata. Jadi zikir haruslah dijadikan amalan seharian dan dalam masa yang sama harus memahami makna zikir yang dialunkan.

“Ini kerana hati seperti tanah, sekiranya tidak ditabur dengan baja boleh menyebabkan ia menjadi gersang. Jadi hati yang tidak disirami dengan amalan yang boleh menghidupkan hati boleh menjadikan ia rosak dan seterusnya timbul penyakit hati seperti waswas dalam solat,” katanya.

Katanya, penyakit waswas dan tidak khusyuk dalam solat, walaupun solat yang dilaksanakan adalah sah dan tidak terbatal tetapi ulama bersepakat bahawa ia boleh menjadi makruh.

Pendapat itu dikemukakan oleh Imam Nawawi berdasarkan hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengampunkan umatku terhadap apa-apa yang dibisikkan kepada mereka dari perasaan waswas ataupun bermonolog dalam diri mereka selama mereka tidak melakukannya atau berkata-kata.” (HR Bukhari)

Katanya, Allah SWT mencela dan menyediakan neraka wail kepada umat-Nya yang lalai dalam menyempurnakan solatnya berdasarkan firman-Nya: “Maka kecelakaan besar bagi orang yang solat. (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya.” (Al-Maa-uun: 4-5)

Katanya, mengambil dalam konteks semasa, ramai yang mengambil mudah terhadap solat termasuklah melewatkan solat dengan sengaja sebaliknya lebih mementingkan hal keduniaan.

Justeru, beliau yang juga Mudir Madrasah Riyad Adduafa’ Wal Masakin di Subang Bestari berkata, penerapan dalam solat harus dilakukan supaya dapat merasai khusyuk dalam solat.

Katanya, banyak amalan yang boleh dilakukan seperti yang diunjurkan oleh Rasulullah SWT antaranya melakukan persediaan dalam solat, solat pada awal waktu, memakai pakaian yang bersih dan kemas serta tidak bersolat dalam keadaan menahan air besar dan kecil.

Malah ketika bersolat juga, seseorang itu dituntut untuk memahami dan menghayati bacaan dalam solat.

Katanya, orang yang khusyuk dalam solat seterusnya dapat merasai nikmat dalam kehidupan sehariannya.

“Tingkat tertinggi dalam setiap ibadat yang dilakukan ialah ihsan, iaitu kita menyembah Allah SWT seolah-olah melihat-Nya dan jika kita tidak melihatnya, Dia yang Maha Melihat segala sesuatu termasuk kita.

“Jadi untuk mencapai kesempurnaan dalam solat, seharusnya kita harus menginsafi diri dan menerapkan diri dengan pelbagai amal yang menjadikan khusyuk dalam solat.

“Seterusnya solat kita tidak menjadi sia-sia dan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT,” katanya.

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »

Pondok Intensif 2018 di Pondok Tunjung, Kota Bharu (Kem Cuti Sekolah/IPT) -SESI 1

Posted by epondok di Oktober 25, 2018

Istimewa Musim Cuti Sekolah/IPT

Sesi 1

Tarikh : 25 November – 4 Disember 2018 (10 hari)

Tarikh Tutup Daftar :

Bila Cukup Bilangan Yang diTetapkan

(Tempah dan Sahkan pendaftaran melalui telefon / whatsap / sms)

Syarat & Yuran Penyertaan

  • Pelajar lelaki dan perempuan berumur 11 – 24 tahun (terhad 100 orang sahaja)
  • RM 200 sahaja (meliputi bahan kursus, penginapan dan makan minum)

Tarikh & Masa Lapor Diri (setelah sah daftar melalui whatsap atau sms)

a. Sesi pertama : 25 November 2018 (Ahad) jam 2.30 – 4.15 ptg

Tempat Program

Madrasah Fununiah Tunjuniah, Pondok Tunjung,

KM7, Jln Kuala Krai,

16210 Mulong, Kota Bharu, Kelantan

Pengisian

  • Pengajian kitab pilihan
  • Kitab Adab Belajar
  • Masbuq Muafiq dalam solat (Lelaki)
  • Bab Haidh dan Nifas (Perempuan)
  • Tazkirah dan ceramah motivasi
  • Pengajian Fardhu ain
  • Program berkumpulan
  • Kursus jenazah lengkap
  • Wirid dan zikir pilihan serta qiamullail
  • Hafalan surah-surah pilihan
  • Tadarrus al-Quran
  • Latihan amali fardhu ‘Ain
  • Latihan khutbah dan azan
  • Cungkil bakat nasyid, ceramah, marhaban
  • Sukan

Keperluan Yang perlu dibawa

Pakaian harian (wajib jubah dan tudung labuh bagi perempuan) & pakaian solat (wajib jubah dan serban bagi lelaki), bantal , selimut, cadar tilam , alat tulis

Hubungi :

Tel: Ust Ridha 012 953 5991  / Us Nasharudin 0199859887

Facebook : Pusat Pembangunan Pondok

Blog : epondok.wordpress.com

Posted in Pondok Tunjung, Program Terbaru | Leave a Comment »

Tawaran Diploma Turath di KIAS, Nilam Puri

Posted by epondok di Oktober 24, 2018

📣 BERITA BAIK KEPADA PELAJAR LEPASAN SPM TERUTAMANYA DARI *INSTITUSI PONDOK* 📣

 *PERTAMA di MALAYSIA*

 KINI ANDA DAPAT MENYAMBUNG PENGAJIAN KE PERINGKAT DIPLOMA

🔰 KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS) SEDANG MENGADAKAN PENGAMBILAN PELAJAR *DIPLOMA PENGAJIAN TURATH* BAGI SESI NOVEMBER 2018

🔖 MAKLUMAT PROGRAM

DIPLOMA PENGAJIAN TURATH
(MQA/PA 9378)(N/221/4/0236)09/23

1⃣ Syarat kemasukan
Lulus SPM dgn mendapat kepujian dalam 3 mata pelajaran DAN
 Lulus Bahasa Arab atau salah satu mata pelajaran Pengajian Islam (Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al- Quran dan Al-Sunnah)
Lulus Sijil dalam Pengajian Islam atau bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00

2⃣ Tempoh pengajian
2 1/2 tahun (5 semester)

3⃣ Yuran pendaftaran
RM 690

4⃣ Pembiayaan Kewangan
PTPTN
YAKIN

Untuk maklumat lanjut sila hubungi pihak KIAS di talian:
09-712 9386/387

Atau

Sms/call/whatsapp pegawai kami di talian:
📞019-682 7193
📞019-682 7085
📞019-682 7158

Terima kasih

Posted in Program Terbaru | 1 Comment »

Kuliah Zohor Bersama Imam Besar Masjid Aqsa Rabu ini di Masjid Pondok Pasir Tumboh

Posted by epondok di Oktober 22, 2018

Posted in Program Terbaru | Leave a Comment »

Kem Cuti Sekolah 2018 di Pondok Lubuk Tapah

Posted by epondok di Oktober 22, 2018

Posted in Pondok Lubuk Tapah, Program Terbaru | Leave a Comment »

Pendakwah perlu bijak pikat anak muda

Posted by epondok di Oktober 20, 2018

Tidak dinafikan, golongan belia antara paling berisiko menjadi sasaran kumpulan pemikiran dan berfahaman songsang seperti liberalis, sekularis dan ateis untuk memasang jerat bagi menyerap masuk dakyah mereka.

Manusia pada peringkat usia itu mudah dipengaruhi kerana tertarik dengan perjuangan kebebasan tanpa sekatan yang dibawa oleh kelompok terbabit.

Justeru, ada yang sanggup berpaling daripada kebenaran agama hanya kerana tidak mahu hidup mereka dikawal oleh undang-undang dan ketetapan syarak.

Bagaimanapun, Pengarah Institut Kajian Hadis (INHAD), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Dr Norsaleha Mohd Salleh, berkata masih banyak ruang untuk mendekati belia supaya mereka tidak terpengaruh dengan fahaman songsang ini.

“Jika dilihat di media sosial seperti Twitter dan Facebook seolah-olah sedang berlaku kekacauan yang amat teruk kepada pemikiran anak muda kita.

“Bagaimanapun, saya lihat ini hanya permainan untuk menunjukkan mereka sedang menguasai pemikiran belia, tetapi hakikatnya masih ramai anak muda kita yang kuat pegangan agama.

“Cuma mungkin kebanyakan mereka ini mengambil pendekatan berdiam diri di media sosial,” katanya ketika menyampaikan makalah Analisis Persepsi Belia Berisiko Liberal Terhadap Institusi Agama Islam di Malaysia di Seminar Liberalisme dan Media Sosial di INHAD, KUIS, Bandar Seri Putra, Bangi.

Norsaleha berkata, antara ancaman terbesar yang dibawa kelompok liberal adalah membebaskan umat Islam daripada pandangan agama kerana ia disifatkan sebagai jumud termasuk menolak agama daripada dikawal oleh institusi berkaitan dengannya.

“Mereka berpandangan institusi agama menyekat kebebasan, lantas melihat hukum Islam tidak boleh dijadikan undang-undang.

“Antaranya ada yang menyatakan institusi agama zalim terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), selain dikatakan terlalu berhati-hati sehingga menyempitkan Islam itu sendiri,” katanya.

Norseha menyarankan semua pihak bersatu dan mengambil tanggungjawab bersama bagi memulihkan daya fikir belia khususnya yang terarah kepada pemikiran songsang.

“Saya kira institusi masjid perlu memainkan peranan supaya bersikap lebih mesra terhadap anak muda, dari situ barulah dapat memasukkan pemikiran dan akidah sebenar yang diajarkan oleh Islam secara menyeluruh.

“Selain itu, inilah masanya institusi agama bekerja lebih keras umpamanya mencambahkan inisiatif untuk melahirkan ikon anak muda supaya dapat memandu mereka kepada pegangan Islam yang hakiki.

“Mereka ini perlu ada kemahiran berkomunikasi dan menyampaikan hujah dengan baik khususnya membantu agenda menolak golongan berfahaman songsang ini yang sedang aktif khususnya di platform media sosial,” katanya.

Perbaiki institusi keluarga

Norsaleha berkata, bagi menghadapi gelombang teknologi maklumat yang sedang melanda dunia, apa yang paling penting adalah generasi muda ini dibantu dengan cara memperbaiki institusi keluarga Islam.

Ia harus dimulakan di rumah oleh ibu bapa supaya dapat memandu anak muda yang sedang mencari arah hidup supaya tidak terjebak ke arah pemikiran yang menolak cara hidup Islam.

Sementara itu, Rektor KUIS, Prof Datuk Dr Ab Halim Tamuri, berkata kelompongan umat Islam khususnya golongan pendakwah dan ilmuwan dalam menentang hujah dibawa oleh kelompok berfahaman songsang disebabkan banyak faktor termasuk penguasaan bahasa Inggeris yang lemah.

Penguasaan bahasa Inggeris lemah

“Hal ini perlu diakui kerana kita tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik, bukan saja dalam komunikasi tetapi juga dalam aspek penulisan.

“Golongan liberal ini banyak merujuk kepada bahan bacaan atau penulisan dalam bahasa Inggeris sejak sekian lama.

“Kita tidak mampu untuk melawan mereka, justeru perlu segera mencari jalan supaya dapat membuat penambahbaikan, mungkin jika tidak boleh bercakap bahasa Inggeris dengan baik, maka boleh diterjemahkan menerusi olahan dalam bentuk teks,” katanya.

Ab Halim, berkata keterbatasan ilmu juga menyekat untuk kita menentang sekeras-kerasnya kehadiran golongan berfahaman liberal.

“Ilmu kita tidak banyak kerana tidak didedahkan dengan banyak perkara, apatah lagi kelemahan bahasa menyebabkan bahan dalam bahasa Inggeris dan Arab tidak dirujuk.

“Isu ini sebenarnya cukup kritikal kerana mereka ini membawakan banyak perkara songsang, antaranya menggalakkan masyarakat mengikuti fahaman ini disebabkan mereka yang beragama itu tidak bebas.

“Sedangkan apa yang ada pada mereka ini sangat longgar, cuma kelebihannya kepandaian untuk meraih perhatian masyarakat sehingga berjaya menguasai media baharu sekali gus seolah-olah menunjukkan kelompok mereka ini mendapat sokongan ramai,” katanya.

Kelompok minoriti

Hakikatnya Abd Halim berkata, gerakan liberal di negara ini masih berada dalam kelompok minoriti, cuma dikaburi dengan kehadiran pejuang fahaman ini yang lantang bersuara dan aktif memberikan pandangan terutama di media sosial.

“Justeru, saya lihat kemahiran khususnya dalam kalangan pendakwah perlu dipertingkatkan, antaranya perlu menggunakan bahasa yang lembut untuk menarik minat masyarakat.

“Sebagai pendakwah, perlu mainkan peranan dengan baik, bukannya bersifat menghukum.

“Saya sarankan supaya gunakan media sosial sebaiknya untuk sampaikan pemikiran dan dakwah secara ringkas terutama di platform dikuasai anak muda seperti Twitter,” katanya.

Posted in Fokus Isu | Leave a Comment »

Fahami konsep hadis daif, usah tolak semberono

Posted by epondok di Oktober 18, 2018

PERBINCANGAN sesuatu hukum yang bersifat cabang atau yang tidak mempunyai dalil nas yang qath’i (jelas dan pasti serta memiliki satu makna), apatah menggunakan hadis yang dianggap daif biasanya mencetuskan perbahasan dan perdebatan.

Perbahasan dan perdebatan itu sebenarnya lumrah dalam tradisi ilmu Islam termasuk fiqh serta dilaksanakan dengan penuh adab meskipun ada juga kes terpencil yang mencetuskan pertelingkahan buruk.

Bagaimanapun dalam konteks media sosial, polemik mengenai hukum lebih cenderung melarat kepada pertelingkahan di luar batas keilmuan apatah lagi biasanya ia membabitkan orang awam atau individu yang menganggap pengetahuannya sudah cukup.

Antara yang menjadi isu yang membawa kepada pertelingkahan hingga menjatuhkan hukuman yang berat ialah penggunaan hadis daif.

Ada yang secara semberono menolak hadis daif atau lemah dengan beranggapan ia tidak boleh digunakan atau mempersoalkan keperluan menjadikannya sebagai dalil.

Hadis daif sebenarnya masih tergolong dalam kategori hadis seperti yang dibahagikan oleh Ibnu Solah (wafat pada 643 Hijrah) dalam kitabnya al-Muqaddimah.

Ulama bermazhab Syafie itu mentakrifkan hadis daif sebagai hadis yang tidak memenuhi syarat sahih, iaitu diriwayatkan oleh perawi adil yang memiliki ingatan kuat, sanad bersambung kepada Rasulullah SAW dan tidak mempunyai kekurangan serta tidak mencukupi tahap hasan yang berada di bawah sahih.

Ini bermakna kedudukan daif yang walaupun tidak mempunyai ciri yang melayakkannya berada pada darjat sahih atau hasan, ia masih dikategorikan dalam hadis.

Ini kerana sesuatu hadis berada dalam kategori daif disebabkan masalah teknikal pada sanadnya tetapi ada kalanya ia mempunyai lebih daripada satu jaluran sanad perawi sehingga menguatkannya, sekali gus mengangkatkannya kepada hasan li ghairih.

Secara umumnya hadis daif tidak ditolak secara sepenuhnya dalam perbincangan ilmu, sebaliknya jumhur ulama membolehkan dan mengharuskan penggunaannya dalam persoalan kelebihan sesuatu ibadat, dorongan janji baik dan peringatan janji buruk yang diberikan dalam agama asalkan tidak sampai ke tahap maudu’ atau rekaan.

Keharusan penggunaan hadis daif juga disebut oleh Imam Nawawi dalam kitabnya yang terkenal, al-Azkar dengan menyimpulkan pandangan ahli hadis dan fuqaha.

Disebabkan kedudukan hadis daif bersifat teknikal itulah, maka jumhur ulama berhati-hati dengan tidak menjadikannya sebagai sandaran dalam perkara yang bersifat usul dalam akidah dan hukum-hakam.

Pada masa sama, ulama juga tidak semberono menolak hadis daif hingga menjadikannya seolah-olah dalil yang tidak boleh dipakai langsung atau tidak tergolong dalam kalam Rasulullah SAW, bahkan ulama besar seperti Imam Ahmad masih menggunakannya dalam perbincangan hukum mengikut syarat tertentu.

Malah kedudukan daif pada sesuatu hadis pun menjadi perbahasan di kalangan ahli hadis kerana banyak faktor seperti sanad berbeza yang mempunyai status perawi berlainan dan sikap berhati-hati atau bermudah-mudah yang diambil seseorang ahli hadis dalam penyelidikan mentashihkan sesuatu hadis.

Oleh itu, kita mendapati perbahasan dan perdebatan fiqh dalam tradisi Islam lebih kompleks tetapi beradab daripada polemik sesuatu hukum dalam media sosial yang cepat menjatuhkan keputusan atau menolak kesimpulan berdasarkan kefahaman yang singkat, sekali gus membawa kepada pertelingkahan yang jelek.

Posted in Klinik Agama | Leave a Comment »