Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Tafsir al-Quran perlu tepat, elak maksud diseleweng

Posted by epondok di Januari 10, 2018


Oleh Zambri Hashim

 

Allah SWT sudah menjamin keaslian al-Quran tetap kekal hingga hari kiamat seperti terkandung dalam firman-Nya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” (Surah al-Hijr, ayat 9)

Namun, dari sudut tafsirannya masih terbuka ruang untuk diselewengkan jika tidak menurut kaedah yang betul, lebih-lebih lagi jika memang ada niat buruk ketika menafsirkan ayat al-Quran sehingga seolah-olah memaksa ayat itu menjadi sandaran terhadap pandangan yang songsang.

Seorang Paderi Kristian, David Orok sengaja mencetuskan provokasi menghina Islam apabila membuat tafsiran salah ayat suci al-Quran, sehingga menyeleweng daripada makna asal.

Beliau memetik ayat 58, surah al-Baqarah, surah an-Nisa’ (ayat 154) dan surah Yunus (ayat 93), mendakwa al-Quran menyatakan Allah SWT menyerahkan pemilikan tanah suci Palestin kepada orang Israel.

Beliau sekali gus menuduh umat Islam yang membantah pencabulan rejim Zionis Israel ke atas Palestin sebagai murtad dan iblis kerana kononnya sudah menolak kehendak al-Quran.

Tafsiran songsang

Mari kita lihat apa yang dimaksudkan melalui ayat 58, surah al-Baqarah: “Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah daripada benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai. Dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata: Ya Allah, ampunilah dosa kami; supaya Kami ampunkan kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala orang yang berbuat baik.”

Ayat itu hendaklah dibaca sekali dengan ayat selepasnya, iaitu ayat 59, surah yang sama bermaksud: “Kemudian orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah Kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka).”

Jelas ayat 59, surah al-Baqarah iaitu mereka ditimpa bencana dari langit disebabkan mereka derhaka, melakukan kezaliman dan berterusan melakukan kezaliman.

Begitu juga terserlah tafsiran songsang beliau apabila berhujah dengan ayat 154 surah al Nisa’ bahawa Baitulmaqdis adalah milik Israel sedangkan ayat selepasnya iaitu ayat 155 adalah ancaman dan kecaman laknat Allah SWT kerana kekufuran tidak beriman dengan risalah nabi mereka.

Bani Israel ditempelak

Firman Allah SWT: “Dan Kami telah mengangkat ‘Gunung Tursina’ ke atas mereka disebabkan (mereka ingkar akan) perjanjian setia mereka (mematuhi hukum Taurat), dan Kami perintahkan mereka: Masuklah kamu melalui pintu (negeri) itu dengan merendah diri dan Kami juga perintahkan mereka: Janganlah kamu melanggar perintah larangan yang ditentukan pada hari Sabtu, dan Kami telah mengambil daripada mereka perjanjian setia yang teguh (yang mewajibkan mereka mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya).” (Surah an-Nisa’, ayat 154)

Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Maka (Kami laknatkan mereka) dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, dan mereka kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, dan mereka pula membunuh Nabi dengan tiada sesuatu alasan yang benar, dan mereka juga mengatakan: Hati kami tertutup (tidak dapat menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad). (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup), bahkan Allah telah memeteraikan hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antaranya).” (Surah an-Nisa’, ayat 155)

Lebih jelas lagi, kepincangan beliau ketika mewajarkan hak penguasaan negara haram Israel ke atas Palestin menggunakan surah Yunus, ayat 93.

Sedangkan ayat itu menempelak Bani Israel apabila peluang dan nikmat Allah SWT dibalas dengan penolakan terhadap Nabi Muhammad SAW walaupun sudah nyata bukti ditampilkan kepada mereka.

Firman Allah SWT: “Dan sesungguhnya Kami telah menempatkan Bani Israel di negeri yang baik (sesudah Kami binasakan Firaun), dan Kami mengurniakan mereka dengan benda-benda yang baik. Maka mereka tidak berselisihan (mengenai Nabi Muhammad melainkan) setelah datang kepada mereka pengetahuan (daripada bukti yang nyata). Sesungguhnya Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat mengenai apa yang mereka perselisihan itu.” (Surah Yunus, ayat 90)

Hujah jerat diri

Hujah al-Quran beliau sudah menjerat diri sendiri dan menonjolkan niat jahat terhadap Islam. Semua ayat yang dijadikan hujah difahami di luar konteks.

Semua ayat yang dijadikan dalil mengandungi celaan kepada Bani Israel pada ayat sama atau ayat selepasnya.

Celaan berlaku disebabkan sikap mereka yang melawan nabi, kufur kepada Allah SWT, melakukan kerosakan di muka bumi seperti yang berlaku pada hari ini. Tiada kriteria takwa kepada Zionis pembunuh kanak-kanak, wanita, perampas tanah umat Islam.

Jika beliau benar-benar jujur ingin mengkaji al-Quran, nescaya beliau akan menemui ayat yang menjanjikan bahawa dunia ini dikuasai oleh orang yang beriman, bertakwa dan soleh, bukannya Zionis Israel seperti dijelaskan dalam ayat surah al-Anbiya’, ayat 105, surah al-A’raf (ayat 128) dan surah sal-Nur (ayat 55).

Penulis adalah Timbalan Mufti Perak

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: