Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Mantan Mudir Pondok Sungai Durian meninggal dunia

Posted by epondok di Mei 1, 2017


PENGETUA Madrasah Muhammadiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Ismail Sulaiman, 77, meninggal dunia pagi tadi. – Foto ihsan Yahya Yaacob

 

Oleh Syaherah Mustafa

1 Mei- Kuala Krai: Pengetua Madrasah Muhammadiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Ismail Sulaiman, 77, meninggal dunia akibat serangan angin ahmar pada jam 11.48 pagi tadi.

Allahyarham yang menghembus nafas terakhir di sisi keluarga meninggalkan tiga isteri dan empat anak.

Anak saudaranya, Datuk Dr Abdul Basit Abd Rahman berkata, bapa saudaranya yang diserang penyakit itu sudah terlantar sejak tiga tahun yang lalu.

Beliau yang juga Musyrif Pondok berkata, keadaan bapa saudaranya yang lebih dikenali sebagai Pak Su Weil tenat sejak jam 8 pagi tadi sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga.

“Jenazah bapa saudara telah disembahyangkan di Masjid Pondok Sungai Durian pada jam 5 petang ini tadi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pondok Sungai Durian,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, bapa saudaranya itu adalah pengasas bersama bapanya, Allahyarham Abd Rahman Sulaiman yang menubuhkan Pondok Sungai Durian pada Jun 1958.

Beliau berkata, arwah bapa saudaranya dilantik sebagai pengetua pondok sejak 1988.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: