Oleh: Siti Rohana Idris
TUMPAT, 1 MAC : Sebanyak 44 unit pondok di Madrasah Al Badriah, di sini, hangus dalam kebakaran pada jam 8.20 malam tadi.
Kebakaran bangunan separuh kayu di Kampung Jal Besar, di sini, yang dihuni 120 pelajar itu dipercayai berlaku akibat litar pintas.
Seramai 25 anggota dari Balai Bomba Tumpat dan Pengkalan Kubor bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 8.25 malam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Penguasa Bomba Kanan II, Hussin Ab Rahman, berkata kebakaran dipadamkan sepenuhnya kira-kira sejam kemudian. “Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya ketika ditemui di lokasi, sebentar tadi.
Sementara itu, mudir pondok terbabit, Saiful Bahari Che Ali, berkata ketika kejadian semua pelajar tiada di pondok itu kerana berada di madrasah untuk kelas pengajian agama.
“Alhamdulillah, tidak ada kemalangan jiwa berlaku dan saya bersyukur semua pelajar di pondok ini sempat menyelamatkan diri,” katanya.
Menurutnya madrasah itu mempunyai 100 pondok tidak termasuk yang masih dalam pembinaan
Sebarang maklumat dan bantuan boleh hubungi
Madrasah al-Badriah,
Pondok Kampung Jal Besar
16210 Tumpat
Ustaz Saifulbaharin b Che Ali
No Telefon : 01129464922