Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for November 2016

Pondok Ahli PPPB

Posted by epondok di November 30, 2016

PONDOK KELANTAN AHLI PPPB

BIL

ALAMAT PONDOK

PENGETUA/MUDIR

TELEFON

1

Madrasah Diniah Bakriah

Pondok Pasir Tumboh,

16150 Kota Bharu

www.al-bakriah.com.my

Tuan Guru Hj Wan Muhamed b Wan Osman 09-7657786 (P)

012-9623806

Us Wan Qusyairi

2.

Madrasah Rahmaniah

Pondok Lubuk Tapah,

17200 Lemal, Pasir Mas

Dr Hj Lukman b Hj Abdullah 0139754428

3.

Madrasah Muhammadiah

Pondok Sungai Durian,

18000 Kuala Krai

http://www.pondoksgdurian.com

 

Dr Hj Abdul Basit Hj Abdul Rahman 09-9667071(P)

014-8363449

Ustaz Yahya

4.

Madrasah Yusufiah

Pondok Banggol Naim, Gelang Mas 17010 Pasir Mas

Tuan Guru Hj Awang Yusuf 0145145943 / 0199185134 Tuan Guru Hj Awang Yusuf

5.

Madrasah Ar-Rahmaniah,

Pondok Neting,

Kg Neting, Tumpat

Ustaz Hakimi 014-5075528

Ustaz  Hakimi

6.

Madrasah Dakwah Islamiah

Pondok Seri Permai Seligi,

Kg Permatang Sungkai,

16800 Pasir Puteh

 

Us Arfan b Abdul Hamid Us Nasir

012-6965443

Us Ahmad

013-6393678

7.

Madrasah Fununiah Tunjuniah

KM 7 Jln Kuala Krai, 16010 Mulong, Kota Bharu

09-7126708 (P) / 019-9859887 Ustaz Nasarudin

8.

Pondok Berangan

Kampung Berangan, 16200 Tumpat

Tuan Guru Hj Muhammad Hj Ali 0109161468 Ustaz Asmadi

9.

Madrasah Muhammadiah

Pondok Beta Hilir, Kg Beta Hilir, 15150 Kota Bharu

Ustaz Hj Mohd Jalaludin as-Sayuti Hj Muhammad 012-9845040

Ustaz sayuti

019-9060874

Ustaz Nazri

10.

Madrasah Darul Muttaqin

Pondok Lepan Bola, Lawang, Batu Gajah, 17510 Tanah Merah

 

Ustaz Hj Tuan Mahmud Tuan Soh 013-9817321

Ustaz Nuh

11.

Madrasah Darul Ilmi

Pondok Bukit Gading,

17500 Tanah Merah

Ustaz Hj Muhammad Awang 0179782014 /

019-9272388

Ustaz Hj Alias

12.

Madrasah al-Diniah al-Falahiah

, Kg Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir Puteh

Ustaz Wan Rosli b Ibrahim 019-9481330

Ustaz Rosli

13.

Madrasah An-Najmiah

Pondok Geting, Kg Geting, 16200 Tumpat

Tuan Guru Hj Abdullah Sa’amah

14

Madrasah Diauddin

Pondok Gual Dalam, Lubok Setol, 17200 Rantau Panjang,

Pasir Mas, Kelantan

http://www.pondokluboksetol.webs.com/

Ustaz Hj Abdullah Zawawi 0199570612 / 019-9559753

15

Kulliyah Pondok Darul Naim

Kg Terusan Limbat, 16150 Pasir Tumboh, Kota Bharu

http://www.kulliyahpondok. keepandshare.com

 Us Hj Wan Ismail b Wan Ibrahim 09-7641206 (P) / 0139818773 Ustaz Hamid

Posted in Pondok Malaysia | Leave a Comment »

Buka mata hati lihat yang tersurat

Posted by epondok di November 27, 2016

Oleh Syafiq Salleh

Kepedihan dan kesedihan yang datang bersama dalam ujian yang kita hadapi sematkanlah dalam hati dan bersangka baik kepada Allah SWT. Sekiranya kita belum nampak kebaikan yang Allah SWT berikan melalui takdir ujian itu menunjukkan ilmu pengetahuan kita tidak mampu mengukur dan menjangka ilmu Allah SWT yang Maha Luas.

Pujuk hati untuk menerima takdir walaupun mungkin mengambil masa untuk kita melihat kebaikan di sebalik kepahitan, kepedihan dan kesakitan yang diberikan Allah SWT.

Perkongsian Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam rancangan Islam Itu Indah bersama pendengar di IKIMfm pada setiap Rabu jam 10.15 pagi yang lalu, masih meneruskan perbincangan mengenai topik ‘Saat Diri Diuji’ (Bahagian kedua)’.

Kegagalan, kerugian, kesakitan, perpisahan dan kematian mempunyai kebaikan jika semua itu datang daripada Allah SWT. Hikmah yang berlaku itu mungkin kita tidak dapat melihat disebabkan oleh mata hati kita yang buta. Bukalah mata hati untuk melihat sesuatu yang tersirat daripada yang tersurat supaya kita selalu dapat dihubungkan dengan Allah SWT untuk ditambahkan keimanan.

Oleh yang demikian, Pahrol terus mengingatkan bahawa bersangka baik dan ingatlah kepada Allah SWT kerana kaedah itu akan menjamin kebaikan hidup. Hal ini dapat kita lihat menerusi firman Allah di dalam hadis qudsi di mana sabda Rasulullah SAW bahawa Allah SWT telah berfirman: “Aku (Allah) adalah seperti sangkaan hamba-Ku terhadap Aku. Dan Aku bersamanya tatkala dia mengingati-Ku. Sekiranya dia mengingati-Ku dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diri-Ku”.

Bersangka baik

Untuk mendapat kebaikan dari sesuatu ujian mesti bermula dengan bersangka baik kepada Allah SWT. Apabila bersangka baik kepada Allah SWT, maka hati menjadi tenang dan fikiran menjadi lapang. Segala emosi dan pengurusan diri akan menjadi tenteram. Namun begitu, sifat diri manusia yang lemah tidak terkecuali untuk terlanjur bersangka buruk kepada Allah SWT. Sekiranya berlaku sedemikian, maka bertaubatlah dengan sebenar-benarnya dan mulakanlah bersangka baik. Allah SWT bersifat ar-Rahman dan ar-Rahim juga sifat-sifat baik daripada-Nya.

Yakinlah bahawa Allah SWT memberi ujian sepadan dan setimpal dengan kemampuan kita untuk menghadapinya. Sebagai contoh, apabila kita ingin menempah baju dengan seorang tukang jahit berpengalaman dan cekap untuk mengukur dan menjahit, beliau akan menyiapkan baju sesuai mengikut saiz tepat berdasarkan bentuk badan kita.

Ujian yang datang itu sesuai dengan kemampuan seseorang manusia untuk menerima dan menempuhi segala-galanya kerana Allah SWT Maha Adil dan Dia tidak pernah sesekali bersifat keterlaluan dalam menguji seseorang hambanya. Perkara ini dapat kita lihat menerusi firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 286, yang bermaksud: “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya”.

Saat dan ketika apabila Allah SWT memberikan ujian, Dia meminta kita mengeluarkan seluruh potensi diri yang tidak disangka dan dijangka oleh diri. Sebagai contoh, sekiranya kita dikejar oleh anjing maka kita akan berlari sekuatnya sehingga tidak terjangka kita mampu melangkah seluasnya melintasi lopak air dan parit untuk menyelamatkan diri. Walau ujian sakit yang diberikan menyebabkan kita menderita sakit, Allah SWT mengetahui kita berupaya menyelesaikan ujian tersebut dengan cara yang paling terbaik.

Didik dekat kepada Ilahi Ujian adalah didikan daripada Allah SWT kepada hamba-Nya untuk lebih mendekatkan diri kepada Tuhan yang maha pencipta. Sekiranya kita sentiasa rasa selamat dan selesa dengan tahap iman yang sedia ada, sedangkan diri kita belum berada di tempat yang betul di sisi Allah SWT, maka sebab itulah Allah SWT menurunkan ujian untuk memperbetulkan keadaan diri kita. Hal ini termasuklah ketika diri diuji, Allah SWT mahu kita menggunakan sepenuh kekuatan yang ada dalam diri disamping melaksanakan kaedah yang terbaik dengan memantapkan ibadah solat dan berdoa.

Oleh itu, setiap ujian juga membawa pengajaran supaya menjadi lebih soleh serta dapat meningkatkan lagi ketakwaan kepada Allah SWT. Ambillah manfaat ujian yang diberikan oleh Allah SWT itu dengan bersangka baik kepada-Nya dan pelajarilah hikmah daripada ujian tersebut supaya kita dapat menjadi sebaik-baik hamba.

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »

Waspada gerakan puak antihadis

Posted by epondok di November 26, 2016

ANTIHADIS adalah golongan yang tidak mempercayai hadis iaitu sama ada kata-kata, perbuatan dan perlakuan disandarkan kepada Rasulullah SAW sebagai sumber rujukan Islam selain al-Quran.

Hujah golongan fahaman ini adalah al-Quran diturunkan sebagai kitab yang lengkap dan sempurna tanpa memerlukan sumber lain sebagai rujukan Islam.

Bukan isu baharu, tetapi golongan antihadis telah wujud sejak dahulu lagi di seluruh dunia. Namun, golongan yang mengatakan hadis Rasulullah SAW sebagai dogeng itu mula tersebar meluas di Asia Tenggara termasuk negara ini.

Golongan ini mempertikai kebenaran hadis sehingga mereka menggesa agar ia dinilai semula. Apa yang menyedihkan, pandangan ini telah mendapat sambutan umat Islam termasuk dalam kalangan golongan bijak pandai di institusi pengajian tinggi, pensyarah, guru dan pegawai kerajaan.

Mereka turut mengajak umat Islam supaya tidak taat dan patuh kepada ajaran Rasulullah sama ada perkataan mahupun perbuatan baginda.

Fahaman ini dikesan aktif menyebarkan pengaruh dan fahaman mereka menerusi penulisan artikel serta penerbitan. Antara penyelewengan buku-buku yang dikeluarkan oleh kumpulan ini, mereka mendakwa bahawa hadis merupakan penyelewengan Nabi Muhammad terhadap Islam.

Hakikatnya, umat Islam perlu sedar bahawa semua tuduhan yang direka oleh kumpulan ini adalah menyeleweng di sisi Islam. Ini kerana, Allah turut memerintahkan umat Islam agar mentaati Nabi Muhammad SAW menerusi firman-Nya bermaksud:

“Kami tidak mengutus engkau (wahai Muhamad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul membawa berita gembira (kepada orang beriman) dan memberi peringatan (kepada orang ingkar) tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).” (al-Imran: 31)

Antara tugas besar Rasulullah diutuskan adalah untuk membawa berita gembira dan mengajak umat manusia mentauhidkan Allah. Kelahiran baginda juga membawa rahmat bagi seluruh alam yang meliputi kehidupan umat manusia sebagaimana firman Allah bermaksud:

“Tidak aku utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan membawa rahmat pada seluruh alam.” (al-Anbia: 107)

Sehubungan itu, ayat ini jelas menunjukkan bahawa selain al-Quran, hadis juga merupakan sumber utama perundangan dalam syariat Islam, justeru umat Islam wajib berpegang kepada al-Quran dan hadis serta mengamalkan ajarannya.

Sesiapa yang tidak mempercayai serta menolak hadis boleh terkeluar daripada Islam iaitu murtad. Ingatlah bahawa golongan antihadis sangat berbahaya dan menyesatkan akidah umat Islam. Oleh itu jauhilah golongan ini dan bagi mereka yang terlibat segeralah bertaubat dengan taubat nasuha.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Darimi bermaksud: “Berpeganglah dengan sunahku dan sunah khulafah ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk selepas ku dan gigitlah sunah itu dengan gigi gerham kamu,(berpegang teguh dengan sunnah).” – Riwayat Nasai

 

Posted in Fokus Isu | Leave a Comment »

7 Pintu Neraka bersama penghuninya

Posted by epondok di November 25, 2016

Oleh Fairuz Nordin

 

Setiap manusia tidak terlepas daripada melalui titian sirat. Tempoh perjalanan itu bergantung kepada amalan ketika di dunia. Allah SWT menurunkan Surah al-Ikhlas dengan menggambarkan betapa pentingnya sifat ikhlas dalam mengerjakan amal ibadah kerana ia dapat membantu manusia kelak.

Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani menerusi perkongsian di dalam slot Mau’izati di IKIMfm berkata di dalam kehidupan jadilah orang yang ikhlas mengerjakan amalan, terutama ketika bersedekah. TIDAK akan ada seorang pun umat manusia yang hidup di muka bumi ini, ingin dihumbankan ke dalam neraka pada Hari Kiamat kelak jika membayangkan betapa teruknya azab yang akan diterima. Perjalanan meniti titian sirat itu pun sudah memakan masa yang sangat lama dan keadaan yang bakal dihadapi adalah bergantung kepada amalan masing-masing ketika melaluinya.

Namun, ada beberapa perkara yang dapat menyelamatkan manusia daripada tergelincir ketika melalui titian sirat. Hati yang terikat kepada masjid akan menyelamatkan manusia daripada terjatuh ke dalam kawah neraka.

Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani menerusi perkongsian di dalam slot Mau’izati yang ke udara di IKIMfm pada setiap Khamis, jam 5.15 petang, berkata di dalam kehidupan jadilah orang yang ikhlas mengerjakan amalan, terutama ketika bersedekah. Sukarnya menjadi manusia yang ikhlas sehingga turunnya Surah al-Ikhlas yang ditinggikan Allah SWT nilainya kerana jika ia dibaca, pahalanya sama seperti membaca satu pertiga al-Quran.

Maafkan kesalahan orang

Perkara ketiga yang dapat menyelamatkan manusia ialah dengan memaafkan kesalahan orang lain. Sesungguhnya umat Islam tidak wajar bertelagah di antara satu sama lain.

Perkara keempat ialah membantu orang lain dalam memudahkan urusan dan mengurangkan bebanan di dalam mengharungi perjalanan hidup. Kemudian, banyakkan memenuhi keperluan orang lain dan tidak mementingkan diri, melakukan amalan yang dapat membantu orang lain di dalam mentaati perintah Allah SWT.

Seterusnya kita juga digalakkan menjaga Mukminin daripada gangguan golongan kafir atau munafik. Firman Allah SWT dalam Surah al-Mulk, ayat 7 hingga 9: “Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak. Hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga neraka itu kepada mereka: Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)? Mereka menjawab: Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatu pun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar!”

Gambaran sifat neraka

Antara sifat neraka yang digambarkan oleh Imam al-Tirmizi meriwayatkan daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah SAW, sabdanya: “Neraka itu dinyalakan selama seribu tahun untuk dibakar sehingga berwarna merah. Kemudian dipanaskan selama seribu tahun lagi, menjadi berwarna putih. Dipanaskan selama seribu tahun lagi sehingga menjadi hitam pekat.” Dalam riwayat lain menjelaskan neraka dibakar selama seribu tahun sehingga menjadi putih, kemudian dibakar lagi selama seribu tahun menjadi merah. Lalu dinyalakan lagi selama seribu tahun menjadi hitam pekat, berwarna gelap seperti malam yang tiada bulan dan bintang. Ibnu al-Mubarak menyebut riwayat daripada Suffian daripada Sulaiman daripada Abu Zibyan daripada Salman, neraka itu hitam. Bara apinya tidak bercahaya, gelap yang pekat dan busuknya keadaan di dalam neraka itu. Setiap kali manusia ingin keluar dari neraka lantaran bebanan kesengsaraan, ditolak semula masuk ke dalamnya bertaburan. Lalu disebut kepada ahli neraka: “Rasalah kamu dengan azab yang amat pedih di saat ini!”

Dalam riwayat Malik meriwayatkan daripada Abu Zinnad daripada al-A’rash daripada Abu Hurairah, menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Api dunia yang kamu panaskan itu satu per tujuh puluh bahagian daripada api neraka.”

Abdullah bin Masud meriwayatkan Rasulullah bersabda: “Api kamu semua ini adalah satu per tujuh puluh daripada api neraka jahanam. Jika dahulu ia tidak dipadamkan dengan air laut sebanyak sepuluh kali, maka kamu tidak dapat memanfaatkan api itu sendiri.”

Dalam riwayat Muslim daripada Anas bin Malik disebut Rasulullah SAW bersabda: “Pada Hari Kiamat, manusia yang paling senang di dunia ini menjadi penghuni neraka. Apabila dicelup sekali di dalam api neraka, malaikat bertanya padanya. Wahai anak Adam, adakah dalam hidup kamu merasai nikmatnya kebaikan? Lalu dijawab: Tidak pernah, ya Allah.” Walaupun sekali dimasukkan ke dalam api neraka membuatkan mereka hilang ingatan terhadap nikmat ketika hidup di dunia dahulu. Kemudian Allah SWT memanggil orang Mukmin yang paling susah ketika hidup di dunia dahulu, lalu dibawa dan dicelup sekali sahaja di dalam syurga. Dikeluarkan semula dan ditanya: “Ketika di dunia dahulu pernahkah kamu merasai kesusahan? Dijawabnya, demi Allah, aku tidak pernah merasai susahnya hidup dahulu, kerana nikmat syurga dirasainya sehingga tenggelam segala kesusahan yang pernah dihadapinya dahulu.”

Tujuh pintu neraka

Pada setiap tujuh pintu neraka terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung terdapat 70,000 cabang api neraka. Setiap cabang mempunyai 70,000 celah api neraka, manakala setiap celahnya mempunyai 70,000 lembah. Setiap lembah terdapat 70,000 istana api, setiap istana mempunyai 70,000 rumah api dan setiap rumah terdapat pula 70,000 botol besar yang beracun. Apabila Kiamat tiba, penutup itu dibuka maka manusia merasa takut sehingga masih-masing menyeru: “Ya Allah, selamatkanlah..selamatkanlah.”

Wahab Munabih berkata, berdasarkan sabda Rasulullah SAW jarak di antara dua pintu adalah 70 tahun perjalanan.

Pintu neraka pertama dinamakan Neraka Jahanam (dahi yang berkerut), kerana apabila manusia dihumban ke dalamnya akan membuatkan dahi mereka berkerut-kerut kerana api memakan daging mereka dan ini adalah azab yang paling ringan dalam kalangan ahli neraka. Kumpul harta, tak sedekah

Pintu neraka kedua ialah Ladza (berbolak-bolak), ia akan menggelupas kulit kepala manusia yang berpaling daripada agama dan tidak mahu mendengar ayat Allah. Mereka mengumpulkan harta dan menyimpannya tanpa menyumbang kepada jalan Allah SWT. Sifat neraka ini cenderung membakar dan memakan kedua-dua tangan dan kaki.

Pintu neraka ketiga ialah pintu ke neraka Saqar. Ahli neraka akan dibakar daging dan kulit sehingga hancur kecuali tulang mereka, di atasnya terdapat 19 penjaga neraka untuk membakar manusia di dalamnya yang semasa hidup mereka tidak mendirikan sembahyang.

Pintu neraka keempat ialah Huthamah yang apinya menyala-nyala, membakar dari kaki dan dimasukkan terus ke dalam hati. Lalu dilontarkan percikan api yang besar setinggi istana meranapkan dirinya sehingga menangis mengeluarkan air mata darah dan nanah sehingga kering.

Pintu neraka kelima adalah Jahim, ahli nerakanya tidak akan mati di dalamnya, manakala bara apinya sebesar bumi ini. Pintu neraka keenam ialah Sair, sentiasa menyala sejak diciptakan Allah yang di dalamnya terdapat 300 istana, setiap istana ada 300 rumah dan setiap rumah terdapat 300 jenis seksaan.

Pintu neraka ketujuh ialah Hawiyah yang juga neraka yang amat panas diciptakan Allah SWT, ahli neraka yang memasukinya akan mendiaminya buat selama-lamanya.

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »

Ajar anak cari keredaan ibu bapa

Posted by epondok di November 24, 2016

KELUARGA adalah institusi penting kerana ia sebuah kesatuan masyarakat kecil yang menjadi asas dalam pembentukan masyarakat. Ibu bapa insan yang rapat dan dihormati dalam institusi keluarga. Mereka banyak berkorban membesarkan dan memberi didikan kepada anak. Mereka tidak pernah meminta, mengharapkan balasan atau bayaran terhadap penat lelah, pengorbanan dan kasih sayang yang diberi.

Sewaktu menyambung kembali tajuk ‘Memahami Keluarga Besar’ dalam rancangan Pesona D’ Zahra di IKIMfm, Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin sempat menggariskan tiga perkara utama yang perlu diberi perhatian sewajarnya oleh ibu bapa dalam mendidik anak. Kunci utama ke syurga itu ialah mendapat reda Ilahi dan untuk mendapat reda Ilahi, ia bergantung kepada reda ibu bapa. Inilah yang sering dilupakan oleh anak selama ini.

Sabda Rasulullah SAW: “Reda Allah bergantung pada reda kedua-dua ibu bapa dan murka Allah SWT bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa. Syafaat Rasulullah SAW bergantung pada reda Allah SWT. Kemuliaan Allah SWT bergantung pada bagaimana anak itu memuliakan kedua- dua ibu bapanya.”

Betapa besarnya kedudukan ibu bapa selepas Allah SWT kerana tanpa mereka dan dengan izin-Nya, tiadalah kita di muka bumi ini. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah mewajibkan supaya tidak menyembah selain daripada-Nya dan berlaku baik kepada ibu bapa.” (Surah al-Isra’, ayat 23)

Hati tulus, ikhlas

Menjadi kewajipan untuk mengajar anak mencari keredaan ibu bapa menerusi pemberian hadiah, pertolongan serta sentiasa cuba menyenangkan hati dan perasaan kedua-dua ibu bapa. Doa ibu bapa merangkumi keikhlasan dan ketulusan. Ada kala seseorang itu berdoa untuk kebaikan orang lain atas sebab mendapatkan kebaikan pada dirinya. Akan tetapi doa ibu bapa daripada hati tulus ikhlas untuk kebaikan anak, bukan mendapat balasan atas kejayaan yang diperoleh. Umpamanya, seorang ibu mendoakan kebaikan kepada anak sebelum mereka dilahirkan, mengharapkan diberi perlindungan oleh Allah SWT. Sudah pasti Allah SWT tidak akan mensia-siakan doa seorang ibu terhadap anaknya demi kebaikan di dunia dan akhirat.

Pada masa sama, tidak lupa untuk berkomunikasi serta mendidik anak mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka di dunia dan akhirat. Sebagai anak, kita boleh memanjatkan doa kepada Ilahi supaya ibu bapa diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan diampunkan segala dosa. Anak juga diingatkan untuk mendoakan ibu bapa walaupun mereka sudah meninggal dunia. Kita memohon keampunan kepada Allah SWT supaya menghapuskan segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman. Didik sifat pemaaf Islam mendidik umatnya bersikap pemaaf.

Salah satu sifat Allah SWT ialah Maha Pengampun.

Saban hari ada sahaja dosa yang kita lakukan, tetapi selagi nyawa tidak di kerongkong, Allah SWT masih membuka pintu taubat kepada hamba-Nya. Kasih sayang-Nya tidak ternilai, sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengampun kepada hamba yang tidak jemu memohon keampunan atas segala dosa yang telah dilakukan sama ada nyata mahupun tersembunyi. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Nisa’, ayat 25)

Malah, ibu bapa juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan kepada anak, maka amat wajar bagi ibu bapa untuk meminta maaf. Tanam sifat mudah berasa bersalah terhadap apa sahaja yang berlaku meskipun ia adalah perkara remeh-temeh. Ia tidak membawa sebarang manfaat jika ibu bapa masih berterusan enggan menerima kemaafan daripada anak mereka. Selagi tidak memaafkan anak, selagi itulah fikiran akan dipenuhi dendam dan segala aura negatif, manakala anak pula berada dalam suasana hati yang tidak tenang atau dilanda ketegangan emosional.

Oleh itu, mulakan berlatih meminta maaf daripada anak. Anak memerlukan watak yang boleh dijadikan contoh. Sesungguhnya anak adalah anugerah Allah SWT yang cukup berharga kepada ibu bapa. Berilah perhatian supaya mereka menjadi insan bertakwa dan berguna kepada agama, bangsa serta negara.

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »

Homoseksual rentasi batas agama

Posted by epondok di November 23, 2016

KEGIATAN homoseksual bukan gejala sosial baharu yang diamalkan manusia. Kegiatan tidak bermoral ini dilakukan masyarakat zaman silam. Beribu tahun dahulu, kegiatan homoseksual adalah aktiviti kaum Luth di Sodom.

Kegiatan tidak bermoral ini dinyatakan Allah SWT di dalam al-Quran menerusi surah al-A’raf: ayat 80-81 yang bermaksud: “Dan (Kami juga telah mengutus) Lut (kepada kaumnya) (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada mereka, “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan fahsiah (mungkar itu) yang belum pernah dikerjakan oleh seseorang pun (di dunia ini) sebelum kamu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.”

Hubungan jenis sesama jantina bukan sahaja dosa besar malah termasuk dalam perbuatan yang dilaknat Allah SWT. Perbuatan itu bukan sahaja diseksa di hari akhirat bahkan akan ditimpakan Allah SWT bala di dunia ini. Bencana diturunkan Allah kepada penduduk Sodom dijelaskan dalam surah al-A’raf: ayat 83 yang bermaksud: “Dan Kami turun­kan kepada mereka (kaum Luth) hujan (batu), maka perhatikan bagaimana kesudahan orang yang berdosa itu.”

Selain peristiwa di Sodom itu, terdapat juga peristiwa kemungkaran penduduk di bandar-bandar di bawah pemerintahan Rom seperti Pompeii, Stabiae dan Herulaneum pada era hampir abad pertama Masihi. Mengikut ahli sejarah, penduduk di bandar ini melakukan pelbagai kegiatan maksiat seperti homoseksual, pelacuran, seks bebas yang mana kegiatan seks dilakukan secara terbuka.

Bala dan kemurkaan Allah SWT terhadap penduduk bandar itu diperlihatkan kepada manusia apabila Gunung Vesuvius di Itali meletup sehinggakan bandar-bandar dan beribu-ribu orang penduduk di situ terkambus. Pompeii terkambus sedalam 3.05 meter manakala Herculaneum terkubur sedalam 23 meter. Sebelum gunung berapi tersebut meletus, ia mengeluarkan bunyi seperti guruh yang dahsyat dan menggerunkan.

Ahli-ahli arkeologi yang menggali bandar-bandar tersebut mendapati mayat-mayat yang terkambus itu diselaputi lumpur yang mana bentuk tubuh badan mereka masih kekal. Gambar-gambar lukisan yang digantung di dalam bangunan-bangunan yang tenggelam itu menunjukkan corak kehidupan masyarakat ketika itu. Di antaranya terdapat gambar lelaki melakukan hubung­an seks sesama jantina dan pelbagai gambar lucah berkaitan hubungan seks di khalayak ramai termasuk bersama haiwan. Berdasarkan kepada corak kehidupan yang dipenuhi dengan hawa nafsu yang melampaui batas maka kemurkaan Allah terhadap mereka adalah tidak terbatas.

Homoseksual dianggap sebagai kegiatan yang dilaknat Allah di dalam al-Quran dan juga Old Testament. Islam secara tegas menentang kegiatan tersebut kerana bertentangan dengan fitrah manusia. Malangnya, amalan ini masih dianggap sebagai fitrah manusia bagi kebanyakan gereja Protestan di Barat.

Konsep kehidupan sekularisme yang dianuti oleh majoriti masyarakat Barat lebih memen­tingkan materialisme daripada kerohanian. Konsep kehidupan demikian menyebabkan keba­nyakan masyarakat Barat berada dalam keadaan kehausan kerohanian. Hasilnya, corak kehidup­an mereka sama dengan budaya dan tradisi masyarakat Pompeii, Stabiae dan Herculaneum yang hidup 2,000 tahun lalu.

Kegiatan homoseksual seper­ti berlaku di Barat begitu pantas menular dalam kalangan masyarakat Islam masa kini. Ini menunjukkan struktur masyarakat Islam semakin hari semakin berubah mengikut arus globalisasi. Dalam era globalisasi, setiap kegiatan di Barat sama ada baik atau buruk mudah masuk ke dalam negara Islam. Ini disebabkan perkembangan teknologi komunikasi yang canggih memberi peluang sepenuhnya kepada Barat mengeksport budaya, ideologi dan tradisi kehidupan mereka ke negara lain terutamanya negara Islam.

Jika di Barat, lesbian dan gay dilantik menjadi biskop dan me­ngendalikan urusan gereja dan keagamaan, maka lesbian dan gay yang beragama Islam juga ingin membentuk masyarakat gay dan lesbian yang mempunyai institusi keagamaan sendiri. Perkara ini berlaku di Cape Town, Afrika Selatan di mana gay yang beragama Islam membina masjid dan me­laksanakan urusan keagamaan untuk kumpulan mereka seperti berimamkan gay ketika solat Jumaat, menguruskan perkahwinan sesama jantina serta menggalakkan umat Islam mengamalkan kehidupan homoseksual.

Persoalannya, adakah Allah akan menerima solat dan ibadah orang yang memilih corak kehidupan bertentangan dengan fitrah manusia yang tergolong dalam kalangan dilaknat Allah seperti mana berlaku pada umat Nabi Lut dan juga masyarakat Pompeii? Perkara ini sepatutnya menjadi persoalan dan perbahasan dalam kalangan kumpulan homoseksual. Apakah ertinya melakukan pelbagai ibadah jika corak kehidupan itu tidak diterima oleh Allah?

Masyarakat Islam perlu menentang penularan pengaruh homoseksual ini kerana kecuai­an dalam mengatasinya boleh menyebabkan umat Islam menghadapi permasalahan kehausan kerohanian keterlaluan yang boleh memusnahkan struktur sosial masyarakat Islam. Sikap terlalu berlembut sehingga sanggup menyokong kegiatan mungkar yang dilakukan oleh golongan ini adalah bertentangan dengan konsep pendidikan dan kasih sayang dalam Islam.

Perjuangan menentang hawa nafsu dan bisikan syaitan adalah jihad al-akhbar. Oleh itu, golong­an ini amat memerlukan bantuan umat Islam bagi membanteras bisikan syaitan yang sentiasa mendorong mereka melakukan kegiatan yang boleh memusnahkan kehidupan mereka di dunia dan akhirat.

PROF. MADYA DR. SAODAH ABD. RAHMAN

 

Posted in Fokus Isu | Leave a Comment »

Implikasi 
trend nama anak

Posted by epondok di November 22, 2016

Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah binti Airol Anizam. Menyebutnya sahaja sudah lelah apatah lagi untuk menulisnya jika mahu mengisi borang pendaftaran nama.

Bayangkan pula jika anak ini mahu menulis namanya pada setiap buku latihan dan kertas menjawab peperiksaan. Penulis sendiri telah mencuba, lebih kurang 32 saat diperlukan untuk menulis nama berkenaan. Itu orang dewasa, jika kanak-kanak, penulis kira mungkin lebih kurang seminit agaknya untuk selesai menulis.

Tiada niat untuk mempertikai nama berkenaan, malah apa yang hendak ditekankan adalah begitu unik dan kreatif nama-nama yang diberikan ibu bapa masa kini yang pasti memberi makna tersendiri kepada ibu bapa.

Pun begitu, baru-baru ini berlakunya kontroversi dan pertikaian nama ‘Damia’ yang dikatakan bermaksud tempat keluar darah sehingga mencetuskan perbalahan antara netizen di laman sosial selepas sekeping surat penukaran nama yang dilakukan oleh seorang bapa terhadap anaknya tersebar.

Isu pertikaian maksud nama sering berlaku dalam kalangan masyarakat kerana rata-rata ibu bapa gemar merujuk buku atau nama-nama yang dicadangkan di Internet tanpa mengetahui maksud itu sahih atau sebaliknya.

Memberi nama anak boleh disifatkan sebagai satu seni apabila pelbagai cara digunakan untuk menamakan anak-anak, malah dalam agama sendiri, memberikan nama baik kepada anak-anak adalah tanggungjawab pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa.

Di Malaysia, perkembangan menamakan anak-anak berubah mengikut musim, misalnya pada era 40-an hingga 60-an, nama-nama klasik seperti Melati, Kuntum, Jebat, Purnama, Surya menjadi antara pilihan ibu bapa, malah rata-ratanya memilih menamakan anak-anak dengan satu perkataan sahaja.

Berganjak ke era 80-an, nama awalan Siti, Nur, Nurul, Ahmad, Mohammad, Abdul menjadi pilihan ibu bapa yang diselangi dengan nama kedua.

Pun begitu, perubahan ketara menjelang tahun 2000 apabila ibu bapa gemar memilih nama yang moden seperti Mikael, Batrisya, Rayyan, Danial dan Danish dengan menggunakan sekurang-kurangnya tiga perkataan dalam setiap nama tidak termasuk nama bapa. Trend berkenaan berlarutan sehingga beberapa tahun.

Namun sejak dua tahun kebelakangan ini, pilihan nama mudah, pendek dan kemelayuan kembali menjadi pilihan seperti Adam, Nuh, Abdullah, Yusof.

Selain itu, menamakan anak dengan nama artis serta drama yang sedang hangat ditayangkan di televisyen juga menjadi trend ibu bapa masa kini seperti drama Tuan Anas Mikael, Sayangku Kapten Mukhriz , Nur Kasih dan terbaharu, Surihati Mr. Pilot selain memilih nama-nama ahli sukan, pemimpin atau selebriti diminati.

Menurut sumber dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), nama Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah binti Airol Anizam adalah antara nama terpanjang di Malaysia yang direkodkan jabatan itu manakala Ahmad, Alex dan Ravi merupakan antara nama paling popular didaftarkan.

Untuk rekod, katanya, JPN tidak meletakkan syarat khusus dalam pemberian nama kerana perkara itu bergantung kepada ibu bapa atau pemaklum kelahiran tersebut sepenuhnya.

Namun, bagi kes di mana terdapat ibu bapa yang ingin menamakan anak mereka dengan nama yang tidak digalakkan, pihak JPN akan menasihatkan kedua-dua ibu bapa terlebih dahulu.

Di dalam hal tersebut, JPN mengkategorikan penamaan yang dilarang kepada dua kategori iaitu nama yang ditegah (objectionable) dan nama yang tidak sesuai (undesireable).

“Walau bagaimanapun, sekiranya ibu bapa tetap mahu mengguna pakai nama yang dipilih, ibu bapa tersebut perlu membuat permohonan akuan bersumpah dengan menyatakan bahawa mereka bersetuju untuk menamakan anak mereka dengan nama yang dipilih tersebut.

“Contoh, yang pernah diterima adalah ‘Cempaka Nan Anggun’ dan ‘Yang Chantique Manees’,” katanya.

 

Posted in Fokus Isu | Leave a Comment »

Kubur untuk ingat giliran kita

Posted by epondok di November 21, 2016

SUSUNAN HASHNAN 
ABDULLAH

 

KUBUR sepatutnya lebih menginsafkan kita berbanding perkara lain KUBUR sepatutnya lebih menginsafkan kita berbanding perkara lain ketika berada di tanah perkuburan. GAMBAR HIASAN

BENARKAH perasaan sedih atau simpati kepada si mati dan keluarganya adalah perkara pertama yang terlintas di kepala apabila kita menjejak kaki ke tanah perkuburan?.

Mungkin tanggapan berkenaan dipersetujui kerana suasana sunyi dan trauma yang menyelubungi tanah perkuburan. Apatah lagi, kedengaran suara tangisan atau kesedihan ahli keluarga si mati.

Samalah kalau dilihat suasana perkuburan yang dipaparkan dalam filem, drama atau berita di televisyen. Kita bersetuju dengan persoalan berkenaan.

Bagaimanapun  ia bukanlah perkara pertama akan terlintas di kepala seseorang yang berada di tanah perkuburan atas tujuan tersebut.

Apakah yang terlintas?

Apabila seseorang itu berada di tanah perkuburan kerana pengebumian ahli keluarga atau kawan, perkara pertama yang akan terlintas bukan tentang si mati tetapi adalah suatu hari nanti, tempat perbaringan itu akan diisi oleh dirinya pula.

Perkara itu akan terlintas di kepala tetapi tidak kekal lama kerana kesibukan kita dengan urusan dunia. Ia lenyap begitu sahaja.

Kenapakah tidak kekal lama?

Pada masa itu, persoalan yang lebih dominan dalam kepala adalah soal harta yang ditinggalkan, nasib ahli keluarga si mati, kisah hidup arwah sebelum ini dan sebagainya.

Kita pula akan berkelakuan seperti hari-hari biasa sebaik sahaja meninggalkan tanah perkuburan. Soal agama berhubung kematian tidak menjadi suatu keutamaan walaupun menyedari bahawa mati adalah satu yang pasti terjadi kepada setiap makhluk ciptaan Allah SWT atas muka bumi ini.

Jadi, apakah nasihat tuan?

Kita tahu kematian itu seperti mana kita tidur. Badan dan semangat mati tetapi perasaan sedar masih kekal kerana kita akan menyedari bila orang menanam kita ke dalam kubur. Cuma, kita tidak boleh bercakap pada ketika itu.

Dalam alam kubur itulah bermulanya drama dan trauma sebenar kerana sememangnya ada sebab kenapa manusia dimasukkan ke alam berkenaan. Kita boleh menjerit ketika ditanam tetapi jeritan itu hilang begitu sahaja.

Itulah sepatutnya kita yang masih hidup memikirkan bila berada di tanah perkuburan. Alam kubur akan menjadi tempat drama dan trauma sebenar. Tempat yang kita akan ditanya sebelum dibangkitkan kelak.

Apakah tanda untuk menyedarkan kita tentang hakikat itu?

Tanda-tandanya jelas kelihatan di sekitar kita. Contohnya, kita tanam jagung. Bermula dengan menanam benihnya dan tumbuh sebelum dituai untuk dimakan atau dijual. Kita lakukan proses sama selepas itu berulang kali.

Samalah seperti ketika bumi dilanda musim sejuk. Daun berguguran, tanah menjadi beku dan mati. Tetapi bila tiba musim luruh, air datang dan menyegarkan semula bumi ini.

Sepertimana firman Allah SWT dalam surah Fussilat: 5 bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda-Nya (ialah) bahawa kau lihat bumi kering dan gersang, maka apabila Kami turunkan air di atasnya, nescaya ia bergerak dan subur. Sesungguhnya Tuhan yang menghidupkannya, pastilah dapat menghidupkan yang mati. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

Tetapi tanpa disedari, kita sebenarnya mahu menafikan hakikat tersebut kerana kita tidak mahu diadili oleh Allah SWT.

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »

Kem Cuti Sekolah/IPT 2016 untuk pelajar muslimat

Posted by epondok di November 20, 2016

betatunjung

l-tapah

Posted in Program Terbaru | Leave a Comment »

Bersangka baik bila berdepan ujian

Posted by epondok di November 19, 2016

Oleh Syafiq Salleh

 

SURAH al-Baqarah menerangkan manusia tidak akan terlepas daripada ujian hidup. Bagaimanapun ujian kehidupan membawa hikmah dan pengajaran tertentu jika manusia hadapinya dengan sabar.

Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam rancangan Islam Itu Indah di IKIMfm berkongsi empat keadaan hidup manusia ketika membicarakan topik Saat Diri Diuji. Kebaikan dikurniakan Allah SWT amat mahal harga dan nilainya. Janganlah dipandang remeh kerana Allah SWT tidak pernah melihat kebaikan itu sebagai satu yang terpinggir daripada hidup manusia. Kebaikan sudah tentu membawa kebahagiaan, manakala keburukan membawa kepada dugaan, cabaran serta ujian.

Disebabkan ujian kehidupan membawa hikmah dan pengajaran tertentu, Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam rancangan Islam Itu Indah di IKIMfm berkongsi empat keadaan hidup manusia ketika membicarakan topik ‘Saat Diri Diuji’.

Empat keadaan itu ialah taat, maksiat, nikmat dan ujian musibah yang semuanya perlu ditangani dengan baik untuk menyelamatkan manusia daripada kancah bahaya. Kita perlu tahu cara mendepaninya kerana selagi hidup, manusia tidak terlepas daripada ujian. Kerap kalinya ujian dilihat sebagai masalah, tetapi Islam mentafsirkan masalah sebagai ujian. Menghadapi ujian ibarat berada dalam dewan peperiksaan, kegagalan bukan disebabkan salah soalan tetapi jawapan salah yang diberi. Jika ujian hidup dapat dilalui, Insya-Allah kita akan dapat kebaikan yang disediakan oleh Allah SWT iaitu mendapat amal terbaik.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar: (Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi pelbagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 155)

Tersemat hikmah

Perkara pertama yang perlu dilakukan apabila menerima ujian adalah bersangka baik dengan Allah SWT. Apa juga takdir-Nya mengikut tauhid Islam, Allah SWT itu Maha Baik dan Maha Mengetahui tiap sesuatu yang berlaku terhadap kita. Kebaikan Allah SWT tidak akan hilang walaupun Dia menguji manusia dengan seberat ujian. Walaupun ujian dilalui dalam tangisan, letakkan akal fikiran dan tanggapan kepada kebaikan kerana setiap ujian tersemat hikmah serta kasih sayang Allah SWT.

Untuk bersangka baik pertamanya lihat nikmat dan rahmat yang Allah SWT berikan selama ini. Allah SWT tidak pernah zalim kepada hamba-Nya. Jika selama ini nikmat berpanjangan daripada Allah SWT terus diperoleh, pastinya ujian itu mempunyai kebaikan. Ujian sebalik nikmat Ertinya, selama hidup membawa usia mencecah dewasa sehingga hari ini, Allah SWT memberi iman, rezeki, udara untuk bernafas, nikmat Islam dan bermacam lagi kurniaan-Nya. Di celah limpahan itu, semestinya tersemat ujian pedih untuk kita mengambil iktibar.

Allah SWT memberikan sesuatu takdir yang tidak dapat dijangka, manusia sendiri tidak mampu mengetahui apa terjadi di sebalik mahupun di penghujung ujian itu. Contohnya, Allah SWT memberi sakit di kala kita menjaga kesihatan dengan sempurna. Pastinya kita mempersoalkan ujian kesakitan itu dan secara tidak langsung hati akan terus mengingati Allah SWT dan berdoa kepada-Nya supaya diberi kesembuhan. Allah SWT menjadikan sakit penyebab untuk manusia mengingati-Nya dan mengharap kepada-Nya. Waktu itu jugalah kita akan muhasabah diri dan secara tidak langsung kembali kepada fitrah asal iaitu berpaut pada tali Allah SWT.

 

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »