Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Sejauh manakah solat mampu hindari maksiat

Posted by epondok di Julai 18, 2017


Soalan: Adakah benar apabila kita menjaga solat, kita akan dipelihara Allah SWT daripada melakukan maksiat.

JawapanTiada manusia yang maksum kecuali nabi dan rasul sahaja yang tidak akan melakukan dosa. Manakala manusia seperti kita tidak terlepas daripada melakukan dosa. Namun, terdapat kelebihan bagi yang memelihara solat iaitu mereka terhindar daripada terus menerus melakukan dosa.

Kebiasaannya, orang yang menjaga solat jika berbuat dosa mereka akan bersegera bertaubat dan bersegera kembali ke jalan yang diredai-Nya.

Perkara ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam firman yang bermaksud: “Sesungguhnya solat itu akan melarang diri mereka yang mendirikannya daripada segala keburukan dan kemungkaran.” (Surah al-Ankabut, ayat 29)

Ayat itu jelas menunjukkan solat mampu memelihara seseorang mukmin daripada terjebak dengan maksiat. Namun, perkara itu tidak akan terhasil tanpa usaha dan azam yang kuat. Umat Islam seharusnya mempunyai azam yang jitu bagi mengelak diri daripada melakukan maksiat.

Cubalah sedaya upaya mencari jalan untuk tidak melakukan kemungkaran. Jika terlepas juga atau tersalah melakukan dosa, maka bersegeralah bertaubat kepada Allah SWT tanpa menangguhkannya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: