Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for Julai 2018

Universiti al-Qarawiyyin tekan pengajian turath

Posted by epondok di Julai 31, 2018

Oleh Latifah Arifin

 

Universiti dalam peradaban Islam sebenarnya wujud lebih awal daripada pusat pengajian di Barat yang sering diagung-agungkan seperti Universiti Oxford, Leiden dan Cambridge.

Malangnya, tidak ada usaha tuntas untuk mengangkat dan memartabatkan semula tradisi keilmuan Islam yang berjaya melahirkan tokoh serta sarjana hebat merentasi pelbagai bidang ilmu itu.

Selain Universiti al-Azhar di Mesir, masih ada institut pengajian Islam berprestij di negara Arab yang masih kekal sebagai pusat ilmu hingga hari ini seperti Universiti al-Qarawiyyin yang terletak di Maghribi, sekali gus menjadi antara yang tertua di dunia.

Universiti yang diasaskan oleh wanita hartawan yang solehah, Fatima el-Fihri itu pada awalnya bertujuan untuk memberi pendidikan agama kepada ahli keluarganya dan umat Islam yang menetap di bandar Fes.

Selain berfungsi sebagai masjid, ia juga dijadikan universiti kerana menjadi pusat pengajian bagi pelajar lepasan lulusan madrasah agama di sekitarnya.

Sejarah mencatatkan antara subjek yang diajar di Universiti al-Qarawiyyin satu masa dulu termasuk ilmu kalam, tafsir, hadis, fiqh dan ilmu bahasa Arab seperti nahu serta sorof.

Malah ia tidak hanya mengajar ilmu agama, bahkan universiti itu turut menyediakan pendidikan dalam subjek seperti fizik, falsafah, matematik, muzik, seni dan kejuruteraan.

Usah perlekeh pengajian agama

Pendakwah yang mencatat sejarah sebagai anak Melayu pertama lulus kelas pertama Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Fakulti Usuluddin, Universiti al-Qarawiyyin, Dr Muhammad Ayman al-Akiti melihat umat Islam seakan tidak cukup tenaga dan sokongan untuk menghidupkan lagi kemegahan institusi pendidikan bertaraf dunia sebegini.

“Tradisi ilmu ialah warisan Islam yang menjadi asas kewajipan kita sebagai umat Islam. Rasulullah SAW bersabda menuntut ilmu ialah fardu kepada seluruh umat Islam.

“Terdapat banyak universiti Islam tradisi seperti Universiti al-Qarawiyyin, Universiti al-Zaytounah, Tunisia dan Universiti al-Azhar, Mesir.

“Apa yang menyedihkan, mahasiswa Malaysia tidak memilih untuk menuntut ilmu di al-Qarawiyyin hanya kerana takut tidak lulus, bahkan sesetengahnya memandang lekeh terhadap pengajian seperti pondok, tahfiz dan pengajian agama,” katanya.

Tambahnya, perkara sebegini menjadi kekangan dalam perkembangan pendidikan umat Islam khususnya di tanah air.

“Bayangkan, kita memiliki sekurang-kurangnya 6,000 pelajar di Universiti al-Azhar dan hanya seorang daripadanya menyambung pengajian sehingga peringkat PhD selain cuma puluhan saja menyambung sarjana.

“Berbeza dengan Indonesia, mereka juga memiliki 6,000 pelajar yang menuntut di al-Azhar tetapi mereka memiliki puluhan calon PhD dan ratusan daripadanya sedang melanjutkan pengajian pada peringkat sarjana,” katanya.

Perlu sedia terima cabaran

Muhammad Ayman berkata, pihak Universiti al-Qarawiyyin amat berharap sekiranya lebih ramai pelajar Malaysia mengambil peluang menuntut ilmu di universiti tertua di dunia itu.

Beliau turut mengakui, mereka yang berminat untuk mengikuti pengajian di sini perlu menerima segala cabaran kerana sistem pengajiannya yang bertaraf tinggi.

“Jika ingin menyambung pengajian dalam sistem pendidikan tradisional yang bersifat turath (tradisi ilmu secara lisan atau tulisan) dan perlu menghafaz 30 juzuk al-Quran dengan mantap, selain memiliki asas bahasa Arab yang tinggi secara bacaan, tulisan serta pertuturan.

“Sekiranya ingin fokus dalam dunia akademik dan kajian, maka mestilah mempersiapkan diri dengan bahasa Arab yang tinggi, bertutur secara fasih bahasa Inggeris dan boleh berbahasa Perancis.

“Selain itu, pelajar juga perlu memiliki pengetahuan luas dalam pengajian Islam seperti akidah, fiqh dan tasawuf dengan jumlah bacaan kitab turath yang banyak,” katanya.

Beliau turut berbangga kerana seorang lagi rakyat Malaysia yang juga anak didiknya, Izham Hakimi sedang melanjutkan pengajian pada peringkat PhD di Kampus Darul Hadis Hasaniyyah, Universiti al-Qarawiyyin, Rabat dalam bidang fiqh dan usul fiqh.

Tesis rujuk kitab turath

Mengulas keistimewaan universiti yang melahirkan ramai sarjana hebat termasuk Ibnu Khaldun, Ibnu Aajurum, al-Qadhi Abu Bakr Ibn al-Arabi dan Ibn Batutah itu, Muhammad Ayman berkata, ia masih menjaga keaslian sistem pendidikan tradisional atau dipanggil dengan istilah al-ta’lim al-atiq.

“Menghafaz ilmu matan ialah salah satu unsur yang diutamakan oleh pihak universiti dan Kementerian Wakaf di sini.

“Mahasiswa di al-Qarawiyyin dituntut untuk mengkaji kitab lama itu dan cuba membawanya ke dalam konteks semasa,” katanya.

Maka, tesis yang dihasilkan membahas perbahasan kontemporari dengan rujukan kitab turath, mengkritik pandangan dan pemikiran dengan manhaj ilmu yang diasaskan oleh ulama terdahulu atau mengkaji perkembangan ilmu.

Tidak hairanlah dengan sistem pengajian yang digerakkan jika golongan orientalis Barat seperti Maimonides juga turut mengambil kesempatan untuk menuntut ilmu di sini.

Bahkan, dalam kalangan pemikir Kristian turut melawat universiti ini termasuk Jacobus Golius dari Belanda dan Nicolas Cleynaerts yang berasal dari Belgium.

Advertisements

Posted in Fokus Isu | Leave a Comment »

Bersungguh didik anak solat

Posted by epondok di Julai 29, 2018

Abdullah Bukhari Abdul Rahim

 

“MASA cuti sekolah lepas aku buat kerja sambilan di sebuah syarikat. Setiap kali masuk waktu solat, aku akan curi masa solat beralaskan plastik hitam dalam bilik stor kerana pihak majikan tidak menyediakan ruang solat khas. Lantas aku dianggap paling warak dan alim kerana rajin solat. Dalam kelompok pekerja yang rata-ratanya Melayu Muslim, hanya aku seorang sahaja yang menunaikan solat. Pekerja lain, baik tua atau muda semuanya seakan-akan tak pernah dilihat solat.”

Segar lagi dalam ingatan cerita kawan kami yang sama-sama belajar dalam tingkatan lima di Sekolah Menengah Agama (Arab) Ma’ahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu Kelantan, kira-kira 26 tahun lalu.

Kami yang dengar ceritanya tersenyum lebar kerana tahu kawan kami ini masih tebal selaput nakalnya. Namun kini, apabila semakin dewasa dan banyak melihat ragam manusia, saya akui Muslim yang tidak tinggal solat sebenarnya sangat istimewa, iaitu kerana kenal diri dan Tuhannya.

KITARAN SONGSANG

Sepanjang pemerhatian, didapati ramai tidak solat, baik remaja, dewasa dan warga emas yang berpunca daripada kepincangan didikan. Mungkin mereka ini tidak dipaksa didik oleh ibu bapa mereka.

Ibu bapa mereka dahulu pun mungkin turut tidak dipaksa didik oleh generasi sebelumnya. Orang yang tidak dipaksa didik untuk solat akan jadi orang dewasa yang tidak pula memaksa didik anak mereka.

Kitaran tidak paksa didik ini akan terus berhubung dan berantai merentas generasi.

Setelah melihat kecacatan kitaran paksa didik ini, barulah saya faham mengapa Nabi Ibrahim a.s. berdoa agar ibadat solat mendasari ke dalam jiwa keturunannya:

“Wahai Tuhanku! Jadikan daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenanlah doa permohonanku,” (Ibrahim 14:40).

Rasulullah SAW tahu benar solat yang konsisten sukar dilaksanakan jika tidak dilatih sejak kecil. Ini sebabnya Baginda menyuruh agar solat dipasak ke dalam jiwa anak-anak seawal usia tujuh tahun. Setelah usianya mencecah 10 tahun, lanjutan didikan solat itu perlu disulam dengan didik pukul (tanpa dera) agar tiang solat benar-benar bertapak kemas ke dalam jiwa mereka.

“Suruhlah anak-anakmu solat apabila usia mereka mencecah tujuh tahun (agar dia biasa melakukannya setelah dewasa) dan jika mereka enggan solat setelah usia mereka mencecah 10 tahun, pukullah mereka (dengan pukulan kasih sayang yang tidak menyakitkan). Juga asingkan juga tempat tidur antara mereka,” – Sunan Abu Dawud.

Jangan pula salah faham tentang maksud pukul dalam hadis ini. Ia cuma pukulan didik yang ringan seperti jentik bahu atau pulas telinga dan bukannya pukulan kasar yang meninggalkan parut fizikal atau emosi. Batas pukulan ini dijelaskan dalam sebuah hadis lain:

“Janganlah dipukul (seseorang itu) melebihi 10 sebatan, kecuali ketika melaksanakan satu hukuman yang ditetapkan Allah (seperti 80 sebat bagi penuduh tanpa bukti dan 100 sebat bagi penzina yang belum berkahwin),” – Sahih Bukhari.

DOA UNTUK SEMUA

Pernahkah kita terfikir mengapa kata ganti nama doa dalam ayat 6, Surah al-Fatihah yang menjadi Rukun Solat didatangkan Allah dengan lafaz jamak (plural) atau ramai?

Mengapa Allah sebut “tunjukkan kami jalan yang lurus” dan bukannya lafaz individu “tunjukkan aku jalan yang lurus”. Antara signifikannya ia adalah suatu ingatan agar kita turut mendoakan semua Muslim dilimpahi petunjuk daripada Allah dan antara petunjuk terbaik adalah kesedaran untuk mengiktiraf Allah sebagai Tuhan dengan melaksanakan rukun kedua Islam ini.

Selain itu, solat adalah warisan para nabi dan orang soleh. Jika kita telusuri dalam al-Quran, para nabi digambarkan Allah sebagai hamba yang bernafas dengan ‘oksigen’ solat:

  • Nabi Ibrahim (Ibrahim 14:37 & 40)
  • Nabi Musa (Taha 20:13])
  • Nabi Isa (Maryam 19:30-31)
  • Nabi Zakaria (Ali ‘Imran 3:39)
  • Maryam (Ali ‘Imran 3:43)
  • Nabi Syu’aib (Hud 11:87)
  • Nabi Ismail (Maryam 19:54)
  • Nabi Muhammad SAW (Taha 20:132)

ALAM INI ADA PEMILIKNYA!

Percayalah! Apabila Allah sudah hilang daripada jiwa manusia dalam kitaran lima waktu sehari, nafsu dan syaitan akan mengisi kekosongan itu:

“Kemudian mereka diganti oleh keturunan yang mencuaikan sembahyang dan menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka),” (Maryam 19:59).

Jika orang yang kekal solat pun masih terdedah kepada dosa, bayangkan orang yang tak kenal solat? Orang yang solat adalah orang yang kenal Tuhan mereka.

Mereka sedar kekurangan dan kelemahan diri apabila melakukan dosa kerana mereka masih dalam kitaran penyembahan kepada Allah lima kali sehari. Lambat laun solatnya yang bergerak bersama nafasnya lima kali sehari akan membersihkan jiwanya sebagaimana firman Allah ini:

“Bacalah dan ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan,” (al-Ankabut 29:45).

Bagi orang yang tidak solat, tiada lagi peringatan harian yang boleh mengingatkannya betapa alam ini ada Tuhan, ada dosa pahala dan balasan akhirat.

Kesimpulannya, paksa didiklah diri dan anak keturunan kita untuk konsisten bersolat serta mengenal Allah! Jangan hanya solat sendiri, rangkumkan bersama anak keturunan agar kebahagiaan keluarga disuburkan dengan perlaksanaan arahan Allah:

“Dan perintahkanlah keluargamu dan umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa,” (Taha 20:132).

 

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »

Solat Gerhana bulan pagi esok Sabtu 28 Julai 2018

Posted by epondok di Julai 27, 2018

Posted in Program Terbaru | Leave a Comment »

Cara Solat sunat Gerhana Bulan

Posted by epondok di Julai 26, 2018

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »

Khutbah Gerhana Bulan

Posted by epondok di Julai 26, 2018

Khutbah Gerhana Bulan

خطبة كرهان بولن

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Gerhana bulan penuh 28 Julai 2018 ini

Posted by epondok di Julai 25, 2018

Oleh Norzamira Che Noh

 

SHAH ALAM: Rakyat negara ini berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Penuh paling lama abad ini iaitu pada 28 Julai ini.

Timbalan Ketua Pengarah, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Samsuddin Omar berkata, fenomena gerhana bulan penuh itu adalah yang kedua berlaku tahun ini dan akan kelihatan di Australia, Asia (termasuk Malaysia), Afrika, Eropah serta Amerika Selatan.

“Fenomena ini akan bermula dari jam 1.14 pagi dan berakhir pada jam 7.28 pagi. Fasa gerhana bulan penuh akan berlangsung selama 1 jam 42 minit 57 saat dan tempoh ini menjadikannya paling lama bagi abad ke-21 (2001 hingga 2100).

“Tempoh paling lama bagi gerhana bulan penuh boleh berlaku adalah selama 1 jam 47 minit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, gerhana bulan penuh berlaku apabila matahari, bumi serta bulan berada di kedudukan sebaris dan keseluruhan bulan merentasi bayang umbra bumi.

“Ketika berlakunya gerhana, bulan dengan perlahan-lahan bertukar daripada warna putih mutiara yang biasa dilihat kepada warna kemerahan dan kembali ke warna asalnya dalam tempoh lima jam.

“Warna kemerahan yang akan dapat dilihat ketika fasa penuh gerhana bulan pada 28 Julai 2018 berbeza dari gerhana bulan penuh lain, bergantung kepada beberapa faktor termasuk keadaan di atmosfera atas bumi dan kedudukan bulan di sepanjang orbitnya,” katanya.

Samsuddin berkata, gerhana bulan pada 28 Julai ini boleh dilihat dari mana-mana kawasan di Malaysia bergantung kepada keadaan cuaca setempat.

Bagaimanapun katanya, tidak semua tempat di Malaysia dapat melihat keseluruhan fasa gerhana itu kerana bulan terbenam lebih awal sebelum fasa tertentu berakhir.

Katanya, di Malaysia, fasa penumbra bermula pada jam 1.14 pagi diikuti separa bermula (2.24 pagi); penuh bermula (3.30 pagi); maksimum (4.21 pagi); penuh berakhir (5.13 pagi); separa berakhir (6.19 pagi) dan penumbra berakhir (7.28 pagi).

“Secara amnya, penduduk di Malaysia akan dapat melihat hampir keseluruhan fasa gerhana sejak dari mula berlakunya fenomena ini sehinggalah bulan terbenam (bergantung kepada lokasi di mana berada).

“Ini bermakna lokasi pencerapan yang paling baik adalah di lokasi yang berada paling Barat.

“Antara lokasi bandar terpilih untuk penampakan gerhana adalah Kota Kinabalu, Kuching, Kuala Terengganu, Johor Bharu, Kuala Lumpur, Alor Star dan Langkawi,” katanya.

Samsuddin berkata, beberapa aktiviti turut dijalankan di Observatori Negara Langkawi sempena fenomena berkenaan bermula jam 10 malam (27 Julai) hingga 6.30 pagi esoknya.

“Antara aktiviti yang dijalankan adalah pencerapan planet Musytari, Zuhal dan Marikh; taklimat gerhana bulan dan pencerapan awam gerhana bulan penuh,” katanya

Posted in Fokus Isu | Leave a Comment »

Senarai Pondok Kelantan 2018

Posted by epondok di Julai 24, 2018

BIL ALAMAT PONDOK Nama Mudir & Timbalan TELEFON

 

1 Madrasah Diniah  Bakriah,

Pondok Pasir Tumboh,

16150 Kota Baharu

 

albakriah.wordpress.com

 

Mudir : Tuan Guru Hj Wan Muhamed b Wan Osman

Timbalan   :               Ustaz Hj Abu Bakar b Hj Osman

09-7657786 (P)

019-9388902

014-5481907

 

2. Madrasah Rahmaniah,

Pondok Lubuk Tapah,

17200 Lemal, Pasir Mas

 

Mudir : Dr Hj Luqman b Hj Abdullah

Timbalan : Ustaz Hj Hamdan b Hj Abdullah

013-9754428

010-5488455

3. Madrasah Muhammadiah,

Pondok Sungai Durian,

18000 Kuala Krai

 

http://www.pondoksgdurian.com/

 

Mudir : Dr Hj Abdul Basit b Hj Abdul Rahman

Timbalan : Ustaz Yahya b Yaacob

09-9667071 (P)

014-8363449

 

4. Madrasah Yusufiah,

Pondok Banggol Naim, Gelang Mas 17010 Pasir Mas

 

Mudir : Tuan Guru Hj Awang Yusuf

Timb. Mudir 1: Ustaz Abdullah b Awang

Timb. Mudir 2: Ustaz Mohd Rahim b MatJusoh

014 -5145943

019-9165134

5. Madrasah Ar-Rahmaniah,

Pondok Neting,

Kg Neting, Tumpat

Mudir : Ustaz Muhamad Norhakimi b Mat Saat

 

014-5075528
6. Madrasah Dakwah Islamiah,

Pondok Seri Permai Seligi,

Kg Permatang Sungkai,

16800 Pasir Puteh

 

Mudir : Ustaz Arfan b Abdul Hamid

Timbalan : Ustaz Nasir

Setiausaha : Ustaz Ahmad Shah b Awang Ngah

012-6965443

0136393678

 

7. Madrasah Fununiah Tunjuniah,

KM 7 Jln Kuala Krai, 16010 Mulong,

Kota Baharu

http://pondoktunjong.com/

Mudir : Ustaz Yusuf b Ismail

Timbalan : Ustaz Hj Mohammed B. Awang

09-7126708 (P)

016-9381870

8. Pondok Berangan,

Kampung Berangan, 16200 Tumpat

 

Mudir : Tuan Guru Hj Muhammad b Hj Ali

Timbalan : Ustaz Hj Rosmahadi b Mohd Zin

 

01110977468

0179125326

 

9. Madrasah Muhammadiah,

Pondok Beta Hilir, Kg Beta Hilir, 15150 Kota Bharu

 

Mudir : Ustaz Hj Mohd Jalaludin as-Sayuti b Hj Muhamed

Timbalan : Us Hj Mohd Nazri b Mohamed

012 9845040

019-9060874

 

10. Madrasah Raudhatul  Ulum

Pondok Kg Lawang,

Batu Gajah, 17510 Tanah Merah

 

Mudir : Ustaz Nus b Sulaiman

 

013 -9817321
11. Madrasah Darul Ilmi,

Pondok Bukit Gading,

17500 Tanah Merah

 

Mudir : Yb Ustaz Hj Mohamed b Awang

Timbalan : Ustaz Hj Shairazi b Hj Mohammad

019-9531242

019-9272388

 

12. Madrasah al-Diniah al-Falahiah, Kg Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir Puteh

 

Mudir : Ustaz Wan Rosli b Ibrahim

Timbalan : Ustaz Hj Nik Aziz b Nik Ya

01110594811

01111030175

13. Madrasah Diauddin

Pondok Gual Dalam,

Lubok Setol, 17200 Rantau Panjang

http://www.pondokluboksetol.webs.com

 

 

Mudir : Ustaz Hj Abdullah Zawawi b Muhamad

Timbalan : Ustaz Hj Asek b Omar

 019-9578612

014-5276431

 

14 Kulliyah Pondok Darul Naim

Kg Terusan Limbat, 16150 Pasir Tumboh, Kota Baharu

 

 Syeikh : Ustaz Hj Wan Ismail b Wan Ibrahim

Timbalan : Ustaz Azrihisyam b Abd Rahman

09-7641206 (P)

013-9818773

 

15 Pondok Ihya’ al-Ulum

D/A Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat

Jalan Sek. Keb. Sri Kiambang, Repek, 17070 Pasir Mas, Kelantan

 

Mudir : Ustaz Subki b Abdul Rahman

Timbalan : Ustaz Sukree b Abdullah

019-9394185

09-7905477

019-9594208

 

 

16 Pondok Darul Ihya’

Kg Kekabu, Joha

17200 Lemal, Pasir Mas

 

Mudir : Ustaz Bashir b Abdul Rahman

Timbalan : Ustaz Abdul Halim b Abd Rahman

 

0148245352

0129488432

17 Madrasah Daril-Nnaim,

Kampong Kubang Bongor,

16400 Melor, Kota Bharu

 

Mudir : Ustaz Wan Alauddin b Wan Ahmad

Timbalan : Ustaz Nik Mat b Ab Kadir

 

0129009745

01116843217

 

 

18 Pondok Haji Yaakub Samba,

Lot 1383 Kg Cherang Tuli,

Mukim Padang Pak Amat,

16800 Pasir Puteh, Kelantan

Mudir : Ustaz Imran b Hussain

Timbalan : Ustaz Ismail b Said

 

013-9594146
19 Madrasah al-Badriah,

Pondok Kampung Jal Besar

16210 Tumpat

 

Ustaz Saiful Baharin b Che Ali 01129464922

019-9531325

20 Pondok Tahfiz Kg Padang Bongor,

Kg Belimbing,

17500 Tanah Merah

 

Mudir : Ustaz Hj Muhammad Rusydi b Abd Malek

Timbalan : Ustaz Md Zilizam b Sibaweh

 

019-9244157

014-5266923

21 Madrasah Khairu Ummah

Taman Tarbiyah Chengal Batu,

16800 Pasir Puteh, Kelantan

Mudir : Ustaz Nik Mohd Nazimudddin b Nik Ibrahim

Timbalan :Ustaz MohamadLias b Jalil

 

0129463992
22 Madrasah Ribat al-Fatah

Kampung  Air Terjun,Tok Bali

16700 Semerak, Pasir Puteh, Kelantan

 

 

 

 

01140772036
23 Madrasah Tarbiah al-Aulad

Pondok Sungai Kenerong, Kg Stong

18200 Dabong, Kelantan

 

Mudir : Ustaz Mohd Samsuddin b Dollah

Timbalan : Ustaz Mohd Faisal b Zahari

 

017-9635644

017-9238237

24 Ma’ahad al-Ghonna’,

Pondok Kampung Padang Pak Amat

16800 Pasir Puteh, Kelantan

Mudir : Ustaz Mohd Quawes al-Khurony b Mohd Nordin

 

 

013-6082240
25 Madrasah Diniah Ihsaniah

Pondok Hutan Pasir

Lot 2319 Kg Hutan Pasir,

Tal Tujuh

17030 Pasir Mas, Kelantan

 

Mohd Rashidi Bin Hj Itam 013-9745774
26 Madrasah Mahmudiah,

Kg Lubuk Raja, Mukim Teliar, Bunut Susu,

17020 Pasir Mas, Kelantan

Ustaz Hasmadi 019-9995179
27 Madrasah Ihya’ Ulumuddin

Kg Berangan, Selising

16810 Pasir Puteh, Kelantan

Ustaz Mohamed Khairudi b Mohamed Alwi 019-9803219

01118520958

28 Pondok al-Munawwarah

Kg Padang Lati, Jelawat, Bachok

Us Mohd Rapi b Mohd Nor 0133962192
29 Pondok Tarbiah At-Thaqafah

Kg Bukit Batu, Bechah Salak

18000 Kuala Krai

Us Soleh 01110826420

0136420460

30 Pondok Meheliah Geting,

Kg Tebing,

16080 Pengkalan Kubor,  Tumpat

Mudir : Ustaz Nik Mahyuddin b Nik Ismail

 

011-19481297
31 Madrasah Ribat Thoha

Lot 1022, Kampung Wakaf, 16800

Pasir Puteh, Kelantan

 

Us Muhammed Zuhairi b Razali

 

 

014-8049468
32 Madrasah As Syakirin

Kg Dalam Huma, Bukit Awang, 16800 Pasir Puteh,Kelantan

 

 

Ustaz Johar B Che Harun

 

019-9092066

33 Pondok Geting,

Kg Geting,16200 Tumpat,Kelantan

 

Tuan Guru Hj Abdullah B Sa’amah

 

010-928 3832

 

34 Madrasah Ribat Al Musthofa,

Pulai Chondong, Machang

 

Ustaz Mohd Shazwan Badrul Hisham

 

0139474541
35 Pondok Syukriah

Kampung Awah, Machang

 

Ustaz Shamsul Zaman Sukri

 

012-6204795

 

36 Madrasah Darul Abidin

Lot 1732, Kamoung Bunut Rendang, Mukim Serdang, 16400 Melor, Kelantan

 

Ustaz Zainal Abidin b Daud 0108704013
37 Madrasah Ribat al-Ahmadiah

Lot 1002 Kampung Tegayong, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan

 

Ustaz Mohd Zainal Abidin b Hj Ab Kadir 0179781610
38 Pondok al-Ulum al-Qamariyyah

Kg Air Cina, Batu 10, Jalan Jedok

Tanah Merah, Kelantan

 

Ustaz  Affandi b Isa 01114937726
39 Pondok Kg Jenal

Tanah Merah

Ustaz Tuan Mahmud b Tuan Soh  
40 Pusat Pengajian Pondok,

Kg Telong ,Kandis,

16070 Bachok

 

Ustaz Muhammad  

Posted in Pondok Kelantan | 2 Comments »

Pondok Kelantan Yang Terima Pelajar Muslimat

Posted by epondok di Julai 24, 2018

BIL ALAMAT PONDOK Nama Mudir & Timbalan No Telefon

 

1 Madrasah Diniah  Bakriah,

Pondok Pasir Tumboh,

16150 Kota Baharu

 

albakriah.wordpress.com

 

Mudir : Tuan Guru Hj Wan Muhamed b Wan Osman

Timbalan   :               Ustaz Hj Abu Bakar b Hj Osman

09-7657786 (P)

019-9388902

014-5481907

 

2. Madrasah Rahmaniah,

Pondok Lubuk Tapah,

17200 Lemal, Pasir Mas

 

Mudir : Dr Hj Luqman b Hj Abdullah

Timbalan : Ustaz Hj Hamdan b Hj Abdullah

013-9754428

010-5488455

3. Madrasah Muhammadiah,

Pondok Sungai Durian,

18000 Kuala Krai

 

http://www.pondoksgdurian.com/

 

Mudir : Dr Hj Abdul Basit b Hj Abdul Rahman

Timbalan : Ustaz Yahya b Yaacob

09-9667071 (P)

014-8363449

 

4. Madrasah Yusufiah,

Pondok Banggol Naim, Gelang Mas 17010 Pasir Mas

 

Mudir : Tuan Guru Hj Awang Yusuf

Timb. Mudir 1: Ustaz Abdullah b Awang

Timb. Mudir 2: Ustaz Mohd Rahim b MatJusoh

014 -5145943

019-9165134

5. Madrasah Ar-Rahmaniah,

Pondok Neting,

Kg Neting, Tumpat

Mudir : Ustaz Muhamad Norhakimi b Mat Saat

 

014-5075528
6. Madrasah Dakwah Islamiah,

Pondok Seri Permai Seligi,

Kg Permatang Sungkai,

16800 Pasir Puteh

 

Mudir : Ustaz Arfan b Abdul Hamid

Timbalan : Ustaz Nasir

Setiausaha : Ustaz Ahmad Shah b Awang Ngah

012-6965443

0136393678

 

7. Madrasah Muhammadiah,

Pondok Beta Hilir, Kg Beta Hilir, 15150 Kota Bharu

 

Mudir : Ustaz Hj Mohd Jalaludin as-Sayuti b Hj Muhamed

Timbalan : Us Hj Mohd Nazri b Mohamed

012 9845040

019-9060874

 

8. Madrasah al-Diniah al-Falahiah, Kg Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir Puteh

 

Mudir : Ustaz Wan Rosli b Ibrahim

Timbalan : Ustaz Hj Nik Aziz b Nik Ya

01110594811

01111030175

9. Madrasah Diauddin

Pondok Gual Dalam,

Lubok Setol, 17200 Rantau Panjang

 

Mudir : Ustaz Hj Abdullah Zawawi b Muhamad

Timbalan : Ustaz Hj Asek b Omar

019-9578612

014-5276431

 

10. Pondok Ihya’ al-Ulum

D/A Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat

Jalan Sek. Keb. Sri Kiambang, Repek, 17070 Pasir Mas, Kelantan

 

Mudir : Ustaz Subki b Abdul Rahman

Timbalan : Ustaz Sukree b Abdullah

019-9394185

09-7905477

019-9594208

 

11. Madrasah Daril-Nnaim,

Kampong Kubang Bongor,

16400 Melor, Kota Bharu

 

Mudir : Ustaz Wan Alauddin b Wan Ahmad

Timbalan : Ustaz Nik Mat b Ab Kadir

 

0129009745

01116843217

 

Posted in Pondok Ahli PPPB, Pondok Malaysia | 46 Comments »

Hargai nikmat pinjaman Allah

Posted by epondok di Julai 24, 2018

Abdullah Bukhari Abdul Rahim

 

“IKUTKAN hati memang berat nak benarkan orang tumpang tangki air kita, tapi perlu diingatkan bahawa nikmat air adalah pinjaman Allah. Dalam keadaan sekarang, ia jadi ujian menguji sejauh mana kita sanggup bantu orang lain yang tidak miliki air.”

Benar! Air adalah nikmat pinjaman Allah pada kita. Semuanya bergantung mutlak pada kuasa Allah. Jika Allah tidak mencipta atau mengarahkan air bekerja untuk kegunaan manusia, sudah pasti manusia akan mati kering tak bernyawa.

Antara kronologi air 
dalam al-Quran:

  • Bermula daripada penciptaan molekul air seawal penciptaan alam (Hud 11:7 dan al-Anbiya’ 21:30)
  • Penyimpanannya dalam stor udara atau awan (al-Nur 24:43)
  • Pergerakan awan dengan tiupan angin ke tanah gersang (Fatir 35:9)
  • Penurunannya ke bumi sebagai tanda limpahan rahmat Allah (al-Syura 42:28 dan al-Waqi’ah 56:68-70)
  • Penyempurnaan nikmat makhluk bumi sebagai keperluan minum (al-Nahl 16:10 dan al Furqan 25:48-49)
  • Penyimpanannya dalam bumi (al-Mu’minun 23:18)
  • Pengalirannya menjadi sungai dan laut (Ibrahim 14:32)

PELBAGAI CERITA AIR

1. Baru-baru ini saya pulang ke kampung bapa mentua dan seperti biasa ‘lagu sumbang’ masalah air terus menjadi dendangan penduduk kampung. Berbagai-bagai cara dilakukan mereka untuk mengatasi masalah air yang seakan-akan tiada noktah muktamad.

Antara kaedah paling banyak digunakan adalah ‘underground water boring’ atau telaga tiub bawah tanah. Menurut bapa mentua saya, kaedah ini punyai hasil yang berbeza. Untung nasib, air yang ditemukan bagus kualiti dan kuat tekanannya. Rugi nasib, air yang ditemukan keruh dan berbau busuk.

Rumah bapa mentua saya agak bernasib baik kerana air yang ditemukan mempunyai kualiti tinggi. Ketika krisis air memuncak, jiran tetangga terpaksa menumpang tangki air rumah bapa mentua. Masa berjam-jam diambil untuk menarik air bawah tanah dengan pam air kami ke dalam tangki mereka.

Alhamdulillah, bapa mentua saya orang beragama. Selepas pencen, hidupnya banyak dihabiskan dengan ibadah dan tadabbur al-Quran. Ketika berhikayat tentang masalah air, beliau mengingatkan saya:

“Alhamdulillah, Allah beri kita air bersih yang baik kualiti. Kita tak boleh kedekut berkongsi nikmat ini dengan orang lain kerana kalau Allah nak, Dia boleh hilangkan terus air kita bak firman-Nya dalam surah al-Mulk.”

Fikiran saya lantas teringat ayat tersebut:

“Katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (ditelan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?” (al-Mulk 67:30).

Usaha bapa mentua saya yang memanjangkan nikmat air kepada jiran tetangga termasuk sedekah yang disarankan oleh Rasulullah SAW ini:

“Abu Dhar r.a. berkata Rasulullah SAW bersabda: “Senyumanmu pada wajah saudaramu adalah suatu sedekah untukmu, menyuruh yang baik serta mencegah yang mungkar juga sedekah untukmu, menunjuk jalan kepada lelaki yang tersesat juga sedekah untukmu, engkau melihat (memimpin) bagi pihak orang yang rabun (buta) juga sedekah untukmu, engkau membuang batu, duri dan tulang di jalanan juga sedekah untukmu, engkau menuang air dari timbamu ke dalam timba saudaramu juga sedekah untukmu,” – Sunan Tirmizi dan Sahih Ibn Hibban.

2. Selain itu, kisah air hilang ditelan bumi pernah berlaku kepada pemilik kebun yang sombong lagi kufur kepada Allah. Ia adalah kisah persahabatan dua lelaki yang berbeza taraf iman dan harta. Si kaya yang kufur berbicara dengan angkuh tentang pelbagai aset miliknya termasuklah sungai yang mengalir deras di celah ladangnya. Temannya yang soleh menegurnya agar kenal Tuhan sebagai Pemilik sebenar segala harta dan sungai itu. Lantas Allah sebagai Pemilik air, menyedut air sungai ladang si kaya ke dalam tanah:

“(Temannya yang soleh berkata) Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus ataupun air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi, maka dengan yang demikian, engkau tidak akan dapat mencarinya lagi”. Dan segala tanaman serta harta bendanya itu pun dibinasakan, lalu dia membalik-balikkan kedua-dua tapak tangannya (kerana menyesal) terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebunnya, sedang kebun itu runtuh junjung tanamannya; sambil dia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku!” (al-Kahf 18:40-42).


SEDEKAH BERGANTI PAHALA

Seolah-olah bapa mentua saya ingin nyatakan sedekah air yang dipanjangkan kepada jiran tetangga menjadi sebab air keluarga kami baik kualitinya. Ini kerana sedekah yang ikhlas kepada Allah pasti berganti pahala atau nikmat sedia ada:

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya, dan Dia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki,“ (Saba’ [34:39]).

Perihal sedekah mengundang limpahan air disebut sebuah hadis lain yang sangat ajaib kisahnya:

“Abu Hurairah r.a. meriwayatkan Nabi SAW pernah bersabda: “(Pada suatu hari) ketika seorang lelaki berada di sebuah tanah lapang yang sunyi, dia terdengar satu suara dari awan, “Siramlah air (hujan) kepada kebun si Fulan itu!” Awan itu pun bergerak lalu mencurahkan airnya pada sebidang tanah yang berbatu hitam. Saluran air pada tanah tersebut kemudiannya menampung semua curahan air hujan (dan mengalirkannya ke suatu arah). Lelaki itu mengikuti aliran air tersebut dan menemui seorang petani yang berdiri di kebunnya sedang mengubah aliran air dengan cangkulnya. Lelaki itu bertanya, “Wahai hamba Allah, siapa namamu?” Petani itu menjawab, “Nama saya Fulan” iaitu nama yang baru didengarnya dari angkasa. Si petani bertanya kepadanya, “Wahai hamba Allah, mengapa anda tanyakan nama saya?”

Lelaki itu menjawab, “Sebenarnya, sebentar tadi saya dengar satu suara dari awan yang baharu menurunkan air ini. Suara itu berkata, “Siramilah air pada kebun si Fulan!” menyebut nama Anda. Apa yang Anda buat dengan kebun ini?” Petani itu berkata, “Jika begitu katamu. Sebenarnya, saya selalu perhatikan apa yang keluar dari kebun ini, lalu saya sedekahkan 1/3 daripadanya, 1/3 berikutnya saya makan bersama keluarga saya, dan 1/3 lagi saya kembalikan (untuk modal cucuk tanam),”- Sahih Muslim.

Sungguh! Sedekah adalah baja harta:

“Abu Hurairah r.a. meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah yang diberi tidak akan mengurangkan harta (kerana ia menambah pahala dan keberkatan harta). Hamba Allah yang pemaaf akan bertambah mulia (di dunia pada mata manusia dan di akhirat dengan ganjaran syurga). Sesiapa yang merendah diri kepada Allah akan diangkat (darjatnya) oleh Allah (di dunia pada mata manusia dan di akhirat dengan ganjaran syurga),” – Sahih Muslim.

Apa lagi ditunggu? Jom bersedekah!

 

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Miliki 6 sifat Mukmin

Posted by epondok di Julai 22, 2018

Oleh Mohd Aizat Shamsuddin

 

AL-QURAN banyak membicarakan golongan orang yang beriman khususnya dalam menceritakan sifat seorang mukmin yang perlu dimiliki oleh setiap individu yang mengaku beriman dengan Allah SWT dan Rasul-Nya.

Dalam surah al-Mukminun daripada ayat satu hingga 11 antaranya menjelaskan sifat orang beriman berserta balasan yang diperoleh, iaitu kejayaan dan kemenangan yang dicapai di akhirat nanti melalui nikmat syurga.

Dalam 11 ayat pertama dalam surah itu, terdapat enam ciri orang beriman yang dinyatakan, iaitu khusyuk dalam solat, menjauhkan diri dari perkara yang tiada berguna, menunaikan zakat, menjaga kehormatan diri, memelihara amanah dan janji serta memelihara solat.

Pendakwah kelahiran Nottingham, England, Sheikh Abdul Aziz Ahmed Fredericks, berkata orang yang beriman apabila disebut nama Allah, hatinya akan gementar dan apabila dibaca ayat al-Quran akan bertambah keimanannya.

“Bagi seorang mukmin, hidup ialah perjalanan ibadat. Mereka akan menempuh kehidupan mengikut cara dan acuan yang ditetapkan oleh Islam.

“Jadi orang mukmin akan sentiasa berusaha untuk memenuhi kehidupannya dengan

melakukan ibadat dan kebaikan agar dapat memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat,” katanya pada Majlis Perkongsian Ilmu bertajuk Hati Orang Beriman Berdasar Surah Al-Mukminun di Madina Institute Malaysia di sini.

Justeru, Sheikh Abdul Aziz berkata, untuk mencapai puncak keimanan, seseorang itu mestilah mengambil pengajaran dan iktibar daripada ayat dalam surah al-Mukminun.

Penekanan solat

Sheikh Abdul Aziz berkata, perkara utama yang ditekankan dalam ayat terbabit ialah mengenai solat, iaitu khusyuk dan memelihara solat.

Katanya, solat yang diulang kedua kali dalam ayat ini membayangkan betapa pentingnya solat sebagai penentu kejayaan dan keimanan seseorang.

“Orang yang beriman wajib menunaikan solat lima waktunya tetapi solat tidak akan bererti sekiranya hanya melakukan gerak badan saja. Solat mestilah disertakan dengan khusyuk kerana solat dengan keadaan itu ibarat tubuh dengan nyawa.

“Allah mengkategorikan khusyuk dalam solat itu sebagai tingkat paling tinggi dalam kejayaan. Terdapat pelbagai cara untuk kita mendapat khusyuk dalam solat seperti memahami maksud ayat dan lafaz yang dibaca, melakukan solat dengan tidak tergesa-gesa dan yang paling utama adalah ikhlas melaksanakan solat.

“Solat yang khusyuk dapat menghilangkan rasa takut, perasaan gelisah, jiwa menjadi berani dan bebas dengan kekusutan dunia,” katanya.

Jelas Sheikh Abdul Aziz, zakat berada di kedudukan kedua selepas solat dan banyak ayat dari al-Quran menunjukkan dua perkara ini saling melengkapi dan tidak boleh dipisahkan.

Katanya, solat adalah untuk menjaga hubungan manusia dengan Tuhan manakala zakat menjaga hubungan sesama manusia.

Beliau berkata, mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia adalah orang yang hidupnya selalu dipenuhi dengan aktiviti bersifat ukhrawi dan rindu dengan akhirat.

Mereka akan sentiasa melakukan perkara yang dapat memberikan manfaat bagi dirinya dan juga orang lain.

Pegang amanah dan janji

Sheikh Abdul Aziz berkata, Islam menganjurkan umatnya untuk teguh memegang amanah dan juga janji malah menjadi perkara yang wajib untuk ditepati.

Daripada Anas ibnu Malik RA bahawa Rasulullah bersabda: “Tidak ada iman bagi orang yang tidak memiliki amanah, dan tidak ada agama bagi orang yang tidak memegang janji.”

“Amanah dan janji wajib untuk dipegang kerana jika mengkhianati ibarat kita tidak mempunyai iman dan agama. Orang yang mengkhianati serta tidak memelihara amanah dan janjinya dengan baik disifatkan sebagai orang yang munafik.

“Ia sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: “Tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia bercakap, dia berbohong; apabila dia berjanji, dia tidak tepati dan apabila dia diberi amanah, dia mengkhianati amanah yang diberikan kepadanya,” katanya.

Beliau berkata, memelihara kehormatan diri bukan sekadar menghindari perbuatan zina tapi juga tidak mendekati zina.

Katanya, menjaga kehormatan diri turut dikaitkan dengan menjaga pandangan kerana perbuatan zina berlaku disebabkan tidak menjaga pandangan.

“Penyebab berlakunya perbuatan zina adalah bermula daripada pandangan mata. Jadi jagalah pandangan kita agar kemaluan kita juga turut terjaga,” katanya.

Posted in Amalan Pilihan | 1 Comment »