Dr. NAWAF TAKRURI
Dr. NAWAF TAKRURI

Pengerusi Kesatuan Ulama Palestin Luar Negara, Sheikh Dr.Nawaf Takruri berkata, umat Islam yang mengabaikan perjuangan mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan Baitulmuqqadis sama seperti berundur daripada mempertahankan ummah.

Katanya,kesedaran, gerakan dan kebangkitan perlu ada di mana-mana sahaja demi memastikan matlamat dan objektif dapat dicapai.

“Apa yang kamu lakukan iaitu berjuang dan berdemonstrasi tidak sama apa yang mereka lakukan di Palestin.Jika mereka keluar dan mempertahankan masjid tersebut,belum tentu mereka dapat pulang ke rumah.

“Oleh itu, umat Islam perlu berbuat sesuatu, bangkit dan bantah apa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS) serta Israel.Ujian berlaku ini merupakan satu proses yang ditakdirkan Allah supaya kita terus bersatu,” katanya dalam Forum Antarabangsa MYAQSA: 100 Tahun Musibah Balfour di sini hari ini.