Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for November 2017

Kem Cuti Sekolah Di Pondok Munawwarah, Jelawat, Kelantan Mula Sabtu Ini 2 Disember 2017

Posted by epondok di November 29, 2017

Pondok al-Munawwarah, Bukit Marak

Alamat penuh : Kompleks Surau al-Munawwarah,

Lot No 195, Kg Padang Lati, 16070 Jelawat, Bachok, Kelantan

( 50 orang Muslimin Umur 12 – 24  Tahun )

Tarikh  : 2 – 16 Disember 2017

PENGISIAN

  • Pengajian kitab pilihan
  • Tazkirah dan ceramah motivasi
  • Kursus jenazah lengkap
  • Wirid dan zikir pilihan serta qiamullail
  • Hafalan surah-surah pilihan
  • Tadarrus al-Quran
  • Latihan amali fardhu ‘Ain

Yuran RM 250 (penginapan/makan minum/bahan kursus)

Keperluan Yang perlu dibawa

Fotostat kad pengenalan dan gambar berukuran passport

Pakaian harian  & pakaian solat (paling kurang sehelai jubah dan serban), bantal , selimut,  tilam@toto(peserta Kelantan) , alat tulis

Cara Daftar

Tempah melalui sms/wtsap

Taip nama <>umur<>kem kitab 2017 dan hantar kepada

Us Hafizan 013-3962192

Blog : epondok.wordpress.com

Fb : Pusat Pembangunan Pondok

Posted in Program Terbaru | Leave a Comment »

Pelan lokasi Pondok al-Munawwarah, Kg Padang Lati, Jelawat

Posted by epondok di November 29, 2017

maps

Posted in Pondok Kelantan | Leave a Comment »

Di mana hati KITA?

Posted by epondok di November 29, 2017

Abdullah Bukhari Abdul Rahim

MASALAH yang menimpa manusia sangat banyak! Antara punca utama adalah hati yang kering dan keras. Hati tidak disirami ‘air iman’ bakal menimbulkan banyak masalah kerana ia adalah pusat pemerintahan yang menentukan baik buruknya akhlak atau akidah seseorang manusia.

Sabda Rasulullah SAW: “Ketahuilah bahawa dalam tubuh ada seketul daging, apabila ia elok maka eloklah keseluruhan tubuh. Jika ia rosak maka rosaklah keseluruhan tubuh. Ketahuilah ia adalah hati,”- Sahih Bukhari dan Muslim.

Manusia sudah tersalah langkah apabila lebih mementingkan aspek kecantikan fizikal berbanding kecantikan atau kemuliaan hati. Ini antara sebab mengapa Allah menghentak keras jiwa manusia agar segera kembali kepada-Nya:

“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang yang beriman, untuk khusyuk (tunduk) hati (jantung) mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang yang telah diberikan kitab sebelum mereka, setelah orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak antara mereka menjadi orang yang fasik. Ketahuilah kamu, bahawa Allah menghidupkan bumi sesudah matinya; sesungguhnya Kami telah menjelaskan kepada kamu keterangan dan bukti supaya kamu memahaminya,” (al-Hadid [57:16-17]).

KAITAN HATI DAN BUMI


Apa hubungan antara hati dan bumi sebagaimana disebut dua ayat di atas? Allah Yang Maha Bijaksana pastinya tidak akan menggandingkan kedua-duanya tanpa sebab.

Subhanallah! Rupanya hati manusia yang menjadi pusat akal sama sifatnya seperti bumi. Jika ia dibiarkan kontang tanpa siraman air iman maka ia akan merekah kekeringan dan menjadi tidak subur. Apabila ia kering kontang, maka tumbuhan ‘akhlak atau iman’ tidak mampu untuk tumbuh subur. Ketahuilah! Air itu adalah wahyu dan bumi itu pula adalah hati. Oleh itu, basahilah hati kita dengan al-Quran dan agama.

Firman Allah: “Dan negeri yang baik (tanahnya), tanamannya tumbuh (subur) dengan izin Allah; dan negeri yang tidak baik (tanahnya) tidak tumbuh tanamannya melainkan dengan keadaan bantut. Demikianlah Kami menerangkan tanda (kemurahan dan kekuasaan) Kami dengan berbagai cara bagi orang yang (mahu) bersyukur,” (al-A’raf [7:58]).

Menurut Ibn Abbas r.a., ayat di atas adalah perumpamaan yang Allah berikan ketika menggambarkan hati orang beriman dan orang kafir (Tafsir Ibn Kathir).

Lalu kita mungkin terfikir, apakah cara paling berkesan membasahkan dan menyuburkan hati? Banyak sekali caranya. Antara yang paling berkesan adalah dengan membaca dan tadabbur al-Quran:

“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan-Nya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya,” (al-Zumar [39:23]).

Bicara al-Quran tentang hati sangat luas dan banyak, secara umumnya terdapat tiga makna:

1. Akal pemikiran 
(Surah Qaf[50:37]).
2. Pemikiran dan pandangan 
(al-Hasyr[59:14]).
3. Lokasi hati (al-Hajj[22:46]).


KISAH HATI DILAMUN ‘CINTA’

Izinkan saya berkongsi sebuah kisah ‘gila cinta’ Qays bin Mulawwah iaitu penyair Arab klasik. Dia sedang mabuk cinta dengan seorang wanita bernama Layla. Pada suatu hari dia menjejak anjing kepunyaan Layla. Ketika mengekori si anjing, Qays melewati sekumpulan manusia yang sedang bersolat. Selesai sahaja urusannya, Qays pulang menggunakan jalan yang sama. Sampai sahaja di tempat solat itu, kumpulan lelaki itu bertanya:

“Wahai Qays, mengapa kamu tidak singgah solat bersama kami? Kamu tak nampak kami sedang bersolat?”

Qays menjawab dengan jawapan sentap lagi pedas: “Hatiku terikat erat pada Layla dan kerana itu aku tak nampak kamu semua. Sebenarnya jika hati kamu semua terikat erat pada Allah, kamu pasti tak nampak selain Allah! Pasti kamu tak nampak aku yang melewati kamu. Kamu pasti tak nampak aku sebagaimana aku tak nampak kamu kerana eratnya hatiku pada Layla!”

Kisah gila cinta Qays ini menunjukkan betapa hati kita sangat penting untuk dijaga agar sentiasa dalam ‘wilayah zikir’ kepada Allah. Jika ia sesat dalam ‘hutan kelalaian’ atau ‘larut dalam lautan nafsu’, maka nilai insan akan jatuh ke paras yang jauh lebih rendah daripada haiwan sebagaimana firman Allah:

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak daripada jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang yang lalai,” (al-A’raf[7:179]).

Ayuh berdoa agar hati kita sentiasa dalam jagaan Allah:

“Wahai orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan Rasul-Nya apabila Dia menyeru kamu kepada perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepada-Nya kamu akan dihimpunkan,” (al-Anfal [8:24]).

 

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »

Terus berbakti walau dalam kesempitan

Posted by epondok di November 28, 2017

Ahmad Husni Abd. Rahman

 

SATU hari Rasulullah SAW duduk bersama para sahabatnya dan terkeluar satu soalan daripada mulut Baginda yang mulia.

“Siapakah daripada kalian yang pada hari ini berpuasa? Tiada yang mengangkat tangan kecuali Abu Bakar al-Siddiq r.a. Siapakah daripada kalian yang telah menziarahi orang sakit pada hari ini? Rasulullah melanjutkan pertanyaan. Tiada yang mengaku kecuali Abu Bakar.

“Siapakah daripada kalian yang pada hari ini telah mengunjungi jenazah? Tiada yang bertindak kecuali Abu Bakar lagi. Siapakah daripada kalian yang pada hari ini telah menyantuni fakir miskin dengan memberinya makan? Sekali lagi, tiada yang tampil kecuali Abu Bakar.

“Lantas Nabi SAW bersabda, Demi jiwaku yang berada di tangan-Nya, tidak berhimpun keempat-empat perkara tadi pada diri seseorang dalam masa sehari dalam hidupnya melainkan wajib baginya mendapat syurga.” – Riwayat Muslim

Antara kesemua amalan tersebut, manakah yang telah dilakukan oleh kita? Tanyakan diri sejujur nurani. Apakah telah berhimpun kesemuanya atau tiada satu pun yang mengena dalam tindakan kita. Mengapa?

Kerana barangkali kita sentiasa beralasan untuk berbakti apatah lagi untuk memberi. Menunggu kaya dan hujan rezeki. Namun, apakah benar seperti yang dijanjikan? Takut janji tinggal janji. Sedekah sebelum kaya, memberi walaupun ‘tiada’. Inilah kunci rahsia. Kebajikan sisipan yang sentiasa dilupakan. Hadir peringatan memugar sukma. Menjentik sedar dalam alpa.

BANYAK TAK SEMESTINYA HEBAT

Nabi SAW sentiasa memotivasikan para sahabatnya untuk melaksanakan waima sekecil-kecil kebajikan. Kecil, sedikit mahupun yang tersisa bukanlah ukuran yang dipandang. Jika benar tulus diniatkan buat Yang Maha Besar, meskipun kecil, ‘nilainya’ itu amat besar. Saat Abu Hurairah r.a. bertanya tentang sedekah yang paling utama, Baginda Nabi menjawab:

“Usaha (kemurahan hati) seseorang yang memiliki hanya sedikit harta. Mulailah dengan (membantu) mereka yang menjadi tanggungjawabmu,” – Riwayat Muslim.

Mengapa? Kerana Abu Hurairah r.a. adalah daripada golongan ahli suffah yang diketahui memiliki sedikit harta bahkan seringkali tidak mencukupi keperluan meskipun untuk dirinya.

Nabi SAW bersabda dalam situasi yang lain memberikan sebuah analogi yang membekas kesan.

“Satu dirham mengalahkan (nilai pahalanya) 100,000 dirham. Para sahabat bertanya: Bagaimanakah boleh jadi sedemikian Ya Rasulullah? Nabi menjawab:

Seseorang yang memiliki dua dirham. Lantas, dia mengambil satu dirham lalu disedekahkannya. Maka dia bersedekah dengan separuh (seperdua) hartanya.

Adapun yang seorang lagi mempunyai banyak harta lalu dia hanya mengambil daripadanya 100,000 dirham sahaja. Maka dia bersedekah hanya dengan sebahagian kecil daripada hartanya,” – Riwayat Imam Ahmad.

Nah! Melihat dengan dimensi yang lebih besar. Tidak dapat dinafikan lagi keunikan dan universalnya mata jiwa seorang Nabi utusan Allah yang melihat dengan pandangan menakjubkan. Malangnya, sunah ini jarang sekali dilakukan umatnya. Barangkali dek terpesona dengan nilaian yang disangka banyak namun hakikatnya sedikit.

Ketika kaum Mudhar yang tidak mempunyai alas kaki dan pakaian, Nabi SAW memberi galakan kepada para sahabatnya dengan menawarkan beberapa pilihan untuk berbakti. Sabda Rasulullah:

“Sesiapapun antara kalian hendaklah bersedekah dengan dinarnya, dirhamnya, pakaiannya, segantang gandumnya atau kurmanya, sedekahkanlah meskipun hanya dengan separuh biji kurma,” – Riwayat Imam Muslim.

Inilah ruang dan peluang melaksana kebajikan. Tiada yang dinilai picisan. Setiap satunya punya nilai dalam bentuk dan kaedah yang pelbagai. Tambahan itu Allah SWT juga telah memandu hamba-Nya menerusi firman-Nya dalam surah al-Talaq ayat 7:

“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kadar kemampuannya. Adapun orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah daripada harta (peruntukan) yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya. Kelak nanti, Allah akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan.”

KESEMPATAN DALAM KESEMPITAN

Meskipun dihenyak dengan kenaikan harga dan kesesakan ekonomi, masih ada ruang untuk beramal dan berbakti. Inilah kesempatan meskipun dalam kesempitan. Setiap daripada jiwa yang beriman hendaklah mengetahui dan menyedari.

Keperluan, kesusahan dan kemiskinan manusia lain adalah satu ‘nikmat’ yang wajar disyukuri oleh setiap pencinta kebajikan. Solidariti sosial yang terbina meskipun dalam kluster-kluster kecil mampu memberi impak menyeluruh jika semua bekerjasama menjayakannya. Menyantuni kesulitan meskipun saat kita sulit adalah bakti yang tak ternilai harganya. Ganjarannya begitu besar hingga mampu menyelamatkan kedudukan getir di padang akhirat.

Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang meringankan kesulitan seseorang Mukmin daripada segala kesulitan dunia, Allah pasti akan meringankan kesulitannya daripada segala kesulitan pada hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan seseorang yang ditimpa kesulitan, Allah akan memudahkan baginya segala urusan dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya, Allah akan tutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan sentiasa menolong hamba-Nya. Selagi hamba itu menolong saudaranya,” – Riwayat Imam Muslim.

Justeru, lihatlah dalam dompet anda. Tanyakan kepada diri. Sebagaimana anda memperuntukkan untuk bersarapan dan makan tengah hari, apakah ada peruntukan yang dilokasikan untuk bersedekah pada hari ini?

Kata Abdullah bin Thahir dalam sebuah syairnya sebagaimana dinukilkan oleh al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman:

Tidaklah berlalu setiap detik dan ketika,

Kecuali pelaku kebajikan akan pasti bersedia,

Pantang berkesempatan, pasti akan direbutnya,

Siapa tahu itulah yang terakhir buat dirinya.

Tidaklah berlalu 
setiap detik dan ketika,

Kecuali pelaku kebajikan akan pasti bersedia,

Pantang berkesempatan, pasti akan direbutnya,

Siapa tahu itulah 
yang terakhir 
buat dirinya.

3 Rasulullah SAW sentiasa memotivasikan umatnya untuk melaksanakan waima sekecil-kecil kebajikan kerana nilainya amat besar di sisi Allah

3 Keperluan, kesusahan dan kemiskinan manusia lain adalah satu ‘nikmat’ yang wajar disyukuri oleh setiap pencinta kebajikan.

3 Menyantuni kesulitan meskipun saat kita sulit adalah bakti yang tak ternilai harganya.

3 Ganjarannya begitu besar hingga mampu menyelamatkan kedudukan getir di padang akhirat.

3 Setiap hari kita memperuntukkan wang untuk bersarapan dan makan tengah hari, apakah ada peruntukan untuk bersedekah pada hari itu?

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »

KEM CUTI SEKOLAH DI PONDOK MUNAWWARAH, JELAWAT, KELANTAN

Posted by epondok di November 27, 2017

Pondok al-Munawwarah, Bukit Marak

Alamat penuh : Kompleks Surau al-Munawwarah,

Lot No 195, Kg Padang Lati, 16070 Jelawat, Bachok, Kelantan

( 50 orang Muslimin Umur 12 – 24  Tahun )

Tarikh  : 2 – 16 Disember 2017

PENGISIAN

  • Pengajian kitab pilihan
  • Tazkirah dan ceramah motivasi
  • Kursus jenazah lengkap
  • Wirid dan zikir pilihan serta qiamullail
  • Hafalan surah-surah pilihan
  • Tadarrus al-Quran
  • Latihan amali fardhu ‘Ain

Yuran RM 250 (penginapan/makan minum/bahan kursus)

Keperluan Yang perlu dibawa

Fotostat kad pengenalan dan gambar berukuran passport

Pakaian harian  & pakaian solat (paling kurang sehelai jubah dan serban), bantal , selimut,  tilam@toto (peserta Kelantan) , alat tulis

Cara Daftar

Tempah melalui sms/wtsap

Taip nama <>umur<>kem kitab 2017 dan hantar kepada

Us Hafizan 013-3962192

Blog : epondok.wordpress.com

Fb : Pusat Pembangunan Pondok

Posted in Program Terbaru | Leave a Comment »

Soal Jawab Agama Bersama Baba Ismail Sepanjang Fathoni 30 November ini

Posted by epondok di November 27, 2017

Posted in Program Terbaru | Leave a Comment »

Kelas Kitab Umum Mingguan di Kulliyah Pondok Darulnaim, Pasir Tumboh

Posted by epondok di November 26, 2017

Posted in Kulliyah Pondok Darulnaim, Program Terbaru | Leave a Comment »

Kem sebulan cuti sekolah 2017 di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas

Posted by epondok di November 25, 2017

Posted in Pondok Lubuk Tapah, Program Terbaru | Leave a Comment »

Pengambilan pelajar baru Pondok Tahfiz Padang Bongor, Tanah Merah

Posted by epondok di November 25, 2017

Posted in Pondok Kelantan | Leave a Comment »

Pengambilan bahagian tahfiz Pondok Tunjung, Kota Bharu

Posted by epondok di November 24, 2017

Posted in Pondok Tunjung | Leave a Comment »