Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 25 September 2018

Mudir Pondok Manabiul Ulum, Jitra, Kedah meninggal dunia pagi tadi

Posted by epondok di September 25, 2018

Seluruh warga pondok melahirkan rasa dukacita atas pemergian Mudir Pondok Manabiul Ulum, Jitra, Kedah, Tuan Guru Haji Mohd Rejab Md Akhir dan merasakan kehilangan sebutir mutiara yang amat berharga.

Allahyarham Tuan Guru Hj Mohd Rejab antara penggerak alumni Pondok Pasir Tumboh bukan sahaja ilmuan Islam malah beliau juga penggerak kepada institusi pondok dan dilantik menjadi Pengerusi Majlis Guru Pondok Kedah (HESA)

Beliau meninggal dunia jam 12.00 tengahari tadi dan akan disembahyangkan jam 06.00 petang ini di Pondoknya di Telaga Batu kemudian akan disemadikan di Masjid Gurindam.

Semasa hayatnya sumbangan beliau kepada perjuangan Islam dan komited dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

Oleh itu,warga pondok merakamkan ucapan takziah kepada isteri dan ahli keluarganya dan semoga mereka bersabar dengan ujian ini.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh-roh para salihin.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْت الثوب الابيض من الدنس

Posted in Fokus Isu | Leave a Comment »