Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Takziah buat keluarga mangsa dan warga Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Posted by epondok di September 14, 2017


 

14 September – Seluruh warga pondok mengucapkan takziah kepada warga tahfiz dan seluruh ahli keluarga mangsa musibah kebakaran yang menyaksikan seramai 21 pelajar dan 2 guru pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Dato Keramat, terkorban dalam kejadian kebakaran pagi tadi.

Enam orang iaitu lima pelajar dan seorang awam pula cedera yang mana dua pelajar kritikal.

Sesungguhnya kematian adalah peringatan Allah supaya setiap hamba-Nya sentiasa bersiap sedia. Demikian itu, Islam mengajar kita menyebut:

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

“Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan sesungguhnya hanya kepada-Nya jua kita kembali”

Sudah tentu berita ini sangat mendukacitakan seluruh keluarga mangsa yang terkorban. Bersabarlah dalam menerima segala musibah termasuklah berita kematian yang tiada diduga kejadiannya.

عَظَّم الله أجرك ، وأحسن عزاءك ، وغفر لميتك ، وألهمك صبراً ، وأجزل لنا ولك بالصبر أجرا

“Semoga Allah memberikan pahala besar untukmu, menguatkan ketabahanmu, mengampuni orang yang meninggalkanmu, mengilhamkan kepadamu kesabaran dan mencurahkan pahala kepada kami dan engkau dengan sebab kesabaran.”

Kita doakan anak-anak pelajar tahfiz yang terkorban ditempatkan disebaik-baik kedudukan dalam Syurga Allah serta digolongkan bersama para Syuhada’ dan Solehin.

اللهم اغفرلهم وارحمهم وعافهم واعف عنهم وأدخلهم جنانك مع الشهداء والصالحين يا رب العالمين.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: