Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Desak Pesta Arak 2017 DiBatalkan

Posted by epondok di September 19, 2017


Firman Allah dalam ayat 91 surah al-Maidah :

إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّـهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ ۖ فَهَلْ أَنتُم مُّنتَهُونَ ﴿٩١

Maksudnya : Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

SYABAS dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana tidak memberi kebenaran kepada program Better Beer Festival 2017. Semoga ia menjadi titik tolak kepada DBKL pada masa akan datang untuk terus menyekat dan menghalang sebarang aktiviti yang boleh memudaratkan masyarakat.

Sesungguhnya arak tidak diharamkan kepada orang bukan Islam. Orang-orang Islam pun tidak menghalang jika orang bukan Islam meminum arak, sebagaimana diamalkan oleh Kerajaan Kelantan masa ini. Tetapi pesta arak atas nama Malaysia dan dibuat secara terbuka tidak mencerminkan keberadaan Islam sebagai agama rasmi negara.

Semua pihak perlu menghormati adat agama dan kepercayaan masing-masing dan mengekalkan semangat toleransi yang diamalkan sejak sekian lama. Bantahan diutarakan adalah kerana ekoran kesan negatif arak kepada masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa seperti pergaduhan, penceraian, kemalangan dan sebagainya.

Bahkan, semua kitab-kitab suci agama Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh juga melarang keras meminum arak. Suka tidak suka, akan ada kalangan dan kakitangan Muslim yang terlibat sama ada sebagai petugas, pengawal, pemandu dan lain-lain. Tiada jaminan bahawa tiada tenaga Muslim akan terlibat dalam acara ini.

Umat Islam dewasa ini sangat menjunjung tinggi dan sensitiviti terhadap agama dan akidah mereka. Kami amat menghormati semua amalan masyarakat minoriti bukan Islam, tetapi jangan sampai melanggar ketenteraman dan mencabar kepercayaan serta amalan masyarakat majoriti dalam negara ini.

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لَهَا وَالْمُشْتَرَاةُ لَهُ

Maksudnya : Rasulullah s.a.w telah melaknat dalam masalah arak ini 10 orang iaitu: yang memerah,  yang minta diperah, yang minum, yang memberi minum, yang membawa, yang menghantar, yang membekal, yang menjual, yang membeli dan yang menyimpan

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: