Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Cara berkomunikasi boleh ubah sikap

Posted by epondok di Februari 2, 2017


Oleh Norhayati Paradi

Ustaz Pahrol Mohd Juoi menerusi Islam Itu Indah di IKIMfm menitipkan nasihat dalam merealisasikan perancangan sesuai dengan prinsip hidup orang Mukmin muhsinin (yang berbuat kebaikan) menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih elok daripada hari ini.

Selain menekankan kepentingan mental, fizikal dan spiritual sebagai modal merangka perancangan masa depan, aspek hubungan tidak boleh dipinggirkan. Iman membolehkan amanah dipikul dengan sempurna. Apabila amanah dilaksanakan dengan ikhlas cekap, efektif, efisyen serta berkesan, maka akan terhasil keamanan dalam diri, persekitaran sekali gus kehidupan. Iman menjadi inspirasi dan aspirasi waktu perasaan buntu, fikiran beku dan jiwa sebu.

Lumrah kehidupan menongkah arah kemahuan kerana setiap yang diinginkan tidak selalunya diperoleh manakala apa yang tidak diharapkan mungkin terjadi. Oleh itu, usah putus asa kerana iman akan menyemarak kembali harapan. Sesungguhnya segala kesukaran akan terangkat dengan bantuan Allah SWT. Dalam hidup, bukan soal tenaga, kudrat dan kepandaian individu yang menjayakan hidupnya, segala-galanya bergantung kepada pertolongan Yang Maha Esa.

Iman sumber kekuatan jiwa

Hadapi kehidupan dengan keyakinan (iman) kerana ia jalan menggamit bantuan-Nya. Di samping itu, iman ini juga adalah sumber semangat ketika jiwa dilanda malas dan letih dengan kehidupan. Tatkala iman kepada Allah SWT tinggi, natijahnya hubungan sesama manusia juga akan meningkat. Hubungan baik manusia dengan Allah SWT melalui iman akan menyuburkan hubungan baik dengan manusia menerusi ukhuwah dan persaudaraan.

Justeru, iman berkait terus dengan kasih sayang dan persaudaraan. Hubungan sesama ahli keluarga asas kepada hubungan sesama manusia diikuti hubungan dengan saudara, sahabat dan masyarakat, termasuk yang berada di alam maya. Perhubungan adalah asas kepada komunikasi. Islam dan Rasulullah SAW menitikberatkan hal komunikasi. Rasulullah SAW adalah pakar dalam komunikasi lisan menggunakan kaedah ringkas, padat dan tepat dengan nada sesuai situasi serta bahasa tubuh yang jelas keikhlasannya.

Menurut kajian, 80 peratus masalah dalam perkahwinan, kepemimpinan malah pengurusan adalah disebabkan kegagalan berkomunikasi. Kajian Prof Thomas Berry dari Harvard Business School menyatakan, ada tiga faktor kejayaan manusia.

Tiga faktor kejayaan manusia

Pertama ilmu, kedua kemahiran dan ketiga sikap. Hasil daripada kajiannya mendapati hanya tujuh peratus berkaitan ilmu dan kemahiran, manakala 93 peratus ditentukan oleh sikap. Kayu ukur kejayaan dalam komunikasi adalah sikap yang mampu membuat seseorang suka atau benci kepada yang lain. Tunjang kepada sikap adalah nilai kepercayaan yang perlu kepada sangkaan baik terhadap orang lain. Tip menjaga hubungan adalah dengan menghargai orang lain.

Fitrah manusia ingin dihargai. Penghargaan tidak selalu diukur dengan nilai ringgit tetapi kata-kata. Rasulullah SAW sentiasa menghargai sahabat Baginda dengan memberi gelaran yang melambangkan sikap mereka. Rasulullah SAW mendidik umat untuk meraikan setiap golongan dalam masyarakat dengan meraikan golongan atasan serta mengasihi golongan bawahan. Paling mudah, mulakan dengan senyum dan salam sebagai pemecah ego diri

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: