Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Miliki 6 sifat Mukmin

Posted by epondok di Julai 22, 2018


Oleh Mohd Aizat Shamsuddin

 

AL-QURAN banyak membicarakan golongan orang yang beriman khususnya dalam menceritakan sifat seorang mukmin yang perlu dimiliki oleh setiap individu yang mengaku beriman dengan Allah SWT dan Rasul-Nya.

Dalam surah al-Mukminun daripada ayat satu hingga 11 antaranya menjelaskan sifat orang beriman berserta balasan yang diperoleh, iaitu kejayaan dan kemenangan yang dicapai di akhirat nanti melalui nikmat syurga.

Dalam 11 ayat pertama dalam surah itu, terdapat enam ciri orang beriman yang dinyatakan, iaitu khusyuk dalam solat, menjauhkan diri dari perkara yang tiada berguna, menunaikan zakat, menjaga kehormatan diri, memelihara amanah dan janji serta memelihara solat.

Pendakwah kelahiran Nottingham, England, Sheikh Abdul Aziz Ahmed Fredericks, berkata orang yang beriman apabila disebut nama Allah, hatinya akan gementar dan apabila dibaca ayat al-Quran akan bertambah keimanannya.

“Bagi seorang mukmin, hidup ialah perjalanan ibadat. Mereka akan menempuh kehidupan mengikut cara dan acuan yang ditetapkan oleh Islam.

“Jadi orang mukmin akan sentiasa berusaha untuk memenuhi kehidupannya dengan

melakukan ibadat dan kebaikan agar dapat memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat,” katanya pada Majlis Perkongsian Ilmu bertajuk Hati Orang Beriman Berdasar Surah Al-Mukminun di Madina Institute Malaysia di sini.

Justeru, Sheikh Abdul Aziz berkata, untuk mencapai puncak keimanan, seseorang itu mestilah mengambil pengajaran dan iktibar daripada ayat dalam surah al-Mukminun.

Penekanan solat

Sheikh Abdul Aziz berkata, perkara utama yang ditekankan dalam ayat terbabit ialah mengenai solat, iaitu khusyuk dan memelihara solat.

Katanya, solat yang diulang kedua kali dalam ayat ini membayangkan betapa pentingnya solat sebagai penentu kejayaan dan keimanan seseorang.

“Orang yang beriman wajib menunaikan solat lima waktunya tetapi solat tidak akan bererti sekiranya hanya melakukan gerak badan saja. Solat mestilah disertakan dengan khusyuk kerana solat dengan keadaan itu ibarat tubuh dengan nyawa.

“Allah mengkategorikan khusyuk dalam solat itu sebagai tingkat paling tinggi dalam kejayaan. Terdapat pelbagai cara untuk kita mendapat khusyuk dalam solat seperti memahami maksud ayat dan lafaz yang dibaca, melakukan solat dengan tidak tergesa-gesa dan yang paling utama adalah ikhlas melaksanakan solat.

“Solat yang khusyuk dapat menghilangkan rasa takut, perasaan gelisah, jiwa menjadi berani dan bebas dengan kekusutan dunia,” katanya.

Jelas Sheikh Abdul Aziz, zakat berada di kedudukan kedua selepas solat dan banyak ayat dari al-Quran menunjukkan dua perkara ini saling melengkapi dan tidak boleh dipisahkan.

Katanya, solat adalah untuk menjaga hubungan manusia dengan Tuhan manakala zakat menjaga hubungan sesama manusia.

Beliau berkata, mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia adalah orang yang hidupnya selalu dipenuhi dengan aktiviti bersifat ukhrawi dan rindu dengan akhirat.

Mereka akan sentiasa melakukan perkara yang dapat memberikan manfaat bagi dirinya dan juga orang lain.

Pegang amanah dan janji

Sheikh Abdul Aziz berkata, Islam menganjurkan umatnya untuk teguh memegang amanah dan juga janji malah menjadi perkara yang wajib untuk ditepati.

Daripada Anas ibnu Malik RA bahawa Rasulullah bersabda: “Tidak ada iman bagi orang yang tidak memiliki amanah, dan tidak ada agama bagi orang yang tidak memegang janji.”

“Amanah dan janji wajib untuk dipegang kerana jika mengkhianati ibarat kita tidak mempunyai iman dan agama. Orang yang mengkhianati serta tidak memelihara amanah dan janjinya dengan baik disifatkan sebagai orang yang munafik.

“Ia sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: “Tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia bercakap, dia berbohong; apabila dia berjanji, dia tidak tepati dan apabila dia diberi amanah, dia mengkhianati amanah yang diberikan kepadanya,” katanya.

Beliau berkata, memelihara kehormatan diri bukan sekadar menghindari perbuatan zina tapi juga tidak mendekati zina.

Katanya, menjaga kehormatan diri turut dikaitkan dengan menjaga pandangan kerana perbuatan zina berlaku disebabkan tidak menjaga pandangan.

“Penyebab berlakunya perbuatan zina adalah bermula daripada pandangan mata. Jadi jagalah pandangan kita agar kemaluan kita juga turut terjaga,” katanya.

Advertisements

Satu Respons to “Miliki 6 sifat Mukmin”

  1. norzaizai@yahoo.com said

    asalamualikom tuan.terima kasih atas peringatan ini saya amat terkesan dgn blog ini walhal saya sudah jauh kehilangannya tuan. terima kasih tuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: