Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 11 April 2017

Kaji dahulu maklumat sebelum sebar

Posted by epondok di April 11, 2017

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan berkenaannya.” (Surah al-Israk, ayat 36)

Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Tidak ada satu perkataan yang diucapkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia mencatatnya.” (Surah Qaf, ayat 18)

Hendaklah mengkaji dulu maklumat yang diterima kerana ditakuti ia adalah perkara tidak benar dan andai kita turut menyebarkannya, maka kita termasuk dalam golongan yang menceritakan berita tidak betul.

Sebar perkara didengar

Abu Hurairah berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Cukuplah seorang dikira sebagai penipu apabila dia menceritakan setiap perkara yang didengarinya.” (Riwayat Muslim)

Kesan berpura-pura

Asma’ binti Abu Bakar berkata, seorang perempuan bertanya: “Wahai utusan Allah, saya ada madu (isteri lain suaminya). Adakah saya berdosa jika saya berpura-pura kepadanya saya berpuas hati mendapat sesuatu yang sebenarnya suami saya tidak berikan kepada saya? Nabi Muhammad SAW menjawab: Orang yang berpura-pura berpuas hati mendapat apa yang tidak diberikan kepadanya seperti orang yang memakai dua helai pakaian yang bukan miliknya dan menampilkan seolah pakaian itu miliknya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Advertisements

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »